Saturday, May 3, 2008

POLITIK WANGSA MAJU : ZAINAL NAZERI DAN ASTAMAN BERGANDING BAHU DEMI UMNO ?

Kehadiran bekas Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Astaman Abdul Aziz ke majlis sambutan Maulidur Rasul Wangsa Maju baru - baru ini sebagai tetamu kehormat dan duduk bersebelahan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Zainal Nazeri telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan cakap - cakap politik di Wangsa Maju dan juga WP.
Walaupun pengantungan Astaman masih menjadi tanya tanya, sumber memberitahu pengantungan Astaman sudah berakhir dan beliau dijangka akan bertanding sekali lagi untuk jawatan Ketua Bahagian, bagi kembali aktif dalam politik termasuk arena UMNO Wangsa Maju.Astaman dilihat sebagai pemimpin yang dapat memberi satu suntikan semangat yang baru di Wangsa Maju.Apa pula nasib Zainal Nazeri? Adakah beliau akan beri laluan kepada Astaman dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagianya?
Watak - watak yang lain menjadi perhatian di Wangsa Maju ialah Naib Ketua Bahagian Datuk Shafie Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Norza Zakaria.

6 comments:

Anonymous said...

demi perpaduan dan keutuhan UMNO wilayah.welcome back guys. kembalikanlah semangat yg hilang,tapi jgn lawan tauke...........

Anonymous said...

Saya sokong Astaman kembali menerajui UMNO Wangsa Maju. Dia ada style.

Anonymous said...

kepada Dato Astaman, UMNO Wangsa Maju memang mahu Datuk kembali ke bhgn Wangsa Maju dan aktifkan semula bhgn kerana masa depan bhgn ini sudah bagaikan hancur kerana semua pentingkan diri sendiri. Lupakanlah kisah2 yg silam dan tadahkanlah tangan mu utk wangsa maju. Salam

Anonymous said...

Hidup Astaman

Anonymous said...

saya sangkal. Kita mahu Zainal Nazeri kerana semasa jadi pemangku banyak jasa telah dicurahkan kpd anak2 melayu dan juga ummo wangsa maju.

Anonymous said...

Gandingan Impian Wangsa Maju:-

Ketua : Datuk Astaman Abdul Aziz
Timb : Dato' Zainal
Naib : Shahbudin Husin

Inilah dia gandingan yg mampu memperbaiki imej UMNO W Maju...yg lain tu jadi perosak boleh ler...

usaha2kanlah...