Tuesday, May 6, 2008

BAHAGIAN - BAHAGIAN PANAS ! PEMUDA WP - APA YANG HEBAT DAN APA YANG TIDAK HEBAT ?

Menjelang pemilihan bahagian pada bulan oktober nanti,beberapa bahagian di WP dikatakan hangat dan panas. Ini termasuk bahagian Segambut, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Cheras, Suputeh, Wangsa Maju dan Setiawangsa.
Disamping tarik menarik untuk jawatan tertinggi bahagian, kempen juga panas diperingkat Pemuda, Puteri dan Wanita. WILAYAHKINI akan memaparkan berita - berita menarik mengenai perkembangan tersebut dari masa ke semasa.Pada masa yang sama, pihak yang ingin menyampaikan berita, input dan info boleh emel kepada kami ataupun hantar komen seperti biasa. Bukan setakat itu sahaja, ada beberapa pemimpin WP juga dikatakan sedang intai peluang untuk bertanding MKT kali ini.
Kami juga menerima banyak komen dan emel mengenai kepimpinan Pemuda di WP yang semakin pupus dan layu.Di harap , pemimpin Pemuda WP tampil untuk memberikan pandangan demi memulihkan imej pemuda WP.

PEMUDA WP - APA YANG HEBAT ? APA YANG TIDAK HEBAT ? hantar komen2 anda !

UPDATE TERKINI - Wilayahkini menyambut baik komen- komen yang diterima, sehingga hari ini dan kami mahu lebih banyak respons diberikan sebelum Wilayahkini membuat rumusan penggulungan demi memulihkan semula imej Pemuda UMNO WP-- Pengarang

21 comments:

Anonymous said...

Apa yang baik ? Mana ada baik? banyka yang tak hebat aja.Mereka kena cari satu kepimpinan yang baru sahaja.Kita tidak mahu pemuda lesu.Kita harap pemimpin seperti Datuk Zaki dapat mengambil alih.

Anonymous said...

Tajuk yang tak guna untuk dibicara kerana tak ada yang hebat pun nak dikata.Tak boleh pakai lagi dah.

Anonymous said...

siapakah calon calon pemuda di bahagian yang hangat?

tolong komen wilayahkini!

Anonymous said...

pemuda wilayah apa yang hebat....mmmmm, aku cuba buat list:-

1) PW hebat kerana punya Ketua Pemuda yang 'supra hebat'; sampai tak tercalon dalam pilihanraya - walaupun nama dicalonkan secara 'maya' di Bukit Katil, Jempol, Putrajaya, Sabah dan W Maju;
2) PW hebat kerana ada Naib Ketua Pemuda yg bisu dan lagak hensem;
3) PW hebat kerana ada PSU Negeri yang hebat ilmu bodeknya;
4) PW hebat kerana Ketua Penerangannya 'hebat' nak bertanding exco;
5) PW hebat kerana tak buat apa2 waktu pilihanraya - sebab tu kalah;
6) PW hebat ada bendahari yang hebat....cari duit;
7) PW hebat kerana suka pg indonesia melancong....ke melencong;
8) PW hebat kerana suka gaduh dengan Perhubungan Negeri
9) PW hebat sampaikan ada logo sendiri - pemuda negeri lain mana ada;harapkan logo dan lagak aje ler. jiwa perjuangan kosong!!!

Hebat PW....Hidup PW

Anonymous said...

Pemimpin spt Datuk Zaki????? Beliau buat program di Bahagian sindri pun pemuda Putrajaya boikot... apatah lagi peringkat WP. Carilah pemimpin yang berjiwa rakyat dan bukan hanya pandai mengarah sahaja....

Anonymous said...

