Semalam genap setahun negara dilanda tsunami politik. Peristiwa PRU yang ke 12 Mac 2008 sukar dilupakan oleh mana - mana pihak khususnya bagi Barisan Nasional. Pakatan Rakyat berjaya merampas lima buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikuasai oleh Pakatan Pembangkang. Setahun telah berlalu, kini politik negara semakin panas dan tidak menentu. Selepas setahun berlalu, UMNO khususnya Pergerakan Puteri UMNO juga telah mengambil pelbagai tindakan drastik untuk memperkukuhkan lagi jentera parti. Wilayahkini sempat bertanyakan 3 soalan kepada Ketua Puteri UMNO Labuan Rahimah Lamat ( Melalui Emel ) mengenai perkembangan terkini selepas PRU yang ke 12. Untuk Rekod, Rahimah dilihat sebagai seorang pemimpin yang lebih berkecuali kerana tidak bertanding mana-mana jawatan pada pemilihan Puteri di peringkat nasional.
Wilayahkini ( WK ) : Apakah cabaran Puteri UMNO selepas PRU yang ke 12 ?
Rahimah : Cabaran untuk persiapkan jentera pilihanraya Puteri UMNO Labuan supaya lebih mantap dan proaktif. Memandangkan ahli -ahli puteri Labuan masih kurang mendapat pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi suasana pilihanraya yang hebat berbanding rakan - rakan di bahagian - bahagian yang menerima tamparan tsunami politik pada PRU yang ke 12. Walaupun Labuan antara kubu kuat BN tapi ianya bukanlah satu " lesen" kepada kami untuk mengambil mudah.Kami juga mempunyai saluran blog rasmi - Puteri UMNO Labuan untuk mendekati ahli -ahli di Labuan dan juga seluruh Malaysia. Klik DISINI. Disamping itu, pelbagai usaha telah digerakkan untuk menarik golongan wanita bergiat aktif dalam Puteri UMNO.
WK : Bagaimana Puan melihat perkembangan mengenai pemilihan puteri UMNO kali ini ? Dan terlalu ramai pula dari WP yang menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi termasuk Exco Puteri. Apakah komen anda ?Rahimah : Pemilihan puteri kali ini sangat memberangsangkan bagi setiap jawatan yang dipertandingkan. Senario politik semasa diperingkat nasional/parti UMNO telah membuatkan calon - calon bertanding terpanggil untuk menampilkan diri ke peringkat nasional untuk berjuang bersama - sama saf kepimpinan peringkat negeri dan nasional. Saya yakin, semua calon yang bertanding telah membuat analisa dan perhitungan mengenai KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG DAN ANCAMAN masing - masing sebelum buat keputusan untuk bertanding.Saya harap pemilihan akan berjalan lancar tanpa sebarang perpecahan dikalangan ahli - ahli.
WK : Apakah Wawasan Puteri Labuan ? Pendekatan yang digunakan ?
RAHIMAH : Wawasan kami seiring dengan objektif penubuhan Puteri UMNO di peringkat nasional. Di bahagian pula kami gunakan slogan Berilmu, Prihatin Berwawasan yang begitu jelas tentang imej dan wajah ahli - ahli Puteri UMNO. Kami juga telah menggariskan SIKAP untuk mencapai matlamat Puteri Labuan yang memfokuskan kepada lima agenda iaitu Sosioekonomi, Intelektualisme, Kepimpinan, Keahlian dan Jentera PRU ke 13 nanti. Pendekatan HANRUH (Pertahanan Menyeluruh ) digunakan dalam apa jua keputusan dan aktiviti yang kami akan laksanakan pada masa akan datang bagi mempertahankan martabat parti UMNO, agama Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia tercinta.
6 comments:
Pemimpin UMNO harus berani dan tegas. Bukan menghunus keris kemudian minta maaf. Pemuda UMNO di celaka kan tetapi sunyi sepi. Bagaimana mau mengharung badai kuat yg menimpa bangsa. kalau setakat nak memimpin saja, ramai yg layak. Semoga perwakilan bijak memilih yg mana permata dan yg mana zhulian.
Salam.. UMNO sibuk memilih pemimpin tak sedarker ada caw PR dok mula cucuk jarum mematikan Caw. UMNO. Cara halus tak dapat cuba cara kasar bukan hanya nak tutp caw tapi sumber periuk nasi peniaga yang bernaung bawah UMNO pun nak ditabur pasir. Dalam wilayah ni ada pasar malam yang nak dipindah sesukahati dia ajer pasal MP dah PR dan dia tak dapat kutip sewa. Kes-kes penduduk (kecurian, Pecah rumah, Gejala negetif tak pulak nak bantu orang UMNO. Pembangunan Belia apa PR buat. Kalau surau Pengerusi orang UMNO haram dia nak masuk tapi bila Mesyuarat agong Sibuk lak datang nak jawatan dah dapat buat tak tau. Program anjuran surau pun jauhkan diri apa ni. Wilayah kini jangan hanya tumpu pada BN sahaja tapi PR pun kena tengok gak ini cari kelemahan UMNO, Kekuatan dan perkara baik yang dilakukan Ahli atau Caw UMNO tutup mata. camno UMNO ni jadi bersih asyik dok palit cat hitam jerrr. cat putih pun kena kasi gak.
Ni satu lagi Paper sinar tu kata sama rata tapi bila kuar bahan cita tak ker penulis selidik dulu bahan yang dia dapat sebelum kuar artikel. sebabnya cita yang kuar tu asyik kondem pihak yang buat kerja tapi tak nampak sebab tunggu lampu hijau pihak berkuasa. Kekadang depa tau cakap ajer prosudernya tak tau. contoh wang ehsan mangsa banjir. 1- report polis. 2-Warganegara sahaja.dah bagi jawatankuasa tunggulah duit turun. (Ikut Prosuder)
Ini selingkar kisah yang patut kita renungkan bukan mencari salah tapi Sekadar menjentik mata dan telinga biar sedar sikit.
Wasalammm
Tahnniah buat Rahimah dan Wilayakini ya ng beri ruang kepada Pu3 Labuan.
Saya harap Wilayahkini dapat interview lebih ramai lagi menjelang pemilihan ini. Lebih menarik dan meriah.
Sokongan pandangan Kak Rahimah.
Sokong Usaha diteruskan.
Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.
Post a Comment