PENCARIAN PEMIMPIN PEMUDA DI WP BERMULA !
PENCARIAN PEMIMPIN PEMUDA BERMULA, tulisan dan pandangan Razlan Rafii( Pemuda UMNO Seputeh )di laman blognya. Razlan juga biasa menulis komenya di blog ini.WILAYAHKINI ingin menegaskan disini bahawa segala pandangan tersebut adalah komen - komen dan pandangan peribadi Razlan untuk menaikkan semula imej Pemuda WP.Wilayahkini mengalu- alukan pandangan secara terbuka mengenai rencana tersebut ataupun emel kepada kami.Kami akan siarkan!- Pengarang Wilayahkini
18 comments:
saya selalu mengikuti pandangan dan pendapat En.Razlan melalui penulisan beliau dalam blog beliau,pada pendapat saya beliau adalah antara org2 yg perlu kita dan UMNO khasnya utk kita ketengahkan memandang kebelakangan ini kita semakin kekurangan org2 yg berani spt beliau
Saya amat mengenali razlan sejak 10 tahun lepas dan memang diakui beliau amat berdedikasi dan fleksibel. Pandangannya yang jauh dan telus amat dikagumi oleh rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Cuba bercakap dengannya, baru anda kenal siapa razlan. Saya menyokong Razlan dalm apa jua bidang yang diceburiya. Semoga berjaya!
Perkara ini betul, tapi bila dah kasi duit,kasi jalan, lupa la semua kepada jasa dan bakti.
berbalik kepada jati diri, Pemuda sekarang ni, kuat ke jati diri mereka. kalau tak, lupakan je laa .. tabur duit ... menang laa gamaknya...
Pandangan yang cukup bernas.Adakah Sdr Razlan akan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Seputeh kali ini? Kita perlu berani memberikan pandangan secara terbuka.Sdr Razlan mungkin boleh umumkan pendirianya dan membuka gelanggang - sepertimana katanya pencarian pemimpin pemuda bermula.Saya harap Razlan menyahut cabaran tersebut.Salam Perjuangan.
Saya juga sependapat dgn pandangan Pemuda Putrajaya.Gelanngang kena dibuka.Masa sudah sampai.Jangan tunggu lagi.
KP Bhg Wilayah ramai yang telah habis umur Pemuda, seingat saya, hanya tinggal Rizalman (BTR), Syed Medhar (Cheras) dan Zaki (Putrajaya), kalau ada terlepas boleh tolong ingatkan.
Didalam WP, kedenganran banyak Bhg yang bertanding 3-4 penjuru, kalau lebih dari itu, ada yang tidak cukup pencalonan kut.
Jadi seperti di Seputeh, terdapat kekosongan. Pada Mesyuarat Pemuda Cawangan tahun lepas, Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan kami telah memaklumkan kepada Ahli Pemuda Cwng bahawa saya akan menawarkan diri diperingkat lain di dalam Jawatan Pemuda Bahagian.
Saya percaya, kekuatan kita sepatutnya datangnya dari Cawangan, kerana disitulah kita akan belajar bagaimana untuk mengendalikan sesuatu majlis dan isu. Saya bertuah kerana dilahirkan didalam Cawangan yang mempunyai Penempatan.
Saya sendiri tidak tahu apakah implikasinya "Membuka Gelanggang" diruangan Internet, sudah pastinya akan ada perdebatan yang menyentuh peribadi dan sebagainya. tetapi, Insyallah, cukup pencalonan, akan saya bergerak.
Sdr razlan ni, hanya yang terdekat dengannya sahaja boleh beri komen tntg karekternya.
Sekadar memberi komen dan pandangan menerusi online, belum boleh dijadikan hujah asas untuk kita mengangkat pemimpin.
Kita harus ingat, ramai manusia bermuka-muka, tp saya setuju kalau dia diberi peluang, kalau dia gagal dan nyata cakap tak serupa bikin...!!
KITA CANTAS DIA....
pernah bersama menjayakan beberapa program dan aktiviti peringkat bahagian.yang jelas nampak ialah 'kepimpinan melalui teladan'.
