" Kita minta mereka melakukan siasatan.Setiap perwakilan hendaklah disiasat dan semasa penyiasatan ini, mereka hendaklah mengangkat sumpah bahawa mereka tidak menerima sebarang pemberian wang", katanya kepada Akhbar Sinar Harian bertarikh 13 November , hari ini.
Pada pemilihan UMNO Lembah Pantai yang berlangsung minggu lepas, Raja Nong Chik berjaya merampas semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.Yusri mendapat 91 undi manakala Raja Nong Chik pula mendapat 174 undi. Kemenangan besar Raja Nong Chik tidak memberikan kejutan kerana ramai pihak sudah meramalkanya.
Yusri berkata lagi, " Namun demikian , saya cukup kecewa dengan kenyataan Raja Nong Chik yang seolah - olah mempersalahkan pimpinan saya punca kekalahan BN pada pilihanraya.Saya ingin bertanya, dimana beliau ketika kempen pilihanraya tersebut ? "
" Sebagai bekas Ketua Bahagian ketika itu, saya harap beliau berinisiatif untuk berbincang dengan kepimpinan apa yang harus dilakukan".
Pada pilihanraya lepas, Shahrizat Abdul Jalil gagal mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai ditangan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah.
Manakala Wilayahkini difahamkan, sudah ada usaha - usaha di peringkat bahagian untuk ketengahkan nama Raja Nong Chik sebagai calon BN di parlimen Lembah Pantai Parlimen diatas kapasitinya sebagai Ketua Bahagian selepas ini. Apakah Shahrizat terpaksa mencari kawasan baru ? Kekalahan Yusri juga dikatakan akan memberi tamparan hebat kepada Shahrizat di Lembah Pantai selepas ini ?
10 comments:
macam-macam arr diorang nie.., dh kalah tu dah larr.. terima lah kenyataan.., kenapa nak carik alasan plak..!!
isk..iskk..iskkk.. dunia dunia..
camner nak maju kalu asyik nak carik salah orang jer.., sedangkan diri sendiri pon banyak kelemahan nya..
Lupakanlah calon-calon tua tu...tak relevan untuk menawan hati pengundi muda.
YB Noli cabaran yg sesuai utk Wakil Rakyat LembahPantai.Walaupun dia ditolak oleh perwakilan Puteri LP,harap nama beliau diketengahkan oleh KPUM sebagai calon yg berpotensi!!!!Itu sebab YB diendoskan oleh Yusri & Raja dan orang atas sana.Krn org atas nak dia sb
Betultak apa saya cakap?
UMNO Wilayah Persekutuan memang buat pening kepala. Kita asyik memberikan amaran dari masa kesemasa jangan gunakan wang sebagai rasuah jika ingin UMNO dan BN menang dalam PRU ke 13. Ini yang buat kepala Nobish pening ni.
Husin Lempoyang tentu tergelak bila membaca risalah ini.
Bukan calang-calang orang yang duduk di Lambah Pantai tu. Salah seorang sedang bertungkus lumus nak duduk selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Fight Wakil Rakyat 4 penjuru - yg muda nak YB Tualan Sekah,yg menang nak Dato Raja,yg kalah nak Pak Yus,yg lari nak Shaharizat.Berebut le kome....
Inilah dia UMNO, pemimpin yang baik tapi kurang vitamin 'W' akan tewas di tangan mereka yang tidak berkaliber tapi dia menang cara merasuah duit kepada perwakilan. Yusri mendakwa dia kalah kerana Raja Nong Chik dikatakan merasuah duit kepada perwakilan. Dia juga marah kerana Raja Nong Chik menuduh dirinya menjadi faktor kekalahan Shahrizat di Lempah Pantai dalam PRU12 lalu. Yusri bertanya kepada Raja Nong Chik, apa dia buat semasa PRU12 diadakan? Maknanya Raja Nong Chik bukanlah berjasa sangat kepada UMNO Lembah Pantai, tapi Raja Nong Chik dilihat punyai sagala-galanya yang tak ada pada Yusri. Demikianlah malangnya nasib pemimpin UMNO yang tak berduit seperti Yusri, yang juga bukan seorang yang bergelar DATUK.
