Wednesday, August 13, 2008

LABUAN KEMBALI BERGOLAK ; GARA- GARA SIASATAN KES BPR ; SAYA TAK DI SIASAT BPR KATA SUHAILI ! SAYA NAFI ADA PENIPUAN PROJEK KATA YUSUF !

Labuan ( WILAYAHKINI ) -- Percaturan politik Labuan semakin hangat dan menarik bagaikan pertandingan silat , hari ini Labuan dikejutkan pula dengan satu laporan akhbar mengenai seorang pemimpin Labuan sedang di siasat oleh BPR.Berita tersebut bukan sahaja menjadi perbualan yang hangat di Labuan malah telah mendapat liputan meluas akhbar - akhbar Labuan - muka depan.Semakin hangat dan sensasi. Ahli Parlimen Labuan yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Labuan , Datuk Yusuf Mahal nafi wujud penipuan projek ( SILA BACA DISINI ) .Manakala Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman pula berkata" Saya tidak di siasat oleh BPR" ( SILA BACA DISINI ).Sementara itu kedudukan terkini di politik UMNO Labuan menyaksikan Suhaili telah mendapat 16 pencalonan manakala Yusuf Mahal 2 pencalonan seatkat hari ini. 2 cawangan telah diarahkan "bermesyuarat semula". Sebanyak 21 cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat dan bakinya tinggal 9 cawangan lagi termasuk cawangan Layang - Layang, Kilan,Ganggarak,Sungai Labu, Durian Tanjung,Pantai, Patau - Patau 1 dan Bukit Kalam.Apakah insiden siasatan laporan BPR akan menyebabkan satu "turning point" di Labuan selepas ini. Apapun, pertama kali Labuan menjadi perhatian umum selepas beberapa insiden yang kontroversi gara - gara " face off " antara Suhaili dan Yusuf Mahal dimana Yusuf Mahal yang baru empat lebih terpilih menjadi Ahli Parlimen Labuan.Apa lagi selepas ini ? Sementara itu beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan kenyataan Datuk Yusuf Mahal berhubung laporan ACA tersebut dimana NST juga telah menyiarkan kenyataan Yusuf Mahal di muka hadapan hari ini. Yusuf Mahal menafikan sama sekali kewujudan unsur penipuan. malah beliau berkata "ini semua taktik agenda permainan politik kerana isu ini ditimbulkan semasa pemilihan UMNO dimana saya telah menawarkan bertanding jawatan Ketua Bahagian ", Katanya.

BPR BOLEH MASUK DAN SIASAT KES POLITIK WANG DALAM UMNO KATA PAK LAH !

Kuala Lumpur - Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata BPR boleh menyiasat kes politik wang yang melibatkan pemilihan UMNO.Ibu Pejabat UMNO telah membuat penentuan supaya BPR boleh masuk dan membuat penyiasatan , katanya.Dengan perkembangan terkini tersebut, akan adakah tindakan drastik daripada BPR selepas ini ? Sebelum ini, Wilayahkini juga turut melaporkan berita bertajuk mengenai " fenomena mendapatkan pencalonan" di Wilayah Persekutuan gara- gara politik wang.Kini terpulang kepada ahli -ahli UMNO di Wilayah Persekutuan untuk bertindak.BPR di pihak anda. Bagaimana di Wilayah Persekutuan? Sila Klik Disini -Bernama.com ver 5.0. Sementara itu, Ketua UMNO Cheras Senator Syed Ali pula berkata pembenterasan politik wang harus bermula diperingkat atasan - Sila Klik Disini !

Tuesday, August 12, 2008

CALON PILIHAN SERTA YANG BERKALIBER UNTUK JAWATAN PUTERI EXCO MALAYSIA ; WAKIL WP - SIAPA PILIHAN ANDA DAN KENAPA ?

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Perkembangan Puteri di semua bahagian semakin menarik sehingga ahli -ahli Puteri di Wilayah Persekutuan sudah mula lantang untuk menyuarakan idea serta pendapat mereka demi kebaikan UMNO dan masa depanya.Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel dari rakan Puteri mengenai calon yang paling berkaliber untuk mewakili Wilayah Persekutuan untuk jawatan Exco.Walaupun Wilayahkini ada mendengar beberapa nama telah mula diketengahkan,namun demi berlaku adil kepada semua pihak Wilayahkini telah membuat ketetapan supaya ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan yang layak memilih calon yang berkaliber serta yang paling sesuai untuk jawatan Exco Puteri Malaysia dengan bebas .Pergerakan Puteri UMNO WP tersadai begitu sahaja dibawah kepimpinan Azlinda Rashad.Ini adalah realiti yang sebenar. Kini, puteri - puteri di Wilayah Persekutuan perlu mula megatur langkah yang drastik untuk memulihkan semuala imej Puteri dari peringkat cawangan , bahagian , negeri dan juga nasional.Kita kena mulakan dari sekarang.Sepertimana yang sering diungkapkan oleh Wilayahkini - Pencarian Puteri sudah bermula.Kami juga tahu, ramai calon yang berkaliber ada di WP khususnya di Segambut, Batu, Setiawangsa, Lembah Pantai, Putrajaya, Labuan, Cheras, Seputeh dan Wangsa Maju.Kami juga ada dengar ada calon - calon yang mahu bertanding jawatan Exco secara " solo" ? Kini wakil WP , Datin Ismalina sudah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Nasional.Siapa pula yang layak untuk Exco atau berminat untuk menawarkan diri? Pilihlah calon yang berkaliber.Berikan cadangan dan pendapat anda.Wilayahkini akan "angkat" nama yang diketegahkan diperingkat yang lebih tinggi lagi.Sekali kami ingin ingatkan, berikanlah komen secara berhemah untuk kebaikan kita bersama.Mungkin dari sini bermulah pencarian untuk bakal Ketua Puteri WP dan Naib?
(Gambar : Azlinda dan juga gambar hiasan- Puteri )

SEPUTEH TERUS MENJADI PERHATIAN; HISHAM MASIH DI DEPAN; GANDINGAN RAZLAN & GHAZALI MENERAJUI PEMUDA? AZLIZA "DAPAT SUNTIIKAN SEMANGAT ? "

