PUTRAJAYA TERKINI : 5hb Ogos, Ahmad Fairuz mendapat dua pencalonan lagi pada malam Sabtu lepas dan satu lagi Ahad lepas yang menjadikanya jumlah 4 pencalonan sehingga hari ini untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Setiausaha Agung BN dan UMNO Malaysia. Tengku Adnan pula sudah mendapat 6 pencalonan . Ahmad Fairuz hanya memerlukan " Satu" pencalonan sahaja lagi bagi melayakkan dirinya bertanding jawatan Ketua Bahagian Putrajaya kali ini. Persidangan enam mesyuarat cawangan lagi pada minggu akan datang dijangka akan menjadi tumpuan utama bukan sahaja di Putrajaya malah seluruh negara. Dapatkah Fairuz mendapat satu lagi pencalonan? Menurut sumber yang diterima oleh Wilayahkini, Fairuz dijangka akan mendapat satu atau dua pencalonan lagi . Bagaimanapun di kem Tengku Adnan pula, Wilayahkini mendapat berita bahawa, beliau yakin untuk menang tanpa bertanding walaupun Fairuz sedang menghampiri kuota pencalonan, kata satu sumber.
BERITA SEBELUM INI di bawah...........................................................................
Putrajaya ( WILAYAHKINI)-- Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bakal dicabar bagi jawatan Ketua UMNO Putrajaya ? SILA BACA DI SINI -Utusan Malaysia Online - Politik . Wartawan Wilayahkini pula difahamkan , UMNO Putrajaya yang dibelenggu masalah " ROS" baru - baru ini kini menjadi perhatian apabila mula bersidang sejak minggu lepas.Laporan di media dan juga portal internet ternyata telah memberi implikasi kepada UMNO Bahagian Putrajaya.Namun, ROS telah memberikan lampu hijau kepada semua 23 cawangan di Putrajaya untuk mengadakan mesyuarat pada minggu lepas selepas " tertangguh" sejak dua minggu.Kini semua tumpuan tertumpu terhadap Ahmad Fairuz - Pengerusi Eksekutif Biro Latihan UMNO Pusat yang telah mendapat satu pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian, manakala Tengku Adnan yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO sudah mendapat enam pencalonan. Wilayahkini juga difahamkan kedudukan Tengku Adnan "kukuh" walaupun dicabar. Ada yang meramalkan beliau akan menang tanpa bertanding.Bagaimana pula kedudukan penyandang Ketua Pemuda Bahagian Datuk Ahmad Zaki? Walaupun ada cerita - cerita yang mengatakan beliau akan dicabar tetapi ada pihak yang mengatakan sudah ada " Pelan Damai" untuk jawatan Ketua Pemuda?
39 comments:
Ku Nan perlu ambil iktibar selepas ini.
Selaku Setiausaha Agung UMNO perlulah cerminkan diri sendiri.
hari ini 02/08, ahmad fairuz mendapat dua pencalonan lagi, satu di cawangan bunga raya dan satu lagi di cawangan bunga kasturi..dan yang manisnya dia mendapat satu pencalonan di caw bunga kasturi yang merupakan kubu dato' din. InsyaAllah beliau akan cukup pencalonanan menjelang minggu hadapan..
salam....
Pertandingan semasa musim pemilihan adalah perkara biasa. Tg Nan terkenal dgn sikap politik wangnya walaupun baru2 ini beliaulah yg begitu lantang agar politik wang dihapuskan.
Ahmad Fairuz bukanlah org baru dlm UMNO. Semasa bertanding perwakilan UMNO Bhgn Putrajaya sebanyak 2 penggal, pergerakan beliau cuba digagalkan ttp berjaya lepas dgn mendapat undi tertinggi.
Senario di Putrajaya adalah yg ke-3 panas selepas Wangsa Maju dan Segambut.....
semalam 03/08 ahmad fairuz mendapat satu lagi pencalonan daripada cawangan beliau sendiri, cawangan ixora...beliau hanya memerlukan hanya satu lagi pencalonan untuk terus melayakkan beliau bertanding..kini semuanya tertumpu kepada 6 cawangan yang masih belum bersidang...
en fairuz memang pemimpin yang berkaliber.. tapi rasanya dia tersilap pilih kolam... en fairuz adalah merupakan bekas ketua penerangan bahagian semasa penajaan dahulu...
