Thursday, May 8, 2008

UMNO WANGSA MAJU - 3 PILIHAN CALON JADI PERTARUHAN ? ASTAMAN, ZAINAL, SHAFIE DAN SHAHBUDIN JADI PERHATIAN !

Fenomena politik di Wangsa Maju semakin panas dan menarik menjelang mesyuarat agung cawangan - cawangan yang akan bermula pada bulan depan dimana sudah ada desakan diperingkat cawangan - cawangan supaya menamakan pencalonan beberapa pemimpin tertinggi bahagian sebagai calon utama bagi menerajui UMNO Bahagian Wangsa Maju pada pemilihan bahagian pada bulan oktober nanti.
Berikut adalah senarai nama - nama yang menjadi perbualan hangat di Wangsa Maju mengikut tiga pilihan utama: PILIHAN 1 - Ketua: Datuk Astaman , Tim: Datuk Zainal Nazeri, Naib: Shahbudin Husin. PILIHAN 2- Ketua: Datuk Zainal Nazeri, Tim : Datuk Astaman, Naib : Datuk Shafie.PILIHAN 3- Ketua: Datuk Shafie, Tim : Datuk Zainal Nazeri, Naib: Shahbudin Husin.
Shahbudin Husin yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Wangsa Maju dilihat sebagai satu calon yang popular diperingkat bahagian ketika ini.Rata - rata , ahli - ahli Wangsa Maju mahu melihat UMNO Wangsa Maju kembali dilihat sebagai satu bahagian yang lebih mantap selepas ini kerana Wangsa Maju selalu dilihat bahagian yang penuh konterversi.
Turut menarik perhatian ialah apakah percaturan politik Datuk Astaman kali ini di Wangsa Maju selepas bebas dari penggantunganya? Ada pula meramalkan gandingan Astaman - Zainal akan mengegarkan bahagian manakala di satu sudut yang lain akar umbi mahu Datuk Shafie, yang juga merupakan Set Pol TPM untuk mengambil- alih kepimpinan bahagian kali ini.



5 comments:

Anonymous said...

Ah, saya sokong pilihan Pertama.

Anonymous said...

Berikan peluang kepada semua.Kita kena ada open fight.

Anonymous said...

pilihan pertama adalah yang baik....bukan nak kata; politik ala 'warlords' yang diamalkan shapie dah x relevan dengan umno.

hanya melihat penyokong sendiri. tidak mesra alam. astaman, zainal & shabudin husin gandingan makrifat.

Anonymous said...

Saya pilih pilihan pertama kerana mereka mampu melakukan yang terbaikn untuk Wangsa Maju kerana Astaman memang ada gaya kepimpinan yang terbaik.

Anonymous said...

Saya juga setuju dgn cadangan Melati Men kerana memang ada kewajaranya.Fikirlah orang2 Wangsa Maju kalau nak kebaikan.