Sunday, May 11, 2008

LOMPAT SI KATAK LOMPAT ? SIAPA NAK LOMPAT ? DARI MANA NAK KE MANA ?

Ketika UMNO nampak meriah tapi tak berapa meriah sepertimana dijangkakan sambutan ulangtahunya yang ke 62 di PWTC hari ini, WILAYAHKINI menerima satu emel yang mengatakan minggu depan ada KEJUTAN dimana beberapa ahli parlimen dari BN khususnya dari UMNO akan lompat dari parti dan menyertai Pakatan Rakyat.Memang agak sukar untuk mengesahkan kebenaran berita tersebut tetapi agar sukar juga untuk menafikanya - berikutan komen - komen daripada Anwar Ibrahim baru - baru ini yang begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan.
Pada masa yang sama , sumber megesahkan kawalan ketat juga telah dikenakan terhadap semua ahli - ahli parlimen BN khususnya dari Sabah.Apakah ini satu lagi perang psikologi dari Anwar Ibrahim untuk memberi tekanan kepada BN dan Pak Lah? Pada satu sudut yang lain pula sumber berkata, Anwar Ibrahim pula yang kini dalam tertekan dengan polemik yang berlaku di Pakatan Rakyat khususnya melibatkan tingkah laku parti DAP. Anwar dikatakan risau Perak akan jatuh ke tangan BN semula. Kita tunggu dan lihat !

No comments: