Sunday, March 1, 2009

KENAPA SAYA TANDING JAWATAN KETUA PUTERI ? - SAARAH ; MONEY , POWER AND SEX ??? -- CALON PU3 DISIASAT ???

TERKINI :" Sekiranya masih tidak berpuas hati dengan saya , bolehlah berjumpa dengan saya secara peribadi........nak baca lagi ? Saarah jawab ulasan dan kritikan pembaca Wilayahkini dalam ruangan komen. Sila baca komen Saarah dalam ruangan Komen di Wilayahkini !
BERITA 1 - " Saya adalah antara terawal yang ditawarkan jawatan Puteri ketika ditubuhkan dulu.Saya menolaknya kerana berhasrat berada pada peringkat akar umbi sahaja. Saya fikir lebih baik belajar ilmu politik di bahagian sebelum memegang jawatan tertinggi. Selepas lapan tahun, sudah tiba masanya untuk bertanding lebih - lebih lagi apabila mendapat dua pencalonan", begitulah kata Saarah dari Wilayah Persekutuan (Bahagian Seputeh) yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia. Seorang lagi calon dari Wilayah Persekutuan ialah Datin Ismalina Ismail. Apakah visi dan harapan Saarah serta kematangan yang perlu ada pada bakal Ketua Puteri ? Sila klik - Berita Harian Online , untuk berita selanjutnya. (Sementara itu, ramai pembaca Wilayahkini mahukan Saarah UPDATE blognya kerana lama terbengkalai)
BERITA 2- Akhbar NST dalam muka depannya hari ini memaparkan satu berita sensasi mengenai Puteri UMNO menjelang dekat dengan pemilihan , bertajuk - " MONEY POWER AND SEX - Top Puteri candidate under probe for breach of rules ". Sila klik DISINI , untuk baca berita selanjutnya. SIAPA ???

19 comments:

Anonymous said...

Saya dari lembah kelang dan berhubung rapat dgn puteri pusat..saya adalah perwakilan pada hujung bulan nanti.pada pendapat saya,Saarah langsung tak dikenali dalam pergerakan pada masa kini,janganlah dibandingkan dgn 8 tahun dulu kerana telah ramai pemimpin bertukar ganti.senario dalaman juga telah banyak berubah dan kami memerlukan pemimpin yg biasa dilihat dan ada komitmen dalam puteri.

Anonymous said...

amalan demokrasi parti membenarkan cukup pencalonan tanding lah. itu sudah termaktub dalam perlembagaan.

menang kalah itu hal lain. zaman sekarang kalau nak menang apa pertandingan pun mesti melabur lah.

di wilayah untuk MT ada 4 calon. sepatutnya bagi chance support pengerusi perhubungan & ketua pemuda negeri. mereka calon2 incumbent. baru lah steady umno wilayah.

calon bahagian cheras tu guna blog dia untuk gila2 promote diri sendiri. semua berbayar tuu beb. kadang2 kesian juga tengok calon ini. kalau kalah mesti dia meroyan tahap gaban.

apa agenda perjuangan melayu dia di cheras? hampeh lah. yayasan pendidikan cheras? itu business keluarga....! siapa dapat untong bila station minyak shell beroperasi di tapak rumah tol cheras depan kubor kristian cheras menghala ke kajang?

sama2lah kita fikir2kan sbelum bagi undi kepada calon MT dari cheras ini.

Anonymous said...

Kami sokong Dato Norza... cuma dia aje yang kami 'endorse' di WP ni. Ayat 'endorse' ni mmg famous di WP ni. Org yang kami tak endorse adalah Menteri WP sendiri. Suruh dia kenal dulu org2 di WP ni baru lah kasi nama nak bertanding 2011 nanti.

Anonymous said...

kak saarah..kak saarah...

naper lah citer kisah yang 8 tahun dahulu.. ish..ishk..ishkk...

Anonymous said...

kak saarah yg dikasihi....

pemimpin yg berwibawa bukan sekadar pd pencalonan shj. ianya menuntut 1 pengorbanan yg tidak ternilai utk menerajui sesebuah organisasi. kita mesti ada hasil kerja yg kukuh, mengenali anak2 buah, penglibatan dlm masyarakat dan byk lg aspek lain. 2 pencalonan sudah pun memberi tanda aras kepada penerimaan kak saarah di kalangan pu3. kita perlu tahu dimana kedudukan kita seblum kita terjun ke medan perang. 'endorsement' dari bahagian dan wilayah sendiri juga perlu bg memastikan kelayakan diri kita. Bukan sekadar catatan misi & visi di atas kad kempen sahaja.

