Thursday, November 20, 2008

SUDAH DISAHKAN ; SHAHRIZAT UMUM SECARA RASMI BERTANDING KETUA WANITA HARI INI ; APAKAH KEPUTUSAN RAFIDAH SELEPAS INI ?

TERKINI 20hb Nov : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru sahaja sebentar tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia secara rasmi . Dengan keputusan tersebut, kini isu pelan peralihan kuasa tidak bangkit sama sekali. Kini segala tumpuan tertumpu terhadap Tan Sri Rafidah Aziz, sama ada beliau akan melepaskan jawatanya ataupun mempertahankan jawatanya setelah Shahrizat mengambil pendirian untuk bertanding jawatan Ketua Wanita. Keputusan Shahrizat dilihat satu perkembangan yang cukup dramatik sekali dalam kancah politik Wanita UMNO Malaysia kali ini. Apa seterusnya ?
BERITA SEBELUM INI........
KUALA LUMPUR -- Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia akhirnya sudah bersedia untuk mencabar Tan Sri Rafidah bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Shahrizat dijangka membuat pengumuman rasminya Khamis ini.
Penyokong Shahrizat dikatakan begitu bimbang dengan permainan politik Rafidah kerana mereka bimbang Rafidah mempunyai agenda yang tersembunyi dan ianya boleh mengahancurkan karier politik Shahrizat nanti.

13 comments:

mySacRedHeaRt said...

Penyokong shahrizat semestinya boleh menarik nafas lega kalo benar beliau ingin mencabar TS Rafidah...kite tgk sama2 khamis ini..shahrizat pun tahu kalo beliau tidak bertanding jwtn ketua, belum tentu beliau boleh mengekalkan jwtn naib tue...

Anonymous said...

salam kpd sume....

tahniah kpd Datuk Seri Sharizat atas keputusan yang dilakukan untuk memartabatkan agama,bangsa dan negara....

memeang patut Datuk Seri Sharizat bertanding kerana kita berada negara yang mengamalkan sistem demokrasi...
selain itu, akar umbi telah bersuara dan inilah yang diinginkan...
kenapa tak nak bertanding? nak bagi muke kat sape lagi?
Datuk Seri Sharizat perlu bertanding dan sudah sampai masanya untuk perubahan dalam penstrukturan dan organisasi serta cara pengurusan yang baru dan lebih cekap dalam WANITA UMNO MALAYSIA.....

thanx.... salam.....

Anonymous said...

syabas buat SJ... atap rumbia tempat bernaung dah lama tiris...tiba masanya anyaman baru sebagai ganti...yg lama dah berjasa beri peluang yang baru buktikan diri...jarang2 skali ada pertandingan biarlah berlaku sebagai kesinambungan kepimpinan...buat RA jgn smp Wanita UMNO dibenci, djauhi serta terpinggir bagi yang baru nak masuk alam wanita UMNO...(kena tubuh sayap baru 'OPAH' UMNO bole terus jadi ketua)

Mohd Farid Bin Mohd Taufik said...

Syabas Datuk Seri Shjahrizat...
Kembali bersama mengembalikan kegemilangan....Berani Berubah...
Kembalikan maruah orang melayu....

KHAIRUL said...

BUAT APA GADUH-GADUH.BINCANG ELOK2.MANUSIA HARUS BERPEGANG PADA JANJI.IKUT JE YANG ASAL.MEMANG LA KAK JAT DAPAT SUARA AKAR UMBI.TAPI 73 PENCALONAN JE.SEPARUH PUN TAK SAMPAI.TAKKAN LA KITA NAK MENIDAKKAN 117 PENCALONAN YANG RAFIDAH DAPAT.DAH TENTU ITU PUN SUARA AKAR UMBI WANITA YANG MENYOKONG PERALIHAN KUASA PADA BULAN 6.JADI HARAP DIFIKIR-FIKIRKAN LA.

Anonymous said...

salam kpd semua....

kpd KHAIRUL,
bukan mahu gaduh... apa yang anda kata kan itu silap sebenarnya...
kita sekarang berada dan hidup dalam negara demokrasi...

memang benar akar umbi 117 dan kita tak boleh menidakkan suara mereka tetapi kita kena ingat walaupun suara akar umbi yang 73 itu tidak sebesar 117 tetapi ia telah melepasi kuota nye dan masih ada suara yang ingin shahrizat bertanding dan kita perlu menghormatinya atas sebab demokrasi...

kenapa tidak perlu bertanding? apa masalahnya?

pencalonan sahaja tidak boleh membuktikan apa2... waktu pemilihan nanti pada mesyuarat apa sahaja boleh jadi...
lagi pun peralihan kuasa yang dirancang hanya 3 bulan selepas mesyuarat nanti. tak ada perubahan yang besar pun boleh dibuat dalam masa 3 bulan itu bahkan sia2 nya nanti diserahkan kepada shahrizat.. Aape cerita ni?