TERKINI di Seputeh : Ketua Bahagian: Datuk Hisham Majid - 16, Mustapha Kamal -6 ; Ketua Pemuda : Razlan -12, Alawi -9, Mustakim -2 ; Ketua Puteri : Azliza - 11, Mona -5. Ketua Wanita : Senator Datuk Azizah dijangka menang tanpa bertanding. Mustapha Kamal hanya memerlukan satu lagi pencalonan bagi melayakkan diri bertanding sebagai Ketua Bahagian. Wilayahkini juga ingin mengucapkan syabas diatas usaha yang telah diambil Pergerakan Puteri UMNO Seputeh dibawah kepimpinan Azliza(gambar) yang telah mengambil tindakan susulan yang pantas untuk membaiki laman web pergerakan Puteri UMNO Seputeh setelah ditegur oleh Wilayahkini.Kini ianya dalam proses penambahbaikan. Inilah dikatakan semangat Puteri yang bersikap terbuka.Azliza juga dikatakan mendapat sokongan yang kuat sejak seminggu yang lepas? Sementara itu,Ulasan Mantan Pemuda di ruangan Komen juga menarik untuk dihayati cuma pendekatanya mungkin dapat di lembutkan sedikit.Apapun Wilayahkini mengucapkan syabas kepada semua pihak termasuk Mantan Pemuda kerana begitu komited dengan perjuangan UMNO.Teruskan perjuangan ! _________________________________________________________________________________ BERITA SEBELUM INI.............
Seputeh ( WILAYAHKINI ) - Ketua UMNO Bahagian Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid masih di depan dengan mendapat 15 pencalonan berbanding pencabarnya Mustapha Kamal 2 pencalonan setakat hari ini. Di Seputeh juga bahang pencalonan dijangka semakin rancak minggu ini melibatkan semua jawatan kecuali jawatan Ketua Wanita. Bagi jawatan Ketua Pemuda , dalam pertandingan 3 penjuru, AJK Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Razlan masih di depan dengan 11 pencalonan manakala pencabarnya Alawi - 5, dan Mustakim - 2 pencalonan.
Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Ghazali - Bernama telah mendapat 6 pencalonan,Badrul - 6,Mat Nayan - 5,Mohd Anuar - 1. Ghazali yang dilihat sebagai "running mate" Razlan dikatakan mempunyai peluang yang terbaik untuk menang kali ini kerana karismanya dilihat dapat membantu menaikan imej Pemuda bersama Razlan.
Bagi jawatan Ketua Puteri persaingan antara penyandang Azliza dan Mona Liana semakin hangat sehingga kedua - dua calon sudah mula mengerakkan jentera masing - masing.Persaingan antara Mona dan Azliza semakin maenarik setelah ianya di paparkan di Wilayahkini minggu lepas. Bagi jawatan Naib Ketua Puteri pula melibatkan persaingan antara Wati dan Yan? Kita lihat percaturanya minggu ini.
Manakala seorang lagi calon - Saarah Ali Bashah(gambar sebelah) yang sebelum ini di war- warkan akan bertanding jawatan Ketua Bahagian dikatakan telah menarik diri apabila gagal mendapat pencalonan sehingga hari ini, kata seorang pemimpin UMNO kepada Wilayahkini. Namun disebalik penarikan dirinya, Wilayahkini amat tertarik tulisanya bertajuk " Gangster dan Mafia Politik" dalam blognya.
Penerangan Gambar : Razlan bersama ( bercermin mata ) dua lagi pencabarnya Mustakim dan Alawi.Manakal gambar kecil - Ghazali( calon Naib Ketua Pemuda )

Monday, August 11, 2008

KLIMAKS POLITIK DI WANGSA MAJU ; ZAINAL NAZERI BANGKIT SEMULA ! " CONFIRM" ~~ ZAINAL vs SHAFIE DI WANGSA MAJU !

Wangsa Maju ( WILAYAHKINI ) -- Berdasarkan info yang diterima oleh Wilayahkini petang tadi, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Datuk Zainal Nazeri telah berjaya mendapat had kelayakan pencalonan yang secukupnya untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian pada pemilihan bahagian pada bulan Oktober nanti.Pencalonan yang diterima dari Cawangan Taman Melati Kawasan 8 yang bersidang Sabtu lepas telah memberikan satu bentuk suntikan semangat untuk Zainal Nazeri untuk bangkit semula dalam usahanya untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian sekaligus menghidupkan peluangnya.
Perkembangan terbaru tersebut dikatakan telah memberi tamparan hebat kepada Datuk Mohamad Shafie Adbullah dan penyokong- penyokongnya yang begitu yakin bahawa Shafie yang juga merupakan penyandang Naib Ketua Bahagian akan menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian kali ini.Cawangan Taman Melati Kawasan 8 juga telah mencalonkan bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian.Para pemerhati politik menyifatkanya sebagai " klimaks politik" di Wangsa Maju. Wilayahkini juga sedang mendapatkan laporan lanjut mengenai situasi di Wangsa Maju. Akan menyusul !

ISU KAMPUNG BARU :KHALID IBRAHIM DISARAN JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN !

Lebih baik Khalid Ibrahim selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak jaga kawasanya baik - baik.Jarang turun padang ke Bandar Tun Razak.Mana dia pergi ? Kenapa sibuk sangat nak jaga tepi kain orang lain? tanya A.Chandrakumanan yang merupakan Ketua Bahagian PPP Bandar Tun Razak dan Pengerusi PPP WP.Sila klik disini -A. CHANDRAKUMANAN: Leave Kuala Lumpur to The Federal Territory Ministry!

LEMBAH PANTAI : YUSRI TERTIPU ? TERSUNGKUR ATAU BANGKIT SEMULA ?

Lembah Pantai ( WILAYAHKINI ) -- Percaturan politik di Lembah Pantai menyaksikan bekas Ketua Bahagian Datuk Raja Nong Chik masih di depan dan sudah melayakkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian pada bulan Oktober nanti.Kini semua tumpuan tertumpu kearah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad yang dikatakan diselubungi konflik "mendapatkan pencalonan". Seorang lagi calon , muka baru- Zahran dikatakan sedang menghampiri garisan penamat untuk melayakkan diri bersama Raja Nong Chik? Perkembangan di Lembah Pantai juga telah memberikan pelbagai andaian dan spekulasi politik .Berita lanjut mengenai polimik UMNO Lembah Pantai akan menyusul !

TERBARU MENGENAI ISU KAMPUNG BARU : JANGAN POLITIKKAN ISU PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU KATA MENTERI WP !

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini dengan lantang menyuarakan supaya jangan politikkan usaha pembangunan Kampung Baru. Beliau berkata untuk memastikan pembangunan Kampung Baru dapat dilaksanakan dengan efektif dan teratur kerajaan berpendapat ianya tidak boleh dipolitikkan dan pelaksanaan serta agensi pembangunanya harus berada di bawah kerajaan.SILA KILIK DISINI - Bernama.com ver 5.0 . Isu Pembangunan Kampung Baru menjadi perhatian baru-baru ini, apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor bersedia untuk membangunkan Kampung Baru dimana kenytaan tersebut dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad,Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan dan juga Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan - yang dengan lantang bersuara supaya Khalid Ibrahim jangan campur tangan dalam isu Kuala Lumpur dan memintanya menjaga Selangor . Sila rujuk berita - berita mengenai isu ini di Wilayahkini sebelum ini !

Sunday, August 10, 2008

BLOG TITIWANGSAKINI DILANCARKAN ; WADAH TERBUKA UNTUK ANAK TITIWANGSA !

