Monday, May 26, 2008

PASUKAN BOLA KUALA LUMPUR - PEMAIN TIDAK PUAS HATI DENGAN SIKAP PENGURUS PASUKAN !

Ekoran daripada berita Wilayahkini mengenai prestasi buruk pasukan bolasepak Kuala Lumpur di kancah Liga Malaysia tahun ini dan juga ada kedengaran laporan ACA akan dibuat terhadap pengurusan KLFA minggu lepas, akhbar NST semalam di ruangan sukan melaporkan - PLAYERS UNHAPPY WITH KLFA MANAGEMENT
Dalam laporan tersebut beberapa pemain juga mengkritik kepimpinan Pengurus Pasukan Kuala Lumpur Datuk Izuddin Ishak yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.Pada masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin juga berkata, FAM akan bertindak melalui ACA sekiranya ada laporan rasmi.Kita tunggu episod yang seterusnya selepas ini di mana Wilayahkini akan update dari masa ke semasa.Wilayahkini juga mengalu - alukan sebarang laporan daripada pemain melalui emel kepada kami.

5 comments:

Anonymous said...

Kita berharap ACA dapat turun padang dan menyiasat semua orang termasuk Pengurus Pasukan KL kerana kita tidak mahu mereda berdiam diri begutu sahaja.Warga KL hampa dan sedih kerana prestasi buruk . Dimana justifikasinya?

Anonymous said...

Satu perkembangan yang menarik.Tahnniah kepada Wilayahkini yang telah berikan liputan ekslusif.Kita mahu keadilan.Kalau tidak kita mahu ACA siasat segera walaupun tiada laporan rasmi kerana sudah ada laporan akhbar.

Anonymous said...

PLS TAKE IMMEDIATE ACTION.WE WANT THE ANSWER.

Anonymous said...

Inilah jadinya sekiranya tugas Pengurus Pasukan diberikan kpd pemimpin politik.Hancur .Kerana mereka tak ada ambil inisiatif.Mereka jalan macam parti politik.

Anonymous said...

Kenapa Datuk Izudin berdiam diri? Beliau kena jawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh para pemain keatasnya dengan segera kerana ianya merupakan satu tuduhan yang serius.