Anonymous said...

piut panglima kasim...

betul..betul..betul..betulll..

adakalanya bakal-bakal pemimpin, berkenaan visi, misi & janji semua ayat2 yang indah2 belaka. perkataan 'power' betul.., tak agak2 nak mengayat.. mampu ker mengotakan janji2.. biarlah relevan sikit., dan biarlah termampu di tanggung..

tapi tu lah., harapan saya sebagai salah seorang ahli pu3 di wilayah, harap sangat kakak2 kita ni mampu melakukan yang terbaik buat kita semua.., biar tak bagus sangat, asalkan usaha ke arah kebagusan tu ada.. dari situ kami sebagai ahli pu3 akan menilai akak2 semua..

kami ni di bawah amat berharap sgt akak2 di atas tu prihatin dan bertanggungjawab terhadap amanah yang bakal di beri kelak..

apa2 pun.., selamat berjaya mencapai cita2 untuk menjadi pemimpin pu3 kelak..

Anonymous said...

apalah sarah ni..para perwakilan pk sndr la ye..sedangkan bahagian sarah sndr pun x menyokong beliau, inikan pula bhgn luar..pencalonan yg beliau dpt sblm ni pun hny slps melalui proses 'tawar menawar'.jgn ingt org xtau..

sarah said...

Salam,

Terimakasih diatas segala komen yang diberikan.

Sebenarnya, adalah perkara biasa calon diberi komen dalam pelbagai cara, selalunya dibuat atas tujuan tertentu.

Dalam keadaan sekrg. disebabkan masalah yg ada kita tidak sedar, lima negeri telah hilang kepada pembangkang, kerana kita sendiri bertindak menikam orang didalam parti sendiri.

Inilah masalah org melayu. Oleh kerana itu kita perlukan kepimpinan baru, kerana semasa kepimpinan yg ada kita telah kalah dalam pilihanraya.

Saya akan terima setiap komen yang diberikan dengan terbuka, tetapi saya minta yang komen mestilah bersikap berani utk memberi nama penuh seperti saya komen secara terbuka, barulah kita tidak dianggap hanya bercakap dibelakang .

Saya berharap, selepas pertandingan bulan mac ini, setiap dari kita jangan membunuh sesama sendiri, apa yang kita dapat dengan membuat tuduhan kepada orang yang tidak kita kenali dan semata mata kerana kita taksub dengan calon pilihan.

Seperti saya maklumkan, saya terima semua komen tetapi sila beri nama penuh anda dan anda komen dan sekali lagi saya maklumkan, kalau saya tidak berani, mengapa perlu saya bersusah payah utk menjawab soalan anda dan komen yg diberikan.

Pada saya, selesai pertandingan ianya tidak habis disini sahaja, masih jauh lagi perjalanan, utk makluman pernah dahulu saya difitnah beberapa kali bukan itu sahaja yg menuduh saya dengan pelbagai tuduhan akhirnya mengaku berbuat demikian atas sebab dan agenda yg diaturkan dan yg menyedihkan sekrg telahpun menjadi ahli keadilan.

Maka kepada anda yg komen saya perlukan nama penuh, kerana saya juga ingin tahu perkembangan anda dalam arena politik dengan cara komen anda utk saya lihat dimasa akan datang hasil dan tujuan komen yg anda berikan, samada atas dasar peribadi atau memang taksub dengan calon pilihan yg sememangnya tak salah, cuma pd saya beri komen yg membina dan komen komenlah saya tak larang, tapi jgn lupa sebgai org Islam, kita ada batas dan nilai kita.

Sekiranya masih lagi tak berpuashati dengan saya, bolehlah berjumpa dengan saya secara peribadi dan anda luahkan apa yang anda tidak suka mungkin saya boleh jelaskan, boleh hubungi saya ditalian 019 2146920.

saarah hj.ali bashah

sarah said...

Salam dan mohon maaf, saya baru shj update kan blog saya yg tidak berkesempatan utk dikemaskini.

www.saarahali.blogspot.com
POLITIKAL DAN PRAKTIKAL POLITIKAL

saarah hj ali bashah

Anonymous said...

Sokong NOrza ???? Apa perwakilan buta ker? Norza tu sombong dan apa dia buat utk Pemuda UMNO WP. Dok jaga segelintir pemimpin aje, tapi program rakyat hancur. Masa Pemuda kena hentam dgn bangsa lain, Norza sunyi sepi dan layu. Cukup2 lah....

Anonymous said...

ape la korang ni.. bukan agama islam ke x boleh cakap baik2.. bercakap macam orang politik tapi tahu mengutuk orang je, macam la korang tu pandai sangat nak tadbir negara? CERMIN DIRI TU DULU.. tak tahu dosa ke? tak boleh cakap baik2 ke? agama apa korang ni cakap macam ni.. fitnah membabi buta.. TAK TAKUT KE BALA DARI TUHAN KE? undi ni hak individu! semuanya terpulang kepada pendapat masing-masing.. tak payah la nak tambah2 perkataan selekeh korang tu..

Anonymous said...

huk..hukk...hukk...

touching....!!

Anonymous said...

haa..haa..ayukk...!!

kak saarah dah mengamuk...!!

Anonymous said...

