Monday, November 10, 2008
BUKIT BINTANG : ZAINAL MENANG TIMBALAN ; RAUF NAIB KETUA ; BUKIT BINTANG CALON MUHYIDDIN !
BUKIT BINTANG -- Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian.Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Zainal Rafique dalam pertembungan satu lawan satu menentang Noor Mustafa. Zainal mendapat 105 undi manakala Mustafa mendapat 94 undi. ( 3 undi rosak )Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Datuk Abdul Rauf dengan mendapat 105 undi. Manakala bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang Baderisham pula mendapat 83 undi manakala seorang lagi calon Yahya Ariffin mendapat 10 undi.( 4 undi rosak).UMNO Bukit Bintang pula mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Azim juga merupakan Bendahari UMNO Malaysia dan Wilayah Persekutuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini
Dalam wawancara bersama akhbar The Star yang dipaparkan hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang tampak agak janggal. Barangkali sungguhpun menjadi anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz belum cukup ilmu politik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijakan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.
Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?
Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.
Mukhriz jangan heran sangat dengan dia orang tu,cakap je lebih
WOOOIIII...JGN LA NAK KECOH2, SAMA JE TIGA2 YG BERTANDING KP UMNO MSIA TU..TAKYAH LAH NAK KATA ORG LAIN TAK BETUL...SEMUA SAMA JE,
DI UNMO BUKIT BINTANG PULAK SI MAMAT POYO TU DAH MENANG..JENTERA2 DIA DTG DGN BERPAKAIAN T SHIRT GAMBAR MAMAT POYO TU...SI MAMAT NI MEMANG GILE GLAMER LA..PERASAN LEBIH..CEPAT LUPA DIRI...BARU UMUMKAN MAMAT NI MENANG..TERUS NAIK ATAS DUDUK SEBELAH DATO AZIM..ADUHHH LETIH AKU TENGOK..MEMANG POYO LA DIA TU..UMNO BAHAGIAN BUKIT BINTANG AKAN HURU HARA LAH BILA MAMAT NI ADA KEDUDUKAN DLM UMNO BHG BUKIT BINTANG...PERWAKILAN PULAK BOLEH BERI UNDI PADA DIA...PERWAKILAN MASYUK LA TU...OK TAHNIAH MAMAT GILER GLAMER..DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO MALAYSIA NANTI...BERLAGAK LA DIA..KE HULU KE HILIR..NAK TUNJUK PD ORG RAMAI YG DIA ORG KUAT UMNO MALAYSIA...MCM NI PUMYA ORG PUN ADA LAGI DLM ZAMAN CYBER NI... EEEE BLEH BLAH LU MAMAT POYO.
MAMAT POYO TU DAH MENANG...NKB BHG BUKIT BINTANG...BERLAGAK LA DIA NANTI DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO MALAYSIA..AKU HERAN DGN MAMAT NI BARU DI UMUMKAN MAMAT NI MENANG TERUS DUK ATAS SEBELAH DATO AZIM...GILER GLAMER BTUL DIA NI...EEEEEEEEEE
Siapa yang menang, siapa yang kalah, semua pilihan perwakilan, jangan lah nak kutuk mengutuk caci mencaci fitnah memfitnah dsbgnya.Terima lah kenyataan, muhasabah diri.
aku bersyukur sangat2 .aku bangga dgn semua perwakilan kerana tahu sape yang dia nak pilih ...........allah adil siapa yang dizalimi akan menerima pembalasan .kepada naib ketua bahagian yang baru kami semua dia bukit bintang menyokong anda ...............love uuuuuuuuuu
dah2 lah kesian jugak akau tengok muka 2 kat atas stage 2 .dalm 90% jugak lah kalah .ini suara bukit bintang.jangan kita endos orang yang tak berguna sebagai ketua.itu baru pembalasan yang sikit ......kepada naib bahagian yang disayanggi dan ajk yang dikasihi baru bawa keadilan pada ahli umno bukit bintang.hidup dato raub...........hidup k.leni......hidup........k.Hazreene
hidup ajk yang baru.............amin........
Jelas dari keputusan mesyuarat, majoriti perwakilan UMNO Bukit Bintang menolak calon-calon Datuk Seri Azim / Zainal Rafique. Secara umum, bagi jawatan-jawatan AJK dan G7, calon-calon Anti Zainal Rafique, mendapat undi yang tertinggi. Anomali hanya dimana calon-calon yang nama mereka berada di dalam senarai calon di kedua-dua pihak (dua kolam) ataupun mereka yang dikenali oleh semua perwakilan (e.g. Setiausaha Bahagian dan Setiausaha Kerja Bahagian).