Ahh sudah ada Titiwangsakini ? Malam tadi Wilayahkini menerima info bahawa sudah ada satu blog baru yang dinamakan "Titiwangsakini". Apabila sempat menjengkuk lama blog tersebut kami mendapati ianya merupakan satu usaha yang perlu diberi pujian kerana sudah sampai masanya Titiwangsa perlukan satu blog khas untuk bahaskan isu- isu tertentu dari masa ke semasa. Isu - isu Kampung Baru dan perkembangan politik semasa perlu diberikan perhatian khas.Jadikanlah Titiwangsakini sebagai satu rangkaian berkongsi maklumat bagi menjaga kepentingan orang melayu. Titiwangsakini macam adik kepada Wilayahkini? tanya seorang rakan seperjuangan. Titiwangsa merupakan salah satu Parlimen dibawah Wilayah Persekutuan dan bagi Wilayahkini - kami sentiasa mengalu - alukan usaha seperti ini demi kebaikan bersama. Pengendali laman blog Titiwangsakini juga merupakan salah seorang pembaca yang setia kepada Wilayahkini dan selalu menghantar pandanganya. Kami ucapkan selamat berjaya kepada beliau dan Titiwangsakini ! SILA KLIK disini - TITIWANGSAKINI

Friday, August 8, 2008

" FENOMENA PENCALONAN " SEKAT PEMIMPIN - PEMIMPIN TERTENTU DI WILAYAH PERSEKUTUAN? ADA SESUATU YANG " TAK KENA" ?

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Setelah hampir 17 hari sudah berlalu bagi cawangan - cawangan di seluruh negara mengadakan mesyuarat agung masing - masing. Namun keadaan politik semasa dan terkini di Wilayah Persekutuan menimbulkan seribu satu persoalan , ramalan, spekulasi apabila dua Pemangku Ketua Bahagian masih sukar untuk mendapatkan pencalonan bagi melayakkan mereka bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri dan Pemangku Ketua Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad masih lagi bertarung dengan " fenomena pencalonan" sehingga hari ini- satu dilemma yang jarang berlaku di UMNO dan sukar untuk di percayai. Tetapi, inilah realiti yang sebenar di Wilayah Persekutuan sekarang.
Selain itu, insiden pukul di Wangsa Maju , insiden baling kerusi di Labuan, penangguhan beberapa mesyuarat cawangan, kemelut ROS di Putrajaya telah mewarnai persidangan cawangan di Wilayah Persekutuan setelah gelanggang cawangan di buka.
" Sebagai Pemangku Ketua Bahagian selama ini, sudah tentu mereka melaksanakan tanggungjawab masing - masing dengan baik dalam tempoh masa empat tahun yang lepas.Sampai tak dapat pencalonan ?Ini satu perkara yang luar biasa.Biasanya perkara seperti ini jarang berlaku di UMNO.Apakah yang sudah berlaku? Kalau kalah pemilihan lainlah.Ini hanya proses pencalonan".Ada unsur lain?, kata seorang pemimpin UMNO WP kepada Wilayahkini.
Macam ada sesuatu yang " tak kena?" ataupun ada sekatan? Inilah persoalan - persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa pemimpin di akar umbi.
Perkembangan terkini tersebut di UMNO, telah menyaksikan sudah ada gerakan yang besar - besaran untuk menyekat individu - individu tertentu mendapat pencalonan supaya mereka tidak melayakkan diri bertanding di arena pemilihan bahagian pada bulan Oktober nanti.Namun kemunculan calon - calon baru mendapat pencalonan dengan begitu mudah manakala pemimpin - pemimpin utama Bahagian pula terpaksa bertarung, berhimpit dengan pancaroba pencalonan ini - bagaikan satu gerakan politik terbaru di UMNO.
Malah media massa juga telah melaporkan unsur - unsur " sekatan mendapatkan pencalonan" sejak beberapa hari lepas.Siapakah mereka disebalik ini?
Kenyataan Ahli Majlis Tertingi UMNO Datuk Mustapa Mohamad yang dipetik berkata di media hari ini - Supaya tindakan tegas perlu dikenakan terhadap calon yang mengamalkan politik wang bagi meraih undi supaya pemilihan jawatan dalam parti berlaku secara adil. Beliau mengulas berhubung laporan wujudnya gejala politik wang dalam mesyuarat peringkat cawangan kali ini dan - Kenyataan ini perlu direnungkan bersama .Malah banyak kenyataan seperti ini terpampang di dada akhbar tempatan.Fikirkanlah !
Malah Wilayahkini juga tertarik dengan komen Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Mahadi Abdul Shukor yang dengan lantang menyarankan -BPR disarankan pertingkat pemantauan pemimpin ikan jerung yang terlibat dalam pertandingan jawatan tertinggi UMNO- Sila klik disini
Kegiataan melobi pencalonan di bahagian mengunakan " pendekatan tertentu" -di bahagian2 tertentu di WP dikatakan semakin hangat dan sukar untuk dikawal. Inilah yang Wilayahkini dengar dari masa ke semasa tetapi sejauh mana kebenaranya terletak di tangan UMNO pusat dan agensi - agensi yang terbabit.Ibu pejabat UMNO perlu bertindak segera.Jangan tunggu sampai mesyuarat cawangan selesai." Fenomena pencalonan" ini menghantui beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan.Macam - macam sudah kedengaran.Pelbagai isu dibangkitkan.Insiden pergaduhan juga telah dilaporkan kepada pihak polis.Bahagian - bahagian Batu, Segambut, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Seputeh dan Labuan dikategorikan sebagai kawasan " hot spot". Di Segambut, Walaupun Wilayahkini terbaca beberapa komen yang dikaitkan dengan " geng ATM bergerak" di Segambut ianya terserah kepada UMNO Pusat untuk mengambil tindakan sekiranya ada laporan di buat. Malah, kebangkitan semula Datuk Astaman Abdul Aziz di Wangsa Maju dikatakan amat sukar sekali kerana beliau hanya mendapat "satu" pencalonan sahaja setakat hari ini - itupun untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian.Sebelum ini, Astaman dikatakan dengan mudah sekali lagi akan mendapat pencalonan. Malah kebangkitan Astaman menjadi perhatian di Wilayah Persekutuan. Perkembangan politik UMNO di Wilayah Persekutuan perlu dipantau,Kita baru sahaja terkena Tsunami PRU 12.Kita tidak sanggup WP terkena satu lagi Tsunami politik.Apa sudah jadi? APAKAH PANDANGAN ANDA DALAM ISU INI?

SEGAMBUT TERKINI: SIAPA LEBIH BERKALIBER ? UNDILAH PILIHAN ANDA ! FORUM TERBUKA : MASA DEPAN UMNO SEGAMBUT ; APA PANDANGAN ANDA ? DKA MASIH GAH ?