Setahu aku kak sarah ni baik dan peramah serta mudah berkawan dengan sesiapa sahaja, beruntung kalau kita ada pemimpin macam kak sarah. tidak sombong tetapi ada ketegasan. Sebab itulah beliau sentiasa berfikiran terbuka untuk sesiapa mengenali diri beliau.

Anonymous said...

puan saarah bercakap pasal perjuangan yg masih pjg, bercakap soal merapatkan ukhwah, soal tolong menolong dan mcm2 lagi tapi dah abih pemilihan besok, kak saarah sendiri akan menyepikan diri dan tak peduli ape jadi pada parti & rakan2 yg lain!

Anonymous said...

kak sarah, sepanjang tempoh pengenalan calon yang berlangsung sekarang ini, saya tidak lepas kan peluang utk mengikut rakan2 kelab penyokong. Apa yang saya lihat, dlm byk2 calon 3 peringkat ni, cuma Kak Sarah dan Kak Ida yang tidak byk menunjukkan ke arah pu3.. maksud saya, jarang sekali saya lihat kak sarah berpakaian PINK iaitu warna rasmi Pu3... asik2 hitam hitam hitam... mcm org BERKABUNG... apa tu!!! kalau dlm hati tak teringin nak pakai PINK tunjuk semangat Pu3, then why lah nak bertanding KPUM? tarik diri lah lebih baik...

Anonymous said...

Sudah tiba masanya kita fikir-fikirkan tentang kearah UMNO bersih dan efisien. Kita tidak mahu ahli-ahli puteri yang suka menyebarkan fitnah dan menjatuhkan peribadi ahli UMNO yang lain. Kita tidak mahu orang seperti ini di dalam UMNO!! walaupun dia memakai warna pink.. Apa yang kita mahu adalah semangat perpaduan dalam UMNO dan bukannya pepercahan dalam UMNO. Kita mahu pembangkang lihat kita Puteri UMNO (Melayu) yang bersatu padu dan memberikan sokongan penuh dan bersih dari segi dalaman dan luaran.

Anonymous said...

salam..

lumrah adat pertandingan, ada kalah dan ada yang menang. kalu dah memang rezeki yang jadi ketua pu3 tu kak ina, yang lain sokong lar calon pilihan perwakilan. tapi kalu yang menang tu kak saarah, sama-sama lar kita berada di belakang dia.

yang penting, silaturrahim dan jalinan ukhwah sesama kita lebih rapat dan erat selepas pemilihan nanti. bekerjasama membangunkan dan memartabatkan bangsa melayu di negara kita ni.

akhir2 ni, macam2 isu yang timbul. rakyat terutamanya orang melayu sendiri dah tak nak mendengar kata sultan. kalu kita yang muda belia ni tak tunjukkan sikap hormat dan taat setia kepada sultan, macam mana nak memimpin generasi akan datang. blog ni, ramai yang menjengah, kalu sesama kita asyik menghentam dan mengata sesama kita, macam mana orang lain nak ikut kita. sudah2 lar..!!

yang bertanding, lawan lar secara sihat dan jujur. Insyaallah, hanya berjiwa ihklas dan bernawaitu yang baik-baik pasti akan diredhai oleh ALLAH SWT perjuangannya.

Ingatlah, di hari perhitungan kelak, sesungguhnya yang paling lama di hitung nanti adalah seseorang yang bergelar pemimpin.

sarah said...

Salam terutama kpd lempoyang,

PINK

Maaf saya cuba nak balas cepat tidak kesempatan.

Utk pengetahuan, masa pu3 mula ditubuhkan, saya juga ada kenangan saya sendiri dlm pu3.Semasa zaman penaja, ( 8 tahun dahulu )tidak tahu samada lempoyang sudah menjadi ahli pu3 atau tidak, pd masa itu, boleh dikira dgn jari ahli pu3, kalau lalu diriverside(
cafe dipwtc) boleh kira tak sampai dlm 5 org pu3 yg lalu pd masa itu dan akak salah seorg daripadanya, dan kami sentiasa menjadi perhatian kerana pu3 masih baru dan begitu bangga sekali bila pakai baju PINK.

Disebabkan kami ada gerai pd masa itu, kena bergilir gilir bertugas jaga gerai, semasa tu duduk dibawah tiada jawatan pun, seronok bekerja dan sentiasa menjadi perhatian, kerana puteri tidak ramai.

Manakan tidak akak akan lupa warna PINK, yg banyak meninggalkan kenangan manis suka dan duka dalam puteri.

PINK, sentiasa dihati, masa berubah, adakah salah menggunakan warna hitam yg juga warna yg dicipta oleh Allah taala.

Kalau isu warna menjadi kerisauan dan gundah gulana, perlu akak jelaskan pd lempoyang, pink sentiasa dihati walaupun telah habis zaman dlm puteri, maka warna tidak pernah menjadi satu pemisah akak dgn puteri.

Akak dah lalui zaman PINK.

Semuga dpt penjelasan.

ikhlas, saarah hj ali bashah