"Shuib buat - buat terkejut.Tak boleh terima bahawa dia boleh kalah kepada Halim. Kalau dia menjangka dengan memberikan wang kepada perwakilan boleh buat dia menang besar, Shuib sekali lagi melalukan kesilapan dan Shuib sepatutnya, kalaulah dia merasakan dirinya lebih hebat dari Halim, dia sepatutnya kenal yang mana penyokongnya, yang mana penyokong Halim dan yang mana hanya ambil upah dari Shuib tetapi tidak memberikan undi.
Banyak faktor yang perlu Shuib ambil kira.Pertama Shuib tidak kenal diri sendiri.Shuib sepatutnya mengukur baju di badan sendiri ataupun mencari cermin untuk melihat apakah dia sebenarnya ada aura untuk jadi Timbalan Ketua Bahagian.
Sikap Shuib memperalatkan Zainal Abidin, Izuddin Ishak dan Yamin - calon Naib Ketua , akhirnya membunuh Shuib sendiri dan sikap khianat kepada Zainal dan Izuddin Ishak akhirnya memakan dan membunuh segala strategi Shuib Ibrahim".- dari blog Budak Kuala Lumpur
Shuib kena banyak belajar dari politik.... Klik D I S I N I untuk membaca satu analisis politik yang bertajuk SETIAWANGSA : SHUIB, LEBAI YANG MALANG,daripada blogger Budak Kuala Lumpur.
35 comments:
Inilah Shuib.Suka dengki ngan orang lain.Porah lah. Lu fikir sendiri.
Setiawangsa akan bertambah aman kalau si Shuib tu tak ada.
Apa yang terjadi pada mesyuarat setiawangsa merupakan satu taktik kotor Shuib yang terlalu gilakan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja. Kita tahu perangai Shuib pada setiap Pru keran Datuk Zulhasnan sangat percayakan dan lantik dia sbg Bendahari, akhirnya inilah padahnya.
Lebai memang sesuai Shuib tapi saya kecewa juga taktik kotor yang diguna pakai untuk jatuhkan Shuib. Kita kena akui bahawa Shuib juga talah berikan tentangan yang cukup kuat sampai ramai yang tak senang duduk.
Kalau dah kalah tu, buat cam cara kalah jer la bro. Jangan hampa. Cuba lagi tahun akan datang
kepada BudakKualaLumpur2... saya nak kasi komen dlm blog awak tapi blog awak tu takboleh taruk anonymous.. kena sign up google... takdo kojo den...
the thing is Ketua Bahagian kasi 'signal' dipagi hari persidangan tu....
Kau menang bukan beerti kau benar, kau kalah bukan beerti kau salah kerana menang dan kalah bukan sempadan untuk benar dan salah.
Yang benar tetap benar walau dipertikai, yang salah tetap salah walaupun diselindungkan.
Menang dan kalah adat permainan, oleh yang demikian, selepas pertandingan, segala masalah yang ketegangan yang ada, harus dileraikan.
Janganlah anggap macam dah kuat sangat, sampai pemilihan yang ada dijadikan alat untuk bunuh-membunuh antara satu sama lain.
Sebaliknya, gunalah peluang yang ada untuk memperbaiki parti. Sepatutnya `wilayahkini' dijadikan blog untuk meleraikan kekusutan yang ada, bukannya kita menambahkannya.
sdra sahabat-gunung
saya setuju dgn pendapat sdra
UMNO tgh parah, WILAYAHKINI jgn berpihak mana-mana, jgn kerohkan keadaan.
adakah utk PRU13,UMNO masih relevan.
apa guna menang dalam kelumpuk sendiri,kalau induk tak dapat di kawal.
mari kita bermuafakat untuk Agama& Bangsa
Saya dalam isu ini , Wilayahkini hanya menyentuh isu ini daripada blog lain.Tak salah . Sebelum ini pun, dalam berita mengenai UMNO Setiawangsa, apabila Shuib menerima layanan yang adil termasuk Wilayahkini juga menyiarkan komen - komen yang berpihak kepada Shuib dan komen - komen yang menentang Datuk Zulhasnan Rafique.Saya nampak Wilayahkini begitu adil dalam menyiarkan komen semua pihak.Jangan kita nak salahkan Wilayahkini apabila sesekali kena bantai.
Saya dalam isu ini , Wilayahkini hanya menyentuh isu ini daripada blog lain.Tak salah . Sebelum ini pun, dalam berita mengenai UMNO Setiawangsa, apabila Shuib menerima layanan yang adil termasuk Wilayahkini juga menyiarkan komen - komen yang berpihak kepada Shuib dan komen - komen yang menentang Datuk Zulhasnan Rafique.Saya nampak Wilayahkini begitu adil dalam menyiarkan komen semua pihak.Jangan kita nak salahkan Wilayahkini apabila sesekali kena bantai.