- org putrajaya jugak -
Terimakasih kepada Sdr Hasan yang tekah memberikan info terkini di Putrajaya.Kami perlukan gambar Ahmad Fairuz. Salam
Jadilah kita manusia yang mengenang budi...madu dibagi, tuba dibalas. Cawangan yang mana tidak pernah menerima sumbangan Datuk Tengku di Putrajaya. Cerminkanlah diri. Ahmad Fairuz Othman (AFO)mungkin seorang yang berkaliber, namun untuk menjadi seorang Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, jauh panggang dari api...fikir-fikirkanlah.
Untuk pengetahuan semua fairuz tak pernah sumbang apa-apa kepada Putrajaya. Memang la beliau mendapat undi yang tertinggi utk G7 bagi 2 tahun berturut2. Beliau dulu bertanding G7 konon2nya sebab nak bercakap di PERGONG. Tapi lu sapa nak berucap. Apa jawatan di Putrajaya? Jadi KC? Jadi AJK Bhgn?Baik bagi Tengku Bidin yang bercakap. Masa di PERGONG tahun lepas, bukannya dia ada dalam dewan. Boleh kira berapa minit duduk dalam dewan. Aku kesian kat penyokong2 dia yang menyokong dia, tapi dia telah mengkhianati AMANAH tersebut. Inikah pemimpin yang kita cari?
Ketua Pemuda Putrajaya memang akan di cabar oleh Pegawai Khas Datuk Hishammuddin, Tun Faisal. Datuk Hisham you biar betul bagi laluan kepada Tun untuk lawan pegawai khas Pak Lah. Tapi tak apalah, demokrasi. Apa nak takut.Kalau dah buat kerja dan perwatakan diri itu baik. Insyaallah pemuda akan masih terima Datuk zaki.
Aku dengar Tun ni suka berpeleseran di Kuala Lumpur. Menghirup daging-daging segar.Cara kehidupan amat mewah dengan bercanda di restoran2 mewah di Kuala Lumpur bersama-sama dengan gadis-gadis yang terliur. sebelum ini dia amat sibuk dengan tugas di pejabat datuk Hisham, selalu bercuti ke luar negara bersama family dan bertugas di luar negara. Dia pergi kerja dengan camry pun ada driver. Banyak betul duit gaji pegawai khas Datuk Hisham....Semenjak 2 menjak baru nak lepak di kedai-kedai mamak. Hipokrit betul....Inikah pemimpin yang kita nak?.......Tapi mungkin itu hak dia......dia ada duit ikut suka dia nak buat apa.....
kalau setakat beri sumbangan, datuk-datuk, tan sri- tan sri cina pun boleh bagi. tapi apa yang ku nan buat kat bahagian? penyata tahunan pun tak submit kat roc. hampir2 terlepas tahun ni. sumbangan tu utk raih populariti, kita tak nak populariti, kita nak produktiviti. ku nan lebih risaukan bahagian2 lain dlm wilayah berbanding bahagiannya sendiri. sedarlah ku nan, jaga rumah sendiri dulu sebelum masuk campur hal rumah orang. tah2 jawatan setiausaha agung umno tu pun sampai hujung tahun ni je bertahan
tidal adil rasanya kalau kita kata EN. Fairuz tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada UMNO Putrajaya.. cuba kita renung kembali semasa penajaan dahulu dan semasa election... tidak banyak, sedikit mesti ada sumbangan En. Fairuz. Rasanya aktiviti penerangan semasa En. Fairuz lebih tersusun dan banyak program yang dia buat compare selepas itu.. Tapi setuju seperti diatas, En. Fairuz memang pemimpin berlakiber tetapi susah untuk menjadi ketua bahagian.. apa kata en fairuz jadi s/u bahagian, rasanya lebih bagus dari yang ada sekarang.. paling tak pun jadi ajk bahagian, pasti ada program yang memberangsangkan dari en fairuz...
-sayang putrajaya-
Ku Nan semakin tertekan. Eloklah beliau memberikan tumpuan kepada jawatan Setiausaha Agong. Dalam Umno dilanda sunami semasa PRU12 yang lalu seharusnya beliau memberikan fokus kepada usaha memulihkan UMNO dan melepaskan urusan Bahagian kepada orang lain. Mungkin Ku Nan berjaya dengan tugasnya sebagai Wakil Rakyat tetapi Sebagai Ketua Umno Bahagian beliau telah gagal mencorakkan Umno Putrajaya dan diwarnai dengan pergolakan khususnya sayap wanita.