Kuala Lumpur ( TERKINI ) -- Diatas permintaan ramai, Wilayahkini telah menukar tajuknya kepada " SIAPA LEBIH BERKALIBER?" Pada masa yang sama , perkembangan semasa di Segambut menyaksikan kedudukan Senator Datuk Kamarudin Ambok atau lebih dikenali sebagai DKA dikatakan masih kuat melalui analisis secara rambang yang telah dibuat oleh Wilayahkini, baru -baru ini. Malah, dalam proses pengundian yang sedang dijalankan oleh Wilayahkini, sehingga hari ini Kamarudin Ambok berada di depan dengan mendapat 55% undi manakala pencabarnya Hadi Mad Zam pula mendapat 37% undi.Pada masa yang sama, kempen di Bahagian Segambut ini dijangka lebih " panas" lagi minggu ini. Detik - detik dan bahang pemilihan kini semakin dirasakan.Isu peruntukan PRU 12, Geng ATM bergerak, kelantangan dan keberanian Hadi, kelemahan kepimpinan Bahagian, Datuk Kamarudin - sebagai Senator, kemelut di Pemuda sehingga menyaksikan 3 pemimpin Pemuda mahu mencuba nasib, Puteri dan Wanita mahu sokong siapa? merupakan diantara isu yang yang kini menyelubungi UMNO Segambut sejak persidangan cawangan di mulakan.Ada pihak pula berkata sesuatu " tak kena" di Bahagian Segambut. Calon Ketua Pemuda UMNO - Rizal juga telah menghantar pandanganya kepada Wilayahkini dalam ruangan komen - mengunakan namanya sendiri.Apa selepas ini ?
BERITA SEBELUM INI.....
___________________________________________________________________________
Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) -- Diatas permintaan pelbagai pihak, Wilayahkini telah menyediakan satu platform khas kepada ahli - ahli UMNO di Bahagian Segambut untuk mengundi calon pilihan mereka untuk jawatan Ketua Bahagian. Ruang undi telah disediakan disebelah kanan ruangan blog ini. Wilayahkini telah menampilkan nama dua calon yang diwar- warkan akan bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian iaitu penyandang Ketua Bahagian Senator Datuk Kamarudin Ambok dan Bendahari Bahagian Sdr Hadi Mad Zam. Wilayahkini juga ingin mengambil kesempatan disini untuk merakamkan terimakasih kepada semua komenter yang telah memberikan sambutan yang begitu hangat sekali untuk berita yang terdahulu sehingga mencecah lebih daripada 100 komen sehingga hari ini.Pada masa yang sama kami di Wilayahkini juga ingin membuka FORUM TERBUKA yang BERTAJUK : MASA DEPAN UMNO SEGAMBUT ! Hantarkan komen anda serta pandangan untuk dikongsi bersama selain kita mengundi calon pilihan masing - masing.Kami juga mengalu -alukan pandangan secara berasingan untuk Puteri, Wanita , Pemuda dan Bahagian. Untuk rekod ruangan Forum ini diadakan atas permintaan pelbagai pihak.Marilah kita sama - sama berkongsi pandangan secara berhemah. Wilayahkini juga akan gabungkan semua komen - komen yang telah dihantar ke posting yang sebelum ini. Salam Perjuangan !

TERKINI MENGENAI PUTERI DI WP ........................................ !!!

VISI ISMALINA SEBAGAI KETUA PUTERI NASIONAL "Saya mahu memperkasakan Puteri dan mengikis segala persepsi negatif.Ada yang kata ahli Puteri gedik, suka cari suami orang, pakai lawa - lawa dan macam - macam lagi. Saya mahu seimbangkan keadaan.Misalnya, ada ahli Puteri suka berkaraoke tetapi kita nak pastikan , dia juga pandai membaca Surah Yasin.Kalau saya menang jawatan Ketua, saya akan berkerja dengan sesiapa saja yang menang jawatan Naib Ketua" begitulah reaksi calon Ketua Puteri UMNO Malaysia Datin Ismalina Ismail yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO WP dan Ketua Puteri Wangsa Maju ketika ditanya mengenai " Apa visi nak jadi Ketua Puteri ?"- (BERITA HARIAN-6hb Ogos 2008 )
_____________________________________________________________________________________ PUTERI LEMBAH PANTAI : SIAPA CALON KETUA PUTERI BARU ? Lembah Pantai ( WILAYAHKINI ) -- Pergerakan Puteri Bahagian Lembah Pantai melancarkan laman blog mereka dibawah nama -http://www.pu3lembahpantai.blogspot.com/ pada 29hb Julai yang lepas.Wilayahkini ingin mengucapkan syabas dan salam perjuangan kepada Pergerakan Puteri Lembah Pantai.Sementara itu perkembangan semasa di Puteri Lembah Pantai menyaksikan nama AJK Puteri Lembah Pantai Nor Asyikin Jaafar (gambar) naik untuk jawatan Ketua Puteri Lembah Pantai setelah penyandangya Zalina Tan Sri Abdul Halim dikatakan sudah "expired' tempohnya dalam prasada Puteri. Keadaan di Puteri Lembah Pantai nampak begitu tenang tetapi ada pula cakap-cakap yang mengatakan mulai minggu ini keadaan akan bertambah rancak. Wilayakini juga difahamkan Nor Asyikin yang sudah bertaraf ibu kepada 3 orang anak ini juga sedang megintai peluang untuk bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Percaturan politik Puteri UMNO Lembah Pantai kali ini juga dikatakan akan menampilkan beberapa " muka baru " yang lebih berkaliber ?
____________________________________________________________________________________
WANGSA MAJU : 3 CALON JADI PILIHAN ? PUTERI INDAH DAN JAMIZA JADI PERHATIAN !
Wangsa Maju ( WILAYAHKINI )-- Perebutan merebut jawatan Ketua Puteri Wangsa Maju semakin panas sekali apabila 3 nama diketegahkan utuk jawatan tersebut termasuk Penyandang Naib Ketua Puteri Wangsa Maju -Puteri Indah Mohd Idrus yang dikatakan calon " favourite" menggantikan tempat Ismalina yang terpaksa melepaskan jawatanya kerana bertanding sebagai Ketua Puteri Nasional.
Walaupun di depan dengan senarai pencalonan yang tinggi, namun penampilan Datin Jamiza Zainul (Pu3 Cawangan Sg Mulia ) dan Rafeah Haji Omar ( Pu3 Cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu ) dijangkan akan memanaskan lagi fenomena semasa di Puteri Wangsa Maju. Sekiranya semuanya berjalan lancar, perebutan di Wangsa Maju bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
Wilayahkini juga difahamkan, pengaruh dan sentuhan Datin Ismalina Ismail dijangka akan menjadi penentu bagi persaingan di Wangsa Maju.Namun senario politik terkini di Wangsa Maju yang melibatkan pertandingan di peringkat bahagian juga dikatakan akan menjadi salah satu faktor kuat untuk menentukan siapakah bakal Ketua Puterui Wangsa Maju? , kata satu sumber kepada Wilayahkini.
Wilayahkini juga difahamkan beberapa restoran di Platinium Walk di Danau Kota telah menjadi "markas bagi kempen - kempen" yang begitu kuat dan membara di Pergerakan Puteri Wangsa Maju. Tetapi info tersebut di sanggah oleh seorang ahli Puteri Wangsa Maju.
Walaupun sudah ada cakap - cakap yang kedengaran bahawa Ismalina merestui Datin Jamiza , namun menurut laporan terkini yang diterima oleh Wilayahkini, Puteri Indah memang kuat dan kental dan sukar untuk ditumbangkan seperti namanya " Puteri".
Tetapi ada pula yang berkata, Puteri Indah bertanding diatas "track recordnya" tersendiri.
Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel mengenai kedudukan Ismalina di Puteri Wangsa Maju idi mana ada yang kata Ismalina sudah expired tetapi ada yang kata belum. Apapun Wilayahkini ingin merujuk kepada laporan media di Berita Harian - 6hb Ogos komen Ismalina yang dipetik berkata"Tetapi saya belum expired lagi". Wilayahkini juga difahamkan sekiranya seseorang calon berminat bertanding jawatan Ketua Puteri - mereka terpaksa melepaskan jawatan di peringkat bahagian?