Setiausaha Bahagian telah mengumumkan kehadiran perwakilan adalah 212 orang. Apabila di persoalkan oleh perwakilan dan Pengerusi Tetap membuat pengiraan semula, hanya ada 202 orang sahaja. Setiausaha Bahagian telah mengumumkan yang beliau tersalah maklum, yakni jumlah 212 itu merupakan perwakilan yang layak hadir (mungkin benar kerana salah seorang daripada AJK 2004-2008 adalah seorang yang bankrup kot?)! Alasan itu tidak boleh di terima kerana, selepas itu, Setiausaha Bahagian memaklumkan kepada Pengerusi Tetap jumlah sebenar perwakilan yang layak hadir adalah 213 orang dan sebelas orang tidak hadir.
Mengapakah ada berbezaaan sebanyak 10 perwakilan? Bagi mereka yang mengenali Sdr Setiausaha Bahagian, beliau adalah seorang yang menjalankan tugasnya dengan begitu teliti dan rapi. Beliau tak akan membuat kesilapan yang sebegitu "basic". Adakah benar-benar jumlah 212 perwakilan yang di umum hadir pada hari itu satu kesilapan atau memang ada niat untuk mengkaburkan mata perwakilan?
Perangkaan terakhir sebelum mesyuarat bermula bagi calon-calon Timb Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian kumpulan Anti Zainal Rafique adalah antara 104-107 undi (bagi Hj Noormustafa Kamal), 114-117 undi (bagi Dato Rauf Yusuf) dan 10-12 undi (bagi Yahaya Ariffin) manakala bagi Kumpulan Zainal Rafique bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian adalah antara 95-98 undi (bagi Zainal Rafique) dan 73-78 undi (bagi Baderisham Jolly).
Apa yang jelas ialah, adanya perbezaan 10 undi kalau dibandingkan dengan perangkaan undi-undi bagi calon-calon Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian. Apa yang pelik adalah purata undi bagi calon-calon Anti Zainal Rafique bagi jawatan AJK dan jawatan G7 adalah 108.5 undi walhal purata undi-undi bagi calon-calon Datuk Seri Azim/Zainal Rafique adalah 100.5 undi. Macam mana calon Anti Zainal Rafique bagi jawatan Timb Ketua boleh mendapat hanya 94 undi?
Adakah "silap mata' telah berlaku di mana 10 undi telah di tukar ataupun hanya merupakan suatu "coincidence" sahaja? Inilah merupakan satu tanda tanya yang dibisikkan dikalangan perwakilan UMNO Bahagian Bukit Bintang.
Tanpa bukti, perkara ini akan hanya menjadi persoalan sahaja. Wallahua'lam!
Ada kedengaran yang wakil Perhubungan Wilayah ada mengatakan yang dari keputusan yang beliau lihat, ketua bahagian telah gagal menguasai bahagian beliau sendiri.
"Ada kedengaran yang wakil Perhubungan Wilayah ada mengatakan yang dari keputusan yang beliau lihat, ketua bahagian telah gagal menguasai bahagian beliau sendiri."
ITU ADALAH BENAR..
SELAMAT TINGGAL DATO AZIM.
COMPANY saya buat cleaning services.dan serpih2 buat transportation services.Jadi klu ader sesiapa yg nk pindah opis,bole lah bgtau ek.ader promosi hingga ke bln march..erkkk!!!..SIAPA ITUUU...
dah dah mari kita koje
Time untuk keje sekarang, dah dapat amanat rakyat untuk mewakili perjuangan orang melayu walaupun tak kena endors dan kena cantas oleh pihak tertentu tetapi akhirnya suara rakyat yang lebih berkuasa. alhamdulillah.
hidup dato raub....................
erm dato rauf dh menang..budak2 keliling dia BYK KALH MCM MANE TU?
erm skg makin besar ah paip dato coz dh nib ketua bahagian...
Assalamualaikum Semua...
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis ini, menguris perasaan sesetengah pihak..
kenyataan JIBAMMMM pada RABU 12 November 2008 itu hari agak keterlaluan dan memperlihatkan kebencian dan provokasi beliau terhadap induvidu tertentu didalam bahagian BB.
Saudara JIBAMMMM... Saya bukannya Pro pada sapa².. bukan org Azim, atau org Raof.. dan saya rasa, kamu dah memalukan diri kamu sendiri... jelas disini secara terang² kamu menghina diri, dan kamu sebenarnya serorang yang hipokrit... Saya malu melihat orang² seperti kamu didalam UMNO.
Kamu katakan kamu berjuang didalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu……dimanakah kamu letak dan katakan 'Bersatu' itu wahai saudaraku?
Post a Comment