Wednesday, May 28, 2008

SIAPA LAGI SELEPAS EZAM MASUK UMNO ? ANWAR IBRAHIM ?

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat dan juga bekas Setiausaha Politik Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim- Ezam Mohd Nor hari ini dengan rasminya mengumumkan menyertai UMNO kembali dan penyertaan Ezam telah mengandaikan pelbagai spekulasi dalam kancah politik negara yang kini berada dalam keadaan memuncak ketika ini.Penyertaan Ezam juga merupakan satu kejutan politik dimana pemerhati politik juga sudah mula meramalkan pelbagai spekulasi termasuk, siapa lagi akan menyertai UMNO selepas ini ? Anwar Ibrahim ?

3 comments:

Razlan said...

Kemasukkan beliau kepada parti dialu-alukan, tetapi, sekiranya beliau masuk dengan niat untuk menjadi pemimpin didalam masa terdekat ini, tak payahlah..

Senario politik hari ini, tidak siapa boleh jangka, semua berkemungkinan boleh berlaku, apa yang dipikirkan oleh pihak atasan, kita pun kurang pasti..

Tapi yang pastinya, Sekiranya diperingkat bawahan, mereka yang ingin menjadi pemimpin selalu tidak ada tempat sekiranya telah mengkhianati parti..

pikirkan laa labuu .... apa nak jadi pulakkkk

Anonymous said...

Saya melihat kemasukan Ezam sebenarnya ada kemenangan untuk pelbagai pihak.

1. Ezam (UMNO) vs Anwar (PR)

2. Ezam (KJ/PL) vs Najib/Mukhriz

3. Ezam/Anwar vs UMNO

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, keterbatasan kita tidak mampu membaca isi hati mereka.

Allah Maha mengetahui hakikatnya.

Tunggu dan saksikan kesudahan episod ini, kemasukan ezam menentukan siapa PM akan datang. Belum tentu Anwar, tetapi boleh jadi Najib mahupun KJ.

Tetapi jgn terkejut kalau Nallakaruppan dapat jawatan terlebih dahulu.

Sekian,

Anonymous said...

Salam. kita ini sering mempunyai prasangka yang buruk. apa berlaku sesuatu, kita suka memikirkan yang negatif. apakah itu caranya untuk melihat bangsa kita terus gah? Ezam masuk UMNO semula dilihat sebagai negatif. Bila generasi muda atau yang intelek sikit nak masuk UMNO, maka ketua cawangan, ketua bahagian akan mula tak dapat duduk diam. Sampai bilakah kita boleh ambil masa untuk memerhati dan bercakap bila perlu? Memang banyak perbezaan antara kita yang jadi ahli dari dahulu lagi dengan Ezam yang masuk , keluar dan masuk UMNO kembali. Kalau nak fikirkan kelemahan, kekurangn, sampai bila pun kita tak akan habis mengorek. Namun, marilah kita lupakan perbezaan itu, sebaliknya tumpukan kepada persamaan antara kita. Allahu Akbar!