KUALA LUMPUR -- Macam - macam cerita yang kita dengar mengenai politik wang setiap hari. Malah media massa juga sudah lantang menyuarakan kes mengenai politik wang.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga menyarankan semua orang yang tahu mengenai kes politik wang supaya mendedahkanya di laman blognya baru - baru ini. Tapi ada kes yang dilaporkan pula dikatakan berbentuk fitnah sahaja ? Sila baca - mStar untuk berita selanjutnya !
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad pula hari ini lantang bersuara mengenai RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK , sila klik DISINI.
Bernama pula melaporkan, Badan Pencegah Rasuah negeri Perak telah mengenalpasti beberapa laporan terhadap politik wang dan siasatan sedang dijalankan.
9 comments:
I doubt it is fitnah. ;)
eRTINYA pOLITIK wANG dIDALAM uMNO mEMANG uMPAMA bARAH yANG sANGAT sUKAR uNTUK dIUBATI.
Ertinya politik wang ( Rasuah ) dalam UMNO kini memang sukar untuk diubati. Ia umpama barah. Bila kita menimbulkan mengenai perkara ini, mereka yang terlibat tentulah Calon-Calon yang akan bertanding dan para perwakilan yang akan mengundi. Saya pernah bertindak selaku perwakilan ketika Tun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri. Perkara tumbuk rusuk ini bukan lagi merupakan rashia parti malah bukan lagi sekadar persepsi semata. Ia adalah kenyataan. Jika kita mahu ia lenyap dalam UMNO, kita kena hentikan tabiat kita yang suka sangat dirasuah dan merasuah. Kita ORANG ISLAM. Perbuatan ini adalah HARAM. Kenapa kita lakukan juga? Ini menunjukkan ahli UMNO kurang berimannnnn. Kalau tinggi imannya, ia tentu tidak akan melakukan perbuatan memberi dan menerima rasuah.
Dulu semasa saya menjadi perwakilan, seorang calon Pemuda dari Sabah memberikan hadiah PEN satu seorang kepada perwakilan. Salah seorang perwakilan yang dekat dengan saya berkata setelah diberikan PEN hadiah kepada nya. Katanya....Pen sajakah?
POLITIK WANG...takrif sebenarnya adalah JENAYAH RASUAH...inilah takrif sebenarnya...kalangan UMNO amat arif tentangnya...namun bila ada pendakwaan terpilih inilah barah sebenar dalam UMNO...yang dituduh pengkhianat UMNO pelapor jenayah...penjenayah sebenar lepas bebas bagai ikan di laut...
rasuah ini dah jadi lautan tapi pendakwaan masih menggunakan joran bemban dan tali tangsi murah dari kedai tepi jalan...yang kena semua ikan tepian pantai...jerung dan paus berenang girang kepersada kepimpinan...
masa utk mensucikan UMNO telah tiba...berapa ramai kalangan pimpinan yang benar bersih dari jenayah ini...anak2 muda ramai yang menanti tindakan atau mencontohi kepimpinan (BAIK dan BURUK)...jgn jenayah ini berterusan DULU, KINI DAN SELAMANYA...tidak, tidak teriak anak2 muda adakah UMNO mendengar suara jua rintihan ini...
UMNO bkn menang PRU dgn undi ahli semata...undi anak2 muda diluar parti politik penentu menang kalahnya.
maka UMNO hancur pupus (PRU13)kerana lenyap sudah iman juga pengetahuan berpolitik atas siasah yang HAK...
Yg memberi wang, dah menang nanti mesti nak recover. Perwakilan dapat sekejap enjoy, tapi yg menang bermaharajalela selama 3-4 tahun. Tak tahu sumber mana mereka dapat. Halal ke haram. Jgn pilih mereka-mereka ini nanti. Pilih muka-muka yang ada integriti. Calon-calon parachute, kabinet menteri dapur, org-org yang tak kaliber tapi jadi menteri unsur bodek, jaga dapur.. faham-faham la. Termasuk geng2 mereka yg nak pertahankan kumpulan. Kan dah padah 2 bhg lagi jatuh ke bukan geng. Naik atas cepat gerenti jatuh cepat. Semua nak jaga tempuluk masing-masing. Terutama sisultan tu.
Pilih mereka yang ada tiga
(3) 'TY' DI PENGHUJUNGNYA:-
1) CAPABILITY
2) CAPACITY
3) INTEGRITY
BESARKAN PERSAMAAN KITA, LENYAPKAN PERBEZAAN KITA...
ini org tua pun (TUN)dulu masa lawan sama tengku(gua musang) pun main duit jugak....ngata org dia yg lebih...cakap tak serupa bikin.
Mengapalah nak di hebohkan sangat pasal politik wang ni,yang malu nya ialah orang UMNO juga. Ia akan memberi senjata kepada pembangkang untuk menghentam UMNO pada PRU 13 nanti.Kurangkan publisiti di akhbar akhbar,lebihkan usaha tindakan secara senyap tapi berkesan.Beri muhasabah diri pada perwakilan jangan di beri undi pada yang beri duit tapi tak berkualiti.Beri undi hanya kepada yang berkebolihan membela UMNO dan nasib masa depan orang Melayu tak kira dia memberi duit atau tidak.Undi tu sulitkan.Lagi satu dan tidak kurang pentingnya pengiraan undi hendak lah di buat didalam dewan bersidang,Peti undi jangan di bawa keluar dewan. Kalau MCA bolih lakukan nya mengapa tidak UMNO.Saya rasa dengan cara ini UMNO akan dapat pemimpin yang berkualiti dan mereka adalah pilihan akar umbi UMNO.
Yg komen org tua jaga baik sikit. Awak tu siapa? Siapa yg kutuk dia akan menerima padah terbukti sebelum ini. Kawan saya anak beranak kutuk Tun, sekarang keluarga cerai, berai. Anak rosak ambil dadah, menggangur, perempuan larikan orang. Tun byk berjasa tak mcm awak yg tak tahu meneliti sejarah. buta, pekak, tuli.
Post a Comment