Thursday, November 13, 2008

CARA RAFIDAH BAGAIKAN " GERTAK " SHAHRIZAT ? WANITA WILAYAH MAHU SHAHRIZAT CABAR RAFIDAH ; SAH SHAHRIZAT CABAR RAFIDAH ?

EKSKLUSIF Wilayahkini -- Wilayahkini difahamkan Shahrizat Abdul Jalil akan mencabar Rafidah kerana sudah tidak tahan lagi dengan karenahya. Shahrizat difahamkan akan mengumumkan keputusanya pada masa yang singkat ini. Apakah ianya akan menjadi kenyataan ? Wanita Wilayah Persekutuan dan Wanita Sabah sudah lantang bersuara yang mahukan kepimpinan Shahrizat sebagai Ketua dan Kamilia sebagai Naib Ketua Wanita. Kamilia juga telah mengumumkan pendirianya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita. BERITA SEBELUM INI... ( Hantar Komen atau kenyataan anda kepada wilayahkini@gmail.com bersama gambar anda ; Ianya akan disiarkan di Wilayahkini.Kami berharap, Ketua - Ketua (wanita )Bahagian di Wilayah Persekutuan dapat tampil untuk menyuarakan pandangan mereka kepada Ketua mereka. Terimakasih - Pengarang Wilayahkini )
----------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR -- Ramai ahli - ahli wanita di Wilayah Persekutuan mahukan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mencabar Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketuia Wanita kerana ramai beranggapan cara Rafidah bagaikan " mengertak" Shahrizat Abdul Jalil.
Beberapa ahli - ahli Wanita yang Wilayahkini temui dari Wilayah Persekutuan ,tidak mahu Shahrizat supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Rafidah kerana tidak banyak bezanya antara 3 hingga 6 bulan. Mereka juga risau tindakan membisu Datuk Kamilia Ibrahim (gambar ) boleh memerangkap Shahrizat kerana sehingga hari ini Kamilia belum mengumumkan hasratnya untuk tarik dari daripada bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Bagi jawatan Naib Ketua Wanita , Shahrizat mendapat 113 pencalonan manakala Kamilia pula mendapat 54 pencalonan.
Ramai yang berpandangan kenapa Rafidah bermain politik dalam isu Kamilia tetapi dalam isu Shahrizat pula beliau mengemukakan bermacam - macam hujah.Malah majlis sidang akhbar semalam juga dijadikan sebagai platform untuk mengkritik Shahrizat.
Apakah Shahrizat akan ubah fikiran ? Setelah mendapat 73 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita , Shahrizat perlu fikir masak - masak kerana cadanganya untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasa di tolak oleh Rafidah dan Exco Wanita yang bermesyuarat semalam.
Ramai juga berpandangan , sekiranya Shahrizat mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Wanita , sudah tentu nama Rafidah " tenggelam" begitu sahaja.

26 comments:

Anonymous said...

Sayang Rafidah bakal meninggalkan Wanita dalam keadaan tak berapa cantik. Sepatutnya bila nak bersara tinggalkan nama, amanat dengan baik. Utusan online terkini, Kamilia akan tetap bertanding no 2. Apa perlu disekat-sekat? Sharizat pun menyatakan pendiriannya hari ini agar peralihan kuasa dipercepatkan.
Nampak gaya Rafidah bakal mengikut jejak langkah Pak Lah, tetapi kategori wanitalah.

Anonymous said...

Hey Bro,

Shahrizat is Najib style...
Scardy cat....
Dun rock the boat....

Anonymous said...

Shahrizat....go on jangan bimbang..
itu Rafidah..Sorrrry !!!

Anonymous said...

Walau apa pun alasan Rafidah, dia kena terima pandangan akar umbi. Jika masih dengan cadangan peralihan kuasa yang akan dilakukan, apa guna diadakan mesyuarat agung tahunan wanita.

Cukup-cukuplah TS Rafidah.. Apa bezanya antara 3 bln dan 6 bln. Lepaskan saja dengan cara yang terhormat. Atau TS Rafidah nak pegang jawatan sampai bongkok tiga?? Bagaimana wanita nak maju, fikiran pun tak berkembang. Sudahlah TS Rafidah, habiskanlah masa-masa yang ada tu bersama anak cucu yang telah ditinggalkan selama ini. Sekarang ni, TS Rafidah dah boleh serahkan tugas. Kenapa nak tunggu juga tahun depan.

Sedarlah sikit, PRU 12 telah membuktikan rakyat mahukan perubahan.

Buat Datuk Ijat, jangan takut. Datuk tidak melanggar perlembagaan. Suara akar umbi lebih penting daripada nak menjaga hati ketua yang tamak dan pentingkan diri sendiri serta kroni kroni yang masih tak puas2. Betul kata Puteri, Rafidah bukan saja sekat puteri, tapi sekat juga wanita muda dari ada jawatan.