Wednesday, August 6, 2008

"IRONMAN" TITIWANGSA - SULEIMAN MOHAMAD SERANG MB SELANGOR ; JANGAN KELIRUKAN PENDUDUK !

Kuala Lumpur --( WILAYAHKINI )-- Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad hari ini memberikan amaran yang keras kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim supaya jangan kelirukan penduduk Kampung Baru kerana sebarang campur tangan tersebut akan mengeruhkan lagi suasana.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa dan orang lama di Kampung Baru berkata Khalid Ibrahim tiada hak untuk campur tangan kerana tanggungjawab membangunkan perkampungan Kampung Baru terlertak di di bahu Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL .Sila baca komen Suleiman Mohamad - KLIK DISINI -
Utusan Malaysia Online - kota . Suleiman yang juga merupakan bekas Pengerusi UMNO WP turut menyelar sikap Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo .
Sementara itu Yang Di Pertua Persatuan Penjaja - Penjaja Kecil Melayu WP Baharim Razak turut menyelar tindakan Khalid yang tidak profesional dan memberi amaran kepada Khalid supaya menjaga kepentingan orang - orang Selangor kerana Kuala Lumpur tidak perlu seorang Datuk Bandar lagi kerana Kuala Lumpur sudah mempunyai seorang Datuk Bandar dan Menteri
.( Sila rujuk berita Utusan Kota hari ini )

LABUAN : MESYUARAT CAWANGAN BATU MANIKAR TERCEMAR ; KERUSI DI BALING ; POLIS MASUK CAMPUR ! YUSUF MAHAL TERDESAK ?

Labuan ( WILAYAHKINI )--Mesyuarat UMNO Cawangan Batu Manikar Bahagian Labuan tercemar apabila kerusi dibaling selain insiden pertikaman lidah yang begitu hangat sehingga pihak polis dipanggil untuk mententeramkan keadaan.
Menurut berita yang diterima oleh Wilayahkini , gangguan perjalanan mesyuarat tersebut berpunca daripada keenganan Pengerusi Tetap cawangan tersebut -Awang Kanul Said yang tidak mahu melepaskan jawatanya walaupun sudah tamat tempohnya. Awang Kanul dikatakan merupakan orang kuat Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan.
Mesyuarat cawangan tersebut yang dihadiri seramai 118 ahli dijangka mencalonkan penyandang Ketua UMNO Bahagian Datuk Suhaili Abdul Rahman bagi jawatan Ketua UMNO.
" Ini semua permainan politik yang paling kotor yang diamalkan oleh Yusuf Mahal dan orang - orangnya dalam usaha untuk mendapatkan pencalonan.Tidak pernah berlaku insiden seperti ini dalam sejarah politik UMNO Labuan dibawah kepimpinan Datuk Suhaili sebelum ini.Mereka sudah melampui batas ", kata seorang pemimpin UMNO Labuan kepada Wilayahkini.Akhbar The Star juga telah menyiarkan berita tersebut hari ini. Sila klik disini -
Umno meeting gets out of hand.
Untuk rekod Suhaili yang juga bekas Ahli Parlimen Labuan telah mendapat 12 pencalonan setakat hari ini manakala Yusuf Mahal yang telah mendapat satu pencalonan, - memerlukan 6 pencalonan lagi untuk melayakkanya bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Sila rujuk juga laporan Wilayahkini sebelum ini - Labuan : Antara Realiti dan Pengorbanan; Apabila Manusia Cepat Lupa !

NURUL IZZAH: I CANNOT PLEASE EVERYBODY.........

Lembah Pantai -- " Saya tidak boleh puaskan hati semua orang tetapi saya akan cuba melayan semua permintaan yang ada dalam jadual saya" begitulah reaksi daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai rungutan masyarakat di Bangsar yang kecewa denganya kerana tidak " turun padang". SILA KLIK DISINI - Nurul Izzah: I cannot please everybody... Sementara itu Wilayahkini difahamkan beberapa penduduk di Lembah Pantai pula sudah bosan dengan sikapnya tetapi ada pula yang berkata , Nurul masih muda dan baru lagi. Apapun, perkembangan terkini di Parlimen Lembah Pantai menyaksikan beberapa perkara yang menarik antara BN dan PKR selepas PRU ke 12. Ramai sudah mula menilai keberkesanan PKR di Lembah Pantai.Ada pula yang berkata " kita miss Shahrizat di Lembah Pantai " !

PERMATANG PAUH : UNDI 26 OGOS ; PENAMAAN CALON 16 OGOS !

Kuala Lumpur ( WILAYAHKINI ) TERKINI, 12.23PM -- SPR menetapkan tarikh pengundian untuk pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26hb Ogos 2008 manakala penamaan calon pada 16hb Ogos 2008 !

Tuesday, August 5, 2008

POLITIK UMNO BATU : PERTEMBUNGAN ANTARA YUSUF HAMID DAN ABAS SEMAKIN RANCAK ; PUTERI, PEMUDA DI BATU JUGA MASUK GELANGGANG PANAS !

TERKINI 5hb Ogos -- Kerancakan pemilihan jawatan tertinggi di Bahagian Batu kian membara termasuk di Puteri, Pemuda dan Wanita. Bagi jawatan Ketua Puteri, penyandang - Nor Hazreena Hashim di jangka menghadapi laluan sengit dengan Siti Badariah Ismail yang juga merupakan AJK Bahagian. Wilayahkini difahamkan, persaingan diantara mereka berdua ini begitu " panas" sekali. Macam - macam kempen berterbangan di Batu bagi perebutan jawatan Ketua Pu3 Batu ini. "Bertandinglah secara sihat dan atas kapisiti diri sendiri.Dan saya nampak Pu3 sudah lantang sejak adanya Wilayahkini", kata seorang ahli Pu3 dalam emelnya. Apapun seperti di Seputeh, Pu3 Batu juga menjadi " Perhatian" !
( Gambar : Hazreena dan Siti Badariah )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WANITA - Penyandang Ketua Wanita, Maimunah dijangka menang tanpa bertanding, tetapi nama Nora'shekin Yusoff yang juga merupakan AJK Bahagian turut menjadi perhatian utama apabila beliau disebut - sebut akan bertanding exco wanita UMNO Malaysia.Beliau juga dikatakan mempunyai " backing" yang kuat. Gambar ( Nora'shekin ) PEMUDA : Persaingan dijangka antara Azniee , Penyandang Naib Ketua Pemuda dengan Amir .Apapun persaingan di Pemuda juga dijangka akan menyaksikan pertandingan yang sengit seperti, Puteri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERITA SEBELUM INI yang disiarkan pada 29hb Julai 2008........
Batu ( WILAYAHKINI ) -- Persaingan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu semakin sengit diantara Ketua Bahagian sekarang Datuk Yusuf Hamid dengan AJK UMNO Bahagian Batu Datuk Yahya Mat Ghani atau lebih dikenali sebagai "Abas" - Batu.
Wilayahkini difahamkan Datuk Yusuf telah mendapat 10 pencalonan manakala Datuk Abas pula telah berjaya meraih 5 pencalonan setakat ini. ( WILAYAHKINI difahamkan kedudukan terkini yang lengkap ialah Yusuf Hamid 12 dan Abas 4 pencalonan ) Pertembungan diantara Yusuf dan dan Abas telah merancakkan lagi kempen dan juga persidangan mesyuarat cawangan di bahagian Batu sejak dua minggu yang lepas.Pemerhati politik juga berpandangan persaingan diantara Yusuf dan Abas dijangka sengit kerana beberapa sebab yang sudah mula disuarakan secara lantang diperingkat akar umbi sejurus selepas PRU yang ke 12 baru - baru ini.
Apabila kita bercakap mengenai UMNO Bahagian Batu, nama-mana seperti Allahyarham Datuk Azman Attar, Datuk Azrat Gull memang sukar dipisahkan.Tetapi, selepas Azman Attar UMNO Bahagian Batu masih belum lagi dapat mencari satu rentak politik yang begitu kukuh di Wilayah Persekutuan.Nama Batu memang begitu popular di WP pada zaman Azman Attar dulu kerana sikap kelantanganya dalam prasada politik negara serta kukuatanya yang tersendiri.
Gambar : Datuk Yusuf dan Datuk Yahya @ Abas