Bagaimana kedudukan Datuk Khairudin Samad, Timabalan Ketua Bahagian. Adakah beliau dicabar. Beliau yang dikatakan banyak mencorak dan merosakkan Umno Putrajaya.
Aku baru jumpa blog ini. Tahniah kepada saudara Fairuz. Saudara memang berani, semua orang tahu siapa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan siapa Timbalannya di Bahagian Putrajaya. Gabungan dua insan ini adalah terlalu kuat untuk dicabar. Tetapi kalau telah tercatat sejak azali saudara akan menang, saudara pasti menang.
Datuk K, satu ketika telah mengistihar untuk bertanding Ketua Bahagian dihadapan hapir 50 orang pemimpin cawangan, wanita dan pemuda yang berkumpul di rumahnya. Beliau berjanji tidak akan berganjak dengan keputusan itu walaupun peti besi turun. Begitu kuat semangat dan tekat beliau, inilah pemimpin yang kita cari, pemimpin yang perlu kita nobatkan. Aku naik nak semangat sokong beliau. Bukan Macam Ku Nan yang gagal memimpin Umno Putrajaya dengan berkesan. Dato' K banyak berjasa dalam penubuhan Umno Putrajaya, semua orang tau. Kalu tak percaya boleh tanya arwah Tuan Haji Fadhil Jaafar, mantan Setiusaha Penaja Umno Bahagian.
Belum sempat aku gila naik seh nak sokong beliau tiba-tiba Dato' K putar 360 x 10 darjah. cakap jadi macam putar alam, lentok, longlai, layu, diriba Ku Nan. agaknya peti besi dah terbuka. Dato'K!!! Dato' K!!!
Baru tau siapa Datuk K, setara gitu je pemikiran orang Putrajaya. Kita dari luar ingat Putrajaya hebat dari bahagian lain di wilayah. Betul juga apa Datuk Tengku kata Ketua2 cawangan di Putrajaya Pegawai keselamatan, pemandu, PAR. Alahai!!!!!!!!!! Putrajaya. Nama hebat macan nama bosnya juga hebat tapi ala......hai.
setuju... dato' k yang BANYAK mencorak dan memusnahkan UMNO Putrajaya.. cth, wanita tu.. acuan dato' k, dapat lah ketua wanita yang terlebih bijak, bergaya mengalahkan pegawai.. berlagak, muncung tu boleh sangkut hanger kalau jumpa dgn orang.. bak tunjuk pandai tapi tak pandai mana pun, cakap org puteh pun aku tak paham ape dia cakap, tak de aku bongok dia yang tak reti cakap tapi nak tunjuk pandai speaking.. hahaha... anak didik dato' k.. sbb tu aku blah dari putrajaya walaupun aku ada jawatan... tak rela bergelumang dgn org2 yang tak educated..
so lepas ni, please lah.. pilih mereka yang benar2 berkelayakan.. jgn dikiutkan sgt chai dato' k tu.. hehehe... lu fikirlah sendiri semua perwakilan putrajaya..
opss.. tambah sket dari yang atas.. bukan nak memandang rendah kepada mereka yang tidak educated.. kalau tak educated pun biar lah berakal... yang educated pun same, kalau berpelajaran tapi tidak menggunakan akal sewajarnya pun payah jugak...
so diharap barisan yang akan dipilih dapat merubah UMNO Putrajaya.. biarlah perubahan yang baik...
kepada perwakilan.. selamat bersidang dan gunakan peluang untuk memilih pemimpin anda dengan baik.. all the best
mana boleh check dgn arwah haji fadhil. Tak baik main2 dgn nama org dah meninggal. Apa-apa pun sokonglah datuk Tengku Adnan. Tak ada orang yang lebih layak selain dari beliau untuk memimpin Putrajaya.
