Seluruh Labuan menantikan keputusan tersebut sehingga malam tadi bagaikan menantikan keputusan pilihanraya umum kerana ianya melibatkan dua personaliti yang paling penting di Labuan - Suhaili dan Yusuf Mahal. Kemenangan besar Suhaili, iaitu dengan kelebihan 70 undi, bukan sahaja membuktikan kekuatan Suhaili di menguasai UMNO Labuan. Paling mengecewakan Yusuff Mahal ialah pasukanya semua tumpas bagi semua jawatan yang ditandingi termasuk pemeriksa kira - kira.
Suhaili yang baru kehilangan isterinya Datin Fatimah Wanchi yang meninggal dunia pada 28hb Oktober lepas, nampak tenang tetapi bersemangat kuat untuk menempuh segala cabaran yang mendatang khususnya hanya selepas beberapa hari sahaja setelah isterinya meninggal dunia.
Sebelum ini pun, ramai pemerhati politik telah menasihatkan Yusuf Mahal supaya beliau memberi tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab barunya sebagai Ahli Parlimen Labuan dan mempertahankan jawatan Timbalalan Ketua Bahagian yang disandinginya ketika itu.Kini nasi sudah menjadi bubur.Yusuff sebagai Ahli Parlimen Labuan kehilangan segala - galanya dalam UMNO.Apakah tindakan sterusnya yang akan diambil oleh Yusuf MahaL selepas inil ? Apakah beliau akan berdamai ataupun meneruskan karier politiknya tanpa jawatan dalam UMNO? Apakah Suhaili akan memberikan sedikit ruang untuk "berteduh" bagi Yusuff di UMNO Labuan selepas ini ?
LETAK JAWATAN ?
Malam tadi sudah ada ura - ura yang kuat yang mengatakan Yusuf Mahal mungkin meletakkan jawatanya sebagai Ahli Parlimen Labuan namum, Wilayahkini mendapati ianya hanya khabar - khabar angin yang bersifat "kenakalan" sahaja.
Suhaili mengorbankan jawatan Ahli Parlimen Labuanya kepada Yusuf Mahal pada PRU 12 baru - baru ini demi isterinya, -- kerana isterinya berada dalam keadaan koma dan beliau membuat keputusan untuk mengorbankan karier Ahli Parlimen Labuanya demi isterinya yang tercinta.Namun hanya tiga hari sahaja berlalu, isterinya meninggal dunia, kini Suhaili bangkit semula untuk meneruskan karier politiknya .
KEPUTUSAN PENUH
Datuk Suhaili Abdul Rahman - 129 undi
Datuk Yusuf Mahal - 59 undi
TIMBALAN KETUA
Datuk Yunus Kurus - 130 undi
Datuk Harun Pudin - 58 undi
NAIB KETUA
Bashir Alias - 134 undi
Pungut Ibrahim - 54 undi
Sementara itu, Labuan pula mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Untuk rekod pasukan Suhaili juga menguasai Pergerakan Pemuda .Pergerakan Pemuda UMNO mencalonkan Datuk Seri Khir Toyo, Wanita mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil manakala Puteri mencalonkan Datin Ismalina Ismail.
Sila klik SINI, untuk beberapa berita lain dari sahabat Wilayahkini , iaitu Labuankini.
24 comments:
Takziah dan tahniah buat Dato' Suhaili.
takziah di atas kehilangan isteri tercinta dan tahnniah di atas kejayaan mengekalkan kerusi Ketua UMNO Bhg Labuan.
Yang pergi akan tetap pergi, namun yang tinggal ini harus meneruskan kehidupan.
tahniah Dato...
Fatim
Tahniah Datuk. Langit tidak selalu cerah. Di sebalik kehilangan, ada kemenangannya. Orang berduit memang cukup berpengaruh di dalam UMNO. Siapa tak kenal Datuk Suhaili, dia berduit dan selalu berbakti.
Kepada pelawat-pelawat wilayahkini, cuba anda lawati www.locengwangsa.blogspot.com ada analisa menarik mengenai gejala politik wang di dalam UMNO.
Tq.
Tahniah kepada Ybhg Dato' Suhaili. Puteri tetap akan menyokong Dato' dalam apa keadaan sekalipun, sama ada duka mahupun suka. Puteri berbangga kerana kerjasama erat antara 4 peringkat UMNO Bahagian Labuan telah membuahkan hasil yang sangat bermakna dan cukup berbaloi untuk semua warga UMNO di Labuan.