Teruskan Datuk Ijat, demi perubahan untuk wanita.

Kami sokong Datuk Ijat.
Dari Wanita Titiwangsa.

Anonymous said...

Datuk Ijat, fikirlah dengan baik demi politik datuk dan wanita khasnya untuk masa depan. Datuk harus bertanding untuk jawatan ketua.

Apa pun alasan TS Rafidah, biarkan saja. Kami wanita perlukan kepimpinan yang baru dengan idea yang baru. Kerja2 TS Rfidah yang belum selesai tu, biarkan dia selesai atau tinggalkan saja. Selama ini pun takda apa yang dia buat untuk memajukan wanita. Kecuali kroninya saja.

Datuk Ijat, bertanding.......... Kami akan menyokong datuk. Memang sudah masanya datuk duduk dikerusi ketua.

Tolonglah selamatkan wanita dari dibelenggu kekurangan pemimpin yang berkaliber.

Hidup Datuk Ijat.

Dari wanita titiwangsa

Anonymous said...

Saya rasa Shahrizat ni mcm lalang, sat nak tanding sat tak nak sat nak. macam mana nak jadi Ketua. Baik lagi Kamilia, keputusan dia firm. inilah pemimpin. Saya cadangkan klu Shahrizat tak jadi lawan Rafidah, Naib Ketua Wanita kita undi Kamilia. Zaman sekarang kita perlu pemimpin yg kuat semangat dan tau halatuju dirinya dan wanita d bawah nya. Saya nampak cerah klu Kamilia jadi Naib Ketua Wanita kerana dia tegas.

bungaraya said...

Bukan masalahnya Rafidah kurang bijakbistari atau Shahrizat bodoh seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali. Masalahnya rakyat inginkan perubahan. Kedegil-degilnya Mahathir, akhirnya ia mengundur diri jua. Mahathir masih Okay bah. Beliau masih boleh memainkan peranan selaku PM yang memiliki integriti yang tinggi. Pun Mahathir pergi juga setelah diberikan kiasan yang seolah memancung diri. Kenapa Rafidah tak faham-faham juga lagi. Bukan nya anda tidak bijak bistari. Tetapi kemahuan akar umbi mahu anda menarik diri. Mereka inginkan perubahan dan wajah baru dalam wanita UMNO. Sama seperti Bapak UMNO. Memanglah pada mulanya rasa sukar membawa diri. Yang itu Shahrizat kena pandai menari. Jaga hal ehwal Rafidah sebaiknya. Jangan sampai macam Mahathir pula! Pak Lah tak dengar nasihat beliau, lantas beliau marah tanpa keruan. Menghentam Pak Lah dimana ada kesempatan. Insaflah anda wahai pemimpin kami.

Anonymous said...

Salam semua generasi WANITA wilayah...

Sbg ahli baru (ex-puteri) smmgnya bukan satu pkr yg aneh bila perkara sebegini berlaku... Sbb itu bila kebanyakan ex-puteri masuk WANITA...semangat kami menjadi lesu... yg dah di penghujung puteri (last term) akan termenung berfikir bagaimana hdk diteruskan khidmat bakti dlm WANITA nanti. Sememangnya bukan jawatan yg kami kejar tetapi yg penting bg kami ialah KEIKHLASAN penerimaan WANITA itu sendiri. Ibarat seorang bonda menerima kepulangan seorang anak...

Tp apa yg berlaku kini diibaratkan seperti ini...

Nak beri idea, akan dikata nak lawan tokey...
Nak kembangkan bakat, akan dikata nak tunjuk terror...
Nak menegakkan sesuatu yg benar, akan dikata kurang adab...
Nak mencurahkan ilmu melalui pengalaman kepimpinan yg ada semasa puteri dulu, akan dikata nak cari pengaruh & atur strategi utk lwn no. 1/no. 2...

Hairan..hairan...Segala-galanya kurang enak dr pandangan WANITA.

Ada cerita..seorg sahabat saya.. Dulu dia ex-puteri yg begitu berkaliber, berjwtn tinggi dlm puteri & dihormati oleh semua peringkat (sayap & bahagian), tetapi apabila masuk WANITA, jawatan ajk WANITA cawangan pun tidak diberi. Tp sahabat saya ni x kisah pun krn bgnya keikhlasan bekerja utk parti lbh penting..kini dia kembali menumpukan sepenuh perhatian kpd kerjaya profesional dia... Sayang bukan krn parti kehilangan bakat yg begitu berkaliber...