Saya sokong saranan anynomous yang katakan tak ada apa yang hebat untuk dibanggakan termasuk mengenai Ketua Pemuda Putrajaya Dato Zaki.Pemuda WP? Apa sudah jadi? Kita perlu cari jawapan dgn segera kalau tidak hancur masa depan Pemuda WP.Kita malu.Diharap Badan Perhubungan UMNO WP atapun Datuk Hisham dapat bertindak kerana sudah lama Pemuda WP tidak adakan mesyuarat ecxo.Dahlah semasa PRU baru - baru Pemuda WP layu.Lepas PRU pulak tak ada lagi mesyuarat exco.Ini tidak, Ketua Pemuda sibok sangat nak cakap pasal Ketuanan Melayu.Dia kena jaga Pemuda WP dulu cakap pasal isu - isu yang lain.Kami dah tak tahan lagi dengan karenah mereka.Diharap Sdr Roslan dari Seputeh dapt komen mengenai isu ini juga.Salam

Anonymous said...

Bagus.Inilah tajuk yang hebat untuk dibicarakan.Kita harap semua ahli - ahli pemuda jadikan ini sebagai platform yang terbaik untuk luahkan persaan hati mereka.Kita kena bangkit.Allahuakbar.

Anonymous said...

Naib Ketua Pemuda tak ada kuasa.Macam mana dia nak bertindak?Dia pun kena jaga bos, kalau tak kena pancung jugak.

Anonymous said...

Dimana Norza? Kenapa dia hilangkang diri? Takut dengan bayang - bayang sendiri?Inilah perwatakan dia sebenar.Insaflah wahai pemuda ku....

Anonymous said...

Janganlah Pemuda WP pun jadi macam pemuda Syok Sendiri Macam Syed Ali tu..dia tu....cukup sedih.Inikah dikatakan perjuangan parti dan agama? Siapa nak jaga Pemuda WP? Orang melayu kena tadah tangan dgn DAP? dan PKR? Saya juga cukup sedih dgn perhubungan negeri kerana tidak mahu bertindak.Kenapa takut? Ambil tindakan segera.Kami dah fed up.

Anonymous said...

norza mmg x bertanggungjawab....dari dulu kan pemuda w maju cakap...korang tak percaya....

minta sgt dato' seri hisham tukar kepimpinan Negeri segera....

kuasa KP Malaysia tu; dah tak buat kerja...apa lagi....TUKAR LAH!!!

Anonymous said...

PW dah tak bersinar....yg tinggal bersinar hanyalah....rambut syed mehdarr yg makin kurang

Anonymous said...

Pemuda WP merupakan gerbang kepada Pemuda UMNO, ianya adalah kerana semua perubahan akan bermula dari WIlayah - Ibu negra Malaysia.

Itu lah diantara laungan Dato Norza apabila berucap di majlis-majlis.

Adakah kita akan menyalahkan kepimpinan Dato Norza seorang?

Kita gerenarsi muda perlu melihat apa yang patut kita perbetulkan sebelum permilihan yang akan datang.

Saya percaya Pemimpin Bahagian lah yang lebih dekat dengan akar UMBI, Norza ni sebagai penaung mereka yang gagal menaung.

Sudah masanya Pemuda hari ini memilih mereka yang betul-betul nak berkhidmat, bukannya nak mencari projek sahaja.

Naib-naib sekarang yang tak buat kerja pun kene buang, jangan dok salahkan orang, mereka pun mempunyai tanggunjawab untuk bersama-sama buat aktiviti dan lain-lain.

Ni, ada dikalangan naib sekarang pun tidak ada kerja, asyik menempel kat Kementerian mintak projek mintak duit.Macam mana nak membela bangsa.

Wilayahkini mesti ada sumber yang boleh diperolehi daripada Perhubungn untuk mendapatkan senarai calon-calon KP Bahagian, Listkan didalam ini,dan mintak mereka membaca dan komen.

"Mencari Pemimpin yang Berkualiti dan berjiwa Masyarakat serta mempunyai komitment yang tinggi didalam perjuangan Bangsa"

Razlan said...

Saya suka melihat, perkara ini sebagai kekurangan yang perlu perbaiki.

Kerja DNZ selama ini mesti kita hargai, dizaman DNZ juga Pemuda WP mempunyai identiti dan juga logo, bak kata anonumous diatas, laungan pemuda WP merupakan gerbang kepada negara adalah tepat dan ianya merupakan satu cabaran bagi kita untuk meneruskan kepimpinan di WP.