Tahniah.
Tahniah YBhg Datuk.. Harap terus kekal sebagai Pengerusi PL dan terus memajukan Labuan.
Tahnaih Dato Yusuf Mahal,kerana berani bertanding untuk kalah,jangan menuding kepada sesiapa kerana baju yang diukur bukan dikira hanya dengan menjengkal dengan jari,sebagai orang berani kalah,terimalah anugerah kalah....kerana Dato Yusof calon yang layak kalah...Tahniah sekali lagi..
Si Yusuf Mahal ini dah jadi murah ker ? cian dia.Iulah jadi kepada orang keras kepala dan angkuh. Lepas ni jual ketam lah kalau nak kaya lagi.
Datuk Suhaili perlu dilantik Senator ataupun Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP kerana dapat undi tinggi.Tak payah letak orang yang dapat undi sepet kat Perhubungan tu .
Kekalahan Datuk Haji Yussuf Haji Mahal adalah kekalahan yang biasa diterima oleh ramai pemimpin UMNO. Kekalahan seperti ini, jika dianggap secara positif adalah sebagai satu pengajaran yang sangat bererti buat seorang pemimpin bangsa. Masakan dengan kekalahan seperti ini kita akan punah semangat perjuangan?.
Dato Haji Suhaili mesti ingat janjinya untuk turun takhta selaku Ketua Bahagian pada panggal sekali lagi atas dua faktur utama.
1. tidak lagi bergelar Pengerusi Perbadanan. Ini membawa makna PM tidak lagi melantik beliau selaku Pengerusi Perbadanan labuan.
2. Ingin berhijrah ke Semananjung jika tidak disambung lagi kontraknya selaku PP Labuan pada bulan Mac 2009 akan datang ini.
Dato Haji Suhaili sebenarnya bijak menggunakan kekayaannya untuk menaungi sebahagian besar AJK Bahagian yang juga ramai daripadanya merupakan Ketua-Ketua Cawangan UMNO ataupun Ketua Kampong. Kedudukan kehidupan mereka diangkat naik tarafnya sehingga terdapat sebilangan drp mereka yang memiliki Merz.
kepada "anonymous"...
ada juga di kalangan mereka tidak memiliki KANCIL sekalipun, namun tetap menyokong kepimpinan Dato' Suhaili...
Jelas, apa yang penting adalah keikhlasan, bukan kedengkian..
kpd "Ahli lama_tiadamerz"
Apa yang ikhlasnya... Datok Suhaili akan sentiasa ungkit segala pertolongannya kpd pengikut2nya... Jangan buat tak tahu pula... walaupun perut mu kenyang oleh usen Suhaili.. sadar2 lah... Tiap kali berucap ada saja akan diungkitnya... Pertolongan itulah akan menjadi ugutan dan pegangan beliau kepada penerimanya dan dimanakah keikhlasannya. ALLAH MAHA mengetahui segala2nya yang berlaku... semoga ALLAH juga akan memberi petunjuk kepada kita semua. Demi Bangsa, Ugama & Malaysia, sudah-sudahlah menghina dan mencaci mereka yg kalah dan angkat2 terlalu tinggi yg menang. Kalah menangkan adat pertandingan.. Syabas kepad YB dan rakan2 kerana memeriahkan UMNO, kalau tak ada tanding tak best, dan juga kerana tak merusuh kerana kalah. Cuba lagi lain kali.. Kepada mereka yang menang tahniah dan semoga jalankan tugas dengan adil demi masa depan UNMO...
tidak ada sebab kenapadatuk suhaili hanya boleh membertahankan ketua umno sepenggal sahaja. tidak siapa tahu sama ada beliau dilantik semula atau tidak sebagai pengerusi pl mac depan, beliau juga tidak pernah merancang berhijrah ke kl, atau mana-mana tempat di semenanjung. siapa punya cerita ni? dari mana dapat ni? sibodoh mana bawa mulut ni?
beliau cuma pernah berjanji pada yb usop murah tu, dia akan mempertahankan jawatan ketua umno penggal ni, penggal depan dia bagi free kat usop. tapi usop tak mahu. dia nak lawan juga. jadi tak ada perjanjian tu, pasal si usop yang tolak.