Untuk jawatan no.2, aku rasa si lawan dia tu azali tu pun tak layak. Suka EMOSI tak tentu pasal. Ingat jadi CEO syarikat construction tu dah besar sangat. Dulu takut sangat si Fairuz nak ambil alih cawangan dia sebab dia dah pindah. Tup tup kerana terlampau gilakan kuasa nak jadi Tim Ketua Bahagian beliau sanggup berkompromi. Si Azali ni bila jiwa dia jadi kacau dia boleh jadi hilang akal sekejap. Masa kursus pilihanraya di Melaka, sewaktu latihaan dalam kumpulan, dia boleh naik stage maki organiser dari WP. Tak percaya tanya Datuk Nazeri Wangsa maju. Buat malu Putrajaya jer. Ini kita nak lantik sebagai pemimpin. Tak boleh langsung nak berfikir secara rasional.Masa mesyuarat cawangan dia baru-baru ini pun kecoh lagi, sibuk kata pada ahli cawangan. Tuan azali,awak tu bukannya hebat sangat. Awak mungkin rasa hebat sebab lepak dengan geng Naz Maju. eloklah tu campur dengan Hassan, Tengku Bidin, Iqbal, Rahman, Mizi, Taupek, Baharudin. Ini semua geng Kelantan yang nak menjahanamkan Putrajaya.
Aku pun bukannya suka sangat pada datuk K. Tapi orang tua tu tak lah emosi tak kena tempat.
Apa-apa pun aku setuju Fairuz jadi pegawai je lah.
kenapa kita tak nak bincang pasal Ku Nan yg hampir2 gagalkan impian cawangan gara2 ros. Salah siapa?
pendapat saya bukan salah ku nan... dia kan ada su bahagian, budak2 kat pejabat.. sepatutnya dia org ni pantau.. kalau tak, apa guna nya dia orang ni... S/U BAHAGIAN.. kene tahu apa keje dia... bukan merapu sana sini...
kpd ku nan... lepas ni lantik s/u bahagian yang cerdik sikit.. yang pakal akal.. itu harapan UMNO Putrajaya
Semalam 7.8.08 Cawangan Tanjung gagal lagi bermesyuarat setelah mesyuarat yang pertama pada 2.08.08lalu ditanggukan. DUA KALI DITANGGUH. Dimana silapnya. Kenapa kehadiran Datuk Khairudin selaku Timbalan Ketua Bahagian di kedua-dua mesyuarat tersebut gagal menyelesai masalah yang timbul secara tuntas dan terbaik. Apakah ada motif yang terselindung dari penangguhan tersebut. Adakah penangguhan ini ada kaitan secara langsung dengan pertandingan diperingkat Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib.
salam tn,
saya dah email gambar ahmad fairuz atau pun kalau tak dapat boleh tengok kat sini:
http://hasanalhadi.blogspot.com/2008/08/cawangan-tanjung.html
Apa yang kecoh-kecoh ni,kalau dah rasa tak bekenan buat secara terbaik, jangan kutuk sana kutuk sini, saya penyokong Dato'K soal dia baik atau tak baik tak timbul yang penting pengalaman dan kerja beliau sejak UMNO Putrajaya di tubuhkan harus di kenang, " cammon man " jangan sampai Putrajaya jadi kelam kelibut..maluu..
assalammualaikum,
kawan-kawan, saya disini meminta kawan2 faham dulue elok2... saya mengikuti umno bahagian putrajaya dari dahulu... semasa penaja lagi... apabila penaja dibuka saya menjadi ahli baru...sehingga hari ini saya tidak mahu memegang sebarang jawatan... tetapi kebanyakan bos2 besaq di putrajaya ini saya kenal baik...contohnya dato seri tengku adnan, dato' khairudin...pada mulanya saya ingin menceritakan tentang DK... DK ini adalah sahabat baik kepada DSTA... mereka telah berkawan setelah berpuluhan tahun... pada malam beliau mengumumkan untuk bertanding dihadapan 50 ketua cawangan,pemuda, wanita, dan puteri saya berada disitu... ketua2 cawangan telah berbisik kepada beliau dahulu untuk