Apa yang perlu ditakutkan lagi? PW sudah di satu tahap memerlukan reformasi yang begitu kuat , kalau tidak PW akan hancur.Mungkin Badan Perhubungan boleh membantu?
Saya harap kita semua dapat insaf apa yang telah berlaku.Jangan kita nak bersipa syok sendiri aja.Masanya sudah sampai untuk kita menamakan individu tertentu untuk jawatan tertentu.Jangan kita takut orang akan bunuh karier kita.Berani kerana benar.Kita bukanya pemuda yang pondan.
When this Bodowi speaks, it makes you sick in the stomach.
Whether he steps down or not, makes no different to the country because the whole Umno and BN machinery are all crooks.
Vote them out and send them to space, that is the only answer.
Inilah yang dikatakan mereka sudah lupa akan Sejarah Tanah Melayu.
Mereka sudah lupa apa yang kita beri pada mereka semasa pembentukkan Tanah Melayu Yang Merdeka.
Kalau kita tak bersetuju masa tu, dah kene halau la kaum CIna dan India ini, dalam masa yang sama, kita telah menjual hak kita kepada mereka dengan memberikan Kerakytan.
Apakah Kerajaan masih lagi melihat isu ketuanan Melayu ini hanya Orang Umno sahaja yang memahami. Jadi sudah masanya kita Menjadkan sibus Mata Pelajaran bagi anak-anak Malaysia tahu.
Dahulu, semasa MCA Selangor mebangkitkan isu seperti ini, PEMUDA UMNO zaman itu, dah buat demontrasi besar-besaran sehinggakan ada para pemimpin kita yang masuk ISA.
Baca artikel saya http://razlans.blogspot.com/2008/05/kontrak-sosial-perlembagaan-dan-sejarah.html
Daripada pemerhatian saya dalam isu disini, nampaknya ia sudah terbahagi kpd 2.
1. Apakah pemuda kena lakukan demi untuk menarik kembali keyakinan masyarakat dan siapa kah pemimpin yang sepatutnya menjadi pemuda, tidak kira lah cawangan, bahagian atau pusat.
2. Mengenai ketuanan diMalaysia, atau Hak Melayu.
Untuk komen yang pertama kalinya ini saya hanya akan kupas atau memberi pandangan megenai perkara yang pertama sahaja dahulu, kerana masa yang perlu dilalui tidak mengizinkan untuk saya memberi pandangan terhadap kedua2 perkara tersebut.
Isu pertama yang diketengahkan adalah apakah agenda yg perlu dibawa oleh pemuda2 untuk memantapkan atau pada ketika ini bukan untuk memantapkan tapi lebih kepada untuk megembalikan kepercayaan masarakat kepada UMNO dan BN sekali gus.
Sebenarnya setiap masalah yang timbul kita kena kasi asas atau punca masalah tersebut. Dalam mengkaji masalah2 apakah puncanya kita memerlu segolongan yang berfikiran kritikal atau think tanker. Daripada mereka lah idea2 atau pun cadangan2 untuk diajukkan kepada parti mahupun syarikat dan sebagainya. Dan perlu ditegaskan disini golongan profesinal ini (kritikal thinker) mesti berpengalaman dalam politik dan tidak boleh ada kepentingan dalam politik untuk membentangkan cadagan untuk meyelesaikan masalah ataupun dasar2 yang perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh UMNO.
Sudah tentu masalah yg dihadapi oleh sesuatu organisasi/UMNO terlalu banyak jika hendak dibentangkan disini.
Tapi kita berbalik kepada saudara Razlan utarakan iaitu bagaimana untuk memenangi hati rakyat. Atau boleh kah saya kata kan dlm isu permilihan Pemuda atau apa jua pun jawatan ...bukan Hati Rakyat menjadi isu. Tetapi lebih kepada hati perwakilan dan sebagai nya.
Oleh tu saya juga tidak akan sentuh bab menjaga hati perwakilan bagi pemilihan ketua pemuda dan sebagainya tetapi akan membincangkan penghujung output yang UMNO/BN perlukan iaitu memenangi hati rakyat.
Oleh itu dgn ruang yg seketika ini saya hanya utarakan bab bagaimana memenangi hati RAKYAT.