ingat istilah "belalang, oh belalang... aku cakap jangan lawan kau lawan jugak belalang, kau memang degil lah belalang"
pernah dengar cerita "eh, jangan monyet, kita tak boleh makan buah tu - ah, aku tak peduli, aku nak jugak"
lebih kurang la tu dengan apa yang terjadi pada si usop murah tu. jangan cakap pasala keikhlasan laa... semua orang nampak camana usop kena tinggalkan selepas keputusan diumumkan, si hantu gigi balik awal, sijuling balik awal. datuk mulok, usop mamat, bongsu, alias botak langsung tak nampak muka. pasal mereka tahu yb kompom kalah. yb pun satu, lepas kalah, org nak salam pun dia tolak tangan. sampai kk sungai bedaun yang kena reject tu nak peluk dia pun dia tolak tangan. ni ke namanya ikhlas?
nasihata saya, sebelum tegur kain orang koyak, tengok kain sendiri dulu.
Buat anonymous..
Sahabat..DS bukan mengungkit tapi mengingatkan..agar tidak tersalah pilih..biarlah ketua kg. tu pakai merc..sekurang kurangnya kita berbangga jika ketua kg. kita yang memilikinya..tidak juga patut kalau ketua kg. kan naik bas untuk menolong org kampung..ini bukan zaman 60an lagi..berfikiran terbuka lah..bagi DY tu sepatutnya tidaklah payah bertanding dulu..belajar dulu selok belok politik..tidak salah kalau DY ikut dulu DS yang lebih berpengalaman..kebanyakan kontrak besar2 di labuan pun DY yang buat atas sokongan DS..itu pun tidak boleh ingatkah? Tapi kebanyakan kerja2 DY tu bermasaalah..masaalah yang di cipta oleh DY sendiri...
Dan selepas pertandingan tu..adakah DY sedar yang langit tu tinggi?berpijaklah di bumi yang nyata..siapa DY dalam masyarakat labuan dan siapa DS bagi penduduk labuan..kekalahan DY adalah disebabkan orang2 bawahannya...yang terlalu memberi keyakinan pada DY supaya bertanding..tapi kebanyakan org2 ini cuma muka saja handsome tapi tidak laku di labuan..
fikir2lah DY..tahniah DS
Saya nak komen mengenai kemenangan Dato Haji Suhaili Abdul Rahman dan kekalahan Datuk Yussuf Haji Mahal mengikut persektif masyarakat merhain Labuan.
Datuk S kaya dan sangat kaya. Begitulah pandangan (persipsi) penduduk melayu Labuan. Walaupun Penduduk cina juga berpandangan sedemikian tetapi mereka tidak hairan dengan kekayaan yang sedemikian. Bagi kaum melayu kekayaan DS sangat mengkagumkan mereka. Seorang yang miskin kedana sautu ketika dulu dengan Moccis Sdn Bhd, kekayaan dapat diperolehinya dengan sekelip mata.
Dengan kekayaan tersebut, DS berjaya menaungi pemimpin-pemimpin UMNO Cawangan dan Bahagian Labuan
sebaiknya sehinggakan mereka tidak dapat memisahkan diri masing-masing dengan beliau. Pemimpin-pemimpin diperingkat akar umbi ini menjadi buta dan tuli telinga kepada permasalahan sebenar rakyat dibawah kepimpinan mereka. Apa yang dikehendaki DS dengan segera terpenuhi tidak kira samada ianya bersesuaian dengan aspirasi UMNO atau aspirasi akar umbi. Keangkuhan DS, kebongkakan DS, mengada-mengada DS dengan kuasa dan kekayaannya tidak menjadi ukuran didalam penilaian pemilihan pemimpin oleh ketua cawangan dan perwakilan cawangan yang rata-rata kroni ketua cawangan. DS sungguh pandai mempergunakan kekayaannya untuk manaungi pemimpin akar umbi nya. Mereka setengahnya dibawa naik haji. Setengahnya dibawa ke Indonesia makan angin dan acapkali dibawa ke Kuala Lumpur. Perkara sebegini berjalan selama 8 tahun dibawah kepimpinan DS. Saya rasa kepimpinan UMNO peringkat tertinggi di Kuala Lumpur mengetahui tentang perkara ini. Sebab itulah PIRU ke 12, DS tidak lagi terpilih sebagai calon BN. Rekod kebongkakkannya tidak disenangi oleh Pak Najib dan Pak Lah. Bukan sangat masalah kesihatan isterinya yang merupakan satu alasan yang sebenar. Sehingga pukul 7.39 pagi hari penentuan calon Bn untuk P166-Labuan, DS masih merayu dan menyembah Datuk Zulhasnan. Tapi apakan daya Tok Najib Dan Pak Lah tidak mahu DS lagi sebagi calon Bn untuk Labuan.
