Friday, January 23, 2009

SENARIO PUTERI DI WP : PELUANG TERBUKA UNTUK SEMUA ; "BEST PUTERI WINS" kata Perwakilan !











KUALA LUMPUR 23 Jan 2009 -- Liku - liku perhitungan bagi merebut jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia semakin hari semakin menarik, rancak dan mencabar. Di Wilayah Persekutuan 8 calon menawarkan diri. 6 dari mereka adalah Ketua Puteri Bahagian manakala dua calon lagi pula adalah Ketua Puteri Cawangan.
Mengikut laporan yang diterima oleh Wilayahkini beberapa calon Puteri dari Wilayah Persekutuan dikatakan menerima sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan. Ketua Puteri Seputeh Azliza Ahmad, Ketua Puteri Putrajaya Norhamizah Zawawi serta Ketua Puteri Segambut Fiona dikatakan diantara calon yang mendapat sokongan yang baik dikalangan para perwakilan.
Sementara itu, Nashua dari Segambut dan juga Siti Fatimah dari Setiwangsa, dikatakan mula mendapat tempat di hati perwakilan walaupun tidak bergelar status " Ketua Puteri Bahagian" .Siti Fatimah dikatakan telah melancarkan kempen secara solo dan telah berkunjung ke beberapa buah negeri. Ketua Puteri Setiawangsa , Seri Wani pula dikatakan sedang merapatkan sokongan dikalangan para perwakilan dari masa ke semasa. Apa yang pasti, peluang memang nampak terbuka untuk semua calon dan perwakilan nampak gaya hanya akan pangkah calon yang berpontensi dan bukanya popular.Mereka tidak mahu pemimpin puteri dilabel macam kumpulan artis .
" Best puteri wins the race...dan kami tak mahu puteri dilabel sebagai macam golongan artis dan hanya suka cari glamour", kata beberapa perwakilan kepada Wilayahkini.

18 comments:

Anonymous said...

Pu3... Ohh Pu3... di wilayah yg boleh menang hanya Ismalina sahaja. yg lain lain tu xyah la nak bertanding tarik diri je la bukan blh menang pun,,, calon calon pu3 wp yg lain tu dicaw pun xtau buat keja ini pulak nak buat keja di pu3 msia.. hampeh.. hampeh..

Anonymous said...

woiii... kau tak tau cerita atau kau memang terkebelakang... Isma kau tu bertanding KPUM, bukan Exco... apasal yang kau kata dia aja yang boleh menang. Setakat bini nak bertanding KPUM, laki nak bertanding NKPUM, tak payah lah. Kami dah bosan dengan keluarga UMNO yang nak conquer semua jawatan penting. Apa, ingat muka orang lain tak layak ke? Sudah lah

Anonymous said...

Wa caya luu PMtb......
Betul kata ko yang dia nak masuk c Isma dalam Exco tu knapa?? apa c isma tu GILER....JAWATAN ke Beb...
KPUM......pun blum tentu lepas!!! kalau lepasa pun kerana bantuan Dek KJ dan Reezal.....
Perwakilan korang pandai2 menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan!!!!
Pilihlah Org yang boleh memimpin Generasi Muda yang akan datang Bukan nak kejar harta yang 7 keturunan x habisssssss!!!

Anonymous said...

sekarang ni byk org nak bongkar balik kes kes politik wang ni. Bukan setakat dr peringkat MT, tapi dari peringkat Bhg lagi. Kalau mcm ni ramailah Ketua Pu3 Bhg yang bertanding menang akan terbukak file nya... itulah orang kata, jangan nak ambik jalan mudah aje.

Ahmad Saabun said...

Tuan minta tumpang link saya dalam blog wilayahkini ne. Itupun kalau boleh dan saya akan letak link blog ini dalam blog saya. Salam perjuangan

Anonymous said...

Sabar...sabar semua..memang betul orang yg bg komen tu blurr...tak tahu yang ismalina bertanding untuk KPUM. Tapoi korang tahu tak ada sorang minah perasan tu ada hati nak bertanding exco pu3 malaysia walhal had umur calon yang nak bertanding exco pu3 m'sia pun dia tak tahu......itu lagi hampeh...keh keh keh....nak buat mcmana...tak mengaji jadi standard lah tin kosong...

Anonymous said...

alamak, mcm boleh suspect je sapa minah tu... biarlah, dia kan baru nak belajar... awak maafkan dia eh... ish ish ish
ni lah gara2 ada statement, dia dibawak 'lindungan' sapa...

Anonymous said...

nasib baiklah aku tak turut bertanding exco kali ni, kasi chan kpd kakak2 senior dulu. Kalau aku tercalon lah agaknya, pasti isu cantik, isu glamor, isu nak popular keluar, pasal aku rasa aku dlm kategori cantik lah jugak. Kalau hodoh you all kata hodoh, selekeh, takde aura, takde ciri kepimpinan. Kalau dahi licin sikit, you all kata nak berglamor sana sini.. ini la persepsi kuno UMNO. Kakak2 Wanita sukakan calon yang pijak semut tak mati bila depan mereka, ini semua 'old fashion' lah ok. Sekarang zaman dah berubah, orang tengok org guna otak, bukan setakat mata hati aje.