Selepas bulan October, DNZ boleh dianggap telah meningalkan Pemuda WP, dan kita sebagai generasi pelapis mesti meneruskan dan memperbaiki apa yang telah ditinggalkan oleh beliau.

Saya suka melihat kepada perkara yang lebih mikro, dimana membentuk generasi muda didalam kawasan sendiri, tanggunjawab setiap ketua pemuda bahagian kepada peringkat bahagian.

Orang selalu marah sekiranya kita mengusik bahagian lain dan ini akan menimbulkan perkara yang tidak elok.

Didalam Blog saya, "Mencari Pemimpin Bahagian Bermula" merupakan pandangan saya bagaimana kita merealitikan pencarian Ketua Pemuda yang berkualiti dan akan menentukan generasi akan datang.

Perkara ini adalah sebagai asas selain kita di omok-omok kan dengan wang ringgit apabila sampai hari penamaan calon dan mesyuarat bahagian.Adakah Pemuda di akar UMBI betul-betul mempunyai kekuatan dan ketahanan yang kuat untuk merealisasikannya, ini terpulang kepada Ahli Pemuda Bahagian itu sendiri.

Permilihan ketua Pemuda Negeri merupakan kuasa exclusive Ketua Pemuda Malaysia, sudah masanya kita mengkaji perkara ini, mungkin permilihan ketua Pemuda Negeri akan datang dipilih sendiri dikalangan Ketua-Ketua Pemuda Bahagian mengikut undian.

Apapun, mereka yang berjasa perlu kita kenang, dan sudah masanya kita melihat kepada program yang realiti yang menumpukan kepada minat Generasi Muda masakini, bukan lagi program yang besar-besaran tapi isinya kosong.

Anonymous said...

Assalamulaikum,
Apa yang disuarakan oleh Sdr Razlan juga memang ada kebenaranya.Kita PW perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk mencari kepimpinan yang baru.Mungkin Sdr Razlan dapat menjadi penggerak untuk menjayakan visi tersebut menaikkan semula imej PW.Kita perlu lupakan segala kelemahan yang ada, kita bersama perbaiki segala kelemahan tersebut.Komen Razlan memang cukup bernas dan berbaloi.Ayuh PW.Salam

Anonymous said...

Ya , masa sudah tiba untuk kita duduk semeja untuk berbincang.Jadikan pandangan Wilayahkini untuk kita renung kembali dan teruskan perjuangan.

Anonymous said...

Saya setuju tetapi Datuk Norza kena terus terang mengenai kedudukan dia.Ini belum buat mesyuarat exco Pemuda dah lebih tiga bulan.Macam mana kita nak bergerak? Kita perlu dapatkan restu dab hala tuju dari Datuk Norza.Diharap Datuk Norza dapat memberikan kata putusnya dan clear the air demi masa depan PW.

Anonymous said...

Datuk Norza, sila buat kenyataan kepada Wilayahkini.

Anonymous said...

apa la yang nak tunggu dato' norza untuk buat perubahan. kalau norza ada maruah dan harga diri; dia letak jawatan kp negeri.

aku rasa, lebih elok kita gerak sendiri2 di bhg masing2. cuba buat perubahan. tampilkan kepimpinan baru. bukan proksi sesiapa.

Anonymous said...

sedarla,wahai norza ,yang dikendong tak dapat,yg dikejar berciciran,satukan dulu melayu dlm umno amnye di wilayah dan khususnye di wangsa maju,jgn jadi umpama kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan,tak payah lah nk ambik kredit dengan cara berjumpa pemimpin pakatan rakyat,pas2 bincang pasal perpaduan .wasting your time la

Anonymous said...

sokong pemuda harapan. sibuk satukan parti lain atas nama melayu. amanah atas tangan...lempar ke dalam parit.

p/s: setakat makan steam boat ajer la perjuangan norza ni....buang karan.