Monday, May 26, 2008

ISU KECOH DI DBKL : SARAVANAN KECAM WEE CHOO KEONG ! JANGAN MAIN POLITIK DENGAN SAYA !

Ekoran insiden kekocahan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju , Wee Choo Keong jumaat lepas di bangunan dan lanjutan kepada berita Wilayahkini mengenai berita tersebut, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan dengan lantang memberi amaran keras kepada Wee Choo Keong jangan main politik dengan saya dan hentikan demontrasi berbentuk kepentingan politik.
" Selaku Ahli Parlimen Wangsa Maju sekiranya ada sebarang masalah berkaitan dengan penduduk Wangsa Maju , beliau kena datang berbincang sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju dan bukanya bawa semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkumpul di DBKL.Ini bukan cara kita.Saya bantah keras. Mereka kena belajar hormat - menghoramati antara satu sama lain", kata Saravanan.
Sekiranya penduduk tidak puas hati dengan cara DBKL mereka boleh jumpa pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan dan bukanya berteriak dan memekik dihadapan pejabat dengan membawa banner dan sebagainya, katanya lagi.
BERITA WILAYAHKINI sebelum ini SILA KLIK DI SINI

3 comments:

Anonymous said...

HEBAT YB.SATU KOMEN YANG BETUL DAN TEPAT PADA MASANYA.

Anonymous said...

Memang betul apa yang dikatakan oleh Datuk Saravanan kerana kalau kita lembut sangat mereka akan ambil kesempatan.Kita perlu keras sikit.

Anonymous said...

Kenapa DBKL tidak bertindak balik? Jangan jadikan KL hura - hara dengan sikap pembangkang yang agkuh dan degil.Mereka kena belajar hormat - menghormati dulu.Ambil tindakan terhadap Wee Choo Keong yang memang banyak kurang ajar.