UMNO Seputeh Tidak Perlu Bermesyuarat Semula !
Pemuda Labuan diarahkan Bermesyuarat Semula !
UMNO Batu juga Tidak Perlu Bermesyuarat Semula !
Dengan perkembangan terbaru tersebut, kemenangan Mustapha Kamal sebagai Ketua Bahagian Seputeh baru - baru ini adalah SAH. Perkembangan tersebut juga menyaksikan Pemuda, Wanita dan Puteri Seputeh juga tidak perlu bermesyuarat semula.
" Dalam mesyuarat Pengurusan UMNO harui ini, ketetapan mukatamad telah diambil iaitu tidak perlu dibuat semula mesyuarat UMNO Seputeh", kata Mustapha Kamal kepada Utusan .
Mustapha berjaya menewaskan penyandang Datuk Hisham Majid dengan kelebihan 15 undi pada pemilihan yang diadakan pada 26 Oktober lepas.
PEMUDA LABUAN DIARAH MESYUARAT SEMULA
Manakala nasib tidak menyebelahi Pemuda Labuan apabila diarahkan mesyuarat dan pemilihan semula kerana didapati terdapat kesilapan teknikal berkaitan jumlah kertas undi pada mesyuarat yang diadakan pada 1hb November lepas.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Labuan mengadakan semula mesyuaratnya. Pada mesyuarat yang lepas, Tony Noolan menang sebagai Ketua Pemuda setelah mendapat 66 undi , manakala pencabarnya Mohd Rafi Ali Hassan mendapat 32 undi .
BATU JUGA TIDAK PERLU MESYUARAT SEMULA !
Wilayahkini difahamkan mesyuarat Batu juga telah diarahkan supaya tidak perlu bermesyuarat semula. Ini yang berita yang kami terima daripada sumber- sumber yang boleh dipercayai.
Pada pemilihan lepas, Datuk Yusuf Hamid berjaya pertahankan jawatanya dengan kemenangan tipis 5 undi sahaja.
16 comments:
Salam perjuangan,
Pemuda IKS telah mendapat pengesahan dari pihak Bahagian bahawa UMNO Bahagian Batu tidak perlu bersidang semula. Dengan ini, Datuk Yusuff Hamid memperoleh kemenangan mutlak sebagai Ketua UMNO Bahagian Batu. Syabas diucapkan kepada beliau.
Kepada Datuk Yahya Mat Ghani, jangan berhenti memperjuangkan UMNO Bahagian Batu. Sesungguhnya Datuk banyak menabur budi di UMNO Bahagian Batu. Selamat Maju Jaya!
Pemuda IKS akan memberi sokongan penuh kepada barisan kepimpinan "rojak" UMNO Bahagian Batu. Akhir kata, selamat berjuang!
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
alhamdulillah...semua masalah sudah ada kata putus & selesai. syukur kepada Allah. sudah sampai masanya utk kita kembali kepada teras perjuangan, lupakan kisah2 yg lalu & kembali bersatu demi UMNO yg tercinta
sekiranya datuk yusoff nak warga batu percaya bahawa kemenangannya pada mesyuarat 1hb lepas diatas kemenangan yg jujur sepatutnya datuk yusoff tak perlu takut utk mesyuarat semula, itu akan membuat warga batu lebih menghormati datuk yusoff,nampaknya keputusan telah dibuat oleh umno malaysia, jadi warga batu fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah siapa yang "berani kerana benar" dan "takut kerana salah" teruskan perjuangan.
ya... sy setuju!!!
Salammm......
Keputusan mengenai persidangan UMNO Bhgn Batu tidak perlu dibuat semula telah pun dikeluarkan..tetapi kepada pengikut Datuk YUSOff HAMIDD kesian hangpa semua..dia sorang jer lah kat atas yang kat bawah2 tu dia peduli apa, hampa ader jawatan ke tidak janji dia dapat kekal kan jawatan as ketua UMNO Bahagian tak tahu lah tu undian semasa persidangan 1hb dibuat secara jujur atau bersetongkol dengan wakil badan perhubungan kalau buat secara jujur baguslah kalau sebaliknya kita tengok dan lihat jerlah aper yang bakal terjadi nanti..Kepada Datuk Yusoff orang yang penakut jer yang tak nak hadapi persidangan semula..
wasssalammmm
salam,kenapa la tidak boleh terima kekalahan.kita kena buat kerja.bukan nak pikir benda yang lepas.akuilah kekalahan.dan yang menang jalankan tanggungjawab.harap sdr di atas terima kekalahan dengan rendah diri.kita hanya merancang tuhan yang menentukan.harap sdr dapat bersama membantu dalam perjuangan umno yang suci ini.kerana parti ini saja yang dapat membela orang orang melayu..
ayuh kita bersatu.
