Friday, May 30, 2008

UMNO BUKIT BINTANG - EPISOD AZIM vs RAOF BERULANG ?

Sudah hampir pasti bekas Ketua Pemuda Bukit Bintang Datuk Raof Yusuf yang gagal dalam pertarungan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang dengan Datuk Abdul Azim Zabidi pada pemilihan yang lepas akan sekali lagi berentap dengan Bendahari Agung UMNO tersebut kali ini. Pada pemilihan bahagian yang lepas Azim menerima 14 pencalonan manakala Raof pula 13 pencalonan. Semasa pemilihan Azim yang kini merupakan Bendahari UMNO WP berjaya mendapat 138 undi manakala Raof mendapat 78 undi.Pemerhati polotik juga berpendapat pertandingan kali ini juga dijangka sengit dan difahamkan Raof telah mengatur beberapa strategi yang tajam untuk menawan Bukit Bintang.

3 comments:

Anonymous said...

Hebat..satu pertandingan yang dinatikan di wp

Anonymous said...

Jangan ghairah sangat Datuk Roaf....

Anonymous said...

Di mana kekuatan yang sebenar di WP?