Apa yang saya hendak cadangankan memanglah ringkas dan mudah ditulis kan cuma pelaksaannya perlu ada kejujuran disetiap ahli UMNO sendiri.
MASALAH: MEMENANGI HATI RAKYAT KEMBALI.
Jika kita lihat dlm PRU yang lepas, ada juga calon2 yang dp BN atau umno yang menang walaupun keseluruhan parti komponen BN dilambung gelora.
Kenapa mereka menang. Ya betul banyak faktor2 yang membuat mereka menang..seperti undi pos ke, budaya duit ke(agaknyalah, ini bukan satu statement, tapi cuma contoh)
Apa yang saya hendak bentang disini ada yang menang kerana Adun atau ahli parlimen disitu memang benar2 ikhlas untuk membantu masyarakat dan penduduk setempat. Dan memang sukar digugat, kerana apa sifat YB itu sendiri ..jujur untuk berkhimat. Dan pastinya sukar untuk siapa2 untuk memgugatnya. Dia loncat lah parti apa...DAP ka, parti Kepala Jingga ka dia tetap akan menang.
Sebagai contoh yang saya ingat KULI. Kuli menang bukan pasal dia UMNO, BN dan sebagainya. Tapi dia menang kerana sifatnya kepada penduduk setempat. Biarlah PAS bagi taufan katarina atau sunami di sana KULI tetap memang.
Cuba tuan2 fikir kenapa. Dan banyak lagi pemimpin UMNO atau BN yg mempunyai sifat sebegini tetapi sayang kita hanya melihat sambil lalu tanpa kita berfikir untuk bagaimana kita hendak melatih atau mengwajibkan kepada semua bakal2 wakil rakyat atau parlimen untuk di brain storming kan dengan sifat2 terpuji, contoh seperti KULI dan sebagainya. Lantik mereka sebagai panel untuk brain storming ini dan wajibkan kepada semua YB2 untuk hadir BTN atau Brain Storming nie sebagai guide line mereka.
sebenar pjg lagi saya nak komen tapi letih ...oleh tu kalau saya ada masa saya sambung lagi
saurara anonymous diatas..
Ramai lagi Pemimpin UMNO yang boleh dijadikan contoh.
setuju apa kamu nak cakap, tapi formula yang kita nak cari bukan senang, sekarang ni bakal-bakal KP sibuk cari duit kat calon2 nak bertanding.
si kp cawangan pun, masa ini la ada masalah .. kawan2 dalam UMNO ni tahu sangat ... semua nak duit ..
pi ra mabuk ...
-- dendang perantau --
PADA 11 Mei, 62 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di bumi Melayu ini.
Ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.
Walaupun ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru namun usaha untuk mewujudkan UMNO tidak mudah.
Ia tidak lahir di atas dulang emas. Tetapi hasil daripada perjuangan untuk memastikan hak dan ketuanan Melayu tidak tercabar dan sultan serta raja-raja Melayu kekal di takhta mereka.
Hasrat Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union telah membawa kepada perhimpunan besar-besaran Kongres Melayu Se-Malaya pertama.
Inisiatif itu telah dimulakan oleh Persatuan Melayu Selangor dan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1 Mac 1946.
Dari situ, satu jawatankuasa dianggotai Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dibentuk bagi menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO.
Pada 11 Mei 1946 di Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga yang berlangsung di Istana Besar Johor Bahru, UMNO ditubuhkan.
Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata atas prinsip 'jus soli' kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden.
Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Dari situ perjuangan diteruskan hingga membawa kepada kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada September 1965.
Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja.
Namun selepas 62 tahun ia ditubuhkan dan setelah 51 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi.
Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan.
Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu?
Atau, selepas 51 tahun merdeka, nasib Melayu tidak perlu lagi diperjuangkan oleh parti seperti UMNO?
Adakah mereka kini merasakan boleh bersaing sama rata dengan kaum lain terutama Cina walaupun Melayu dan bumiputera di negara ini hanya menguasai kira-kira tiga peratus ekonomi.
Pilihan raya umum pada 8 Mac lalu memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN.
BN kehilangan kelebihan dua pertiga dan UMNO buat pertama kali gagal membentuk majoriti di Parlimen.