satu lagi, proses peralihan yang dirancang ini diutuskan oleh exco bukan oleh akar umbi...
inikah yang dimaksudkan dengan demokrasi? apa guna nya akar umbi kalau tak nak dengar?
kita kena dengar setiap suara akar umbi tak boleh la nak banding kan berapa banyak pencalonan nya. kalau 117 itu pemilihan lain cerita la. pencalonan ini untuk menentukan sama ada akar umbi ingin seseorang itu bertanding atua tidak...

jadi kita kena tukar persepsi kita tentang sistem demokrasi dan kita kena faham sistem ini.. jangan kita selar dan kotor kan sistem yang telah wujud sekian lame dan kita kena ingat sistem ini telah berjaya dan terbukti kecekapannya...

jadi saya seru kepada semua agar berfikir tentang perkara ini. tepuk dada, tanya selera...
fikir2 kan lah....

thanx... salam...

Anonymous said...

Buat apa nak susah2 sangat kalau dah nampak cerah teruskan. Kita selalu sangat bertolak2 ansor nanti beransor2 di tolak. Ini lah yang akan jadi pada SJ.Yang di kejar tak dapt yang di kendong tercecir. If you dont go for the no 1 you will not win the no 2. Why? Wanita needs a strong and ketua yang berani dan yang berwasan. Acting? you are a gone leader and a lonely Pemangku!!Go for it and you will be a strong and powerful Ketua and will be highly respected by the counterparts. Salam and selamat berjuang.

Anonymous said...

Salam...
Khairul... Mana ada gaduh dlm pemilihan ketua. hanya pendapat aje berbeza. kita kena tau apa situasi sebenar yg berlaku. Apa gunanya 3 bulan pegang kuasa lepastu serah pada naib pangku jawatan macam dah tau nak matilak. baik lepas aje jawatan tu biar jawatan KETUA Wanita kuat, bukan Pangku jawatan penat tau kalau pangku2. Sandang takpe boleh lagi berdiri sendiri. Betul RA dapat 117pencalonan. tapi ini bukan suara akar UMBI sebenar. ada tangan2 disebaliknya walaupun dicalon ramai belum tentu Undi dapat kat RA Perwakilan jua ada akal fikiran tau mana baik dan pandai.Pelan Peralihan exco setuju Akar Umbi belum tentu. EXCO or Jawatankuasa sape yang pilih kalau bukan Akar Umbi jadi janganlah berlagak. Jawatan ini dipinjamkan sementara sahaja.
So nengok-negok bila bersuara bukan hanya dengar dan lihat tapi tak baca isi kandungnya.
wasalam...

Anonymous said...

Dato Shahrizat tak ada pilihan lain lagi dia kena lawan TS Rafidah.Ini semua kerana ajenda tersembunyi TS Rafidah.Nak bantu pulihkan wanita UMNO konon.Tak ada beliau lagi senang wanita UMNO dipulihkan. Tinggalkan lah dengan baik.Jangan di ikutkan sangat nafsu dan ego tu. Juga jangan di dengar sangat sokong yang membawa rebah di sekeliling tu.

Shahrin Yahya said...

D'harap SJ meneruskn hasrat utk bertanding demi Pergerakan Wanita UMNO yang semakin malap.

Anonymous said...

Tahniah DS Shahrizat krn berani menyahut cabaran dr suara2 yg tidak diketahui, tp pandangan sy adalah betul pendirian DS utk bertanding jwtn no.1 wanita krn kerajaan pun sdh kurniakan Tan Sri pd Rafidah ini bermakna klu sdh dpt darjat Tan Sri tuh maknanya fhm2 sendiri lah (Pencen)jd TS Rafidah patutnya fhm yg beliau seharusnya berundur lebih awal lg tak payah le nk tunggu peralihan kuasa sampai Mac ataupun Jun 2009 klu boleh TS Rafidah org yg bijaksana katanya lepaskanlah jwtn tuh pd DS Shahrizat skrg sebelum menanggung keaiban.....?

Anonymous said...

hai assalamualaikum...
yoep man. kenal saya? nak tahu siapa saya, singgahlah di salam kenal salam sayang ramlah-rashid.

Anonymous said...

Salam semua...

Pd hemah saya, SJ perlu bertanding..pertama, adalah kehendak akar umbi. Menang atau tidak, isu lain. Kedua, dalam perlembagaan pun tiada istilah pemangku. Jika peralihan kuasa tetap dijalankan pd bulan Jun, SJ tiada apa2 jawatan pun (dr bulan Mac-Jun) krn DK tetap bertanding no. 2. Ketiga & PALING UTAMA, siapa yg akan memegang tampuk WANITA BN oleh krn UMNO tiada ketua wanita jika peralihan kuasa tetap berlaku pd bulan Jun...

Kesimpulannya, peralihan kuasa pd bulan JUN tidak seharusnya berlaku.

JADI...FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PARA PERWAKILAN WANITA SEMUA...