Shuib kena berani hadapi kenyataan kerana semua orang tahu apa yang berlaku.Mungkin Shuib dapat jelaskan kepada Wilayahkini, komen daru pihaknya.Kami juga dapat membacanya.Jangan pula kita nak main tuduh aja.Nasib baik kita ada Wilayahkini.Dulu mana ada blog cam ni ? Lu fikirlah sendiri.Budak Kuala Lumpur tu, kena hati - hati sikitlah.Kalau boleh Wilayahkini jangan ambil berita dari blog budak kuala lumpur kerana blog tu macam kejab ada , kejab tarak.
budak kuala Lumpur dgn budak Setiawangsa memang sama je.budak memang nya BUDAK.Perangai budak budak dlm bahasa Inggeris Childish.Suka menjolok kemarahan.Inikah dia bakal pewaris pejuang bangsa.Budak atau pemuda jangan ikut emosi.Shuib dah kalah.Kini dia pun dah terima kenyataan yg dia dah kalah.Mengapa perlu ungkit lagi perkara yg sudah lepas.Dah lebih 10 hari dan sepatutnya kita beri dia ruang untuk menenangkan fikiran dan tumpu kpd kerja.Kalau budak budak berada ditempat dia sudah tentu faham apa yg dialaminya.Agaknya budak budak nak jolok je kot. Kalau berani mengata orang ,mencerca org Tuhan tau dan kenal awak budak budak oi.
Shuib kena terima kenyataan dengan hati yang terbuka.Jangan nak main kolam lagi.
Dia kata hamir setengah cawangan sokong dia.Dia control semua.Apa dah jadi ? Jangan terlalu angkuh dan sombong beb.
menjadi BABU kepada orang lain.memang mudah,orang tak kisah sangat pasal Si BABU itu ada karisma atau tidak, tetapi Si BABU itu mahu menjadi pemimpin, orang akan mengukur si BABU itu ada karisma atau berkarismatik.Sendiri mahu ingat sendiri jugalah mahu berfikir,adakah kita si BABU ITU.
sYED aLI MARAH SUNGGUH DENGAN PERANGAI PEMIMPIN UMNO,DI KEPALA BATAS TAK MAHU UMUM SIAPA LINEUP MAJLIS TERTINGGI BEGITU JUGA PEKAN.PAHANG. DILIHAT SYED ALI PEMIMPIN YANG CUKUP BERKEBOLEHAN,KENAPA TAK LANTIK BELIAU SEBAGAI SETIAUSAHA KERJA UMNO MALAYSIA.KERANA GANDINGAN YANG PERNAH BERLAKU DI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA TENGKU ADNAN SEHINGGA DAPAT MENUBUHKAN KUMPULAN PETINJU YANG DAPAT MELEBAMKAN DATO IBRAHIM THAMBY.
Salam,
Khas buat Budak Kuala Lumpur yang memang pandai menghentam dan menfitnah orang, mana sumber yang dirujuk tak tahu la, tapi yang saya paling tahu sangat yang dia orang ni tak de telor, bacul dan penakut, buat blog tapi details diri tak ada, bak kata pepatah " baling batu sembunyi tangan" Kalau betul nak berpolitik dengan blog kenapa takut ????
Tak ada ribut, tak ada angin tiba2 hujan al kisah si shuib. tak ada luar biasa keputusan, wilayah kini adil blah, blah, blah.. Ada apa-apa ke?
Budak kuala lumpur jangan buat buat tak tau mainan kotor bahagian setiawangsa untuk togelkan si shuib mula cantas cawangan cawangan yang sokong shuib,tukar bahagian yang mengira undi, ucapan ketua bahagian masa peresmian ini adalah sebahgian. Pasal main duit mengata dulang paku serpih megata orang ............; Ini semua terjadi terjadi kerana shuib ingin membawa perubahan kepada pemikiran orang umno dan membersihkan umno bahagian dari unsur unsur mungkar, tak telus, pilih kasih,dan sifat tamak haloba yang mejadikan orang ramai meluat pada umno.Tapi apakan daya dia hanya bolih merancang.
susah nak paham Shuib ni... kejap A kejap B...