TERKINI DI PUTRAJAYA : TENGKU ADNAN BAKAL DI CABAR ? TERKINI : KU NAN - 6, FAIRUZ- 4 ! FAIRUZ HANYA PERLU SATU PENCALONAN LAGI....

PUTRAJAYA TERKINI : 5hb Ogos, Ahmad Fairuz mendapat dua pencalonan lagi pada malam Sabtu lepas dan satu lagi Ahad lepas yang menjadikanya jumlah 4 pencalonan sehingga hari ini untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Setiausaha Agung BN dan UMNO Malaysia. Tengku Adnan pula sudah mendapat 6 pencalonan . Ahmad Fairuz hanya memerlukan " Satu" pencalonan sahaja lagi bagi melayakkan dirinya bertanding jawatan Ketua Bahagian Putrajaya kali ini. Persidangan enam mesyuarat cawangan lagi pada minggu akan datang dijangka akan menjadi tumpuan utama bukan sahaja di Putrajaya malah seluruh negara. Dapatkah Fairuz mendapat satu lagi pencalonan? Menurut sumber yang diterima oleh Wilayahkini, Fairuz dijangka akan mendapat satu atau dua pencalonan lagi . Bagaimanapun di kem Tengku Adnan pula, Wilayahkini mendapat berita bahawa, beliau yakin untuk menang tanpa bertanding walaupun Fairuz sedang menghampiri kuota pencalonan, kata satu sumber.
BERITA SEBELUM INI di bawah...........................................................................
Putrajaya ( WILAYAHKINI)-- Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bakal dicabar bagi jawatan Ketua UMNO Putrajaya ? SILA BACA DI SINI -Utusan Malaysia Online - Politik . Wartawan Wilayahkini pula difahamkan , UMNO Putrajaya yang dibelenggu masalah " ROS" baru - baru ini kini menjadi perhatian apabila mula bersidang sejak minggu lepas.Laporan di media dan juga portal internet ternyata telah memberi implikasi kepada UMNO Bahagian Putrajaya.Namun, ROS telah memberikan lampu hijau kepada semua 23 cawangan di Putrajaya untuk mengadakan mesyuarat pada minggu lepas selepas " tertangguh" sejak dua minggu.Kini semua tumpuan tertumpu terhadap Ahmad Fairuz - Pengerusi Eksekutif Biro Latihan UMNO Pusat yang telah mendapat satu pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian, manakala Tengku Adnan yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO sudah mendapat enam pencalonan. Wilayahkini juga difahamkan kedudukan Tengku Adnan "kukuh" walaupun dicabar. Ada yang meramalkan beliau akan menang tanpa bertanding.Bagaimana pula kedudukan penyandang Ketua Pemuda Bahagian Datuk Ahmad Zaki? Walaupun ada cerita - cerita yang mengatakan beliau akan dicabar tetapi ada pihak yang mengatakan sudah ada " Pelan Damai" untuk jawatan Ketua Pemuda?

Monday, August 4, 2008

FORUM PELAN PEMBANGUNAN KG BHARU : TAJUK DI SENSASIKAN ; PENDUDUK KURANG SENANG DENGAN TAJUK ? TERKINI : JANGAN CAMPUR URUSAN KL , AMARAN SARAVANAN !

(TERKINI ) Kuala Lumpur-- Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan dalam reaksi segeranya memberi amaran yang cukup keras kepada Menteri Besar Selangor supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran di Kuala Lumpur dan memintanya menumpukan masalah yang timbul di Selangor. " Di Selangor ada lebih banyak masalah lagi seperti masalah kandang babi dan sebagainya.Jangan nak sibuk jaga urusan Kuala Lumpur.Kita tahu apa yang patut di buat di KL.Sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak lebih baik dia jaga kawasanya baik - baik dulu.Inipun orang sudah marah kerana dia tak turun Bandar Tun Razak dan sanggup korbankan jawatan Ahli Parlimenya kepada Anwar Ibrahim.Inikah cara nak jaga rakyat?", katanya kepada pemberita selepas majlis Forum mengenai Pelan Pembangunan KL 202- untuk pemimpin-pemimpin MIC di WP. Majlis tersebut dirasmikan oleh Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu. Sarawanan yang juga merupakan Pengerusi MIC WP dan Ketua MIC Bahagian Titiwangsa juga memberi amaran kepada Kahalid Ibrahim supaya jangan politikan isu ini untuk kepentingan diri sendiri . - Laporan dari Wartawan Wilayahkini
Sila baca laporan Bernama mengenai komen Datuk M.Saravanan - KLIK DISINI (English) dan Saravanan Minta MB Selangor jangan Campur masalah di KL - KLIK DISINI
Laporan WILAYAHKINI sebelum ini......................................................................
Titiwangsa ( WILAYAHKINI ) -- Ketika ahli -ahli UMNO di Titiwangsa sedang sibuk dan terlalu ghairah dengan persidangan cawangan dan kempen jawatan untuk pemilihan bahagian , Kelab Sultan Sulaiman dijadikan venue oleh Pakatan Rakyat menerusi kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa - Dr. Lo Lo untuk menganjurkan satu forum Deraf Pelan KL 2020 mengenai Pelan Pembangunan Kampung Bharu.
Namun Wilayahkini terkejut apabila tajuk forum tersebut ternyata di politikan oleh pihak pembangkang dengan tajuk : " MASA DEPAN KAMPUNG BHARU: BERSAMA SELANGOR ATAU DBKL". Wilayahkini yang turut menerima beberapa emel hari ini mengecam keras tindakan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang cuba menaikkan sentimen politiking yang terlalu kuat untuk kepentingan diri sendiri dan bukanya untuk masa depan penduduk Kampung Bharu.Mereka juga mempertikaikan niat sebenar Khalid Ibrahim secara tiba - tiba untuk mendampingi penduduk Kampung Bharu. " Kemana perginya si Khalid Ibrahim ini selama ini.Tak pernah tunjuk muka pun di Kampung Bharu.Kenapa tiba - tiba? tanya seorang pengirim emel kepada Wilayahkini.
Pengirim emel itu juga mempersolalkan niat sebenar Ahli Parlimen Titiwangsa Dr.Lo Lo yang bagaikan berlakon kerana sebelum ini semasa majlis Forum di DBKL beliau bercakap lain tetapi semalam cakap lain.Kenapa Dr.Lolo mahu isu ini dipolitikkan sehingga memberi kebenaran memberikan tajuk BERSAMA SELANGOR ATAU DBKL? Penduduk Kampung Bharu rata - rata memang mengalu - alukan sebarang perjumpaan untuk membincangkan masa depan Kampung Bharu dengan terbuka tetapi mereka tidak mahu isu ini disensasikan dengan tajuk - tajuk yang sensitif.
Apakah tindakan UMNO Titiwangsa dan agensi yang lain selepas ini ? Apakah reaksi mereka ? Apakah mereka akan berdiam diri begitu sahaja ? Ini semua berlaku kerana UMNO gagal mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU 12 baru - baru ini. Kita sama - sama tunggu .Apakah pendapat anda?
Pada pertemuan semalam, Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bersedia membangunkan Kampung Bharu kerana Kampung Bharu terletak di bawah Selangor suatu ketika dulu.

