Sunday, November 16, 2008

PUTERI WILAYAH TIDAK BERSATU ? RAMAI NAK TANDING JAWATAN TERTINGGI ? SIAPA BAKAL PEMIMPIN HARAPAN PUTERI DI WILAYAH ? 7 NAMA JADI SEBUTAN ?

KUALA LUMPUR -- " Kenapa Puteri Wilayah Persekutuan Tak Bersatu ? " Inilah soalan yang dilontarkan oleh beberapa pengirim emel kepada Wilayahkini merujuk kepada beberapa berita berhubung Puteri Wilayah di Wilayahkini baru - baru ini. Adakah lontaran tersebut betul ?
Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Azlinda Rashad sibuk dengan kempenya bertanding Exco Wanita UMNO Malaysia manakala Naib Ketua Puteri WP , Datin Ismalina pula lebih banyak tertumpu kearah perjuanganya merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Seorang lagi calon dari WP, Saarah pula turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri manakala Nolee Ashilin pula nak rebut jawatan Naib Ketua Puteri Malaysia.
Masing - masing sibuk dengan kempen mereka. Nasib puteri - puteri di Wilayah Persekutuan macam mana ? Kenapa ahli - ahli puteri di Wilayah Persekutuan tidak bersatu dibawah satu payung untuk menunjukkan kekuatan kita ? Kenapa ramai sangat wakil Wilayah nak tanding jawatan tertinggi parti ?
Kini banyak harapan disandarkan terhadap beberapa Ketua Puteri Bahagian di Wilayah Persekutuan untuk mencorakkan satu kepimpinan Puteri yang lebih mantap dan efesyen di Wilayah Persekutuan. Beberapa nama yang di sebut - sebut ialah, Nor Asyikin Jaafar ( Ketua Puteri Lembah Pantai ), Azliza Ahmad ( Seputeh ), Seri Wani Sabtu ( Setiawangsa ), Fiona ( Ketua Puteri Segambut ), Norhamiza Zawawi ( Ketua Puteri Putrajaya ) , Zauyah Zainuddin ( Ketua Puteri Bandar Tun Razak ) dan Hazreena Hashim ( Ketua Puteri Batu ). Apa komen ada ?
(Gambar : Azlinda, Zauyah, Hazreena dan Fiona )

31 comments:

a.d.a.m. said...

tu la kehebatan umno...
jawatan kosaong ade satu,yang mahukan jawatan tu beribu-ribu!!!!
any comment,contact me: shahayna89@yahoo.com

Anonymous said...

takper lahh.., itu nama nya demokrasi..

yang penting ketua puteri bahagian masing-masing tidak pinggirkan ahli puteri mereka sendiri..
jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudahlah..

Anonymous said...

k puteri putrajaya merapu je....

Al-Rashid Zulkefli said...

betul tu...
tpy, jgn ble da menang terus tutup pintu!!!

Anonymous said...

takde nampak sapa pun yang layak ganti tempat Azlinda... masing2 pentingkan diri sendiri.... susahlah

Anonymous said...

ada baiknya yang nak bertanding tu muhasabah diri bebyk...sumbangan yg akan diberikan atau kemewahan duniawi jadi rebutan...mewah dunia ni yang bwk keruntuhan dalam agama, bangsa n parti...

sarah said...

Salam,

Saya ingin mengucapkan ribuan terimaksih diatas komen komen yang diberikan. Pada masa yg sama sebagai calon yg tidak popular dan tidak mendapat sokongan dari wilayah dan saya difahamkan juga undi akan lebih menyokong Datin Ismalina yg juga sahabat saya.

Maka dengan itu, saya amat berharap dapat diberi laluan memandangkan saya tidak mendapat sokongan dari wilayah yg mana maksudnya saya bukan pilihan puteri wilayah dengan maksud yg lain calon pilihan dari wilayah yang sebenarnya hanyalah seorang calon shj bukannya dua dan puteri wilayah tidak perlu takut kerana undi akan diberi kepada calon lain dan bukannya saya kerana bukan pilihan maka saya akur saya tidak boleh menetapkan diri saya sebagai calon dari wilayah kerana saya bukan pilihan wilayah.

Pada masa yg sama saya berharap pertandingan ini akan berjalan dengan sikap positif kerana saya akan menerima seadanya, kerana telahpun mengalami kekalahan sebelum ini, tetapi saya berharap kita bertanding secara sihat.

Walaupun saya satu satunya calon yg bertanding buat kali kedua jawatan tertinggi dan pertama kali tahun 2004 saya hanya mendapat satu pencalonan dan kali ini dengan izin tuhan saya dapat juga insyallah setakat ini melayakkan diri utk bertanding.

Walaubagaimanapun, saya akan menerima komen secara terbuka dan saya akan masih memberi pandangan dan kritikan saya berkaitan isu semasa politik didalam blog saya dan saya alu alukan komen yang membina, insyallah.