Datuk Haji Yussuf Hj Mahal (DY ) pula terlalu kalang kabut nak jadi Ketua Bahagian dan ini tentunya peransang yang dimainkan oleh Datuk Muloh Awang Damit, Yussuf Haji Mohamad dan Ibrahim Haji Mokti. 3 tokoh yang diketepikan oleh DS dalam politik Labuan. Marah dengan DS, ketiga tokoh ini membatu api DY untuk bertanding selaku Ketua Bahagian. Mereka tahunsedari awal bahawa DY tidak akan menang. Tetapi mereka mengujudkan satu gambaran yang seolah-olah menang kepada DY sehingga DY sedikit terpedaya.
kepada "anonymous"
perutmu pun kenyang juga, cuma bezanya tak berbaloi.... tak apa la, macam kau cakap, menang kalah adat bertanding, ada juga dengar hari tu kalau menang kamu mau menari, tapi oleh kerana kalah kami tak kutuk pun, dan kami tak balas dengan menari... cuma kesian YB, kenapa kamu balik awal, kamu tinggalkan YB sorang, nasib baik ada En.Shari, hanya dia sahaja teman YB di masa susah dan senang.. Tahniah Shari, melegakan keadaan YB.
antara 13 bahagian umno di wilayah, 9 menyokong kuat kepimpinan datuk suhaili, saya tidak pasti cheras kerana cheras gemar bertindak sendirian. yang tak suka datuk suhaili ni cuma putrajaya, kawasan ku nan. itu yang ku nan mati2 letak kuda di beberapa bahagian di wilayah. seputeh dia letak mk, labuan dia bubuh yussof, team up dengan rafi.
saya rasa pergolakan di umno wilayah ni semuanya angkara ku nan, tambahan lagi dia ada kuasa. setiausaha agung la katakan. tak ada bahagian kat wilayah ni yang sekat pertandingan dalam bahagian, cuma putrajaya sahaja yang sekat calon. ini najib perlu buka mata. kalau paklah tak nampak, najib patut nampak.
nasib baik lembaga disiplin kita kuat, tak dipengaruhi oleh pejabat setiausaha agung. kalau tak, ramai calon kat wilayah ni digantung ahli, tak layak bertanding.
ada cawangan-cawangan dari wilayah yang memang tak dapat disahkan mesyuarat kerana tak abis agenda mesyuarat, korum tak cukup, bahagian tak dimaklumkan tapi disahkan oleh setiausaha agung. cawangan kat putrajaya yang 3-4 minggu disekat ahlinya untuk bermesyuarat, dan bila cukup korum untuk mesyuarat ku nan pulak cakap tak sah pasal dah digantung awal. saya tak paham apa agenda ku nan.
barangkali dia pernah menjaga wilayah melalui menteri jpm yang pernah dipegangnya sebelum ini, jadi dia mengidamkan jawatan menteri wilayah. dan bila paklah singkir beliau dari kabinet, dia tak puas hati. ni yang dia kacau wilayah melalui umno.
kalau paklah tak nampak perkara ni, kita paham pasal dia banyak barang dia nak jaga. menantu dia pun hampir2 tak cukup pencalonan, nasib paklah calling-calling beberapa bahagian mintak tolong.
najib harus tengok perkara ni dengan serius. wilayah ni kalau tak ada zulhasnan, dah lama dah jadi bubur. jangan jadi bubur basi sudah la.
Saya setuju pandangan bernas dari Pemuda Wilayah kerana ianya memang berpandukan fakta yang sebenar.
saya pun setuju,,dulu masa dia jaga Wilayah berjam-jam kita tunggu diluar...didalam bilik mat sepet berdekah-dekah ketawa.... jangan tengok kesalahan orang ambillah ingatan kesusahan kami,masa Tengku nan Melayu cukup derita....yang dia tahu nak bagi kelab malam buka sampai 5 pagi...
