Wednesday, March 11, 2009

BISIKAN WANITA WP : RAFIDAH , SHAHRIZAT SAMA KUAT DI WP ?

Majlis suai kenal calon - calon jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO bersama perwakilan Wilayah Persekutuan berlangsung dalam suasana yang begitu meriah dan ceria. Pertemuan ini menjadi tumpuan kerana Wilayah Persekutuan merupakan kubu kuat bagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO WP. Manakala bagi Tan Sri Rafidah Aziz pula , dua pemimpin wanita dari WP bagaikan tangan kanan dan kirinya di dalam Wanita UMNO dan juga perjuangan politiknya iaitu Datuk Faridah ( Ketua Wanita Cheras ) dan Datuk Azizah Samad ( Ketua Wanita Seputeh ) juga dari WP . Walaupun Shahrizat mendapat tepukan gemuruh apabila namanya diumumkan sebagai calon Ketua Wanita , tetapi nama Rafidah juga nampaknya begitu terserlah dikalangan perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan kerana beliau dikatakan mendapat backing yang kuat daripada beberapa pemimpin wanita utama di WP. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Ridhuan mewakili Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang dikatakan sibuk dengan urusan rasmi kerajaan. Rata - rata perwakilan wanita dari Wilayah Persekutuan mahukan " bos mereka " menang sebagai Ketua Wanita yang baru. Namun, ada " tangan - tangan yang tersembunyi" dari WP yang berkerja keras untuk Rafidah pertahankan jawatanya.Rafidah dan Shahrizat dilihat - mempunyai pengaruh yang sama kuat di WP?

14 comments:

Anonymous said...

Hidup Kak Rafidah. UMNO perlu pemimpin yang tegas seperti Kak Rafidah

Anonymous said...

Kak Rafidah tetap akan mempertahankan jawatan beliau akhir Mac ini. Kami mahukan kepimpinan yang tegas seperti Kak Rafidah.

Anonymous said...

hidup memang la hidup
tapi kalau hidup asyik menghentam orang pun tak bagus jugak kann..

renung2 kan..!!

Anonymous said...

apa yang Kak Ijat tak de menghentam orang ker? Tepuk dada tanya selera.. yang tak pegang janji tu siapa?

"I honour my word" tak akan lawan ketua (macam pernah aku dengar itu tapi di mana ya?) ooo ya di TV3 tapi tup tup keluar lain cerita pulak esok nya..

renung2kan..!!

Anonymous said...

Rafidah nie pun yang tak reti-reti nak turun tu kenapa???? Dah sedap dok diatas, sampai lupa jalan turun...

Bukan kak ijat yang tak pegang janji,... tapi dia menghargai pencalunan yang dia dapat....

Wanita pun nak perubahan juga... Dah berpuluh-puluh tahun rafidah jadi ketua, apa yang dia buat untuk wanita????

Cukup-cukuplah dah mengkayakan kroni2 dia... bagilah kroni lain pulak merasa..........

Diharap perwakilan wanita juga berfikiran matang......

Anonymous said...

Kak Ijat tu kalau nak bertanding Ketua cakap siang-siang jadi tak lah jawatan no 2 tu menang tak bertanding. Banyak lagi calon febret yang lebih layak untuk jawatan no 2 tidak la jadi la ni.. tak ke haru namanya tu.. tu ke namanya perjuangan! Jangan pentingkan kedudukan sendiri Kak Ijat.. ingat dan fikir akan natijah nya kepada Pergerakan Wanita Malaysia. Kami semua mahukan barisan kepimpinan yang mantap bukan tangkap muat.

Itu la kalau dah lupa.. Melayu mudah lupa.. gitu lah..kejap cakap tak nak lawan tup tup esok dah nak lawan pulak.

Saya tak setuju betul kalau di kata Kak Rafidah tidak membawa apa-apa perubahan kepada Wanita, kerana beliau lah Wanita berada di tahap ini sekarang.

Tiada yang dulu tiada lah yang sekarang. Yang dah tak tau nak sabar ikut peralihan tu kenapa? Adoiiii haiiiii

Anonymous said...

Anonymous March 12,

Siapa kata Kak Pidah tak tau nak turun dan tak tau jalan turun? Peralihan kuasa itu kamu tidak faham kah? Kak Pidah mahukan peralihan yang baik maksudnya Kak Pidah mahu peralihan kuasa itu di buat dengan penuh teratur..

Kak Ijat jangan ikot hati nanti mati, ikot rasa nescaya binasa.

Anonymous said...

Minta Wilayahkini dapatkan wawancara Kak Ijat .

Anonymous said...

"My word is my honour! Tak mungkin saya melanggar Tan Sri Rafidah yang saya sangat sayangi lagi hormati..." Patut hantar video clip tu kat YouTube. Geram tengok..

Anonymous said...

kak ijat..bukak lah selendang tu. Kalau dah mmg tak pakai tudung, tak payah pakai. Be honest like Rafidah Aziz. But of course, dont think u even understand what the word means.

Anonymous said...

Salmah Pin digantung keahlian 3 tahun. Apakah natijah ini ada kena mengena dengan Kak Ijat kerana kami di WP mengetahui yang Salmah adalah kempen manager tuk Kak Ijat di WP! Tah duit sama di tabur untuk kepentingan dua-dua pihak. Lembaga Disiplin UMNO dan BPRM kena pantau hal ini.

Bila Salmah terbabit apa kata pantau juga boss nya.

Renung-renungkan.

Anonymous said...

Perwakilan Wanita UMNO perlu pikir sedalam-dalamnya sebelum memilih Ketua Wanitanya.

Perkara paling penting yang mesti dipertimbangkan:

1. Masa depan Wanita UMNO, iaitu dalam jangkamasa kini ke PRU 13.

2. Kebolehan Wanita UMNO untuk berpidato politik untuk bertanding dengan pembangkang dari Pakatan Rakyat. Tanya orangramai dan rata-rata akan berkata Wanita UMNO tidak dapat menonjolkan kebolehan berfikir atau berdebat. Memasak boleh lah.

3. Parti komponen kedua terbesar MCA mempunyai ketua Wanita yang muda. Wanita UMNO bila pula?

4. Ketua Wanita baru perlu memperjuangkan hak Wanita terutama dalam suasana ekonomi yang suram ini. Tanya betul-betul kat Rafidah dan Shahrizat, apa pelan mereka bagi memperjuangkan kesejahteraan kaum Wanita.


SEDIH.

Anonymous said...

rasa yang memberi komen di sini, yang naik tidak mahu turun.

Anonymous said...

salmah pin makan kiri kanan ,dah terkenal dengan ibu segala penipu.rahsia puak shahrizat di beritahu melalui Faridah Abu Hasan..biar dpt undi dari dua kolam..berangan menang besar exco wanita..tup tup tegolekdog dengan
hinanya