Yusri tokoh akar umbi yang berani, dan diharapkan beliau menerima hakikat ini. Jadilah seperti John McCain yang kalah di tangan Obama, tapi dia menerima kekalahan dan mengaku kelemahan yang ada pada dirinya. Beliau menyeru rakyat AS supaya sokong Obama demi rakyat AS.
Elok juga kita layari http://locengwangsa.blogspot.com yang mengupas mengenai 'Fenomena Obama dan Obangau' yang boleh dijadikan renungan untuk semua politikus.
Terima kasih.
Yusri kalah di tangan Raja Nong Chik kerana beliau satu-satunya tokoh yang memimpin Bahagian yang kurang 'VITAMAN W' dan beliau juga bukannya tokoh yang bergelar DATUK. Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tampil dengan segala kehebatan yang ada pada dirinya, walaupun tidak nampak jasanya ketika UMNO menghadapi PRU12 lalu.
Yusri mendakwa Raja Nong Chik merasuah perwakilan dengan 'Wang' untuk menang Ketua Bahagian. Dakwaan itu ada benarnya. Satu dunia tahu, malah Barack Obama pun tahu betapa UMNO merupakan sebuah parti yang sarat dengan unsur rasuah di kalangan pemimpinnya.
Saya harap John McCain calon Presiden AS yang kalah dapat menemui semua calon yg kalah di dlm UMNO supaya suntik motivasi kepada mereka yang berkenaan agar menerima hakikat kekalahan.
Elok rasanya kita layari laman blog http://locengwangsa.blogspot.com
yang mengupas mengenai 'Fenomena Obama dan Obangau' yang ada kaitan dengan trend pemilihan UMNO sekarang ini.
BERCELARU. Bagaikan ada muslihat. Penuh khianat dan tipu daya. Itulah gambaran yang boleh diberikan kepada gandingan Setiausaha Agung UMNO Malaysia dan juga Setiausaha Kerja UMNO Malaysia dan paling mudah sekali ialah kehadiran gandingan dua Setiausaha ini telah menjadikan UMNO Malaysia kucar kacir, tidak berdisiplin, memijak perlembagaan parti, memperkecilkan peranan Pendaftar Pertubuhan.
Cara mereka berdua bekerja untuk UMNO Malaysia macam budak kampung baru belajar mengesat hingus. Kelam kabut UMNO yang sepatutnya menjadi mudah seandainya mereka merujuk kepada perlembagaan parti ataupun kod etika. Cara mereka bertindak menangani permasalahan parti seperti mereka berdua ini mempunyai agenda peribadi atau mungkin sememangnya ada agenda tersendiri.
Mungkin hakikat mereka dilantik sebagai Setiausaha tidak mereka fahami. Mereka harus sedar mengenai tugas dan amanah yang sepatut di pegang sebagai Setiausaha dalam memastikan tata cara perjalanan Mesyuarat dilaksanakan dengan sempurna.
Kedua mereka macam mahu menunjuk kuasa dan mereka berdua juga seperti tidak tahu siapa yang sebenarnya ada kuasa ataupun SUK mahu merebut kuasa SUA dan sebagai contoh masalah di Seremban, SUA menuding jari mengatakan punca kepada insiden bertumbuk dalam Mesyuarat bahagian kerana ada masalah peribadi antara Mohamad Hassan dan Ishak tetapi di Seputeh, Wilayah Persekutuan, lain pula. Cara mereka menangani masalah pembatalan oleh Pendaftar Pertubuhan dan mengesahkan mesyuarat cawangan yang haram dilihat mempunyai unsur dendam peribadi serta penyalahgunaan kuasa.
Kedua-dua mereka ini sedang giat menyalahgunakan kuasa sebagai antara orang yang bertanggungjawab menguruskan UMNO supaya tidak jadi kalang kelibut. Perlembagaan UMNO tidak diguna pakai, Kod Etika Parti hanya menjadi dokumen semata-mata dan paling malang sekali, ada beberapa kes yang dilihat kuasa SUK lebih mengatasi kuasa serta tanggungjawab SUA.
