Friday, May 30, 2008

KETUA PUTERI - WP vs PAHANG ?

WILAYAHKINI menerima info bahawa,Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan Datin Ismalina Yusuf dijangka berentap dengan Shahaniza Samsuddin -Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia bagi menggantikan Datin Noraini. Ketua Puteri WP Azlinda Rashad yang sebelum ini dikatakan berminat untuk menawarkan diri untuk jawatan Ketua Puteri dikatakan menerima respons yang tidak mengalakkan sehingga ahli - ahli puteri Wilayah Persekutuan berkata, Azlinda macam pemimpin bersifat - Kejab Ada Kejab Tak Ada dan mereka mahu Ismalina meneruskan perjuanganyya.Kami juga mendengar ahli - ahli Puteri WP akan mengadakan mesyuarat dalam sama terdekat ini berhubung perkara tersebut.Rata - rata daripada pandangan yang diterima oleh Wilayahkini mendapati diemel , Ismalina dilihat lebih ketrampilan untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia.

24 comments:

Anonymous said...

Saya melihat ini dalam sudut personaliti dan juga kredibiliti.Saya memang melihat perkembangan Ismalina sejak dipilih sebagai Ketua Puteri Wangsa Maju hingga sekarang.Memang ada kelebihan dari segi mutu kerja, persefahaman, PR dan juga lain - lain .Inilah dikatatakan Puteri Pengerak Wawasan.Kita harap WP dapat diberi peluang kali ini.

Anonymous said...

I do agree wth AB comment cause she has proven...

Anonymous said...

Kita perlu pelaung kepada semua orang termasuk semua peringkat.

Anonymous said...

Kami harap semua pihak dapat memberikan sokongan yang padu kepada Ismalina kerana dia memang mempunyai talents yang bagui.

Anonymous said...

Jika dibandingkan dengan orang lain Kak Malina kita memang ada harapan yang baik.Wilayahkini macam lebih berpihak kepada Kak Malina kita aja.

Anonymous said...

Kami harap, kali ini calon dari WP menang dan diberi peluang kerana WP juga tidak ketandusan pemimpin....

Anonymous said...

To Wilayahkini bebs, can have a date? my emel alisa@yahoo.com

Anonymous said...

Datin Ismalina memang calon yang paling layak.Berkhidmat untuk masyarakat n komited.
Harap dipilih!

Anonymous said...

saya setuju sekiranya datin menawarkan diri bertanding Ketua puteri msia krn dia antara calon-calon yang layak..cuma saya meragui gerakan yang dia lakukan..siapa di belakang dalam mencatur gerakanya kerana kita tak mendengar apa-apa kenyataan darinya tapi semua pihak mengatakan dia hendak bertanding..apa buktinya??? sekiranya benar hasratnya itu mungkin tanpa meragui ramai pasti menyokong..

Anonymous said...

Saya sokong cadangan pink lady kerana Ismalina kena berani untuk umumkan pendirianya dan jangan tunggu sampai last minute.Kita mahu kebenaran disini.Harap Wilayahkini dapat bantu untuk mendapatkan kebenaran.

Anonymous said...

Kenalah berani kerana benar.Kenapa takut nak umum.Beranilah macam kak Shaniza..Kita respect dia.

Anonymous said...

Yes, Well said bebs.She must come forward to tell the truth.

Anonymous said...

Alamak, kenapa Kak Malina tak nak bersuara?

Anonymous said...

Dimana semangat Puteri WP? Mungkin Datin Ismalina nak test ground kot?

Anonymous said...

Wilayahkini carilah kebenaran sikit disini.

Anonymous said...

saya rasa ismalina memang layak kerana saya sering melihat dia kat tv dan suratkhabar. sorang yang rajin buat kerja sampai ada orang yang selalu mempergunakan kerajinan dia. cuma dia ni shy shy cat la. saya rasa dia terlalu sibuk dengan program dan aktiviti yang dia nak buat sampai terlupa kawan-kawan yang lain dah jauh ke hadapan berkempen.

Apa-apa pun, saya harap dia akan berjaya kerana saya tidak mahu melihat puteri terbabas dan makin dilihat sebagai hilang sengatnya

Anonymous said...

saya berminat mencelah, walaupun topik ini dah lama gak di siarkan...saya ada juga mendengar berita datin ingin bertanding..tetapi sunyi sepi jer, mungkin juga datin belum rasa sesuai umum untuk tanding ataupun dia belum putuskan untuk bertanding atau tak.. pada saya puteri sekarang dah matang..sekiranya berhajat umumkan jer apa nak di tunggu lagi..hari ni ker, esok ker, bulan depan ker sama gak umum tetap kena umum.. ahli tertunggu - tunggu, lama-lama fedup..macam kami jer yang beriya-iya tp datin??? mmmm...