Moral dr cerita saya tadi, WANITA perlu diberi UDARA & AURA BARU..

supaya WANITA dilihat lebih gah & proaktif selaras dgn perkembangan global masakini tanpa meninggalkan nilai2 yg sedia ada...

agar WANITA lebih dihormati dan akan menjadi lebih relevan terhadap semua peringkat selagi UMNO menjadi paksi kpd perjuangan bangsa MELAYU...

All the best to Kak Ijat!!!

Anonymous said...

dah larr tue kak fidah.., kami yang muda ni pun nak kak ijat yang menerajui wanita umno.., sudah2 larr tue.., tinggalkan jer hasrat nak pegang kabinet lagi.., jangan larr tamak sangat.., apa salahnya serah kuasa secara berhormat dari dikata2 dek orang sekeliling kemudian hari nanti..

berubah larr demi kebaikan semua wanita umno sendiri..!!

Anonymous said...

Ts fidah apa nak berkeras sangat 3 bulan pun awak bukan leh buat apa apa pembahruan pada umno ataupun BN. Lepaskan saja lah bagi Dato Shahrizat buat pembaharuan, lagipun dia yang nak meneruskan perjuangan TS dah leh tidur buat lah kerja lain pulak.

Anonymous said...

TSR actually nak susun AJK Pusat tu supaya jatuh ke kroni2 dia... korang tak paham2 lagi ke? Bila geng susah siap ada seat masing2.... barulah dia kasi peralihan tu...

jahat jahatt.....

Anonymous said...

Saya bukan nak menyibuk tentang wanita tetapi saya tak fahan tentang Kak Dah Kita nie. Dia kata wanita tidak mahu ada pertanding. So mudah je ler.... Kalu Kak Dah beri laluan kat Adik ijat untuk menjadi Ketua Wanita dah tentu utk jawatan Nain Ketua Tak ada pertandingan sebab calon yang layak tinggal seoran iaitu Makcik Lia kita .... Lu fikir ler sendiri Kak Idah

Anonymous said...

salam

kepada semua ahli UMNO, kita sebagai ahli sepatutnya lebih berkuasa dari pemimpin. kerana kita yang menentukan pucuk pimpinan. tetapi dalam hal peralihan kuasa pihak pemimpin atasan telah merampas kuasa ahli dalam memilih calon. pada saya sebagai ahli ianya tidah adil... adakah selepas ini trend ini akan berterusan...sampai bila...
pada pandangan saya, hal seperti ini haruslah dibuka kepada ahli untuk menentukan pucuk pimpinan termasuk lah sayap sayap..
Sekiranya seseorang itu terlalu lama berada diatas dan jarang sekali untuk turun kebawah maka akan lahirlah rasa angkuh,bongkak dan sebagainya...namun begitu bagi pemimpin yang mempunyai pelan peralihan kuasa ini cuba dapatkan pandangan ahli akar umbi sama ada peralihan kuasa ini relevan atau tidak. kerana dengan pelan peralihan kuasa ini demokrasi sudah hilang..

kita fikir kan lah bersama

Anonymous said...

Saya menyeru semua Ketua Bahagian supaya bantu Wanita memenangkan Datuk Ijat

Anonymous said...

sori to say dato ijat sebenar tak layak jadi ketua sebab dia terlalu pentingkan diri dari buat kerja sebab itu dia kalah di lebah pantai.kerja dia masa itu hanya mempromot dirinya dan menjaga ketua2 wanita wilayah saja.tabur duit kpd kw wilayah untuk program wanita tapi dia tak ambil tahu sama ada program ni dibuat atau tidak olih kw bahagian. nak jadi ketua apa ini.

Anonymous said...

Betul... Shahrizat tak layak jadi Ketua kerana tidaktegas. Macam lalang. Baik lagi lah Kamilia tu. Wahai warga Wanita... kita ubah dari tradisi biasa... pilih lah Kamilia untuk perubahan.

Anonymous said...

Dr ape yang diperhatikan di lihat D.Kamilia lebih berpendirian tegas dalam mengambil keputusan diantara akar umbi dan exco. Exco wanita ni dah lupa diri ker. mereka ni sape yang lantik. K.Fidah ni pun sape yang lantik?? Akar umbi pun bersuara calonkan d.kamilia. Patutnya kak ijat tak yahlah main 2 pangkat ketua nak calon naib pun nak kesian calon naib yg lain tak cukup pencalonan kan ni perbuatan yang sia-sia. Kesian mak cik yang kat bahagian yang undi calon pilihan tak lepas koz k.ijat tak berpendirian.
Apapun kenalah kita muhasabah diri dah lama sangat pun tak guna gak kalau dah orang meluat takut kita jadi melalut plak.

Anonymous said...

