Friday, November 14, 2008

DILEMMA PUTERI DI WILAYAH : RAMAI SANGAT CALON DARI WILAYAH NAK TANDING JAWATAN UTAMA PUTERI MALAYSIA ; ADA YANG TAK KENA !

KUALA LUMPUR -- Setelah dua wakil daripada Wilayah Persekutuan bakal turun ke gelanggang bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, seorang lagi calon dari UMNO Seputeh Saarah Ali Bashah juga turut bakal mencuba nasibnya bagi jawatan Ketua Puteri Malaysia setelah mendapat dua pencalonan untuk melayakkanya bertanding.
Bagi jawatan Ketua Puteri , seseorang calon hanya memerlukan " dua " pencalonan untuk bertanding. Tidak mungkin penampilan Saarah bakal mengugat peluang Datin Ismalina Ismail tetapi disebabkan kedua - dua mereka dari negeri yang sama mungkin boleh menyebabkan sesuatu yang tidak " kena" nanti.Undi mungkin "berpecah" ?
Sarah yang merupakan bekas Ketua Puteri Taman OUG , Bahagian Seputeh dikatakan akan meneruskan niatnya untuk bertanding kali ini selepas hampa pada pemilihan yang lepas.
" Kenapa perlu dua orang dari Wilayah Persekutuan nak bertanding jawatan Ketua Puteri ? Kenapa kita tidak bersatu dan tunjukkan kekuatan kita ? Dahlah jawatan No 2 puteri pun ada wakil dari Wilayah Persekutuan. Kalau ramai dari Wilayah nak tanding, susah nak cari peluang ni...", kata seorang perwakilan puteri dari Wilayah Persekutuan kepada Wilayahkini.
NOLEE PULA NAK TANDING NAIB
Exco Puteri UMNO Malaysia, Nolee Ashilin Radzi dari Puteri Lembah Pantai pula menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Puteri. Nolee yang juga seorang ADUN, kalah dalam usahanya untuk merebut jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai minggu lepas.
Apakah Saarah akan mengubah fikiranya dan menyatakan sokonganya kepada Ismalina Ismail ?
Sementara itu calon Ketua Puteri , Ismalina Ismail pula berkata " Kepercayaan Anda Tidak Akan Di Sia - Siakan", Klik D I S I N I
(Gambar Ismalina bersama Datuk Noraini ; Saarah ; Nolee Ashilin )

9 comments:

Anonymous said...

Wahai Pu3 Wilayah Cubalah berpakat kalaupun nak rebut jawatan tertinggi Pu3 nasional. Kita kena ada strategi dalam mwnentukan siapa yang nak pegi jawatan tertinggi bukan main hantam mentang-mentang sekadar 2 penclonan dah cukup. Ingatlah negeri lain pun ada calon dan perwakilan jua. Kita mengalah bukan bermakna kalah yang penting kerjasama sepasukan. Program dalam wilayah lagi banyak yang perlu dibuat. Pu3 yang baru tu bimbinglah dengan ilmu berpersatuan bukan ilmu merebut jawatan. Banyak lagi cawangan perlu ditubuhkan biarlah berkualiti bukan berkuantiti. Penuntut lepasan Universiti banyak yang dah jadi ahli pembangkang takkan kita nak nengok ajerrr.
Lepasan sekolah takkan nak dibiar ajer. ini sepatutnya agenda pu3 wilayah bukan mengejar jawatan. Biar 1 diatas tapi yang lain jadi benteng di Wiliyah. Tak perlujawatan banyak tapi terkejar sana-sini biar satu jawatan tapi kualitinya terbaik.
Ini Ingatan dan nasihat dari insan yang prihatin dengan keadaan puteri-puteri wliyah.

Anonymous said...

Nolee tidak diendorse oleh Puteri Wilayah.Dia bertanding atas tiket sendiri.Walaubagaimanapun, dia calon yang berpotensi, cuma tidak ada grass root sendiri.

Datin Isma yg lebih berhak pergi dahulu.Disebabkan YB Perak ini,peluangnya di hijack oleh orang yang tidak ada tempat dimana-mana negeri.Ingatlah jasa-jasa Ismalina kpd Puteri WP.

