Wednesday, May 14, 2008

HARAP MAAF....,,, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan....! APA HAL PULAK DENGAN PU3 UMNO WP ?

AH, Pelik tapi benar- HARAP MAAF, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan.Beginilah respons yang diterima apabila Wilayahkini menelefon pejabat Puteri UMNO Wilayah Persekutuan untuk bertanya beberapa perkara.Tetapi yang pelik pula, nombor telefon dan alamat tersebut masih tertera di laman web Puteri UMNO Malaysia.Apa nak jadi? Jangan pula Puteri WP juga nak jadi macam Pemuda UMNO WP? Ramai puteri - puteri baru sudah mula mengeluh mengenai situasi tersebut.
Apakah perkembangan terkini di Puteri WP? Azlinda Rashad gagal jadi Ketua Puteri yang terbaik? Datin Ismalina Ismail dikatakan calon prospek? Bahagian - bahagian panas di WP ? Ramai Puteri bermimpi untuk jadi Exco Puteri Malaysia dan Naib Ketua Puteri WP? Siapa dapat ?

5 comments:

Anonymous said...

Apa hal pulak dengan Puteri WP? Harap pemimpin atasan Puteri WP dapat ambil tindakan segera sebelum terlambat.

Anonymous said...

Saya sokong Ismalina bertanding Ketua Pu3 Malaysia.Dia ada glam.

Anonymous said...

Sayang seribu sayang.Azlinda memang tak efesyen tapi orangnya cantik dan anggun.

Anonymous said...

Apa hal pulak dengan puteri ni.Betulker ? Masyallah..sampai gitu? Takkan tak ada pejabat kot? Minta Puteri WP betulkan laporan ini.

Anonymous said...

Masanya sudah tiba untuk Pu3 UMNO WP untuk berubah.Jangan kita nak salahkan antara satu sama lai dan asyik menuding jari.Kita perlu rapatkan sayap kita.Kita perlu sokong Haslinda untuk meneruskan perjuangan kita demi WP.