Saturday, May 3, 2008

PEMUDA WP TIDOR ? TOLONG UPDATE LAMAN WEB ANDA !

Inilah muka - muka yang dikatakan pemimpin utama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Norza Zakaria.Ketika peranan Pergerakan Pemuda UMNO WP , semasa PRU baru - baru ini masih menjadi tajuk yang hangat dibicarakan , sunggug sedih dan mengecewakan sekali apabila kita melihat lawan web rasmi Pemuda WP di www.pemudawilayah.org, kerana berita terkini dan berita utama laman tersebut memaparkan berita bertajuk INILAH AZAM PEMUDA WP bertarikh 18hb Februari 2008, iaitu berita pelancaran jentera pilihanraya Pemuda WP.Ketika semua sedang sibuk membicarakan mengenai media alteranatif, alam siber, blog dan sebagainya, tindakan Pemuda UMNO WP yang masih lesu dan tidak mengambil tindakan yang drastik untuk memantaunya cukup memalukan.Ini kerana Wilayahkini menerima emel daripada beberapa ahli Pemuda WP yang cukup sedih dengan tindakan tersebut.Mereka mahu Pemuda WP kembali aktif dan turun padang untuk menjayakan visi parti dan juga visi rakyat.
Mereka juga menyeru supaya, lawan web Pemuda UMNO WP diupdate segera dan jangan buang masa bercakap mengenai ketuanan melayu, peralihan kuasa, cakap -cakap kosong yang tidak berfaedah.Pemuda WP diharap dapat tunjukkan satu contoh dan teladan yang terbaik.

9 comments:

Anonymous said...

Inilah sikap Pemuda WP yang sebenar.Cakap sahaja besar tapi nak buat kerja tak ada masa.Orang sibuk nak perang dalam blog, tapi PEMUDA WP tidor lagi.Malu kita.Malu Melayu.Letak jawatan lah.Kerja senang macam ini pun tak boleh buat nak cakap pasal negara pulak.Podalah.

Anonymous said...

Sekali lagi tahnniah kpd Wilayahkini yang bongkarkan satu lagi kelemahan UMNO.Kita malu nak baca laporan tersebut.Jadikan pengajaran dan iktibar .

Anonymous said...

Memang mereka tidor pun.Bila mereka pernah bangun?

Anonymous said...

Kenapa ? Apa sudah jadi dengan Pemuda UMNO WP? Namapk lesu aja.

Anonymous said...

Memang cukup memalukan.Mula blog ajalah.

Anonymous said...

change the name to GOblog.

Anonymous said...

Sudah ramai yang menyuruh Dato Norza update laman Webnya .. tetapi .. seperti biasala, kurang semangat kut untuk membuat kerja-kerja yang orang tak nampak ni ...

Pemuda WP selalunya Gah dengan Program-program besar-besar, tetapi jika turun kebawah, kebanyakkan penuh dengan sandiwara politik.

Pemimpin muda akan datang diharap dapat mengkaji bagaimana untuk menarik kembali sokongan pemuda bandar.

Pemuda Wilayah merupakan pintu kepada UMNO Malaysia, perubahan dan cabaran akan bermula di WP, jadi ketahanan kita perlu lebih kental daripada negeri-negeri lain.

Sekiranya kita gagal, gagal lah generasi akan datang...

Kongres melayu baru-baru ini telah mencetuskan formula yang baik dan genius demi mengekalkan ketuanan melayu.

Diharap Ketua Penerangan WP dapat menyambut dan buat program penerangan tentang resolusi ini.

Kalau lama sangat tidur.. diharap boleh laa tidur terus .. tak payah kita nak bukak dan tengok tiap-tiap hari ... kang dah dekat permilihan kang .. barula sibuk nak update ...

Anonymous said...

ni memang style norza dan kabinet pemuda wilayah nya...sibuk cari projek la tu....

ada yang jd proksi sini...proksi sana...tender makan....tender potong rumput....

hebat pemuda wilayah....hebat dalam mengisi poket sendiri...

ada asas apa yang pemuda w maju kata...depa ni mmg x buat kejer pilihanraya...setakat cakap saja lah...

korang tunggu la di akhirat nanti....ditanya Allah SWT...bagaimana kalian mengisi amanah....

teruskan tidur wahai pemuda wilayah...kerana kalian memang x pernah jujur berjuang...

Anonymous said...

Alahai kesian betul dengar cerita nie....meh la lawat blog pemudawilayah di http://dppwp.wordpress.com........tapi ini bukan versi Umno..Takbirrrr...Pas le tu...