Ketika berada di BN, beliau menikmati segala kemudahan , kesejahteraan dan kebahagian tetapi apabila BN mengalami sedikit masalah Tan Kee Kwong telah menunjukkkan siapa dirinya yang sebenar- pemimpin yang pentingkan diri sendiri.Pengamal politik pula berpendapat masanya sudah tiba Gerakan dibubarkan di WP sedangkan semua mengetahui parti Gerakan di WP memang tiada kekuatan tetapi mempunyai dua parlimen- Segambut dan Batu.Mereka juga mendesak Tan yang gila kuasa untuk letak jawatan , tanpa tunggu arahan dan sebagainya kerana masyarakat sudah benci dengan tindak tanduknya.Gerakan memang tidak mempunyai asas yang kuat di Wilayah Persekutuan tetapi mereka lupa , BN tetap memberikan dua buah kerusi di WP, sedangkan MIC yang begitu kukuh di WP tidak mempunyai sebarang kerusi di WP.
3 comments:
Bubar sahaja Gerakan di WP.Buang masa BN kerana mereka tak ikhlas.Penipu....
Tan Kwee Kwonng dah jadi Tan Kelentong....
Saya sokong Gerakan di WP dibubar...
Post a Comment