Oooppss pemuda wilyah & anonymous2 sekalian yg pasti penyokong kuat zulhasnan...
Bila nak cari punca pergolakan umno wilayah..kenelah tanya siapa pengerusi perhubungannya... siapa kroninya pulak.. apa yg pengerusi phbgn skrg bsama kroninya buat masa PRU12 sehingga bertambah lagi bhgn yg jatuh ke pembangkang...
Bab nak letak kuda2 nie...dua2 sama jer.. kalau bleh dato zul pun nak kekalkan kuda2 dia di wilayah. Betul tak..
Bab sekat pencalonan nie, bukan setakat blaku kat putrajaya tp jg di seputeh, segambut & batu...haaa..tu kroni sape ye...
Saya tidak perlu menjadi penyokong utk sesiapa krn siapa pun yg pegang wilayah nie...kroni kunan ke, kroni zulhasnan ke atau sesape ke...benda yg sama akan berlaku...
"Wilayah ni kalau x de zulhasnan, dah lama jd bubur, jgn jadi bubur basi sudahla..". Pd pandangan sy, kat wilayah nie mmg dah jd bubur basi pun apatah lg bl zulhasnan pgg p'si perhubungan...
x yah lah pemuda wilayah nak beria2promosikan zulhasnan... Kami puteri wilayah pun KENAL & TAHU...
seputeh yang menang kroni kunan. tu yang kunan beria2 taknak mesyuarat semula, padahal dah sah 1 cawangan tidak layak bermesyuarat dan menghantar perwakilan kerana pendaftaran dibatalkan oleh rob. nampak sangat mesyuarat perlu diadakan semula kerana ianya boleh mempengaruhi keputusan pertandingan diperingkat bahagian. ha... sebut pasal rob ni, kunan jaga ke bahagian dia? sampai hampir2 tak dapat bermesyuarat? nasiblaa dia boleh guna status dia sebagai sua umno, mempengaruhi rob.
Hai anonymous...
Nasihat saya kita tak perlulah masuk campur hal seputeh ni atau bhgn2 lain...org di seputeh lbh kenal siape yg patut menjadi pemimpin mereka...Biar mereka selesaikan masalah mereka... Biar perhubungan dan umno pusat buat kerja masing2...
Pd saya, masalah kroni siapa ke itu tidak penting krn semua pemimpin sama saja, di mana2 atau peringkat mana sekalipun...dah namanya politik, kalau jadi pemimpin tak de kroni, boleh hidup lama ke pemimpin tu dlm politik...
Ttg hal pembatalan pendaftaran satu cawangan tu, kita org luar ni tak tau crite sebenar & apa rentetan peristiwa sebelum & selepas, begitu juga puncanya, so rasanya tak perlu kita org luar ni masuk campur... Apa lagi kalau kita hanya disogokkan cerita dr sebelah phk saja....
Yg penting, selepas tamat slot pertandingan di peringkat bahagian ni...kita bersatu & fokus melaksanakan amanah yg diberi demi ahli parti bhgn msg2 & bersiap sedia utk menghadapi PRU13.
Apahal crite seputeh-seputeh nie... Ni kan slot crite LABUAN...KALAU BERANI NAK SENTUH PASAL SEPUTEH...MASUKLAH KE GELANGGANG SEPUTEH...BIAR UMAT SEPUTEH BACA...
Cakap belakang berani tapi salah tempatla anonymous...
Salam..
Diingatkan kpd blogger sekalian. Nak bagi komen tentang bahagian lain, masuk terus ke slot bahagian berkenaan. Ni slot labuan...hormatilah pembaca-pembaca labuan...
Banyak betul pujian yang telah diberikan kepada Dato Suhaili seolah-olah di tu lah Raja yang patut di agung-agungkan di Labuan ini ...tapi hakikatnya dia lah pemimpin contoh yg berani menipu..buktinya dah pun diputuskan diMahkamah Sesyen , Kota Kinabalu dan dia sendiri mengaku bersalah atas tujuan menipu...jadi bagi lah komen lagi dan puji2 lah dia...atau berikan sokongan simpati atas eberaniannya menipu.Tolong buka mata sikit...
Post a Comment