Saya dengan penuh kesedaran bertanding atas keihklasan dan mengakui jawatan didunia tidak kekal tetapi menawarkan diri atas dasar untuk perubahan.

Sekian,ikhlas saarah hj ali bashah

www.saarahali.blogspot.com

Anonymous said...

Ok .... untuk makluman semua peminat wilayahkini ..... Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seputeh yang dijalankan pada 26/10/2008 adalah SAH.

tiada siapa boleh pertikaikan lagi ...... untuk sebarang pertanyaan boleh dirujuk dengan keputusan mesyuarat pengurusan majlis tertinggi baru2 ini ...... di ...... pejabat umno malaysia

Anonymous said...

bersatulah wahai pu3 bahagian diwilayah.ingatlah ini parti bangsa agama dan negara.jgn jadikan sayap parti umno ini hancur kerana kepentingan peribadi semata-mata.ingatlah anda dipilih oleh akar umbi so kepercayaan itu adalah satu amanah yang amat berat harus dipikul didunia dan diakhirat.anak bangsa hari ini perlukan anda untuk memperjuangkan anak bangsa dan memelihara sifat keperibadian bangsa melayu sendiri.insyallah saya percaya satu hari nanti pu3 bahagian wilayah mampu untuk menjadi benteng negara yang paling kuat.insyallah


----ingin tgk umno maju----

Anonymous said...

Hidup pu3 WP!

Anonymous said...

Ternyata sekali, Ketua Puteri Wilayah not in control.Beliau tiada pengaruh lagi dan tidak berani buat stand.Pada beliau, biarlah adik2 yang selama ini menyokong beliau berentap atas kebolehan masing-masing...siapa kalah,siapa menang beliau sudah tidak peduli.Tiada semangat setiakawan,tiada keikhlasan.

Anonymous said...

haiii dah ada mulut tak berinsurance kata yang Kak Linda endorse Seriwani, KP Setiawangsa yang baru tu.. kalau camni payah lah

Anonymous said...

biar semua yg di WP nak bertanding ke peringkat lbh tinggi PU3 biarkan...

jarang2 semangat tun teja n tun fatimah bergelodak di sanubari semua calon2 di WP...SYABAS!!!

namun cerminan diri wajib setiap calon timbangkan kembali prestasi diri memasing sepnjg 4 thn seblm pemilihan ini...byk yg sibuk semasa thn pemilihan banding xda pemilihan...

menongkak langit smp lupakan rumput akar umbi...rumput akar umbi yg sokong dan dah terbiasa terkorban dek kealpaan jua sikap buat2 lupa bila dah menang...selamat berjuang buat semua yg rasa mcm layak jadi barisan kepimpinan baru PU3... (sumbangan bkn dr dlm kepimpinan semata)

Anonymous said...

sapa minah atas sekali rambut blonde tu....

nampak ganaz je.... sedapnyaaaa

Anonymous said...

Salam, sapa kata tak de sapa boleh ganti tempat linda? Kalau takat linda tu, shikin ketua puteri baru tu pun boleh buat keje lebih baik dari dia. Tolong tengok sikit apa jasa linda pada puteri wp. Nothing!! Tak de apa yg boleh dibangga kan. Dari awal puteri diwujudkan hingga dia habis umur.. Ni ada hati nak jd exco wanita msia pulak... kena mandilah jawapnya..

Unknown said...

Aku ada satu calon yang aku fikir layak tetapi ketinggalan dari senarai anda. Calon aku adalah teman wanita kepada adik ketua perhubungan umno wilayah persekutuan!

Anonymous said...

Sapa gelpren adik DZ?

Anonymous said...

Salam.Syabas kepada semua ketua bahagian yang telah menang. kini tanggungjawab dah ada atas bahu jalankan sebaik mungkin. Siapa pun Ketua Puteri Negeri Wp kelak...kerja pertama rapatkan "saf" kemudian buat cara terbaik utk menarik seberapa ramai yang boleh anak2 muda ke arah kita. Actually, Pergerakan Puteri UMNO Wp ni bukanlah terletak atas bahu Ketua Puteri Negeri sahaja..NKPU3, setiausaha, bendahari & Exco pun terlibat. Mana pergi AJK Puteri WP? Kamu ada pada masa pemerintahan..tapi tak nampak pun membantu puteri di bahagian..inikan pula di cawangan. Semuanya sibuk ngan cara sendiri..walaupun ada KPU3 yang bagus tapi tak semua. Why not jangan tunding jaring sahaja. cari solution. Jangan lupa gandingan ketua puteri baru kali ini amatlah mantap. Seperti Haza dr Titiwangsa, Syam dari Kepong, Seriwani dari Setiawangsa, Syikin dari Lembah Pantai dan Rafeah dari Wangsa Maju dan yg lain juga (jangan kecik hati kalau tak sebut penat nak taip..). Mereka adalah hardcore yang memang wujud dari "Pro-Tem" lagi. Ada KPU3 Lama pun tak selama dia orang. Cth Syikin, lembut dan berkerpribadian Tinggi, Haza very outspoken for good things tak lupa juga Syam n Wani. So, yg lama n baru adalah gandingan yang mantap. Apa perlu buat adalah bersatulah demi Puteri. Biarlah kita GAH dipandang orang bukan sahaja dari paras wajah tapi dari kredibiliti dan potensi diri. HIDUP PUTERI WP!!!