memegang jawatan KB... jadi ketua2 ini telah memberitahu akan memberi sokongan padu pada beliau... tetapi apabila pulang ke rumah semua menjadi hilang teloq... ketua2 yg xdak teloq ini telah memberitahu kepada DSTA yg beliau akan melawan DSTA... pembelot2 ini juga yg telah meminta beliau untuk bertanding kb tetapi jugak ingin menghancurkan beliau... sepanjang pengetahuan saya....atas desakkan oleh ketua2 cawangan beliau telah bersetuju atas syarat dan prinsip beliau dimana beliau tidak akan melawan ketua atas apa yg dikatakan oleh ucapan beliau pada malam itu...jadi beliau telah meminta kesemua memberi sokongan penuh... sepanjang pengetahuan saya dato khairudin tidak pernah ,meletakkan sesiapa untuk mengambil jawatan ketua2 sayap bahagian, cawangan mahupun apa2 juga... beliau cuma panggil kesemua calon2 yg ingin memegang jawatan untuk berkompromi...malah beliau juga menasihati org supaya tidak berlawan sesama sendiri... ini boleh memecahkan org melayu... saya banyak belajar politik dari beliau... beliau banyak mengajar saya tentang perpaduan... malah beliau jugak memberitahu beliau sanggup untuk melepaskan jawatan untuk tinggal dirumah... Untuk pengetahuan kawan2 ku pada tahun lepas saudara ahmad fairuz othman telah berbohong kepada ahli umno putrajaya...beliau mengatakan dimana jikalau beliau dilantik sbgai pergong umno beliau akan berucap di perhimpunan agong... bukan dia dok sana pon... itulah sebab beliau mendapat undian tertinggi pasal org percaya pada pembohongan itu... mana boley berucap dekat pergong kalo ketua perhubungan x lantik... ckit punya byk ke ketua bhgian yg nk berucap... xtaw perlembagaan ke???... pada tahun ini pula...beliau telah pon berbohong lagi mengatakan beliau adalah pegawai khas dato seri ali rustam dimana telah di nafikan oleh pegawai2 dan DSAR sendiri.... untuk memegang jawatan beliau sanggup menipu dan mengunakan politik wang... mereka ini telah mengunakan politik wang untuk membeli pegawai2 kerajaan...malah beliau juga menggunakkan org2 dari luar untuk berkempen untuk beliau dimana mereka sendiri bukan ahli umno... berita ini telah dihantar ke ibu pejabat...tetapi ia menjadi tertutup kerana beliau pada masa dahulu bekerja di ibu pejabat... pada pandangan saya lah... coba kiter lihat bersama
Teuku....oooops silap, sudah tukar...TENGKU (tak pasti kerabat mana?ikut cerita orang2 lama dr Melaka, dia ni berasal dr seberang) ADNAN dah lama dah, beri le peluang pd anak tempatan pulak. tak cuba tak tau. rasa2nya Tuan Fairuz tu lahir dan bersekolah di Malaysia berbanding dgn TENGKU ADNAN, jadi anak tempatan, tentu le berjiwa tempatan
isteri TENGKU ADNAN tu orang mana yek?
ye ke fairuz tu boleh jadi pemimpin??? berjiwa tempatan ke die??? ada bukti ke ape yang die dah curahkan jasa kepada Malaysia...paling2 Ku Nan tu nampak gak TANJAK die jadi pemimpin...FAIRUZ APE ADE??? SONGKOK TINGGI JE LAH.....
tu lah korang.....pentingkan dari mana...siapa die...korang sendiri tak sedar ke korang tu sape???
HIDUP DATUK KHAIRUDIN!!!!!!!!
a'kum..ahmad fairuz othman(afo)yang kenkonon nak bertanding ketua bahagian nih ialah ahli UMNO cawangan bunga ixora(bkn ketua cawangan).ketua cawangan bunga ixora ialah azali idris yang sekarang nih nih berganding bahu dgn AFO utk jd timbalan ketua bahagian.dolu2 azali nih kecut perut sbb takot AFO nih nak ambik tempat dia kat cawangan bunga ixora..sekarang nih dah dpt offer jd TKB terus luper..bengong jugak dia nih kat cawangan dia ketua tp kat bahagian nak plak dia jd timbalan kepada ahli cawangan dia sendiri..hahaha..untuk pengetahuan semua yang taksub dgn AFO n the gang..dia nih sebenarnye adalag duri dlm daging..masa pilihanraya 2004 AFO n the gang biro tata negara(BTN) yang kenkonon buat kerja utk barisan nasional nih dah sabotaj barisan nasional pd masa tuh..AFO n the gang dah keluar kan handbill warna pink yang nama,alamat,tempat mengundi,nombor saluran yang salah dan edarkan kpd pengundi disekitar cawangan