Tuesday, May 13, 2008

PM MAHU PEMUDA UMNO MAIN PERANAN PENTING ! BAGAIMANA PULA DI WP? PW HANYUT BEGITU SAHAJA ?

Ketika berucap di majlis sambutan Ulangtahun yang ke 62 di PWTC baru - baru ini, Presiden Parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan lantang telah mengingatkan Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu memainkan peranan yang penting untuk memantau golongan muda supaya mereka tidak hilang keyakinan terhadap UMNO.Implikasinya telah jelas dapat dilihat pada pilihanraya umum baru - baru ini.
Bagaimana pula di Wilayah Persekutuan ?Wilayahkini telah memaparkan banyak berita sebelum ini mengenai Pergerakan Pemuda UMNO WP yang kini sudah kehilangan arah selepas PRU baru - baru ini dan juga peranan PW dikritik semasa PRU kerana gagal memainkan peranan yang penting .Kita perlu ingat, ramai pemuda di Kuala Lumpur sudah hampa dengan perwatakan PW yang senyap tanpa sebarang tindakan untuk memperjuangkan nasib pemuda bandar. Apa sudah jadi ? 3 bulan tidak ada sebarang mesyuarat? PW jadi macam pelarian ? inikah nasib kami kata seorang Pemimpin Pemuda Bahagian dalam emelnya kepada Wilayah Kini .
Wilayahkini juga telah menyiarkan banyak pandangan mengenai Pemuda WP , yang diharap dapat memulihkan semula imej PW.Sesuatu perlu dilakukan segera- diharap PW di peringkat bahagian dapat bertindak.Wilayahkini berharap berita ini dapat memberikan satu peringatan terakhir kepada PW untuk kembali ke perjuangan asal parti !

13 comments:

Anonymous said...

ada 2 sebab kenapa PW tidak jawab.

1. Dorang tak mau jawab sebab tak ada jawapan.

2. Sebab dorang tak tahu kewujudan blog ini, atau tak tahu pun apa blog.

... nasib UMNO ... mempunyai barisan pemimpin pelapis yang cakap pandai,kerja tak tahu.

Anonymous said...

semua org tahu mengenai wilayahkini tapi cuma pw tak nak ambil tahu. Lingkuplah pw cam ni.

Anonymous said...

semua org tahu mengenai wilayahkini tapi cuma pw tak nak ambil tahu. Lingkuplah pw cam ni.

Anonymous said...

Masa sudah tiba utk PW utk insafkan diri mereka. Jgnlah pemimpin PW nak sibok jadi hero dlm isu ketuanan melayu. Cukuplah, kami nak PW bertindak cepat kalau tidak hancurlah PW.

Anonymous said...

pW MEMANG DAH HANYUT.SEMUA TAK BERANI. Semua pandai cakap aja.

Anonymous said...

Datuk Norza dan Zuhri kena berani utk selamatkan maruah melayu di KL. Jangan hancurkan parti kerana kepentingan diri sendiri. Kami mahukan satu era baru di WP. Kami dah letih dgn karenah Norza. Mari kita bertindak.

Anonymous said...

Marilah kita sama 2 renungkan rencana Razlan.

Anonymous said...

PW TAK ADA HARAPAN LAGI.BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG.NORZA HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI.BILA DIA CAKAP PASAL KETUANANAN MELAYU, MELUAT SAYA NAK DENGAR.DIA TAK LAYAK NAK CAKAP PASAI KETUANAN MELAYU. DIA JUAL MARUAH PW.

Anonymous said...

Pemuda UMNO M'sia kena ambil serius mengenai kelesuan dan ketiduran PW sejak dari awal pilihanraya lagi. Ini bukannya isu kecil...untung nasib anak Melayu bandar terletak di atas bahu kita. Kalau pemimpin PW sendiri tak bertindak....mesti ada arahan untuk berbuat demikian.

Apa options yang ada:-

- kalangan KP Bahagian WP buat mesyuarat tergempar dan usulkan agenda perubahan. bukan sebab tak suka; tapi nyata lemah dan lesu;
- perhubungan Negeri buat keputusan utk hantar laporan kpd Pemuda M'sia dan MT. ini soal masa depan pemuda. tak nak bertanggungjawab...jgn jadi pemimpin. DS Zul...sila ambil maklum.
- taktik norza skrg ni...nak diam diri. konon x der org berani ambil tindakan sebab dia geng kuat KJ.
- yg norza buat skrg ni...'jelaskan kenapa dia letak jawatan SUPOL MK2....orang bangang ajer yg percaya...letak JAWATAN atau tak MASUK LIST langsung. cabar norza keluarkan surat letak jawatan supol dalam agenda daily atau wilayahkini...surat pd siapa? Pak Lah?

kita rayu, KP Bahagian bertindak dgn lebih berani. jangan terlalu ikut cakap...kalau itu hancurkan parti.

PW bukan milik Norza...ianya hak kita; tanggungjawab kita. kalau tak mampu jaga...resign...lebih afdal.

Anonymous said...

"Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."

Bidalan ini amat sesuai untuk menterjemahkan ragam PW hari ini. Bidalan ini juga sesuai untuk menyedarkan kepimpinan PW.

Tok Nenek kita yang payah membelah ruyung, hari ini orang bertandang yang beroleh untung.