Anonymous said...

masih ada juga yang memberi komen tentang datin kita seorang ni.wahai datin keluarkan kenyataan kepada kami warga WP adakah datin berminat menawarkan diri bertanding? tq 'gadis jelita' krn menyokong saya.ini benar kami WP akan memberi 100% sokongan sekiranya datin bertanding.pinjam kata 'gadis jelita takkan nak tunggu last minute bari nak umum..tapi terpulanglah tepuk dada tanya selera.pinjam kata-kata teman maya diatas saya ni takkan kami pula nak beriya-iya tapi datin diam seribu bahasa.

Anonymous said...

yo tumpang mencelah, ada ura-ura husband datin ismalina pun nak bertanding jugak kan??... laki bini nak bertanding, camne tu? datin dah ada blessing ke? tapi betul jugak, tak dengar pulak berita datin ismalina nak bertanding. setuju la, datin ismalina kena umum nak bertanding ke tidak. kalau sudi katakan sudi, tidak ku ternanti-nanti...

Anonymous said...

Saya sokong cadangan Pink Lady dan Anon kerana masanya sudah tiba untuk kita umumkan dan juga mantapkan jentera Puteri WP sekiranya kita betul - betul serius ingin bertanding kerana ini bukanya jawatan diperingkat bahagian ataupun cawangan tetapi jawatan peringkat kebangsaan.Saya harap Datin Ismalina kita dapat buat pengumuman dengan segera macam, Kak Shaniza kita ataupun tidak beri peluang kepada orang lain yang berminat.Jangan nak tumpang glamour sahaja.

Anonymous said...

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komen mengenai berita mengenai Datin Ismalina yang saya kenali sebagai seorang pemimpin yang cukup agresif, berketrampilan, berdedikasi dan mempunyai misi perjuangan yang yang kental sepanjang masa.Sekiranya kita bercakap mengenai Pu3 WP nama yang pertama kita ucap ialah Ismalina kerana beliau bukan sahaja telah memberikan satu imej yang positif tetapi selaku seorang Ketua Bahagian Puteri Wangsa Maju beliau dilihat telah memainkan satu peranan yang efesyen dan efektif dari masa ke semasa dan kita perlu ingat beliau hanya Naib Ketua Pu3 WP tetapi jasanya amat meluas.Kenapa kita sebagai ahli - ahli Puteri di WP dengan sebulat suara menyatakan pendirian kita kepada Ismalina kita menunggu kenyataan rasi darinya? Wahai Ketua - Ketua Puteri marilah kita sama - sama menyatakan sokongan dengan mengatur satu perjumpaan secara besar - besaran di KL ?

Anonymous said...

Saya support cadangan Love is Great.Mungkin Wilayahkini dapat memberikan sedikit input terkini.

WILAYAH KINI said...

Wilayahkini mengalu - alukan semua komen dan juga emel yang telah diterima.Kami juga telah menerima banyak emel dan kami juga terpaksa membuang beberapa komen kerana berbentuk lucah kerana kita perlu menghormati wanita dan Puteri dan Wilayahkini memang tidak sama sekali akan memberi runag kepada sebarang komen yang berbentuk personal, lucah, bahasa kacar dan sebagainya.Wilayahkini akan memberikan komenya dalam bentuk rencana dalam tempoh masa terdekat ini.SALAM

Anonymous said...

Kami selaku puteri2 di luar Wilayah Persekutuan juga amat mengalu-alukan jika Datin Ismalina ingin menawarkan diri bagi jawatan KPUM. Ini kerana saya melihat banyak kelebihan dan akan berlaku perubahan positif dalam kepimpinan puteri UMNO sendiri.Beliau dilihat calon terbaik dari pelbagai sudut selain kekuatan dalaman yg beliau miliki.Beliau juga tidak memegang jawatan wakil rakyat yg mana dapat menumpukan sepenuh perhatian dlaam usaha pemgembalikan kepercayaan orang muda kepada UMNO.

Good Luck utk Datin..kami menunggu saat pengumumannya..