Tuesday, November 11, 2008

UMNO SEPUTEH : MESYUARAT SEMULA ATAU TIDAK ? KEPUTUSAN MUKTAMAD SELESA DEPAN !

BERITA TERKINI : 12hb Nov, Mesyuarat Pengurusan UMNO menangguhkan keputusan berhubung isu UMNO Seputeh ke minggu depan, 18hb Nov untuk keputusan muktamad.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk menangguhkanya ke minggu depan, kata satu sumber kepada Wilayahkini hari ini. BERITA SEBELUM INI......
KUALA LUMPUR -- Keputusan sama ada UMNO Bahagian Seputeh perlu bermesyuarat semula atau tidak ? akan diputuskan esok oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Difahamkan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Kamaruddin Ambok telah menolak cadangan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menghantar surat bahawa tidak perlu diadakan mesyuarat semula.
Isu UMNO seputeh ini menjadi "kelam kabut" apabila UMNO Wilayah Persekutuan telah mengarahkan mesyuarat semula semula di peringkat bahagian, wanita , puteri dan pemuda minggu lalu. Manakala , Ibu Pejabat UMNO menerusi Tengku Adnan pula, menerusi satu lagi suratnya pada 5hb November pula memaklumkan kesemua mesyuarat bahagian berkenaan yang diadakan pada 26 Oktober lalu, adalah sah dan tidak perlu diadakan mesyuarat semula.
Pada pemilihan bahagian Seputeh yang lepas, penyandang Ketua Bahagian Datuk Hisham Majid tewas 15 undi dengan Mustapha Kamal. Ketua Puteri dimenangi oleh Azliza Ahmad, Ketua Pemuda pula di menangi oleh Razlan manakala Ketua Wanita pula dimenangi oleh Senator Azizah Samad tanpa bertanding.
Pernyokong Mustapha Kamal yang mendapat " backing" yang kuat daripada Tengku Adnan begitu yakin supaya tidak perlu diadakan mesyuarat semula.
Pemilihan Seputeh menjadi kecoh apabila cawangan Goodwood telah dibatalkan pendaftaran pertubuhan ( ROS ).

17 comments:

Anonymous said...

kita tengok siapa yang lebih gagah dan kuat kuasa dan pengaruhnya..
perhubungan negeri ataupun pengurusan pusat.
tapi kalau boss dah kata tak payah, takkan nak lawan pulak kan.
tapi PakLah dah beri kuasa pada perhubungan negeri untuk selesaikan masalah2 di setiap bahagian..
so macam mana ni ???
tunggu dan lihat ajer lah...

Anonymous said...

mari kita lihat siapa yang lebih 'gagah dan kuat' sama ada perhubungan negeri atau pengurusan pusat dalam menentukan perkara ini. kalau boss dah tetapkan keputusan, takkan anak buah nak bersuara pulak kan.
tapi bukankah Paklah dah beri kuasa pada Perhubungan negeri untuk meneyelesaikan segala permasalahan di setiap bahagian.
berharap semua pihak yang terlibat dalam hal ini dapat menerima apa juga keputusan yang diumumkan dengan hati yang terbuka demi perpaduan ahli Seputeh.

Anonymous said...

Apalah kau orang ni. Kan menjadi tanggung jawab kepimpinan bawah Dato Hisahm memastikan cawangan2 berdaftar. Tapi bila dia kalah, dia mainkan isu ini. Ini semua konspirasi Dato Hisham dan Perhubungan Wilayah. Takkan nak ajar UMNO Wilayah. Lagi pun Dato Hisham kalah lebih dari undi satu cawangan. Dato Zulhasnan pun sama juga. Klu ini pun nak kena ajar mcm mana Dato Zulhasnan nak menang MKT.

Anonymous said...

Inilah dia contoh teladan,masing-masing ada bahagian..dan pengikut..buatlah kerja tunjukkan siapa yang aktif bukan tunjuk gagah,berkelahi sana berkelahi sini,keluar surat khabar mencaci sana sini..keluar kenyataan bahgian lain tidak baik...Dulu kata Dato Radzi tak pandai jadi Setiausaha Umno malaysia....sekarang apa dah terjadi...Sekarang lebih teruk dari dulu....