Nak harapkan Azlinda-lupakan sahaja.Dia sebok berebut nak jadi Exco Wanita.Puteri WP seolah-olah tidak ada Ketua.

Anonymous said...

YB Nolee memang orang yang paling layak n sesuai untuk jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.terlalu banyak program yang dia anjurkan di bawah biro pendidikan..

kami semua doakan YB Nolee akan berjaya kelak.

Anonymous said...

saarah ali bashaah....

calon yg tidak diiktiraf di bahagian sendiri, dpt pencalonan dr bahagian yg jauh. tak ada track record kerja yg cemerlang. pu3 yg akan mengundi di peringkat nasional tolonglah pilih ketua yg sudah jelas misi, visi & isi utk kita lebih mantap

Anonymous said...

Saya seorang Pu3 WP yang mengikuti perkembangan Puteri WP. Saya amat tertarik dengan apa yang berlaku di Lembah Pantai. Kes YB Noli perlu menjadi pengajaran kepada kita semua.

Noli tidak pernah nyatakan hasrat dia bertanding sebagai NKPUM kepada Exco WP,sekarang beliau minta laluan dari WP??? Sekurang-kurangnya, dia beritahu Azlinda atau Ismalina selaku Ketua & Naib Ketua Puteri WP...itu namanya adab. Penglibatan beliau diperingkat WP pun tidak kelihatan.Yang membuat kami di WP bengang,dia masuk WP pun tidak bagi salam.Exco Malaysia tuh...

Adalah tidak wajar jika sekarang beliau nak minta kompromi dari WP.Siapa dia dalam Puteri WP?
Tanpa kami sedari sudah ada 4 exco PUM dari WP gara-gara tindaklaku YB Perak ini.
1. Azlinda Rashad (Kepong)
2. Ismalina Ismail (Wangsamaju)
3. Norlaily (Cheras)
4. YB Norli Ashilin Radzi (Perak/L.Pantai)

Dalam usaha calon-calon Puteri WP hendak bertanding, sekarang kena pertimbangkan seorang pemain impot ini.Mahu tak mahu, dia juga membawa nama Puteri WP...sudah tentu ini akan menjejaskan peluang calon-calon dari WP.

Inilah strategi Exco PUM yg tiada tempat/akar umbi. Mangsa kali ini, Lembah Pantai. Jadikan ini pengajaran kepada kita semua - Exco yang tiada tempat (walaupun apa2 jua jawatan di Bahagian), akan sentiasa cari peluang untuk 'menyusur akar'.. silap haribulan Bahagian kita yang menjadi mangsa. Tolak mana-mana calon yang bertanding Exco atau jawatan tertinggi PUM yang tidak memegang sebarang jawatan di Puteri Bahagian.

Letaklah syarat-syarat kelayakan untuk calon-calon bertanding Exco:
1. Se elok-eloknya, mesti dikalangan Ketua atau Naib Puteri Bahagian
2. Mesti ada rekod berjasa kepada Pu3 WP

Anonymous said...

sekarang byk calon2 Exco dari WP dah risau sakan pasal ada dlm 10 orang calon yang nak ke Exco... ramai tu, agak2 boleh ke calon yang di endorse bersaing dengan calon swasta? Yang di endorse merasakan yang mereka perlu berkempen bersama2, eloklah tu, semangat setiakawan tu masih ada... tapi belakang ada 'bunyi' jugak...

OtAi said...

letih la...
senario politik p3 wilayah kelam kabut tahap **tttuuuuuttt****!!!
yang ketuanya dah tak hirau yang bawah... kesian budak2 bawah nieh
tapi bagi aku.... sesapa yang nak bertanding, bertanding lah...
kalau kuat bertanding cara sihat.
jangan nak caras mencaras.
masalah sekarang nie... kat wp ni ramai dah nak masuk expiry date sebab tu ramai yang nak bertanding.
tapi... buat apa nak halang?
kalau betul jalan insyaallah menang...
orang dah pandai menilai...
yang penting hati mau bersih...

Anonymous said...

bagilah peluang calon2 exco untuk bertanding. Untung sabut timbul. Kalau mereka rasa mereka layak, tunjukkan kepada perwakilan.

Anonymous said...

sara????? tarik dirilah... bosanlah