KUALA LUMPUR 20hb , Nov -- Kini segala spekulasi dan ramalan politik mengenai wanita UMNO terjawab akhirnya. Datuk Seri Shahrizat selaku orang no 2 dalam wanita UMNO Malaysia sudah bersedia untuk bertanding jawatan no 1 setelah beberapa episod " yang kurang senang " melanda wanita UMNO baru - baru ini, khususnya melibatkan dirinya. Isu pelan peralihan kuasa terkubur juga akhirnya.
Ketika semua pihak menunggu keputusan Tan Sri Rafidah Aziz , sama ada akan bertanding atau tidak ? Tumpuan juga tertumpu kearah dua orang kuat Rafidah dari Wilayah Persekutuan yang mengepalai senarai kepimpinan tertinggi Wanita UMNO Malaysia.
Ketua Wanita UMNO Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan merupakan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia ( Setiausaha ) dan Senator Datuk Aziziah Samad yang merupakan Ketua Wanita Seputeh pula merupakan Penolong Bendahari ( Bendahari ) Wanita UMNO Malaysia Malaysia. Kedua - dua mereka disifatkan sebagai " orang kanan dan kiri " Rafidah Aziz dalam Wanita UMNO.
Apakah pendirian mereka dalam isu ini ? Apakah mereka berdua akan menyebelahi bos mereka di Wilayah Persekutuan ataupun tidak ? Faridah juga merupakan Naib Ketua Wanita Wilayah Persekutuan.
Apakah Wanita Wilayah Persekutuan akan " go all out " memberikan sokongan kepada Shahrizat ataupun akan ada tangan - tangan tersembunyi menjatuhkanya kali ini ? Ada pula berpandangan, semuanya bergantung kepada keputusan Rafidah Aziz.
SALMAH PIN
Sementara itu, Ketua Wanita Bandar Tun Razak Salmah Pin yang juga merupakan Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan dilihat sebagai ' orang kepercayaan" Shahrizat di Wilayah Persekutuan .
Malah kepimpinan Salmah Pin yang begitu komited untuk parti, juga mendapat perhatian pelbagai pihak. Salmah di lihat sebagai seorang yang cukup dedikasi dan kuat berkerja demi Wanita UMNO.
Salmah Pin yang bakal bertanding untuk jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia , juga dikatakan salah seorang pemimpin wanita yang perlu diberi perhatian di Wilayah Persekutuan dan juga nasional.
Ketika semua negeri - negeri lain sudah mula bersuara, Di Manakah Suara Wanita UMNO Wilayah Persekutuan ?
( Gambar : Shahrizat dan Rafidah bersama Azizah dan Faridah )
8 comments:
Wanita Wilayah mana ada bukak internet?!
Hak..ellehh...I nyampah lah..si tua tu !! Kak ijat lagiii best...
Top leaders wanita wilayah x berani bersuara koootttt!!!! Masih ikut style lama....
susah bagi Shahrizat di Wilayah sebab dia hanya jaga Ketua Wanita Bhg saja dan tidak memberi perhatian kpd Timbalan dan ahli bawahan jadi untuk memdapat sokong 100% memang sukar. Kita kalau jadi Ketua mesti jaga semua ahli bukan ketua saja kerana yang mengudi bukan ketua saja ahli lagi ramai.Kebanyakan Ketua yang ada pentingkan diri sendiri. Harap tidak terlambat untuk Dato berubah.
Kamilia jugak menang tanpa bertanding! Tambah lagi sorang empayar Radzi Manan!
Bersedia untuk pentadbiran ala India Muslim
dari segi pencalonan, wanita labuan memang dari awal lagi menyokong kepimpinan sharizat/kamilia.
yang untung datuk kamilia....
dato rafidah dah kata akan ada transition of period ... member pergi melobi cari pencalonan...
yang lain dok berpegang pada peralihan kuasa tak de laa pegi melobi...
bila orang yang dah sedar nak catch up balik susah la...
kalu declare awal2 nak bertanding mesti dato maznah mazlan ke hamidah ke dah start awal gak cari percalonan....
last2 menang tanpa bertanding...
untung nolee heheheh....
Post a Comment