Friday, April 25, 2008

NORZA TERSUNGKUR LAGI ....NORZA TIDAK DILANTIK SEMULA SEBAGAI SETIAUSAHA POLITIK KPD MENTERI KEWANGAN KE 2 !

Setelah dua hari lepas WILAYAHKINI memaparkan berita mengenai Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga Ketua Pemuda WP, Datuk Norza Zakaria akan team dengan Azman di Wangsa Maju, Norza Zakaria menerima satu lagi tamparan hebat di dalam karier politiknya apabila beliau TIDAK DILANTIK SEMULA DAN DIGUGURKAN SEBAGAI SETIAUSAHA POLITIK KPD MENTERI KEWANGAN KE 2, TAN SRI NOR YACOB. Sebaliknya, muka baru Zainuddin Ismail dilantik ke jawatan tersebut yang dipegangnya sepenggal lalu. Norza yang terlalu menonjol sehingga membuatkan pelbagai pihak tidak duduk senang dgn perwatakanya ketika menjadi Set Pol kepada Nor Yacob , kini dikatakan begitu terdesak apabila namanya digugurkan.Sumber politik berkata , nama Norza tak lepas kerana pelbagai sebab.Ada yang sebut kes ACA lah dan macam bermacam lagi.Tapi kita tunggu penjelasan Norza selepas ini.

Norza yang sebelum ini membuat kenytaan media bahawa beliau sedia menjadi orang tengah untuk membincangkan kes KETUANAN MELAYU baru - baru ini turut dikecam hebat kerana semasa PRU baru - baru ini beliau dikatakan langsung tidak tunjukkan muka di Wangsa Maju dan bahagian2 lain di WP sehingga jentera yang digempar - gempurkan sebagai Pemuda Gerak Gempur tak Gempur langsung. Mereka berpendapat pemimpin seperti Norza tidak layak untuk menjadi orang tengah.Mereka berkata " Bahagian sendiri pun tak boleh jaga nak jaga negara konon". Malah pemimpin utama parti pembangkang juga telah menolak cadangan tersebut.Setelah namanya digugurkan sebagai calon di WP, NS dan Melaka pada PRU baru - baru ini, kini namaya digugurkan pula sebagai Set Pol tetapi rakan karibnya Datuk Reezal Marican dilantik semula sebagai Setiausaha Politik ( Set Pol ) PM untuk penggal kedua. Apakah Norza juga akan mencari kepastian hidup selepas ini, kita tunggu dan lihat.

6 comments:

Razlan said...

Asalamualaikum Sahabat Semua,

Simpati juga kepada dato ketua pemuda wilayah kita kerana tidak dilantik semula kepada jawatan Set Pol.

Tetapi banyak juga jasa Dato Norza ditaburkan Pemuda didalam Wilayah, dan saya percaya ramai juga yang mendapat kebaikkan daripada beliau.

Kita sama-sama lah mendoakan dato norza akan terus berusaha dan menetapkan semangat yang bulat bagi memastikan pemuda wilayah bersemangat kembali.

Dugaan ini bukannya besar sangat, cuma teruskan usaha, sebagai Ketua Pemuda Negeri, Dato boleh memfokuskan kembali kepada kerja-kerja Pemuda Wilayah dan Kembalikan Semangat seluruh pemuda wilayah yang kebanyakkanya telah hilang arah dan perjuangan.

teruskan dato ..

razlans.blogspot.com

Anonymous said...

Saya sokong saranan Razlan tetapi Norza bermain politik sampai bhgn sendiri menolaknya. Dia telah abaikan Pemuda pd 2thn yg berturut - turut!

Anonymous said...

Mengenai pendapat Razlan memang ada kebenaran tetapi banyak juga dapat dikupas mengenai kepimpinan Norza di WP. Kita telah banyak habiskan masa utk mempertahankan kepimpinan Norza apabila isu ketidakpercayaan terhadapnya. Norza pun kena ikhlas dlm perjuanganya. Salam

milasha said...

Amat sedih juga nak baca berita tersebut. Norza jgn jadi macam Dato Syed Ali sudah yg suka syok sendiri.

Anonymous said...

Ah,Norza lagi? Ayuh bangkit!

Kerajaan Rakyat said...

Malaysia oh! Malaysia. Double standard adalah budaya negara. Op silap!! budaya pemimpin UMNO.

Dengan izin sila baca seterusnya :

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/