Teman terpanggil juga nak bagi komen pasal pemilihan setiawangsa ni.Teman di fahamkan Bahagian yang megira undi ialah Bahagian Batu tapi dipagi mengundi yang datang tentera semut dari Titiwangsa.Tak kisah lah tu takkan kita nak pertikaikan ketelusuan Dato Seri Sulaiman Mohd dan kewibawaan Yusuf Merah menjalankan arahan Bahagian.Yang tak sedapnya peranan si Fendi loyer yang kacak dan lawar tu terlibat sama.Abang dia bertanding Naib Ketua. Tak ke ada conflict of intrest. Calun calun lain pun bukan kecik anak nanti ada yang bawa ke mahkamah kan haru biru jadi nya.Ahli Umno sekerang ni bukan peduli sangat arahan MT tengok lah Bahagian dari Kelantan tu.Nak dijadi cerita undi yang di perolihi Dato Fauzi lak tu melambung tinggi kalau di campurkan semua undi ketiga tiga calun lain undi Dato Fauzi lagi lebih.Handal sungguh bagi saorang calun underdog.Macamana pun teman ucap tahniah pada ahli ahli Umno setiawangsa dapat Timbalan ketua duduk bawah ketiak bakal PM dapat Naib Ketua yang kacak yang adik juga Naib di Titiwangsa.Lepas ni senang lah ketua ketua cawangan setiawangsa minta bantuan melalui mereka kerana mereka ni terkenal kerana pimpinan tidak bermusim.
kalau kalah di kata sebab bongkak.. kalau menang di kata akan menyombong! Iskk.. sabo je lah Shuib!!
Uishh... komen sekarang nak kene approval from blog owner dulu ke??
Ini macam buat blog komen sendiri lah.... jgn open kat public.
Jgn mare... Asalammualaikom!
SU BHG JAWAB LAH MENGAPA BHG KIRA UNDI DITUKAR JANGAN JANGAN ADA UDANG DI SEBALIK MEE
Poning kepala Achikla..kenapalah kita ni suka bergaduh tak tentu pasal. Tak ada yang lebai malang dalam hal ni kecuali orang menulis tuu..bolehtak kita ni fikir macamana nak suruh semua bersatu. Kan bagus kalau ayat-ayat pedas ni digunakan didalam melawan pembangkang bukannya ahli UMNO sesama kita. Kalau nak jatuhkan sesama sendiri cukuplah kreatif tapi kalau suruh lawan pembangkang tak pulak sekreatif ni. Pelik bin ajaiblah Achik tengok senario kita sekarang. Udah..udahlah tu.Yang dah menang jangan nak bongkak...Apakata kita luruskan saf n bantu apa yang patut untuk anak bangsa dan agama. Jangan lak esok anak cucu kita kencingkan kubur kita kerana kita tak menjalankan tanggungjawab kita yang sepatutnya. Kalau tak ada angin manakan pokok bergoyang..siapa makan cili dia yang terasa pedas. Achik percaya yang menang tu ada lah sikit sebanyak main taktik kotor yang dah kuno...dok gantung cawangan orang macam tak bermaruah..ramai yang jadi saksi cuma bila cakap dia orang buat tak tahu aje..kenapa berat sebelah? Rasa-rasanya sekali-sekala Dato Zul kena turun tgk SU Bhgn buat apa..
Saya taklah kenal Shuib sangat tapi saya tengok n dgr Shuib ni banyak menolong cawangan-cawangan yang low profile n bantuan dia taklah bermusim.
Untuk Shuib saya doakan perjuangan anda berkekalan dan Insya'Allah Tuhan akan tunjuk kebenarannya. Mesti ada hikmahnya di atas apa yang telah terjadi. allah tidak akan menguji insan yang lemah..
Walaupun kalah tapi percayalah Shuib kalah dalam kemenangan. Masa nilah dia akan tahu siapa sebenarnya kawan yang tiada berpenghujung atau kawan yang bermusim.
Saya dan sahabat-sahabat saya sentiasa mendoakannya agar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya serta menyokong perjuangannya. Ikhlas Achik
saya sokong penuh statement achik
Nampaknya Bahgian Setiawangsa sepi seribu bahasa dalam tuduhan tuduhan salahlaku pada pemilihan yang baru lepas.Beberapa pesoalan Pak Wan rasa pihak Bahagian mesti beri jawapan bukan hanya kepada AJK bahagian tapi kepada semua ahli UMNO setiawangsa.Kalau tidak Pak Wan takut UMNO Bahagian di tuduh ,tidak telus ,berat sebelah,tidak menjalankan amanah, rasuah dan banyak lagi tuduhan yang tidak menguntungkan UMNO bahkan sebaliknya.