SUA seakan menjadi mangsa kepada kerakusan SUK dan ada ketikanya dilihat sebarang surat menyurat, SUK lebih berkuasa daripada SUA ataupun daripada Badan Perhubungan UMNO sendiri sedangkan UMNO Malaysia hanyalah menguruskan pentadbiran supaya berjalan licin berpandukan kepada Perlembagaan Parti.
Melihat cara kerja SUK, seolah-olah wujud `double standrad’. Ada bahagian yang sepatutnya dikenakan tindakan dispilin dan telah pun diputuskan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing. SUK dan SUA bertindak pandai mengesahkan pula mesyuarat tersebut.
Jelas berlaku pertindihan kuasa dan tanggungjawab. Kedua mereka ini seakan cuba mengambil alih keseluruhan peranan UMNO dengan meminggirkan ataupun tidak mempedulikan kuasa serta tanggungjawab Badan Perhubungan UMNO Negeri. Kedua mereka ini seolah-olah mahu menjadikan UMNO itu mereka yang punya.
SUK seakan dilihat mempunyai agenda yang tersirat. Seakan menggunakan UMNO untuk kepentingan diri sendiri. Apabila ada tuduhan yang melibatkan tokoh-tokoh tertentu yang mampu memberikan keuntungan politik ataupun perniagaan, bila ada tuduhan salah laku politik wang atau sebagainya, tidak ada tindakan susulan malah ada yang mengatakan segala fail aduan disimpan oleh SUK dan tidak dimajukan untuk tindakan susulan.
Kita percaya selagi UMNO Malaysia menyimpan SUK yang ada hari ini, masalah UMNO akan bertambah rumit dan selagi SUA tunduk bodoh kepada SUK, selagi itulah roh UMNO akan terus tercemar dan kedua mereka inilah yang harus bertanggungjawab seandainya UMNO diharamkan untuk kali ke dua.
Banyak suara di luar yang mempertikaikan kredibiliti serta integriti SUK, lebih sudu dari kuah dan banyak juga yang mempersoalkan apakah sebenarnya agenda SUA hingga tidak berdaya menghalang kerakusan SUK. SUK sepatutnya menerima arahan dari SUA dan bukannya dirasuk kegilaan untuk tandatangan surat semata-mata tanpa kebenaran SUA.
SUK dan SUA sepatutnya tidak berat sebelah. Meskipun tebal kebencian SUA kepada Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan tetapi sebagai orang yang lebih tahu perlembagaan parti dan tanggungjawab Badan Perhubungan UMNO negeri, sentimen kebencian harus diketepikan kerana Badan Perhubungan lebih bertanggungjawab daripada SUA sendiri dan SUK hanyalah badut tua yang tidak berkuasa apa-apa.
Apa yang penting, jangan jual UMNO untuk kepentingan peribadi dan jangan jadi alat kepada pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri. Untuk UMNO, kedua mereka ini tidak diperlukan lagi.

Salam 'Putrajaya'...
Panjang lebar & penuh emosi khutbahnya... Saya pasti 'putrajaya' adalah antara mereka yg kecundang dalam tempoh pemilihan ini. Demi perpaduan parti di peringkat AKAR UMBI terimalah keputusan yg dibuat oleh perwakilan akar umbi. Sekarang bukan lagi masa untuk kita 'berdondang sayang' atau menjadi 'penglipurlara' dgn cerita politik yang pelbagai... Kadang2 cerita yg keluar adalah persepsi sebelah pihak shj...especially kpd mereka yg merasakan diri mereka menjadi 'MANGSA'.
Kadang2 kita sibuk bercerita tentang 'org di atas' (s.ada perhubungan negeri mahupun pusat) sehingga kita sendiri mengabaikan t.jawab & amanah kita kpd 'org di bawah' (perwakilan & ahli cawangan sendiri).
Sekarang masa utk kita berkerja & menabur khidmat krn kita sentiasa dperhatikan oleh akar umbi parti..
Putrajaya...putrajaya... Kat sini org cerita A hang cerita B, C, D etc... SALAH RUANG LAA... Aku rasa kalau hang nak sentuh bab seputeh, silalah jgn segan2...masukla ke gelanggang seputeh...Kecil tapak tgn, nyiru org seputeh tadahkan...
Post a Comment