Monday, November 10, 2008

SHAHRIZAT AKUR JUGA AKHIRNYA ; PELAN PERALIHAN KUASA KETUA WANITA KEKAL JUN 2009 !

KUALA LUMPUR -- TIADA PERUBAHAN ! PELAN PERALIHAN KUASA KEKAL JUN 2009 ! - begitulah keputusan yang telah dibuat oleh Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akur dengan keputusan tersebut.
Semalam Shahrizat dalam satu kenyataan akhbarnya memohon Tan Sri Rafidah Aziz mempercepatkan pelan peralihan kuasa dari Jun ke Mac.
Namun, hari ini Shahrizat terpaksa akur juga dengan pelan peralihan kuasa sepertimana yang ditetapkan dulu iatu Jun 2009.

10 comments:

pemuda jalanan said...

Tulah dia, TAMAK jawatan. Aturan dah baik untuk orang lama naik satu demi satu. Azalina pun dah tahu kedudukan dia. Kesian Datuk Kamilia...................... Strategi wanita tak cantik kali ini bila peralihan masih dipertahankan. Padahal dah terang lagi bersuluh hala tuju wanita. Lantak korang lah WANITA UMNO.

Mantan Puteri said...

Tak paham sebab apa perkara camni boleh terjadi.
Byk mana bezanya 3 bulan tu?
Mac - pemilihan
April
Mei
Jun - Peralihan kuasa .

Pelik jugak Tan Sri Rafidah ni.
Kan bagus kalau buat bulan Mac kan senang nak pilih siapa akan jadi Naib Ketua Wanita Malaysia.

Anonymous said...

Tak ada kematangan Rafidah bila menghadapi keadaan sebegini................

Anonymous said...

kenapa tak sedar diri lagi. gila kuasa. undur secara terhormat macam Pak Lah . buat apa dengan 3 bulan tu. lepas tu jawatan naib kosong. ketua perlu naib untuk membantu nya menghadapi PRU 13.
TAN SRI RAFIDAH "ENOUGH IS ENOUGH".

Anonymous said...

Patutnya dia kompromi. kalau Wanita sayangkan dia, tak payah alih kuasalah. Dia tunggu Wanita cakap macam tu kut.

Patut dia buat keputusan macam ni.
1. Tak bertanding Ketua Wanita. Otomatik peralihan kuasa kepada Sharizat.
2. Dan Sharizat bila dah otomatik jadi Ketua Wanita, Datuk Kamilia otomatik jadi Naib Ketua Wanita.

Mantap rasanya gandingan ini untuk memajukan wanita. Justeru satu keputusan yang bakal membahagiakan akar umbi dan menaikkan taraf Wanita di persada negara.

Wanita boleh bila-bila masa panggil Rafidah sebagai penasihat Wanita demi menjalankan rancangan peralihaan kuasanya.

mie7982 said...

apalah nak bertahan lama2 kalau dah tak boleh buat kerja 2 bglah kat orang lain .....

WANITA WILAYAH said...

kami menolak kepimpinan rafidah.
kami menolak kepimpinan rafidah.
kami menolak kepimpinan rafidah.
FAHAM TAK?

OtAi said...

Aku faham kesedihan rafidah. dia menang bertanding dan sebagai ketua wanita dia sepatutnya dilantik sebagai Menteri. sharizat ahli parlimen yang kalah dilantik plak pak lah.

confirm la berbulu rafidah. anyway..... rafidah has been a gud minister. tapi bab dia mengata balik mahathir aku tak suka....

paper hari kata datuk karmilla nak bertanding gak.. bagus lah tu.. mak sedara bertanding naib ketua wanita malaysia.. anak sedara bertanding naib ketua puteri malaysia....

jadi politik anak beranak

Anonymous said...

wanita wilayah mestilah sokong dato ijat sampai mati walau dia ni bukanlah bagus sangat glamor saja sebab masuuuuk.

Anonymous said...

kalau akar umbi tak suka dia macam mana ts dapat sokongan sampai 100 lebih gunalah otak sikit.