Pertama: cawangan cawangan yang mesyurat mereka di batalkan kerana tidak berpihak kepada calun calun yang di endose olih Bahagian.Cawangan saperti: cawangan KLSE, Setapak Permai dan Setapak Jaya 1A. Mereka yang terlibat merasakan ada double standard dan sikap zalim yang dilakukan olih pihak Bahagian Setiawangsa.
Kedua: tuduhan yang mengatakan nama nama wakil cawangan yang di pilih menghadiri mesyurat Agong telah ditukar kepada nama nama lain Kalau tuduhan ini benar ,ini adalah satu penipuan yang paling jijik dan tidak beramanah.
Ketiga: tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan penukaran Bahagian yang mengira undi dari Bahagian Batu kepada Titiwangsa amat mengcurigakan.Adik kepada salah saorang calun Naib adalah Naib Ketua dari Titiwangsa dan di lihat berada dalam bilik mengira undi.
Keempat: tuduhan yang dilemparkan olih nujum pak belalang mestilah disiasat. Beliau mengatakan segumpal undi untuk Shuib telah di buang.Katanya sumber adalah dari wakil Bahagian pemerhati.Juga tuduhan nya yang mengatakan taklimat yang di berikan olih SU Bahagian tidak sama dengan apa yang berlaku di dalam bilik pengiraan.
Pak wan berharap tuduhan sebegini rupa dapat di jawab dengan baik dan munasabah.Bukan apa Pak Wan dengar ada pihak yang sedang mengumpul bukti dan saksi untuk membawa pekara salah laku diatas ke MAHKAMAH, yang empunya diri tidak mempedulikan walau di pecat, alang alang mandi biar lencun, alang alang meyeluk pekasam biar sampai kepangkal peha.Tak bolih disalahkan juga yang empunya diri . Telah berhempas pulas berkempen siang malam,wang ringgit lesap tiba tiba dikalahkan dengan cara yang meragukan.
Pak Wan temenung juga fikir kalau kemahkamah apa agak nya tindakan UMNO Malaysia. Empunya diri dah tentu di pecat.Adakah UMNO Malaysia tidak mempedulikannya dan berharap saman tersebut akan dibuang keluar mahkamah dan semuanya jadi baik.Tunggu dulu danlihat keputusannya[keputusan entah bila].Ataupun beri Setiawangsa taraf pemerhati saja dalam perhimpunan.Sekira nya ini berlaku sesungguh Bahagian Setiawangsa telah merima pembalasan dosa nya kepada kezaliman yang dilakukan . Pak Wan perhatikan sekarang ni kes ISA pun dilawan di mahkamah dan ada yang menang.
Kalau setakat kemahkamah tak pe juga jangan ada yang nak demontrasi pulak didepan pejabat Umno bahagian. Sekarang ni macam macam demontrasi , nanti ada pulak yang nak demontrasi bogel. Tak tau lah kalau kalau orang dibahgian tu suka tengok orang berbogel. Pak Wan kalau yang tak lemau suka jugak tengok.
betul kata Pak Wan.. apa yang kami mahukan hanyalah KEADILAN!
Jangan harap dapat keadilan dari manusia manusia tamak, rasuah, mungkar, tak kenang budi dan gila kuasa di PEJABAT BAHAGIAN SETIAWANGSA tu.
Inilah sebabnya UMNO kalah teruk, ahli bosan dgn perkara yang berlaku baik diperinkat Cawangan dan Bahagian. Apa guna jadi ketua cawangan kalau mesyuarat cawangan bolih dijalankan tanpa ketuanya dan apa pula peranan Ketua Bhg bairkan saja apa yang salah terus berlaku kalau macam tu baik tak payah jadi ketua. kita kalau jadi ketua mesti berlaku adil baru kita dihormati dan disayangi. fikir2kan lah.
kerja gantung cawangan ni kepakaran mat mat di pejabat bahagian tu.Pemilihan dulu 2 cawangan di gantung tak bolih mesyurat kali ni 4cawangan pulak. Pemilihan yang akan datang agak nya 10 cawangan. Mai kita pakat panggil dia Mat gantung.
Ape agenda keluar kisah Shuib di blog dan kenyataan2 bukan fakta. Nak buruk orang mesti fakta betul. Orang sekarang bukannya bodoh percaya bulat2 yang dipaparkan. Kan dah jadi reverse. Sultan keling tong punya kerja. Fakta mesti betul dan komen wilayah kini macam orang tak tahu kerejo. Kuasa ditangan semua boleh jadi.
I will not acquiesce in on it. I over nice post. Expressly the title attracted me to be familiar with the sound story.
Good brief and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.
Post a Comment