Anonymous said...

Harapan umat seputeh...

Bila keputusan diumumkan diharapkan semua phk dpt terima dgn baik. Jgn lagi ada rentetan cerita selepas nie. Letih umat seputeh dibuatnya..

Tak perlulah sampai nak buat polis report utk dakwa SUA slh guna kuasa(crite yg dibawa oleh angin2sepoi bhs). Tak perlulah juga smpi hari2 nak msk akhbar SINAR. Buruk perangai generasi muda seputeh tengok. Yg tak berpuas hati umat seputeh hrp muhasabahlah diri & berusahalah lebih gigih dan masuk gelanggang balik pd thn 2011 nanti.

KEMBALILAH KE LANDASAN YG BENAR DEMI PERPADUAN MASYARAKAT UMNO SEPUTEH!!!!!

Anonymous said...

terima je lah kekalahan tu Tok Hisham oiiii.... letih lah nak tengok bahagian2 ni kena bersidang balik... banyak kos terlibat tau

Anonymous said...

kalau dah kalah tu terima je lah.... ni yang sebok2 buat hape? buang karen je lah

Anonymous said...

Teresa Kok + DAP gelak jer tengok gelagat UMNO kat Seputeh ni....Tak payah nak bawak isu untuk gugat orang Melayu...Melayu dah kalah awal lagi di Seputeh khasnya dan Wilayah umumnya!!!
Mana semangat perjuangan kalau asyik berebutkan jawatan!!!
Malau..malu!!

Anonymous said...

Kalau dah tau ada cawangan yang bermasaalah nape tak selesaikan awal-awal. lepas bersidang baru nak buka pekung. menjatuhkan maruah bangsa. pemimpin patutnya tunjukkan moral yg baik bukannya perangai kebudak-budakkan. tak semestinya tanpa jawatan takleh berkhidmat. cawangan sendiri tu kukuhkan tunjuk kat caw lain boleh buat projek dari peringkat caw lagi.
Dahler pertandingan dah tamat. buatlah kerja yang lebih berfaedah kerja kebun ker. kat rumah orang tua-tuaker jaga cucuker. ngaji kat surau ker.
sekian wassalammm

Anonymous said...

DATUK HISHAM....

KENAPA DATUK BEGINI...??

DATUK TAK KALAH.. CUMA SEPUTEH SUDAH BERSUARA UNTUK PERUBAHAN...

SEGALAN PELAN TINDAKAN DATUK AMAT BAIK SEKALI... SEPUTEH MENGHARGAINYA... TAPI DATUK HANYA MEFOKUS ASPEK YANG LEBIH TINGGI...

BAGUS TU BAGUS... TAPI MASALAH AHLI SEPUTEH BUKANNYA INGIN KE PERINGKAT WILAYAH MAHUPUN MENAWAN DAN MENDAPATKAN BAITULMAQDIS...

PERINGKAT BAWAHAN NIE... NAK DAPATKAN RUMAH DBKL ... LESEN PENJAJA.... PENINGKATAN KEHIDUPAN AHLI YANG KURANG BINAUPAYA INI TIDAK DATUK HIRAUKAN...

SEPUTEH....
DATUK HARUS FOKUS AHLI SEPUTEH...
ORANG MELAYU SEPUTEH YANG HIDUP DALAM KAWASAN PEMBANGKANG....
BUKANNYA ORANG LAIN YANG HIDUP LUAR DARI SEPUTEH...

DATUK MASUKKAN ANAK BUAH DATUK YANG MENDAPAT PENDIDIKAN YANG CEMERLANG.... BERI DIA DUIT 1,500... DUIT SEPUTEH UMNO TU....
KENAPA ??? BUDAK SEPUTEH NIE ADA YANG TAK LEH BELAJAR... TAK CUKUP DUIT NAK PEGI TUITION... DATUK TAK TOLONG....

ISU ISU INI... EN. MUSTAPA TANGANI...DENGAN KEKUATAN KOMUNITI BESTARI YANG DITUBUHNYA DENGAN TENAGA KERATNYA SENDIRI... KOMUNITI BESTARI INI TELAH MENOLONG RAMAI AHLI SEPUTEH KHUSUNYA ORNAG MELAYU SEPUTEH .. ANAK ANAK UMNO MELAYU SEPUTEH...