Tidak tahu apa silapnya, pelbagai pihak meletakkan beban kesalahan itu kepada UMNO. MCA dan MIC antara lain memberi alasan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghunus keris pada perhimpunan tahun lalu sebagai punca pengundi terutama bukan Melayu beralih arah.
Ada pihak melihat itu sebagai tanda UMNO semakin lemah dan semakin hilang kuasa dalam pakatan BN.
Malah tindakan berani Pengerusi DAP mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu.
Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union.
Namun bagi Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, UMNO masih relevan dan ramai masih yakin dengan kewibawaannya dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.
KelemahanCuma beberapa kesilapan dan kelemahan dalam parti Melayu terbesar itu perlu dibetulkan supaya ia kembali berada di landasan sebenar seperti diawal penubuhannya pada 1946.
UMNO sebagai teras dalam BN juga perlu memastikan ia terus dihormati. Oleh itu ia tidak boleh dilihat sebagai lemah.
Sebarang kelemahan sama ada daripada segi kepimpinan, pengurusan parti, dasar-dasar mahupun apa-apa yang dilakukan selama ini yang menyebabkan rakyat tidak puas hati perlu diatasi segera.
Untuk itu kata Muhyiddin, perlu ada gerak kerja bagi bertemu rakyat di peringkat akar umbi untuk mengembalikan keyakinan mereka terhadap parti itu.
"Post-mortem yang telah dibuat mendapati rakyat mahu tindakan segera dilakukan bagi memperbetulkan kelemahan dan kesilapan hingga parti itu ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12," katanya.
Yang pasti, senario selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 memerlukan orang Melayu terus bersatu.
Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar.
Sikap berdiam diri para pemimpin Pas berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.
Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka? Bolehkan ia mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?
Setakat ini hanya UMNO yang telah menunjukkan keupayaan memastikan nafas Melayu terus segar di Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain.
Daripada penolakan prinsip 'jus soli' kepada berkuburnya Malayan Union hingga membawa kepada kemerdekaan negara, UMNO membuktikan melalui perjuangannya, hak Melayu tidak diganggu gugat.
Oleh itu, pelbagai pihak melihat jika UMNO lemah maka perjuangan Melayu juga akan turut rebah.
Tetapi kata Ketua UMMO bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mendapat kepercayaan rakyat malah parti itu dan UMNO yang menunjanginya juga tidak goyah.
Bagaimanapun katanya, UMNO terutamanya tidak boleh memandang ringan kepada perkembangan politik masa ini termasuk kemungkinan ahli-ahlinya melompat ke pembangkang.
Untuk itu, para pemimpinnya perlu mempunyai hala tuju yang tepat dan sentiasa meyakinkan ahli-ahli supaya tidak sangsi dengan keupayaan dan perjuangan parti.
Sebagai parti yang terhasil daripada perjuangan rakyat, pemimpinnya perlu memastikan UMNO terus bergerak selari dengan aspirasi dan keperluan ahli-ahlinya.
Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin untuk menyakinkan ahli-ahli bahawa teras perjuang UMNO yang ditubuhkan 62 tahun lalu masih sama dan masih relevan dengan aspirasi bangsa.
Pada (4/2/2008) merupakan hari penutup satu kongres berpuluh NGO yang diketuai oleh GAPENA membincangkan masalah dan penyelesaian isu melayu/islam pasca pilihanraya umum ke 12.
Dua hari lepas satu persetujuan peringkat pegawai antara pas/umno/pkr menyatakan persetujuan yang sama. bagi gap kalau ia isu melayu/islam maka yang layak dan setanding untuk duduk semeja bagi mengatasi masalah melayu hanyalah parti PAS/UMNO sahaja kerana secara semulajadinya kedua2 parti tersebut merupakan tunjang utama kelompok melayu terluas dalam sistem partai melayu negara.