Ibarat lagu anak kecil main api, bumi dipijak milik orang.

Kepimpinan PW bernafsu besar membina institusi yang kukuh, tetapi lakunan itu jelak dan ahli di bawah berpaling.

Kembalilah pada keikhlasan. Berapa ramai lagi ahli yang mendekati umno kerana keikhlasan? Ramai hanyut kerana ketamakan dan lambakan kekayaan. Yang nyata, hanya milik segelintir sahaja.

Semungkinnya lain dihanyutkan dengan ungkapan retorik lagi kosong. Musim ini musim pemilihan, lihatlah akan bangun jago'an2 pemuda umno yang akan berkelana ke seluruh ceruk kampung untuk menjaja agenda perubahan.

Wallahualam, hanya tuhan Esa yang tahu.

Sementara kalian yang sadar ini, buatlah sesuatu. Tatkala kalian berpeluang melakukan perubahan, laksanakan sebaiknya. Tinggalkan sifat-sifat keji dan hina itu, dan sandarkan kepada keinginan untuk laksanakan pengukuhan semula setelah kita teruk dibadai amuk protes rakyat usai pemilu ke 12.

Sekadar pandangan kecil, tuan-tuan lebih tahu.

Wasallam

Anonymous said...

Saya sokong cadangan Pumeda Reformasi.Masanya sudah tiba untuk kita bergerak.Jangan kita tunggu.Bahagian kami juga sudah lama menunggu kerana kepimpinan sekarang memang layu habis.Kita kena buktikan.PM sudah bersuara.Datuk Norza telah lakukan yang terbaik tetapi amat mengecewakan apabila beliau letakkan PW dalam satu keadaan yang cukup teruk dan memang macam pelarian sepertimana yang disebut oleh Wilayah Kini.

Razlan said...

Tertarik dengan coretan saudara Pemuda Pemangkin.

Kebenaran yang saudara tulis sudah semestinya diakui kebenaranya.

Baru-baru ini kita telah menyambut hari UMNO ke 62, berapa ramaikah ahli yang menyertai Perhimpunan ini. Dewan merdeka tidak penuh, banyak kerusi yang kosong, dan ianya dibuat di WP.

Pemimpin-pemminpin Negeri lain juga tidak memberikan sokongan kepada majlis Hari Jadi UMNO ini.

Inilah yang terjadi dengan UMNO sekarang. Kebanyakkan pemimpin terlalu memikirkan tentang Agenda Politik. Sudah lupa dimana yang perlu didahulukan dan dimana tidak.

Program seperti ini sepatutnya tidak dipolitikan. Pemimpin komponen datang pada hari itu, mereka melihat "kehadiran" adalah kekuatan UMNO,bukan kekuatan Pak Lah atau Najib, manakala Orang UMNO pula melihat sekiranya kehadiran ramai, ianya menunjukkan kekuatan Kepimpinan Individu.

Sekiranya budaya ini kita bawa, UMNO akan terus lenyap. Lenyap bukan dengan kekuatan lawan, tetapi lenyap dengan perwatakan pemimpin yang sudah tidak tahu apakah erti sebenar seorang Pemimpin.

Ini kita perlu tukar, agenda seperti ini mesti kita buang sekiranya kita ingin menunjukkan UMNO itu kuat. Kuat untuk memimpin Malaysia, sebagai sebuah parti yang boleh menaung semua Bangsa.

Semua pihak ada hasrat untuk memulihkan UMNO, dan sebagai Pemimpin, kita mesti menyokong apa sahaja aktiviti yang dijalankan, kerana menyokong aktiviti adalah suatu perjuangan BANGSA, boleh dikatakan sesiapa yang memboikot aktiviti dengan niat merupakan pengkhianat bangsa.

Bercakap tentang aktiviti ini, Kami dibahagian Seputeh akan menyambut hari UMNO 62 pada 17 Mei bermula dengan sembahyang maghrib dan tahlil, selepas itu ceramah dan makan malam.

Sekian .. bersama-sama lah kita - TERUS KUATKAN SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN KITA, SEKIRANYA PEMIMPIN DIATAS HILANG ARAH, BAGAIMANA PULA PEMIMPIN BAWAHAN HENDAK BERJUANG ...

Anonymous said...

ya saya setuju dgn komen saudara razlan mengenai kerja tetap kerja kerana umno bukan pak lah....andaikata nak pulau pun bukan begini caranya...dgn memulau semangat umno....ya kita tidak boleh politikkan isu sambutan untuk umno..

kadang kala terfikir pulak saya kita jadi lemah bukan kerana pak lah lemah....tapi kita jadi lemah dan tidak bersemangat kerana BN kalah teruk...andaikata pemimpin utama teruk bagaimana pun tapi BN menang tak akan timbul isu kekosong kerusi tersebut. maka RENUNGKAN LAH apa makna nya tu ...sesiapa yg tak hadir maksudnya bukan bermakna pak lah lemah .....tapi kerana mereka rasa tak der feadah pergi kalau soru miss....dah BN kalah jadi susah lah sikit untuk soru2 ini. sebab itu lah mereka pulau....oleh tu bab kejujuran dan keikhlasan lah yg menjadi titik utamanya. Tapi malangnya pihak atasan tidak nampak perlu ada gerak gempur untuk menanamkan semangat keikhlasan bertugas dalam UMNO...