Saturday, November 15, 2008

BATTLE OF BATU PART 2 : ADA ATAU TIDAK ?

KUALA LUMPUR -- Pemilihan UMNO Batu yang telah selesai dengan satu aksi - aksi politik yang cukup dramatik masih menjadi perbualan yang hangat di Wilayah Persekutuan.
Wilayahkini difahamkan pemilihan UMNO Batu juga telah mendapat perhatian bahagian - bahagian yang lain dari seluruh negara kerana Batu memang mempunyai simboliknya yang tersendiri dari sejarah politik Wilayah Persekutuan.
Sepertimana yang diketahui umum , Penyandang Datuk Yusuf Hamid berjaya mempertahankan jawatanya dengan kemenangan tipis 5 undi.
Walaupun , Yahya Mat Ghani ( Abas ) tewas , namun hampir 90 % orang - orang Abas dikatakan telah berjaya memenagi jawatan - jawatan lain di bahagian. Kini pula timbul cakap - cakap politik mengenai " pemilihan semula " di Batu ? Sejak beberapa hari yang lepas , Wilayahkini telah mendengar mengenai macam - macam cerita politik mengenai UMNO Batu , khususnya mungkin akan adakah pemilihan semula di Batu ?
Keputusan muktamad dijangka dibuat pada selasa ini. Ada yang meramalkan tiada pemilihan semula , manakala ada pihak pula begitu yakin akan ada pemilihan semula ? Inilah , cakap - cakap politik yang panas di Batu ketika ini.
PEMUDA BATU BUAT LAPORAN POLIS
Malah Wilayahkini juga hampa sendikit apabila beberapa pihak yang cuba menjadikan Wilayahkini sebagai platform untuk melepaskan geram dengan menghantar komen - komen yang berbentuk fitnah serta keceman peribadi terhadap pihak -pihak tertentu dalam ruangan KOMEN Wilayahkini dalam isu pemilihan melibatkan UMNO Batu.
Pergerakan Pemuda UMNO Batu juga telah membuat laporan Polis terhadap komen - komen yang disiarkan oleh di Wilayahkini.
Ketua Pemuda UMNO Batu , Azniee Abdullah berkata, pihaknya mendapati bahagian komen ruangan dalam laman web berkenaan ( Wilayahkini ) terdapat beberapa kenyataan yang didakwa berunsir fitnah dan berniat jahat terhadap individu dalam jawatankuasa pergerakan itu.
Wilayahkini juga hampa kerana, kebebasan bersuara yang diberikan dilaman blog ini telah disalahgunakan oleh pihak - pihak tertentu. Jadikanlah Wilayahkini sebagai laman blog untuk berkongsi maklumat , idea serta cetusan pendapat yang bernas demi kebaikan kita bersama.
Dilema Pemuda Batu : Penglibatan Golongan Muda, sila klik D I S I N I
Kita juga berharap barisan kepimpinan Pemuda UMNO Batu akan dapat memberikan satu imej baru kepada UMNO Batu sepertimana dulu.Kami juga berharap, semua pihak dapat berkerjasama antara satu sama lain demi memperjuangkan nasib dan bangsa kita.
Salam Perjuangan dari kami - Pengarang Wilayahkini.
(Gambar daripada Pemuda IKS Batu - Terimakasih )

2 comments:

Anonymous said...

para perwakilan semua fikir la betoi2 memilih kb seputih,jgn tersalah pilih menyesal 1 term tau,skrg kita nak ketua yg memperjuangkan hak melayu bukan tunduk pd kaum lain,jgn biarkan kaum lain mempertikaikan hak2 org melayu di tanah air ini..salam perjuangan dari ahli bahagian seputih..ALLAHUAKBAR

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Terima kasih kepada Saudara Penjual Burger dari UMNO Bahagian Seputeh kerana memberi sokongan dan dorongan kepada pejuang-pejuang Melayu Islam di UMNO Bahagian Batu. Terima kasih kepada Wilayahkini kerana menyediakan tempat untuk berkongsi pandangan dan tidak jemu menyiarkan berita ahli-ahli UMNO Bahagian Batu.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari kita yang kerdil ini. Buangkanlah bibit-bibit kebencian yang ada di antara pemimpin-pemimpin di UMNO Bahagian Batu. Di sini Pemuda IKS ingin menyatakan bahawa Pemuda IKS masih lagi memberi sokongan penuh terhadap barisan kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani dan Kekanda Ramlan Salleh.

Perkhabaran berita dari barisan beliau menyatakan keputusan untuk mengulangi Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO Bahagian Batu akan diumumkan pada 18hb November 2008. Bersama-samalah kita menanti saat mendebarkan ini dengan penuh semangat.

Adalah diingatkan supaya jangan hanya bersemangat ketika musim pertandingan. Semangat perjuangan hendaklah ditanam dalam diri kita selama-lamanya untuk terus mara ke hadapan. Apabila selesai sahaja musim bertanding ini, marilah kita bersatu memulihkan imej UMNO yang tercemar selama ini.

Misi kita adalah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu daripada tangan pihak pembangkang. Kita akan ketengahkan pemimpin Melayu Islam dari UMNO untuk menduduki kerusi itu dalam PRU-13. Sedarlah bahawa Tian Chua dari PKR setakat ini tidak membawa apa-apa perubahan kepada komuniti serta infrastuktur di Parlimen Batu. Selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com