bunga dahlia dan bunga bakawali..nih satu gerakan yang nak sabotaj puteri UMNO sbb puteri yang dipertanggungjawabkan utk mengeluar dan mengedarkan handbill pada masa tuh..yang paling penting ialah sabotaj BARISAN NASIONAL..orang mcm nih ker yang kita kat putrajaya nak ambik sebagai pemimpin????PKR agaknye dia nih..silap2 aribulan die nak bertanding utk jawatan KB nih pun kat belakang dia sebenarnye anwar ibrahim..sbb cara dia bila dia berucap tuh nampak2 gaya mcm peminat setia anwar ibrahim..lepas tuh cara berkempen pun tak cantik langsung..tabur duit sana-sini..bawa bekas2 fasilitator btn..orang2 dr johor termasuk wanita2 dr johor pergi ketuk pintu2 rumah ahli di cawangan2 yg nk bersidang..bak kata dato'khairudin.."orang2 dia nih bkn ahli umno sbb kalau dia tuh ahli umno mesti dia dah sebok kat bahagian dia kat johor tuh nak bersidang..sbb 1 malaysia la nih cawangan tgh bersidang..pi lar kempen kat johor tuh..buat apa yang dok kacau kat putrajaya..time pilihanraya dulu xmau tolong barisan nasional buat kerja kat putrajaya kalau x mesti pas dah hilang wang pertaruhan"...lepas tuh kalau semua ingat lagi lar..tahun lepas AFO menang dgn undi tertinggi utk perwakilan ker perhimpunan agong..sebelum orang undi dia..dia dah tabur duit utk tiap2 cawangan mintak pencalonan dan undi dr tiap2 cawangan..cara dia berkempen masa tuh.."kalau saya dipilih sebagai perwakilan saya akan berucap di perhimpunan agung umno"..tahun lepas aku bkn lar perwakilan cawangan yang pergi utk persidangan bahagian tp aku ada kat dlm tuh sebagai pemerhati..dalam hati aku dah kata abis lar perwakilan nih semua kena tipu..aku yang ahli umno baru time kat putrajaya nih pun tau..selalunya wakil2 yang berucap utk setiap negeri dipilih oleh badan perhubungan negeri tersebut dan wakil yang berucap tuh selalunya terdiri daripada ketua2 bahagian..agaknya AFO baru tau kot tahun nih kot sbb tuh nak bertanding KB sbb lepas nih boleh lar tipu perwakilan semua "kalau saya menang sebagai ketua bahagian saya akan berucap di perhimpunan agong umno"..wahai perwakilan semua sedar lar..xpayah lar tertipu dgn omong kosong AFO n the gang..azali tuh nak bertanding TKB konon..xpayah DTA atau DK yang sergah..kena sergah dgn orang lain pun dah terketaq2 mengelabah..mcm tuh nak jd pemimpin ke2 di peringkat bahagian..tengku bidin yang nak jadi naib presiden nak lawan dgn hj.nordin..cakap pun xbetul orang xpaham ada hati nak jadi naib ketua bahagian...issshhh3x...kelakar btoll lar dorang nih..x ukur baju kat badan sendiri...renung2kan lar wahai para perwakilan..
"time pilihanraya dulu xmau tolong barisan nasional buat kerja kat putrajaya kalau x mesti pas dah hilang wang pertaruhan"..."
Satu pengakuan dari isi hati penulis diatas. Mengakui tanpa disedarinya, dengan penglibatan AFO dalam pilihan raya lepas pas dah hilang wang pertaruhan.
Dimana agaknya Pengarah Pilihanraya Putrajaya ketika itu. Apakah Pengarah Pilihanraya tidak hebat bagi membuatkan pas hilang wang pertaruhan. Cakap bergegak, tapi semasa penamaan calon tak nampak batang hidung. dah habis baru muncul. Masa pengumuman keputusan pun tak ada kat dewan, sepatutnya sebagai Pengarah, Tim KB dan sahabat lama Ku Nan, beliau seharusnya bersama menanti keputusan diumumkan.
"dengan penglibatan AFO dalam pilihan raya lepas pas dah hilang wang pertaruhan."(copy dr penulis diatas)---->bodoh gamaknya kau nie! xbace ker orang tuh cite yg AFO tuh dah sabotaj BARISAN NASIONAL.siap buat handbill palsu warna pink.itu yang kau cakap AFO yg buat bagi PKR hilang wang pertaruhan ker?kalau yer pun nak taksub dgn AFO kau tuh jgn lar yang xbetul pun jadi betul.