POLITIK WANGSA MAJU BAGAIKAN FILEM FESTIVAL DI WP ! FACE OFF ANTARA ZAINAL dan SHAFIE, INSIDEN GADUH, TERSUNGKURNYA SUA BHGN, ASTAMAN BERKORBAN..dll

Wangsa Maju ( WILAYAHKINI ) -- Insiden pergaduhan, pertarungan ( face off ) di antara Pemangku Ketua Bahagian Datuk Zainal Nazeri dan Naib Ketua Bahagian Datuk Mohamad Shafie Abdullah , kemunculan semula bekas Ketua Bahagian Datuk Astaman Abdul Aziz, tersungkurnya Setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju Ghazali Samsuddin mempertahankan jawatan Ketua Cawangan Taman Ibu Kota serta kempen - kempen yang " panas" di markas Restoran Al - Malik dan Old Town White Coffee di Platinium Walk yang menjadi gelanggang kempen dan pusat " one stop centre" politik semasa Wangsa Maju merupakan antara adegan - adegan menarik yang mewarnai politik Wangsa Maju sejak persidangan cawangan di mulakan sejak dua minggu yang lepas.
Sudah hampir pasti dan sudah SAH- perebutan jawatan Ketua Bahagian diantara Zainal dan Shafie.Wilayahkini difahamkan walaupun Shafie dikatakan mendahului senarai pencalonan dengan majoriti yang tinggi tetapi ianya dikatakan tidak akan menjadi faktor penentu untuk pemilihan jawatan Ketua Bahagian pada bulan oktober nanti.Kekalahan Setiausaha Bahagian Wangsa Maju - Ghazali Samsuddin di cawanganya sendiri, memang tidak dinafikan telah memberikan tamparan yang hebat yang ke 2 kepada Zainal Nazeri selepas mesyuarat cawanganya dibatalkan sebelum ekoran tak cukup korum.
Datuk Astaman pula dikatakan hampir pasti akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian dengan gandingan bersama Zainal Nazeri.Pemerhati politik di WP menyifatkan kali ini " Astaman berkorban untuk Zainal Nazeri ? ". Seorang ahli UMNO Wangsa Maju berkata kepada Wilayahkini - " Ini baru peringkat pencalonan dan mesyuarat cawangan.Tengoklah nanti aksi - aksi yang lebih menarik semasa pemilihan bahagian nanti.Ada kejutan besar. Jangan perkecilkan misi dan strategi Datuk A ( Datuk Astaman ). Ada pihak teralu ghairah macam dah menang".
Insiden pergaduhan sewaktu persidangan UMNO Cawangan P.Ramlee minggu lalu juga telah mencetuskan satu lagi kontroversi di UMNO Wangsa Maju. Sementara itu, Zainal Nazeri dalam reaksi yang segera berkata " Saya terkejut dan kecewa.Saya sedang menunggu dan meneliti laporan dari dua wakil pemerhati UMNO Bahagian Wangsa Maju yang dihantar oleh bahagian ketika persidangan berlaku. Bahagian juga telah membawa dan memaklumkan perkara ini kepada UMNO Malaysia dalam menyelesaikan serta memutuskan tindakan seterusnya".
Sementara itu, perkembangan semasa politik Wangsa Maju juga begitu panas dengan kempen - kempen yang begitu dari kedua - dua pihak.Bagi jawatan Ketua Pemuda bakal menyaksikan persaingan empat penjuru diantara-Taufik, Wan Shahrul, Khairudin dan Syed Yazid. Ada lagi kejutan lagi ?

Saturday, August 2, 2008

POLITIK UMNO LABUAN : ANTARA REALITI DAN PENGORBANAN ! Apabila manusia cepat lupa.........

Labuan ( Wilayahkini ) -- Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman terus meneruskan khidmat cemerlangnya sebagai Ketua UMNO sebelum ini dengan mendapat 10 pencalonan setakat ini manakala Datuk Yusuf Mahal - Ahli Parlimen Labuan telah mendapat satu pencalonan setakat hari ini.
Sepertimana diketahui umum, Suhaili mengorbankan kerusi parlimen Labuanya kepada Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan - demi isterinya yang menghadapi masalah kesihatan.Beliau mahu meluangkan masa yang lebih bersama isterinya.Namun, seperti kata pemerhati politik, pengorbanan Suhaili tidak mendapat balasan daripada Yusuf Mahal sendiri kerana beliau telah membuat keputusan untuk menentangnya bagi jawatan Ketua Bahagian.Perkembangan ini memang tidak menyenangkan beberapa pihak di Labuan kerana mereka merasakan gandingan Suhaili sebagai Ketua dan Yusuff sebagai Timbalan memang dilihat sebagai gandingan yang terbaik.
"Kenapa Yusuff Mahal buat begitu? beliau sepatutnya menumpukan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Labuan yang baru dipilih sejak empat bulan lepas.Ini baru jadi MP.Nak lawan Ketua Bahagian pulak.Memang tak kenang budi...inilah dikatakan melayu cepat lupa atupun manusia cepat lupa", kata seorang ahli UMNO Labuan dalam emelnya ke Wilayahkini.
Suhaili yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO WP nampak lebih tenang menghadapi satu lagi situasi politik di Labuan.Apakah impian Yusuff Mahal untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian akan menjadi realiti ? Kita sama - sama tunggu.

POLITIK SEGAMBUT TERKINI SELEPAS DI UPDATE : PERCATURAN POLITIK "2D" MENJADI PERCATURAN ! MINGGU INI ADA KEJUTAN LAGI ??????

Segambut ( WILAYAHKINI ) ,2hb Ogos-- Minggu ini dijangka beberapa cawangan akan mencalonkan pemimpin pilihan mereka bagi jawatan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda.Menjelang dua minggu lagi kepada tarikh akhir kepada semua cawangan menamatkan mesyuarat cawangan masing - masing, kelajuan dan kehangatan di Segambut semakin hangat.Malam tadi Wilayahkini telah menerima info minggu ini akan ada beberapa kejutan ? Kita juga menerima berita, jawatan Ketua Pemuda juga bakal menyaksikan beberapa peristiwa yang menarik ?

