Ti
mbalan dan Naib Presiden telah mengundang pelbagai persepsi dan andaian politik. Ada yang berkata, Pas Wilayah Persekutuan menolak kepimpinan Datuk Seri Hadi Abdul Awang manakala ada pula pihak yang berkata Pas Wilayah mahu Datuk Nik Aziz "mengepalai" Pas pusat. Tapi ada pula yang berkata Pas WP mahukan "status quo ".Tujuh bahagian yang dikatakan ialah Bukit Bintang, Cheras, Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Seputeh dan Labuan.
Manakala Pas Bukit Bintang mencalonkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tindakan Pas Bukit Bintang bukan sahaja meletupkan suasana malah mengegarkan fenomena dalaman politik Pas kerana Pas Bukit Bintang adalah bahagian pertama yang berani menamakan Nik Aziz sebagai pengganti Hadi Awang. Kenapa kami calonkan Nik Aziz ? sila klik DISINI untuk baca kenyataan lantang dan berani dari Yang Di Pertua Pas Bukit Bintang Radhi Hashim.
Sementara itu, Pas Wilayah Persekutuan pula kononya menafikan Wilayah Persekutuan tolak kepimpinan Hadi Awang sebagai Presiden ekoran kebanyakan kawasan tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan tertinggi parti. Sila klik DISINI , untuk baca komen Setiausaha Pas WP Hedzer Ibrahim.
Macam - macam cerita yang keluar mengenai isu ini. Sejauh mana kebenaranya ? Sila klik DISINI. Manakala, satu - satunya kawasan parlimen yang dikuasai oleh Pas di Kuala Lumpur - Titiwangsa pula mencalonkan Hadi Awang bagi Presiden dan Nasharuddin bagi Timbalan Presiden.
Apapun, Pas Wilayah Persekutuan kini menjadi perhatian !











