Dimana agaknya Pengarah Pilihanraya Putrajaya ketika itu. Apakah Pengarah Pilihanraya tidak hebat bagi membuatkan pas hilang wang pertaruhan. Cakap bergegak, tapi semasa penamaan calon tak nampak batang hidung. dah habis baru muncul. Masa pengumuman keputusan pun tak ada kat dewan, sepatutnya sebagai Pengarah, Tim KB dan sahabat lama Ku Nan, beliau seharusnya bersama menanti keputusan diumumkan.--->kau xnampak dia ker?apa punya buta lar kau nie.issskkk..time pengumuman tuh kau kat mana?dah nama pun pengarah pilihanraya mesti lar dia duduk kat bilik gerakan.xsemestinya dia kena ikut DTA untuk dengar pengumuman.lagi pun dia dah tau keputusan sbb dia yang buat kerja.pengarah kena buat kerja kat bilik gerakan.masa PKR hilang wang pertaruhan tahun 2004 pun dia jugak yang jadi pengarah pilihanraya.kalau nak harap AFO yang kau nak undi jd KB tuh rosak semuanya gara2 handbill yg dia sabotaj tuh.cakap lain kali bardasarkan fakta lar.xpayah nak menipu orang ramai.mana AFO time pilihanraya?sabotaj apa plak masa pilihanraya 2008?agaknya dia yang sabotaj lagi skali sbb tuh kali nih pas xhilang wang pertaruhan.bawa kawan2 dia dari johor kot berkempen utk pas mcm dia berkempen utk jd KB sekarang.
DATO'K ADALAH LAMBANG KECERIAAN DAN KEGEMBIRAAN UMNO PUTRAJAYA, MASA DIA DOK KAT PRESINT.8 DULU SEMUA ORANG HAPPY NGAN DIA..TAPI SEBAB ADA DURI DI HUTAN DAN LINTAH DI DARAT DATO' NAMPAK MACAM TAK HAPPY, TAPI DON'T DATO' KITA HIDUPKAN SEMULA KECERIAN, KEGEMBIRAAN DAN GELAK KETAWA MACAM DULU..DATO'K YOU MENANG BEST..
kepada dato' khairudin teruskan pejuangan dato' untuk membela nasib penduduk di putrajaya.saya menyokong penuh kepimpinan dato'
dear DKS, walau apa pun yg terjadi, saya tetap akan menyokong perjuangan DKS.. org-org yg ingin melaga-lagakan DKS sentiasa ada di kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.. berhati-hatilah, jasa dan budi pekerti DKS sentiasa akan dikenang sepanjang hayat..
pihak yg bekenaan...
telebih dahulu saya meminta maaf
disini saya ingin mengatakan yang awak nih BODOLAH...
sebagai pengarah pilihanraya dia x payah2 nk sebok2 dok kat dlm dewan... keje dia ialah dok bg org suka kat BN bg org keluar mengundi.... aku rasa dia dok kat bilik gerakan smpai malam2 buta dok bg ceramah kat org... yg tuh ko x lihat... ko tgk pasal dia x dtg dewan je... pe mende la ko nih...
kalo dia dok kat dewan pon bukan bley ubah undi pon... yg penting dia dok buat keje... bg ceramah kat pengundi sampai xdak suara... aku rasa ko x aktif nih time pilihan raya... x pon keje ko nk sabotaj BN waktu 2 je kowt... mungkin 2 la psl ko xtaw de ceramah tiap2 malam... hahaha
-mata kucing-
MATA KUCING....
aku rasa kan...Si Bengap yang kata pengarah pilihanraya tak de kat dewan lah...masa penamaan calonlah...dia tu memang BENGAP tak tahu buat keje pilihanraya....tak tahu tugas-tugas masa pilihanraya...Si Bengap oooiii.... takkan ko tak tahu keje pengarah pilihanraya tu buat ape...tu lah lain kali abiskan dulu ilmu...tu baru cakap pandai.....lupe lak...(Si Bengap tu memang tak tahu sebab dia asyik ambik kedatangan siapa datang dan tak de masa penamaan calon / masa pengumuman keputusan)BENGAP...BENGAP....jadi ketua kelas je lah......ambik kedatangan kawan-kawan kelas engkau BENGAP......BENGAP.....
AKU NAKKAN PERPADUAN DI PUTRAJAYA!!!!!AKU NAKKAN KEAMANAN!!!!!AKU NAKKAN PERMUAFAKATAN!!!!!!UNDILAH CALON YANG ADA SEKARANG!!!!!!DSTA...DK...HJ. NORDIN......
-AKU CINTAKAN PERPADUAN-
Post a Comment