Sunday, May 18, 2008

LABUAN SOKONG PAK LAH NO 1 & NAJIB NO 2 ! LABUAN TENANG ??

UMNO Bahagian Labuan yang diketuai oleh Datuk Suhaili Abdul Rahman tampil menjadi bahagian pertama di WP,menyuarakan pencalonan kepada Presiden Parti Datuk Seri Abdullah untuk jawatan Presiden dan Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan Timbalan Presiden.
Suhaili yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, dengan lantang menyuarakan hasrat tersebut dalam komenya di sebuah akhbar tempatan hari ini dan sekali lagi menyuarakan pendekatan EGM hanya membuang masa.Suhaili yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan dan bekas Ahli Parlimen Labuan merupakan diantara pemimpin lantang menentang tindak tanduk Syed Ali Al Habshee yang berwatakan sebagai Pemimpin Syok Sendiri dan meminta Syed Ali meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Cheras.
BAGAIMANA POLITIK TERKINI DI LABUAN ?
Pada masa yang sama, Wilayahkini juga difahamkan Ahli Parlimen Labuan Datuk Yusuff Mahal yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Labuan akan menentang Datuk Suhaili untuk jawatan Ketua Bahagian.Namun keadaan dijangka tenang pada saat akhir, kata seorang ahli UMNO.
Apapun kelantangan Suhaili yang berasaskan isu yang kukuh termasuk kesanggupanya mengundur diri bertanding pada PRU baru - baru demi isteri yang tercinta telah membuatkan imej Suhaili menjadi seorang pemimpin yang berkarisma dan berwibawa di WP ketika ini.Suhali juga dilihat seorang pemimpin yang setia kepada perjuangan parti dan kepimpinanya.

5 comments:

Anonymous said...

Tahnniah Dato.Kami memang bangga dengan keberanian Dato kerana di WP ini ada beberapa pemimpin yang cepat lupa macam melayu mudah lupa.Mereka takut dengan bayang - bayang sendiri.Tetapi mereka inilah yang bertindak sebagai penyamum dalam UMNO.

Anonymous said...

Di harap bahagian - bahagian lain di WP , contohilah sikap Datuk Suhaili yang bersuara demi perpaduan melayu dan demi bangsa melayu.Kita jangan jadi pemimpin syok sendiri.

Anonymous said...

Well Done Datuk Suhaili.U have prove that u have the guts.

Anonymous said...

Dato' Suhaili...
Semoga Dato' dan Datin sihat dibawah jagaanNya. Saya ini bukan lah seorang yang ada kepentingan politik, saya cuma melihat situasi politik kini di Labuan tanah air tercinnta... Dato', terimalah hakikat bahawa Dato' sudah tidak menjadi ahli parlimen di Labuan. Bagilah sokongan kepada mereka yang lain untuk menabur bakti ya... Tidak enak apabila pertemuan di Grand Dorsett baru baru ini seolah olah melagakan dua pemimpin ulung di Labuan. Pandangan saya sebagai anak muda, tidaklah elok begitu. Cukuplah Dato', bagilah peluang. Saya juga amat kesal apabila dato' tidak pernah sama sekali datang untuk bermesra dengan rakyat di kampung saya. Namun segala jasa sumbangan Dato' di Labuan akan tetap dimatai oleh rakyat. Semoga usaha oleh Dato' dapatlah saya teruskan satu hari nanti, InsyaAllah...

Anonymous said...

anak muda labuan,
saya antara yang hadir di sana. untuk pengetahuan anda tujuan function tu bukan tuk melaga2kan tetapi tuk 'declare'.. selama ni, team anda telah bekerja keras hingga ke akar umbi. Kami tau, tapi diam..