SIKIT DEMI SIKIT EN. MUSTAPHA TOLONG... ALHAMDULILLAH INI YANG KITA MAHU....BUKANNYA PERINGKAT WILAYAH TU....

DATUK... KAMI INGIN EN. MUSTAPHA SEKARANG MENERAJUI BAHAGIAN UMNO SEPUTEH... KAMI RASA DIA LEBIH LAYAK ... KERANA ASALNYA JUGA BERHATI SEPUTEH.. DIA TAHU APA YANG ORANG SEPUTEH NAK....

DATUK DUDUK SENANG JE KAT KAJANG RESORT TU... TAK TURUN TINJAU DAN LIHAT SENDIRI KESUSAHAN ORANG MELAYU DI KAWASAN PEMBANGKANG...

ASYIK ASYIK TAHU MAKAN BERSAMA ORANG ORANG BESAR WILAYAH JE...

AMBIK DUIT UMNO... TAK JUJUR LANGSUNG... SOMBONG ... BONGKAK...

INIKAH GOLONGAN ULU ALBAB...??

DAHLAH TU DATUK... TERIMA SAJA KEKALAHAN INI UNTUK PENGAJARAN DATUK OK...

ASSALAMUALAIKUM....

Anonymous said...

Mesyuaratlah semula... 2004 Titiwangsa kena camni dioarang surh mesyuarat semula.. sampai lebam mata Datuk Ibrahim Thambychik.. takkan Tengku Nan Lupa

Anonymous said...

pada yg sudi memberi komen2 kt wilayahkini diharap agar tidak menuduh mana2 pihak melakukan angkara jika tiada bukti. kawal bahasa anda sikit walaupun niat nak menegur...adab org melayu jgn lupe ek...

Anonymous said...

update laa citer bahagian seputeh ni... mesyuarat kan takde... takkan tak nak update kot....

Anonymous said...

gah benar kamarudin ambok berani ingkar perintah ibupejabat UMNO yg keluar dari Ku Nan berkenaan persidangan seputeh. nampaknya pemikiran juga keputusan begini yg dikatakan kaduk naik junjung. bila arahan pihak tertinggi iaitu IP UMNO dipandang sepi oleh pengurusan UMNO negeri. kesian Ku Nan yang diberi amanah kerana ramai pendekar jua pang5 UMNO yg garang mcm Kamarudin Ambok skrg ni.

Anonymous said...

Alhamdulillah isu seputeh telah selesai...kepada pihak yang telah diamanahkan oleh para pewakilan pd 26.10.08, tunaikan amanah yg diberi. Anggaplah sgl yg berlaku sbg penyuntik semangat & ujian dr Allah s.w.t.

Ironinya, barisan kpimpinan baru seputeh pd 2008 ini, 3 kali 'diisytiharkan' menang i.e 26.10.08 (mesy. pwakilam bhgn), 5.11.08 (umno pusat) & 17.11.08 (umno pusat yg mengekalkan keputusan 5.11.08).

Kemenangan 'berganda' dirasai oleh caw. tmn goodwood apabila pd 4.11.08 ROS tlh mengeluarkan surat kpd umno pusat menyatakan bhw perintah pembubaran sementara ke atas caw yg menjadi punca isu ini telah DITARIKBALIK & surat dr umno pusat kpd caw berkenaan atas pkr yg sama tlh dikeluarkan pd 12.11.08.

Sbg penutup kalam, kpd barisan kepimpinan seputeh 2008, ingatlah tempoh 4 tahun yang kami berikan kpd anda adalah merupakan ujian utk anda buktikan bhw undi kami tidak akan dipersiakan...

Anonymous said...

MT putuskan tak payah mesyuarat semula.

Anonymous said...

alhamdulillah...masalah dah selesai. saya menyeru pd semua ahli2 di seputeh agar kembali bersatu utk memperkasakan UMNO di bahagian & seterusnya menyatukan umat melayu. nampaknya dah blh bergerak buat kerja2 di bahagian...lepas ni jgn gaduh2 lg nk berebut jawatan...