1. Yahya Mat Ghani ( Abas ) - 136 undi ; Yusuff Hamid - 2 undi ; 1 undi rosak
2.Hanya 139 perwakilan yang hadir untuk mengundi daripada 245 perwakilan. Seramai 106 perwakilan tidak hadir.
3. Kenapa penyandang Ketua Bahagian Yusuff Hamid tidak hadir ?
4. Pemilihan semula dikendalikan oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat Jen ( B ) Datuk Khusainy.
5. Apakah Yusuff Hamid akan membuat sesuatu selepas ini ?
Untuk rekod, pada pemilihan UMNO Batu yang diadakan pada 2hb November lepa
s, Yusuff selaku Penyandang Ketua UMNO Batu berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagianya dengan kelebihan 5 undi sahaja - menewaskan Yahya Mat Ghani.
s, Yusuff selaku Penyandang Ketua UMNO Batu berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagianya dengan kelebihan 5 undi sahaja - menewaskan Yahya Mat Ghani.Jawatankuasa Pengurusan UMNO sebelum ini telah membuat keputusan supaya UMNO Batu tidak perlu mengadakan mesyuarat semula , TETAPI dalam tempoh masa sebulan , timbul pula satu arahan baru iaitu - pemilihan semula perlu diadakan untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja. MEMANG PELIK TAPI BENAR.
Wilayahkini difahamkan , sebelum ini Majlis Tertinggi telah memberi kebenaran kepada semua Badan Perhubungan UMNO negeri masing - masing untuk menangani isu mengenai pemilihan bahagian TETAPI apabila terkeluarnya arahan daripada Setiausaha Agung UMNO - ramai yang keliru dan tidak puas hati. Majlis Tertinggi UMNO , mungkin boleh memperjelaskan isu seperti ini supaya ramai ahli - ahli UMNO tidak keliru , marah ataupun kecewa.Yang penting kita jangan menafikan hak demokrasi dalam UMNO. Tangan - tangan tersembunyi perlu dicantas segera kerana ianya boleh menjejaskan kekuatan UMNO.
Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel mengenai pemilihan semalam. Mereka mempertikaikan kenapa mesyuarat perlu diteruskan walaupun tanpa kehadiran penyandang Ketua Bahagian? Kenapa tidak menangguhkanya sahaja ? Ramai perwakilan tak hadir - kita perlu dengar suara mereka. Kenapa mereka tidak hadir ? -- begitulah suara - suara yang berkemundang di pihak Yusuf Hamid.Malah mereka menyifatkanya satu tindakan aneh dan kelakar.
Manakala penyokong Abas pula mempertahankan pemilihan tersebut kerana telah mencukupi korum dan telah mula merayakan kemenangan Abas. Apakah kemenangan ini berbaloi ataupun tidak ? Namun, Abas dikatakan yakin untuk menang walaupun diadakan pemilihan semula selepas ini.
Apa selepas ini ?





















bulkan seribu tanda persoalan. Ada pemimpin yang berpengalaman dan berkelayakan pula tidak mahu bertanding







m pertarungan 