Kedua-dua parti ini merupakan arah tuju utama orang melayu memilih konsep dan corak pilihan malaysia untuk masa depan. PKR bukan parti melayu. berdasarkan kepada penglibatan gap kembali yang berjaya selama ini menusup masuk kedalam pas/umno/PKR parti PKR yang ada sekarang merupakan parti berbilang kaum,campuran ideologi yang berbeza,agama berbeza dan pendapat berbeza. maka ia tidak layak hatta untuk datang mesyuarat pun membincangkan soal ketuanan melayu/islam.Perjuangan PKR adalah kesinambungan perjuangan sekularisme sama seperti perjuangan pancasila soekarno. sama seperti perjuangan agama din illahi di india. bebas,hak asasi,keterbukaan,liberalisme,semua agama sama,babilisme !
Prinsip jus soli (hak sama rata) dalam pembentangan malayan union 1946 dulu kini dikitar semula dalam bentuk yang lebih gila kelolaan anwar ibrahim. kalau dulu prinsip jus soli melibatkan kerakyatan..kini perjuangan PKR lebih menjerumus ke arah penghapusan secara halus tapi menikam hak-hak melayu/islam ! mungkin lebih gila sekiranya PKR memerintah hak asasi agama menjadi agenda perjuangan mereka. maka banyaklah lina joy,haryati,aisha bukhari dalam masyarakat melayu sekiranya PKR naik memerintah.
Tatkala khalid ibrahim naik menjadi mb selangor, babi merupakan perjuangan utama pKR. babi bukan makanan melayu,babi bukan playstation melayu,babi bukan ekonomi melayu...babi adalah ekonomi cina,makanan cina dan permainan cina dan selayaknyalah gap mengiktiraf bahawa PKR bukan parti secara total perjuangan melayu.
PKR anti melayu,anti hak melayu,anti keaguangan kuasa islam dan anwar telah menyebut dalam perhimpunan di kg baru bahawa beliau mahu menegakkan satu konsep 'ketuanan rakyat' dan menghapuskan 'ketuanan melayu'. anwar ibrahim adalah ciri-ciri marabahaya melayu yang kerana kuasa sanggup memecahbelahkan umat melayu.
anwar punyai sindrom diktator melayu tatkala secara paksa memaksa hj hadi menandatangani surat penghapusan 'kelangsungan melayu/islam' dalam persetujuan penubuhan pakatan rakyat.
gap punyai rekod pada 20 september 1998 di masjid negara anwar bersetuju menghapuskan kuasa raja-raja melayu.
dua minggu lepas wan azizah secara rasmi menolak negara islam !!!! dua kelembai pasangan suami isteri ini adalah paksi dikalangan masyarakat menghilang kan kuasa orang melayu/islam dan menegakkan ketuanan cina,india dan kristus !!!!!!!!!
maka gap sarankan agar permuafakatan melayu hanya dibincang oleh orang yang layak. PAS DAN UMNO dan bukannya PKR yang memperjuangkan hak bangsa cina,india hindu kristian dll tak lupa babiisme !!!!!
PKR berkonsepkan perjuangan bohsia. semua dia layan semata-mata memenuhi tuntutan jimak politik bangsat dia sahaja !
GAP - Gerakan Anti PAS
Kami mengalu - alukan semua komen yang diterima setakat ini untuk tulisan Sdr Razlan.Kami pertama kali mengambil keputusan untuk menyiarkan pandangan penulis khas bagi membuka ruang untuk kita semua untuk membicarakan hala tuju Pemuda WP.Sepertimana kata Presiden UMNO semalam, Pemuda UMNO mempunyai peranan yang lebih besar selepas ini.Adakah Pemuda PW sudah bersedia? Kami akan rangkumkan semua komen - komen selepas ini.Teruskan komen - komen anda.Salam
Itu lah saudara2 ku ...
walau apa pun jawatan dipertandigkn ....segala2nya bergantung kepada kejujuran ....jika semua jujur pasti akan selesai masalah2 ini semua...dgn sendirinya org akan percaya ...yakin.
tapi kita jarang berusaha untuk menjujurkan ahli2....dan memang adat dunia, seronok untuk melakukan benda yg bertentangan....oleh itu hanya agama sahaja yg boleh mentarbiahkan kejujuran tersebut...maka disini FIKIR kan lah AGAMA sahaja yang boleh memtarbiahkan kejujuran
Post a Comment