Monday, November 10, 2008

RAJA NONG CHIK RAMPAS SEMULA JAWATAN KETUA BAHAGIAN LEMBAH PANTAI ; MENANG BESAR KE ATAS YUSRI AHMAD !

LEMBAH PANTAI -- Mantan Ketua UMNO Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik berjaya dalam usahanya merampas semula takhta UMNO Lembah Pantai apabila berjaya menewaskan Pemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad dengan majoriti yang besar.
Raja Nong Chik mendapat 174 undi manakala Yusri mendapat91 undi.
Bagi jawatan Timbalan pula dimenagi oleh Ikhsan ( 138 undi ) dan Naib Ketua pula dimenangi oleh Azuz ( 123 undi ).
Kemenangan Raja Nong Chik memang telah dijangka oleh pelbagai pihak kerana Yusri dikatakan " kurang cukup kuat " untuk menentang Raja Nong Chik.UMNO Lembah Pantai pula mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden.

9 comments:

zidlan said...

TAHNIAH DAN HIDUP DATUK RAJA NONG CHIK...

Anonymous said...

DATO RAJA,ORG YANG KUAT KERJA DAN TAK SUKA GADOH...PERLU ORANG SEPERTI INI DALAM UMNO....

Anonymous said...

DATO RAJA KUAT KERJA TAK SUKA GADOH

Anonymous said...

Tahniah Dato Raja. Semoga membawa perubahan kepada Bahagian Lembah Pantai.
Tahniah juga diucapkan kepada Nor Asyikin, yang berjaya menumbangkan YB Nolee Ashikin Dato Mohd Radzi, ADUN Tualang Sekah, untuk jawatan Ketua Puteri! Tak sangka yang Puteri Lembah Pantai hebat!

Anonymous said...

sireh pulang ke gagang,lepas ni kita gi pejabat umno bahagian l.pantai...saya setuju dato raja baik orangnya....

Anonymous said...

tahniah untuk dato' raja. kami menyokong kepimpinan dato' di LP.

selamat menjalankan tugas dengan amanah, jujur & ikhlas.

Anonymous said...

Dato Pie kenapa suka banyak cari musuh

Anonymous said...

dato pie bukan suka cari musuh tapi musuh yang cari dia nak buat macam mana.

Anonymous said...

dah kalah kenapa mesti protes, buat laporan polis lah, bpr lah dan macam2 lagi. terimalah hakikat yang kita dah kalah. kalau kita bagus sangat cubalah pada masa depan. tapi susah juga nak cuba lagi sebab ahli umno ni bangang dan bodoh sikit tak tahu menilai keca atau permata.