Saya sungguh bersyukur kerana dalam kemelut Wanita hari ini, lahir satu permata yang selama ini tidak di gilap. Iaitu Datuk Kamilia. Beliau pun bukan orang baru malah orang yang banyak pengelaman berpolitik. Kita Wanita Wilayah kena lah dahulukan kepentingan Wanita UMNO dari segala2nya. Oleh itu, mari lah kita bertekad,Shahrizat harus bertanding Keua Wanita tetapi sekiranya Shahrizat tidak bertanding Ketua Wanita, kita harus terus menyokong Datuk Kamilia yang bakal menjadi contoh kepimpinan Wanita yang tegas dan berpendirian.

Anonymous said...

Salam........

Sekarang bukan masanya nak mencari salah orang. Datuk ijat bukan lalang. Dia sekarang dalam dilema, sebagai naib dia harus akur dengan ketua. Bukan untuk playsafe, apa yang dia lakukan demi perpaduan supaya tidak ada perpecahan. Jadi sekarang, wanita juga harus menetapkan pendirian yang jitu untuk membantu datuk ijat. Bukan dengan menuduh beliau yang bukan-bukan.

TS Rafidah sepatutnya mendengar suara akar umbi. Segala keputusan adalah ditangan perwakilan, bukan di tangan exco yang mcm lembu cucuk hidung.

Cuba lihat balik, berapa orang exco yang tewas di bahagian sendiri dalam mesyuarat baru-baru ini??

Pencalunan yang diterima oleh TSR sebenarnya melalui paksaan dan ugutan.

Datuk Ijat, merayu supaya tidak dicalunkan, tp, wanita sekarang bukan lagi seperti dulu.Wanita sekarang sudah celik dan mahukan sesuatu perubahan.

Datuk Ijat kalah di Lembah Pantai, kerana sebenarnya dia bertanding dengan anwar. Nurul izzah hanya alat saja.

Oleh itu, saya menyeru semua wanita berilah kekuatan pada Datuk Ijat untuk beliau menyatakan pendiriannya.

Buat Datk Kamilia, tahniah kerana berani menyatakan pendirian. Satu tindakan yang baik.

Datuk Ijat, buatlah keputusan sekarang.

kami wanita wilayah tetap menyokong datuk..

Anonymous said...

Seripah Noli pun tak matang nampaknya bila komennya menyeru Sharizat mengotakan janjinya. Keadaan sekarang berbeza untuk dipertimbangkan akan keperluan menunggu peralihan kuasa atau tidak.
Rupanya ramai pemimipin UMNO kita ni tak pandai, tak matang bila menghadapi keadaan yang jawapannya dan kehendak akar umbi jelas. Seripah Noli pun goodbye lah lepas ni.
Sekarang ialah masa kita untuk menilai bakal-bakal exco wanita kita, yang mana jujur untuk bekerja, yang mana tamakkan kuasa!!!!

Anonymous said...

salam kalbu

masalah 1 shahrizat kalah..di pantai..dgn budak hingus...rafidah menang di kuala....

maslah 2 paklah lantik org kalah jadi senator penuh...dan patutnyer lantik rafidah jadi senator kalu tak mau lantik jadi menteri miti

maslah 3 shahrizat lembik mcm pak lah...tiada kredibility..angguk-angguk,geleng ikut telunjuk..on rafidah..dia tegas,international known for world trade..hanya sangkut hal ap king & nangis tun serah kuasa..but dia berani tegur paklah flip...banding dari shahrizat opportunist..

selesaikan masalah..wanita tolak dua-dua lantik baru..kamilia pun boleh zaharah paya besar pun boleh..fikir-fikir la..yg gua conpius ni timbalan umno..mat taib derhaka sultan dgn ali gagap..pun korang boleh colan..giler la umno ni..

Anonymous said...

Sokongan saya & rakan2 wanita muda wilayah....

Ketua : Shahrizat
Naib : Kamilia

Anonymous said...

Program bersama Ka Jat buat dengan Muslimat Pas tu amat baik sekali untuk silaturahim sesama Islam. Politik wanita mula menunujukkan kematangan antara kedua-dua belah pihak.

Anonymous said...

akar umbi apa yang dia orang cakap ni pencalonan yang tsr dapat tu dari ibubpejabat ke. jadi janganlah cakap akar umbi hendak drs menjadi ketua.fikir2lah

Anonymous said...

akar umbi apa yang dia orang cakap ni pencalonan yang tsr dapat tu dari ibubpejabat ke. jadi janganlah cakap akar umbi hendak drs menjadi ketua.fikir2lah

Anonymous said...

Tahniah Sorrryyy...I like you so much..for sure you are the winner...trust me..

Yang benar wanita tua di kaki gunung semagul..