Wednesday, August 13, 2008

UMNO TITIWANGSA : SULEIMAN TERUS MARA ; ANAK SULEIMAN BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA ; PERSAINGAN SENGIT DIJANGKA ANTARA ROSMAN ( MITV) dan JO KFC !

Titiwangsa ( WILAYAHKINI ) -- Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad meneruskan langkah kiri dan kananya untuk dinobatkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa tanpa bertanding. Lebih daripada 61 ( laporan yang diterima Wilayahkini) cawangan yang telah bersidang sehingga hari ini telah mencalonkanya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian.
Suleiman yang juga merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP yang digelar sebagai " Ironman Titiwangsa" sekali lagi berjaya membuktikan kekuatanya di bahagian Titiwangsa yang menjadi tempat ataupun markas politik Suleiman sejak dulu lagi.
Kini semua tumpuan tertumpu kearah jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimana pertandingan sengit dijangka berlaku di antara penyandang Datuk Johari Ghani ( KFC Jo ) dan juga AJK Bahagian Datuk Rosman. Kedua - dua mereka telah berjaya mendapatkan pencalonan yang mencukupi.Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula , penyandang Affendi Zahari dikatakan akan ditentang oleh seorang lagi AJK Bahagian , Datuk Aziz Jamaluddin ( Calon BN Titiwangsa PRU12 tetapi tewas).Namun , Wilayahkini difahamkan Aziz masih belum cukup lagi mendapat kuoata pencalonan. Manakala bagi jawatan Ketua Pemuda pula, penyandang Naib Ketua Pemuda Idham Yasser yang juga merupakan anak kepada Datuk Seri Suleiman bakal dicabar oleh Azzizul Rahman jawatan Ketua Pemuda Bahagian.
KETUA PEMUDA ; SIAPA JADI PILIHAN ?
Wilayahkini difahamkan perhitungan antara Idham dan Azzizul dijangka menarik perhatian selepas penyandang Ketua Pemuda Ahmad Zuhri bersara dari Pemuda atas faktor usia.Ahmad Zuhri dikatakan akan bertanding bagi jawatan AJK Bahagian. Akan adakah angin perubahan di Pemuda kali ini? Ada yang yang tidak mahu melihat anak dan bapa menguasai Bahagian dan Pemuda. Tetapi, ada ahli Pemuda berpendapat Idham mempunyai "kelebihanya" yang tersendiri sebagai Naib Ketua Pemuda.Walaupun Idham dilihat sebagai orang kuat Mukhriz tetapi dalam percaturan jawatan Ketua Pemuda Bahagian , faktor tersebut dikatakan tidak banyak mempengaruhi para pemuda untuk memilih Idham sebagai Ketua Pemuda baru.
Sejauh mana kekuatan Azzizul untuk menandingi pencabarnya? "Sentuhan Suleiman" dijangka akan menjadi satu faktor utama - bagi menentukan kejayaan anaknya.
Sementara itu, Wilayahkini juga mendapat info bahawa Hazrina dijangka akan menang tanpa bertanding sebagai Ketua Puteri manakala Khadijah Alang Ibrahim juga dijangka menang tanpa bertanding sebagai Ketua Wanita. Apapun Titiwangsa tetap dibawah - penguasaan Datuk Seri Suleiman Mohamad !

6 comments:

Anonymous said...

nampaknya pertandingan dua penjuru di antara:

jawatan timbalan ketua bahagian
datuk jo vs datuk rosman

naib ketua bahagian
affendi zahari vs datuk aziz(itu pun kalau lepas kouata)

ketua pemuda
idham yasser vs azzizulrahman

naib ketua pemuda
???????????

Anonymous said...

Tahniah Datuk Seri Sulaiman!!!! The IRONMAN.

Si Kurap Warisan said...

Calon Naib Ketua Pemuda Ramai....

1. Nor e sham Abu Bakar - Cawangan Keramat Tengah - Exco
2. Nazir Hussein - Cawangan Kariah Atas A
3. Norham Sazali Abdul Wahab - Cawangan Berembang Wilayah - Exco
4. Firdaus Mohammad - Cawangan Batu 2 Jalan Ampang ( sikit lagi lepas la )
5. Khirmi Sani - Cawangan Jalan Raja muda Abdul Aziz (yang ni pun sama )

Anonymous said...

1. Noor'Esham Abu Bakar - Cawangan Keramat Tengah - Exco
2. Nazir Hussein - Cawangan Kariah Atas A
3. Norham Sazali Abdul Wahab - Cawangan Berembang Wilayah - Exco
4. Firdaus Mohammad - Cawangan Batu 2 Jalan Ampang (dah tarik diri)
5. Khirmi Sani - Cawangan Jalan Raja muda Abdul Aziz (tak lepas lagi gara2 asyik bawa aziz baba)
6. Azizul rahman (baru dapat satu...dah tukar fikiran)

Anak Melayu said...

lawan jgn x lawan...... pas tu dah menang nanti x payah buat keje.....
apa yg pasti kalau sesapa menang pun pemuda titiwangsa tetap mcm dulu...... tetap dgn baju yang side tajam sluar mahal dan x nak bergaul dgn peringkat bawahan.....

Anak Melayu said...

lu pikir la sendiri beb............