Anonymous said...

Rasanya aku tau sapa.. Dulu aku tgk pakai BMW color putih.. Sekarang tak taulah.. Salah seorang kpu3 bhgn yang baru menang di bahagian.. Tu pun ada keraguan dalam pengiraan undi.. Ada tangan ghaib gak ker??

Anonymous said...

apa pulak adik ketua perhubungan... dia adalah ABANG DZ lah ....
minah tu kalau naik jadi calon KPWP, alamatnya berguling2 lah KPB KPB yang ada sekarang nih... KPB sekarang ni pun bukan nya sebulu ngan dia, kalau setakat menang tu ada back up dari atasan, kitorang tak pandang seiii

Anonymous said...

saya nak ketua pu3 seputeh jadi ketua pu3 wilayah..... dia bagus... sejak seputeh tubuhkan pu3 sehingga hari ini... dia masih berdiri gagh dibahagiannya... kesepakatan ahlipu3 nya terhadap beliau menunjukkan pasti pengurusan yang bagus....

saya yakin cik azliza mampu membimbing puteri wilayah kepeningkatan yang lebih baik lagi...

insyallah....

Anonymous said...

Kalau ko dah nak Azliza jadi K.Pu3 WP..ko ckp la ngan dia..takyah bertanding exco.. sok2..dah jadi K.Pu3 Negeri jadi exco jgk kat Msia..kuranggg sket calon2 dari WP yg dah ramai tercalon nie..

Anonymous said...

ye jugak, ko ckp lah kat dia. Takyah lah buang duit dan tenaga pergi kempen kesana kesini. Letih je nanti.

Anonymous said...

Azliza jadik kpu3wp? Emm.. nampaknya kat WP x akan ada perubahan.. Attitude sama jer ngan kpu3 negeri yg sedia ada.. Pernah ke fikirkan kepentingan pu3 wp selama dia sebagai exco pu3 wp? Setakat gah di bahagian belum tentu boleh gah di WP..

Anonymous said...

Kelakarlah...semua sibuk ngan siapa bakal jadi KPu3Wp...
Azliza tu bagus sangat ke...! Menang pun ngan pemain import aje. aku orang seputehlah aku tahu. Cuma bila kita orang buat cmplain ramai pulak tolong back-up. Lepas tu berlagak lak. Cuba tanya orang kat bwh tu siapa pemain import dia. Fiona tuu tahan gak kalau jd calon. Hidup beb!

Anonymous said...

actually sorang pun tak layak dari segi kredibiliti mereka.. kalau sesapa yang terpilih tu pun atas dasar, tak tau sapa lagi nak letak, hanya letak aje untuk isi kekosongan itu

Anonymous said...

Habis la kalau si azliza tu jadi KPWP! Apa lagi dia, sibuk pau sana sini la utk pocket dia..ada satu mangsa dia sendiri cerita kat aku beb!! Dia ni pegang jawatan pun utk mencari kesenangan dia sendiri!! Kite x bleh biarkan dia jadi KPWP!!!!!!! Mulut jahat plak tu. Suka cucuk sesama KPB tg lain. Jahanam PU3 mcm ni. Wahai azliza yg perasan lawa tapi hodoh dgn muka berlopak mcm bulan, berubah la.....

Anonymous said...

heiii Fiona, ngko ingat ngko tu baguih sangat ke? setakat nak menempel je bila berkempen, cubalah pergi sorang sorang, ada berani?

Anonymous said...

udah2 la..jgn memaki sesama kaum..malu la..fikir positif je..jgn mengutuk sebarangan kalo xde periksa dulu citer karut korg tu..x baik beb..mengata org ni x elok..bdosa disisi agama islam..kalo yg mengata tu org islam...

Cerutti1881

Anonymous said...

yg Batu udahler...tak kuase aku nak layan...bg ler org lain..belum pape da mintak mcm2 dr org lain..ewah ko pikir ko artis ker...abis sume nk ko mintak sponsor untuk ko...udahler org mcm nie ngabihkan boreh jo!

Anonymous said...

memang boss kami berani..apa masalah nie...kak fion tak perlu menempel sesiapa..kami rasa ler sekarang nie dia tak perlu jadi artis tempelan.. dulu kini dan selamanya hidup kak fion!