Sunday, May 4, 2008

APA SUDAH JADI PASUKAN BOLA SEPAK KL ? ADA SESUATU YANG TAK KENA .............MEMANG TAK KENA...........

Apa sudah jadi dengan pasukan bolasepak Kuala Lumpur ? Sungguh memalukan.Pasukan Kuala Lumpur, yang merupakan salah satu pasukan yang tersohor dalam kancah bolasepak negara kini berada di tempat ke12 (Kedua terakhir) daripada 13 pasukan yang bertanding dalam Liga Premier Malaysia 2008.
Ini merupakan satu prestasi yang paling buruk dalam sejarah bolasepak KL dimana, pasukan KL hampir pasti tersungkur ke Liga FAM musim depan.Tahun ini KL dikatakan, telah membuat penjenamaan baru dengan jurulatih baru, pengurus pasukan baru, pemain baru dan macam - macamlah tapi apa yang berlaku memang pun sesuatu yang cukup baru iaitu- KL TERSUNGKUR , inilah yang baru.Dalam 24 permainan KL hanya dapat menang 3 kali dan kalah 14 kali.Memang memalukan.Apa sudah jadi?

Pelbagai spekulasi yang tertimbul ekoran daripada perkembangan tersebut kerana sehingga ada pihak yang meminta FAM masuk campur untuk mengkaji ada sesuatu yang tak kena? selaras dengan perkembangan semasa bolasepak negara yang dikejutkan dengan insiden rasuah.

Pemerhati bolasepak mahu, semua persatuan negeri disiasat bagi memulihkan insiden rasuah yang telah mencemarkan nama baik sukan bolasepak negara. Sekiranya pasukan seperti, KL PLUS, K.MUDA, FELDA UNITED yang masih baru dalam kancah bolasepak negara boleh mencapai keputusan yang cemerlang - apa sudah jadi dengan KL? Beberapa peminat kuat KL mahukan satu post morterm yang menyeluruh.Tahun ini merupakan satu detik hitam untuk pasukan KL, kata mereka lagi.

Sementara itu, ikuti komen penulis sukan negara yang terkenal RIZAL HASHIM didalam blognya bertajuk KL TERSUNGKUR .

KL pernah melahirkan beberapa pemain popular untuk negara termasuk Subardon Aziz, Sarbegeth Singh, Razip Ismail, Pavalamani, V.Murugan serta pemain import yang popular yang pernah mendominasi KL ialah seperti Fandi Ahmad, Malik Awap dan K.Kannan.
Amat mengecewakan Stadium Persatuan Bola Sepak KL di Cheras kosong dan sunyi sepi. WILAYAHKINI akan buat followup megenai berita ini.

7 comments:

Anonymous said...

Memang rasuah.Apa nak tunggu lagi?Siasat segera.

Anonymous said...

Kita memang malu.Kita mahu dengar penjelasan daripada Pengurus Pasukan KL yang baru Datuk Izudin Ishak yang juga Ketua Pemuda Setiawangsa yang suka banyak berlagak.Dia kena bertangungjawab.

Anonymous said...

Mintak KLFA buat pengakuan yang terbuka dengan isu tersebut.Ada unsur rasuah?

Anonymous said...

Kita berharap satu sisasatan yang terperinci dibuat kerana ini melibatkan pelaburan.Pengerusi KLFA Datuk Bandar dan Pengurus Pasukan kena pikul tanggunjawab kerana sebelum ini tidak pernah berlaku macam ini.

Anonymous said...

Whats happening? We need the answer.Team manager plllllsss speak out...

Anonymous said...

mana datuk izudin ni...jawab la...jangan pandai bg hadith pagi jumaat ajer...

nyatakan kebenaran...apa yg berlaku; dgr kata ds zulhasnan dah hangin ngan izudin ni....

Anonymous said...

masih ingat lagi tak nama2 player skuad KL ibukota nie ?

Khalid Ali
Serbegeth Singh
Ho Hon Seong
Saidin Osman
Lim Teong Kim
Subadron Aziz
Azman Adnan
Mohd Zaid Jamil
Chow Siew Yai
Tang Siew Seng
See Kim Seng
Yap Wai Loon
Mohd Razip Ismail
Mat Zan Mat Aris
Ramlan Askolani
Abdul Rashid Hassan
M. Pavalamani
Marzuki Ismaun
Hassanudin Hassan
Chen Wooi Haw
T. Gopinath Naidu
Mohd Ivan Yusoff
Liew Kim Tu
Shahrin Majid
S Paidiya Rau
Meor Nor Syamsul Kamal Meor Azizi
Farid Dewan
K Kannan
Fandi Ahmad
Azrul Amri Burhan
Ghani Malik
Azmin Azram Abdul Aziz
V Murugan
Yap Kam Choon