Friday, May 16, 2008

KABINET SETUJU PEJABAT PEGUAM NEGARA SIASAT WATAK UTAMA KES VK.LINGAM TERMASUK TENGKU ADNAN. AHHHH,, Apakah nasib Tengku Adnan selepas ini ?

Sepertimana yang telah dilaporkan oleh Wilayahkini sebelum ini,apakah nasib Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas ini ? selepas kabinet bersetuju kepada cadangan Suruhanjaya Di Raja membenarkan Pejabat Peguam Negara menyiasat beberapa watak utama dalam kes rakaman Video VK.Lingam hari ini termasuk Tengku Adnan Tengku Manor, Tan Sri Vincent Tan, Eusoff Chin, Ahmad Fairuz dan Tun Dr.Mahathir.
SILA BACA LAPORAN - Malaysiakini

Hari ini akhbar NST dan Berita Harian memaparkan laporan melibatkan Tengku Adnan di muka depan yang telah mengundang pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Tengku Adnan selepas ini ?
Kabinet juga telah bersetuju untuk mendedahkan laporan tersebut kepada rakyat untuk membacanya. Sepertimana laporan WILAYAH KINI SEBELUM INI, apakah tindakan Perdana Menteri terhadap Tengku Adnan mengenai kedudukanya sebagai Setiausaha Agung UMNO dan BN dan juga Ahli Parlimen Putrajaya? Akan ada satu lagi kejutan selepas ini ? Sementara itu ramai pihak berpendapat wajar Tengku Adnan letak jawatan sehingga siasatan selesai - APAKAH PENDAPAT ANDA ? BERSETUJU ? TIDAK BERSETUJU ?

5 comments:

Long Man said...

setuju adnan letak jawatan... kecuali dia tak malu macam pak lah...

Anonymous said...

Tengku Adnan mesti letak jawatan kerana perlu jaga kredibiliti BN.

Anonymous said...

semuanya telah dijelaskan dlm laporan Di Raja. Perlu bukti apa lagi? Dahlah lantik dia sebagai Setiausaha agung UMNO dan BN tapi jadi MP PUTRAJAYA lagi. Cukup memalukan !

Anonymous said...

apa pula pendirian UMNO PUTRAJAYA?

Anonymous said...

Pak Lah kena berani dan tegas dlm hal ini. Jgn sampai BN kena belasah lagi.