Tan Sri Muhamad Taib pula sudah mendapat 26 pencalonan manakala Tan Sri Muhyiddin pula telah mendapat 74 pencalonan sehingga pukul empat tadi. Mesyuarat Labuan yang sedang berlangsung juga dijangka akan mencalonkan Ali Rustam.
Sunday, November 2, 2008
PENCALONAN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN MENCEMASKAN BAGI MUHYIDDIN YASSIN ; ALI RUSTAM KEJAR DARI BELAKANG DAN PERLU 8 SAHAJA LAGI ; MAT TAIB 26 !
KUALA LUMPUR -- Politik UMNO semakin hari semakin mencemaskan khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam kian menghampiri garisan penamat untuk mendapat pencalonan mencukupi bagi melayakkanya bertanding jawatan Timbalan Presiden .Sehingga pukul 4 petang tadi, Ali Rustam sudah mendapat 31 pencalonan. Beliau hanya memerlukan 8 pencalonan lagi dan pemerhati politik berpendapat Ali dijangka akan mendapat beberapa penacalonan pada lewat petang nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
BUNGARAYA berkata,
Cuba kita bayangkan Ali dan Mat Tysoon layak. Dari sekarang menuju ke Mac 2009 adalah masa yang cukup panjang untuk mereka berkempen. Jika tidak ada halangan kepada politik wang, maka berkoyan-koyanlah wang akan berpindah dari satu tangan agen Mahyuddin, Ali dan Tysoon kepada para perwakilan seluruh Malaysia. Pada kali ini keadaan UMNO hampir sama atau mungkin lebih dari ketika Mahyuddin dan mat Tysoon bertanding Naib Presiden suatu ketika dulu. Jika ini berlaku UMNO pasti akan menerma nama buruk dikalangan pengundi dalam PIRU ke 13.
Jangan pula JASA yang disalahkan nanti.
Biarlah perwakilan menentukan yg terbaik. Klu calon nak bagi wang bak kata Nik Aziz dlm pilihanraya yg lepasT"jangan tak ambil, bodohlah tak ambil". tetapi dalam mengundi pemimpin UMNO nanti, mesti tentukan yg berwibawa. Kita orang UMNO janganlah terlalu besar2 kan isu politik wang ni. Nampak mcm kita ni nampak RM aje. Kadang2 tu, orang lain tak tau apa2, kita orang UMNO yg telanjangkan keburukan kita sendiri. Kepada para perwakilan nanti, pilih lah yg paling berwibawa.
www.sahabatgunung9506.blogspot.com
Najib dah jadi Presiden UMNO dan PM secara dasarnya, namun secara teknikalnya… semuanya akan berlaku pada Mac 2009 nanti. Cukup lama rasanya nak menunggu Mac 2009, setahun selepas ‘Tsunami PRU-12 yang melanda UMNO dan BN’. Tapi biarlah lambat, asalkan selamat. Takut-takut, nasi dah masuk bibir pun boleh termuntah. Macam Anwar Ibrahim, dah tak sabar sangat nak ganti Dr M dulu, akhirnya tersungkur di pintu Penjara Sungai Buluh.
Dato’ Najib, walaupun banyak pihak yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan tanpa bertanding Presiden UMNO, tapi Dato’ kena ingat, naiknya Dato’ sebagai Presiden UMNO adalah kerana ketegasan dan keberanian seorang insan yang bernama Muhyiddin Yassin yang mahukan perubahan kepimpinan UMNO dan kerajaan yang nyata ditolak dalam PRU yang lalu.
Oleh yang demikian, Dato’ perlulah sedar bahawa tanpa ketegasan dan keberanian Tan Sri Muhyiddin ini, mungkin lambat lagi Dato’ jadi Presiden. Perlu direnung bahawa jawatan Presiden bukanlah sekadar pangkat dan nama semata-mata, tapi ia merupakan satu tanggungjawab besar dan amat berat untuk dipikul berseorangan demi mengembalikan semula maruah dan memperkasa semula UMNO, parti yang kita cintai ini.
Jika tak mampu pikul seorang, maka pembantu dan bala tentera diperlukan oleh Dato’. Sebagai Jeneral UMNO, Dato’ Najib perlukan seorang panglima perang yang berani, tegas, berwibawa dan hebat…. Terus terang saya katakan, panglima yang paling ideal dengan Dato Najib untuk memperkuatkan jentera UMNO pada masa ini dan akan datang ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jika ada Jeneral dan panglima, sudah tentu ada hulubalang-hulubalangnya. Tak perlulah saya namakan hulu balangnya, nanti dikatakan saya memihak kepada pihak-pihak tertentu pula.
Saya dan semua ahli UMNO, akan menjadi bala tenteranya. Bala tentera akan bersatu dan bersepakat, berjuang untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat dan orang Melayu kepada UMNO, seterusnya mengembalikan semula keyakinan rakyat berbilang kaum kepada BN.
Namun dalam masa yang sama, perubahan perlu dilakukan dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang menjadi punca kekalahan UMNO. Bala tentera harus kembali mendekati masyarakat, kerja-kerja yang lebih proaktif terutamanya dalam menghadapi orang muda dengan mengikut arus kemajuan yang ada kini dalam mendekati mereka.
Jangan terus leka dengan musim pemilihan UMNO, hingga boleh melahirkan bibit-bibit perpecahan dalam UMNO. Semua yang bertanding harus sedar, realiti menang dan kalah. Yang menang jangan mendabik dada dan meminggirkan mereka yang kalah, dan yang kalah jangan menjauhkan diri untuk sama-sama berganding bahu bersama yang menang untuk kembali memperkukuhkan UMNO.
Terasa macam selamat (secure) sahaja perasaan bila mendengar najib bersuara di parlimen. Aura PM tu sudah mari. Memang Muhyiddin lah paling layak dari yang dua orang lagi tu. Harap ahli UMNO nampak keberkesanan Muhyiddin dalam menyuarakan suara akar umbi.Yang pasti pakatan Najib Muhyiddin ilah yang terbaik untuk menjana UMNO ke kedudukan asalnya.
Post a Comment