TERKINI :SILA BACA KOMEN WILAYAHKINI DALAM RUANGAN "KOMEN" . -- 9.30pm ( 2hb Ogos 2008)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMEL yang diterima HARI INI ( 1hb Ogos 2008) - " masa depan UMNO Segambut kini bergantung kepada semua cawangan dan juga ahli - ahli UMNO di Segambut.Kita tidak mahu insiden 2004 berulang kembali di UMNO Segambut.Dahlah, BN kehilangan kerusi Parlimen Segambut.Isu PRU ke 12 masih lagi menghantui segelintir ahli - ahli UMNO di sini sehingga dibongkarkan dihadapan Perdana Menteri baru - baru ini.Ini yang kita harapkan? Fikirkanlah ! Di mana maruah kita? Kita perlu memperkukuhkan lagi nama baik UMNO Segambut selepas ini.Ayuh, kita pilih pemimpin - pemimpin yang betul- betul berwibawa.Salam Perjuangan untuk semua di Segambut", -- Ahli UMNO Segambut

BERITA SEBELUM INI.........
Segambut ( WILAYAHKINI ) -- Setelah dua minggu berlalu percaturan politik merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Segambut bertambah sengit dan mencabarkan dalam pertarungan yang diklasifikasikan pemerhati politik sebagai FACE OFF 2D ( erti 2D telah dimerahkan) diantara penyandang Senator Datuk KamaruDin Ambok dan Bendahari UMNO Bahagian HaDi Md Zam. sehingga hari ini , Wilayahkini difahamkan suasana pencalonan di Segambut semakin rancak sehingga kedua - dua calon tersebut telah mendapat 5 pencalonan setiap seorang.
Kamarudin Ambok yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP dijangka akan melalui satu arus politik yang kuat pada pemilihan kali ini. Baru - baru ini beliau berjaya mengekalkan jawatan Ketua Cawanganya.
BERITA YANG DIUPDATE : 31 / 07 / 2008 -- JANGAN GHAIRAH BERTANDING, kata Kamarudin
Ahli - ahli UMNO dinasihatkan supaya tidak terlalu ghairah bertanding,sebaliknya menumpukan usaha kepada penyatuan parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP merangkap Ketua UMNO Bahagian Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok.
Beliau berkata " mereka harus menganggap pemilihan peringkat bahagian sebagai persaingan sihat demi membangunkan parti, bukan untuk memecahbelahkan .Setiap ahli mesti mempunyai pendirian dan jati diri hendak membangunkan serta melaksanakan amanah rakyat terutama orang melayu", katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Seri Segambut baru - baru ini.
Sementara itu, Wilayahkini juga telah menerima "feedback tidak rasmi" bahawa Kamarudin dijangka akan dapat mempertahankan jawatanya kerana beberapa faktor yang kuat walaupun pertandingan semakin sengit sepertimana dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini.Namun dalam satu sudut yang lain pula, Wilayahkini difahamkan masa depan politik UMNO Segambut akan ditentukan dengan penentuan undi yang sikit seperti pemilihan yang lepas? Berpihak kepada siapa?
Komen Datuk Kamarudin tersebut juga telah dilaporkan oleh Akhbar Harian Sinar Harian bertarikh 22hb Julai ( keratan akhbar disertakan) yang antara lain turut memetik - " Dalam pertemuan satu lawan satu itu, Kamarudin dapat mempertahankan jawatanya sebagai Ketua Cawangan Seri Segambut"
NOTA : "Wilayahkini telah menerima banyak pandangan berbentuk komen dan juga emel dari pembaca berhubungn politik Segambut.Setinggi terimakasih diatas pandangan anda semua.Wilayahkini sedang dalam proses untuk menyiapkan satu laporan khas mengenai Segambut.Kami harap dapat menerima pandangan - pandangan yang bernas , kedududukan terkini dan segala bentuk info yang dapat dikongsi bersama , selain sumber maklumat yang diterima oleh Wilayahkini.Terimakasih"- Pengarang

PUTERI DI WP SUDAH MULA LANTANG DAN BANGKIT SEMULA ! PENCARIAN BERMULA ..........APA LAGI SELEPAS INI.........

Seputeh ( WILAYAHKINI ) -- Pertandingan merebut jawatan Ketua Puteri Seputeh semakin sengit sehingga Wilayahkini turut menerima beberapa emel selain dari komen yang dihantar.Sepertimana sebelum ini, Wilayahkini akan terus mengamalkan pendekatan neutral. Sebelum ini , sepertimana diketahui umum, Wilayahkini telah menyiarkan banyak berita mengenai perkembangan Puteri di WP yang menjurus kepada sebelum dan selepas PRU 12.Kita juga amat kecewa dengan kepimpinan Puteri UMNO WP dibawah Azlinda Rashad yang telah mengabaikan tangungjawabnya sebagai Ketua Puteri WP selama ini sehingga nasib Puteri di WP menjadi tanda tanya.Fikirkanlah.Melalui Wilayahkini ramai ahli - ahli Puteri sudah mula berani, lantang menyuarakan pandangan mereka.Ini jelas menunjukkan kesungguhan , kesetiaan mereka kepada UMNO khususnya berjuang untuk memartabatkan nama Puteri UMNO.Wilayahkini akan terus memberikan liputan yang tidak berbelah bahagi kepada berita - berita yang melibatkan Puteri UMNO di WP supaya ianya dapat "diangkat" oleh media - media tempatan.Kami juga telah menegur calon Ketua Puteri Nasional Ismalina Ismail beberapa kali. Cuma Wilayahkini tidak nampak sokongan dari WP kepada Ismalina secara terbuka memandangkan beliau adalah dari WP.Wilayahkini juga difahamkan pertandingan merebut kepimpinan Puteri di beberapa bahagian semakin sengit.Emel kepada kami kenyataan akhbar, berita dan sebagainya bersama gambar.Kami akan siarkan.Kami cuma ingin menegur komen-komen yang terlalu personal dapat dielakkan.Sekiranya terlalu peribadi , kami tidak akan siarkan.Dalam isu Seputeh, kami melihat "face off" antara Azliza dan Mona perlu dilihat dalam sudut yang positif.Jangan kita terlalu ghairah.Bertandinglah diatas kemampuan sendiri dan "track record" yang ada. Wilayahkini juga berharap Puteri Seputeh dapat menghidupkan semula laman webnya di www.puteriseputeh.com yang lama telah terbengkalai begitu sahaja. Ini juga merupakan tanggungjawab anda. Tak perlu kaitkan isu - isu sensasi seperti minyak dagu dan sebagainya. Di Segambut , Wilayahkini difahamkan, Fioana dijangka menang tanpa bertanding.Di Setiawangsa pula, Seri Wani dijangka menang tanpa bertanding selepas Roziana bersara. Di Wangsa Maju juga saingan dikatakan sengit selepas Ismalina.Di Bukit Bintang dan Labuan , Leni dan Rahimah dijangka menang tanpa bertanding juga. Cuma kini ramai Puteri juga sudah mengintai peluang untuk bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia. Apakah pandangan anda ? Berikan komen - komen yang dapat dikongsi bersama di Wilayahkini !