Saturday, November 29, 2008

IKLANKAN JAWATAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR KATA KHALID IBRAHIM ; SIAPA GANTI HAKIM ?

KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur di iklankan untuk mencari penggantinya berikutan tempoh Datuk Bandar sekarang Ab Hakim Borhan selama dua tahun bakal tamat pada 11 December depan.
" Sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk mengiklankan jawatan tersebut sudah tentu ramai yang akan memohon dan kita boleh memilih calon yang berkelayakan yang terbaik bagi mengisi jawatan tersebut", katanya di Parlimen baru - baru ini.
Kini masa depan Hakim Borhan masih belum diketahui lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai kuasa yang mutlak sama ada untuk untuk mengugurkan Hakim , mengekalkanya ataupun melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru selepas mendapat nasihat daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Beberapa nama juga turut dikaitkan dengan pengganti Hakim, termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Bakaruddin Othman , Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ahmad Fuad dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuff.
Dalam tempoh dua tahun, Hakim dilihat sebagai seorang Datuk Bandar yang " tiada sebarang kontroversi " walaupun beliau dikatakan kurang agresif
Ada yang melihat cadangan Khalid Ibrahim tidak masuk akal dan kurang rasional.Apapun, Kuala Lumpur -- kini semakin panas dengan isu, siapakah bakal Datuk Bandar Kuala Lumpur ?

2 comments:

BELIA PASAR MINGGU said...

memang patut pun datuk bandar ditukat. hakim memang tak boeh diharap

pemuda jalanan said...

Tukar je dengan orang yang faham DBKL dan ada keazaman nak ubah. Datuk KP mungkin?