stedy dato yusof ... stedy ramlan ... yg duit stedy habis si abas ... hahahaa! bodohnye abas ingat semua orang boleh beli dgn duit ke .... org duk setingan boleh lerr abas oiiii! padan muke ramlan kene kan hangg cukup2! hahaa!
kepada warga batu berhentilah dari pada persengketaan marilah kita kembalikan kesejahteraan bagi memperjuangkan bangsa melayu banyak lagi pekara-pekara yang belum selesai di batu
kepada warga batu, ingatkan semuanya dah selesai tapi masih ada lagi rasa tak puas hati tu... sedarlah wahai warga batu sekalian, kita ni manusia biasa yg tak lari dari membuat dosa & kesilapan, justeru itu janganlah kita nak menjatuhkan hukum "apabila seseorang tu mati nanti taulah" apa orang yg berkata tu tau ke bila, dimana, macamana & bagaimana di nak mati nanti? janganlah terlalu ghairah dunia ni hanya pinjaman saja sedarlah... dalam UMNO semuanya sama aje yg penting kita pasti PRU13 nanti UMNO akan memenangi semula negeri2 yang telah tewas pd PRU12 tempuhari. Rakyat benci dengan UMNO bukanlah kerana UMNO tu tak bagus atau baik tapi rakyat benci dengan org UMNO itu sendiri yang terlalu mementingkan diri. Cakap selalu bongkak & takbur. Sedarlah wahai warga Batu khususnya ahli2 UMNO itu sendiri....
kalau ditanya kepada pihak team abas,ramlan dan hj hassan, mereka semuanya bukannya tak leh terima kekalahan, tetapi biarlah kekalahan itu diatas kemenangan yang jujur bukannya ada sesuatu yang terselindung disebaliknya, apakah kemenangan itu diatas kepentingan ahli-ahli umno diakar umbi atau kemenangan untuk diri sendiri, jadi anda nilailah sendiri....apakan yang lebih penting parti umno atau kemenangannya.
lu pikirrr lahh sendirii! dah kalah duduk dendiamm jangan banyak bunyikkk!! .... abas kene selalu ingat bukan semue orang boleh dibeli dengan DUIT!! ... lu simpannn duit lu tuh abass .... lainn tahunnn bertanding lagi ye!
Salam,Kician kat Abbas Kena Main Dgn Ramlan.Jumpa perwakilan Kata kalau tak bagi kt Abbas xpe janji bagi ler ke dia.Dari tahun 2004 lg Ramlan mmgnya orang yg paling pandai putaq alam dulu Hj Gaffar kini Abbas pula.....tahniah dan syabaslah Ramlan.
Klau kau betultak kaki putaq alam aku cabar kau letaklah jawatan demi kesetian kepada barisan.Confirm tak berani punya....ini baru betul.Jangan kata Kemenangan orang lain ada tangan2 yang tersembunyi saje beb....macam pernah buat ajer.kalau tak camner boleh tidakan hak para perwakilan Batu yang Bijak,Ekor dibagiler kepala tidak.Kerana Mereka tahu siapa dia Abbas Dan siapa dia DYH.
Yang kalah dah tentu2 kalah tapi yang peliknya yang menang ni.. Menang 1 undi jer pulak tu.. Dah tahu barisan AJK dan sayap yg menang bukan dr barisan awak, buat2lah insaf sikit.. Awak dah jadik ket bhgn.. bukan bertanding AJK bhgn.. Cuba belajar professional sikit.. Tak kira org tu org menyokong awak atau tidak, cubalah senyum dan bertegursapa.. buat apa nak buat musuh dan nak tunjuk awak tu hebat.. kalau perangai tetap x berubah, alamatnya keje sorang diri ler.. setakat dihimpit dek kaki2 bodek.. lingkup UMNO ni dibuatnya.. kalau awak belajar menerima org lain wpun x menyokong awak, insyaallah, Tuhan akan bukakan hatinya.. Tapi kalau buat bodoh sombong, jangan harap org akan bagi peluang lagi next term.. So plan nak kumpul harta bebanyak tu kena buat sungguh2 term kali ni..
salam,
Dengar cerita,Akan diadakan semula persidangan umno bahagian batu.
Betul ke?
Kalau betul,nak ikut pergi tengok.
salam,
Dengar cerita,Akan diadakan semula persidangan umno bahagian batu.
Betul ke?
Kalau betul,nak ikut pergi tengok.
Salam. Tahniah Saudara Rafi dan Pemuda Labuan diatas kemenangan yg dikecapi. Sesungguhnya kebenaran kini telah terdedah! Semoga niat ikhlas memperjuangkan Pemuda UMNO Labuan diteruskan. Bagi saudara Tony Nolan, terimalah kekalahan dengan hati terbuka dan jgnlah coba mengucar kasirkan sayap Pemuda Labuan demi Parti UMNO yg kita sayangi. Pertandingan proksi ini bukti Pemuda Labuan matang didalam membawa arus perubahan.
P/s: Belajar dari PRU-12.
Wassalam.
Post a Comment