Kenyataan drsatik Suleiman bukan sahaja mematikan isu mengenai tanggugjawab kekalahan PRU di KL perlu dipikul oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique tetapi beliau juga lantang mengkritik perbuatan pemimpin seperti Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali Al Habshee (Yang juga Ppemimpin syok sendiri ) akan hanya menghancurkan UMNO, dan menasihatkan Syed Ali supaya menjaga hal ehwal bahagianya sendiri.
Untuk rekod selain Drs.Suleiman, diantara bekas Pengerusi UMNO dan BNWP sebelum ini termasauk, Allayarham Tun Ghafar Baba, Tan Sri Muhammad Taib dan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
WILAYAHKINI juga cukup terharu kerana seorang pemimpin melayu yang cukup lama dan berpengalaman sanggup tampil untuk memberikan satu komen yang cukup luar biasa yang jarang dilakukan oleh mana- mana pihak yang lain.Suleiman sendiri sebagai seorang bekas Pengerusi mengakui kebenaran tersebut.Memang cukup luarbiasa.Tahnniah Datuk Seri.Inilah semangat Ketuanan Melayu dan Melayu Bersatu.
Ketika ada satu dua pemimpin WP yang takut dengan bayang - bayang sendiri untuk memberikan komen, WILAYAHKINI ingin mengucapkan syabas kepada Suleiman, Datuk Suhaili, Datuk Rahim Baba, Datuk Hisham Abdul Majid, Datuk Ridhuan Hamid, Datuk M.Saravanan,A.Chandrakumanan serta beberapa pemimpin lain yang tampil untuk memberi kenyataan media bagi membuktikan UMNO dan BNWP bukanya berkerja sebagai satu individu malah sebagai satu pasukan.
Bagi WILAYAHKINI sendiri, kami tidak akan teragak- agak untuk memuji usaha - usaha yang baik mahupun daripada BN ataupun pembangkang.Prinsip kami- kepujian perlu sampai pada masanya.Salam - Pengarang Wilayahkini
3 comments:
Tahnniah Datuk Seri.Kami amat bangga dengan anda kerana da lagi anak melayu yang berani berkata benar.Kepada Wilayahkini juga tahnniah kerana memberikan komen yang cukup bernas.
Betoi - betoi berani kerana benar.Inilah semangat UMNO dan semangat melayu boleh.Drs Suleiman telah buktikan kehebatanya sekali lagi.
Kenapa nak ter agak - agak untuk menyokong ketua mereka sendiri? Satu rencana minda yang terbaik untuk dibaca dan dijadikan panduan oleh pemimpin lain di WP.
Post a Comment