Friday, May 2, 2008

EGM UMNO BANDAR TUN RAZAK : TENANG DAN PANAS ! RAHIM BABA JADI TURNING POINT !!

Selepas insiden "pemimpin syok sendiri - Syed Ali dari Cheras mewarnai politik Kuala Lumpur beberapa hari lepas, hari ini EGM UMNO Bandar Tun Razak yang diadakan Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelbagai pihak dengan pelbagai spekulasi diramalkan.
Mesyuarat tersebut sebulat suara meluluskan resolusi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden parti dan juga Datuk Seri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP. Bandar Tun Razak juga meluluskan sistem kouta dihapuskan.

Pemangku Ketua UMNO bahagian Bandar Tun Razak ( BTR) Datuk Rahim Baba, mengendalikan mesyuarat di satu tahap yang terbaik dan luar biasa apabila suasana mesyuarat yang bermula dengan tenang menjadi panas , kemudian tenang kembali apabila Rahim Baba mengawal kedaaan dan ucapan penggulunganya menjadi "Klimax dan Turning Point" pada EGM tersebut.

Rahim Baba, dalam ucapanya dengan lantang bersuara " EGM perlu dijadikan platform untuk memperkukuhkan lagi perpaduan orang - orang melayu dan bukanya medan untuk membantai pemimpin UMNO WP ataupun negara.Saya juga tidak mahu bahagian ini mengambarkan kita mempunyai masalah yang besar diantara kita tetapi segala pandangan akar umbi akan saya sampaikan kepada pengurusan tertinggi parti", katanya.
Mesyuarat tersebut yang menyaksikan beberapa drama yang panas apabila beberapa perwakilan daripada cawangan berucap dengan lantang mengkritik Pak Lah, Ketua Pemuda UMNO - isu keris dan juga kepimpinan Datuk Zulhasnan.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.