Anonymous said...

saya tau ismalina nak brtanding kpum.. saya bukan nya pekak atau buta.. tapi calon2 pu3 wp yg nak tanding excopu3 itu semua pekak, buta n tonggong.. setakat budak hingusan suma tu.. masing2 berlagak macam tau suma buat keja tapi sebenarnya mereka2 politiking jer yg lebih.. minah / pu3 perasan atau perasaan.. kakakaka

Anonymous said...

pu3-pu3.........

Kejarlah jawatan semua........

Bukannya nak cari cara macamana nak tarik pengundi-pengundi muda supaya menyokong UMNO.....

Sibuk kehulu hilir jual muka untuk bertanding jawatan exco.......

Itulah puncanya semua pengundi muda lari menyokong PKR dan PAS. Bosan dengan keletah pu3 UMNO.

Kalau macam ni sikap dan tujuan masuk politik, memang PRU13 yang akan datang, UMNO akan berkubur...

Ha... masa tu berbanggalah kamu dengan jawatan yang tidak ada maknanya lagi........

Anonymous said...

kepada mereka yang bertanding,semoga berjaya tapi perlu di ingatkan supaya
jagalah tingkahlaku tak kira lah semasa berkempen atau x..jgn hipokrit untk meraih undi je...

Anonymous said...

wahai ahli2 puteri dan juga perwakilan nanti.sebelum memilih calon exco nanti carilah yang terbaik yang boleh melakukan kerja.setakat Hamizah ketua putrajaya tu apa yang dia boleh buat .tengoklah program puteri di putrajaya langsung tak ada,mesyuarat caw baru-baru nie pun banyak caw di putrajaya digantung tak cukup korum.mcmana nak pegang jawatan di peringkat nasional di bahagian sendiri pun tak dapat menjaga dengan betul.saya ahli puteri di putrajaya menyeru semua perwakilan buat pilihan yang betul.carilah orang yang betul2 boleh buat kerja

Anonymous said...

salam all..

lama tul tak bukak blog nih..

aper2 pun oleen nak ucapkan selamat bertanding kepada semua..

bertanding lah secara sihat..

ingat kepada semua yang bertanding, bertanding lah atas dasar perjuangan..

hehehe.. anyway.. HIDUP PUTERI

Anonymous said...

Azliza Ahmad.... reject...
skarang baru nk tunjok muka...
dulu.. berlagak...sombong.. so tak yah la nk tunjuk baik masa nk bertanding... undur la diri tu...
hipokrit

Anonymous said...

mmg patutla Pu3 nie dibubarkan..da tak relevan je aku tgk..berebut jawatan..tak pandai wat keje...politik wang...sume ade..aku naik meluat jdnye..busanla mcm nie... perjuangan UMNO sekarang da tak sesuci perjuangan ayahanda dan bonda,datuk nenek kite dulu. Aku da tak nmpk kehebatan perjuangan anak bangsa Melayu yg diagung2kan sekarang nie...bg aku takde sorang pun yg betui2 suci perjuangannya dlm UMNO sekarang nie..dr peringkat atas smpi ke peringkat sayap Cawangan semuanya bermainkan politik wang...kerat jari aku nie kalu tuduhan aku nie tipu...semua peringkat main duit untuk bertanding...kalu terusan macam nie UMNo bukan lagi satu parti yg relevan untuk mempertahankan agama bangsa dan negara aku ini...

renung-renungkan...da ramai anak muda jd meluat bukan sbb UMNO tapi kerana perangai yg u ol tunjukkan....korang nak kami kenang perjuangan lampau tp korang sedar ker yg korang tak memperjuangkan ape yg pejuang2 lampau juangkan...da lari konsep...mcm nie ker kitorang yg muda nie nk tunjuk hormat pada kalian semua.pemimpin kaki perempuan..pemimpin kaki minum..semua ada dalam UMNO...ini yg kite nk banggakan... insafla...aku sedih bile jd mcm nie..aku hanya ahli biasa yg meluahkan rasa hati ku yg masih sayangkan UMNO.kita kini ibarat masih berseronok sedangkan kapal yg kita naiki da separuh tenggelam dek air...kite tak sedar diri!

Anonymous said...

Kelakar la aku baca HYPO nie.. aku confirm ni mesti calon2 yg tulis sendiri atau pengikut2 calon yg bengang bila calon dia kene kutuk sbb rating makin rendah...lumrah la kan.. aku pun mmg tak ambik pot... Anyway kpd calon2 especially kepada KPB..cuma nasihat aku, walau macamana sibuk pun berkempen & dikempen, yg plg penting pd aku tugas & amanah yg diletakkan oleh perwakilan pd waktu pemilihan yg lalu perlu dilaksanakan jg. Tak perlu tunggu habis pemilihan bulan Mac ke, perhubungan negeri bergerak ke, atau bhgn itu sendiri nak bergerak baru anda bergerak... buatlah apa2 yg patut... anda adalah ketua sayap yg telah dipilih oleh perwakilan & kepimpinan anda sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh akar umbi...

Anonymous said...

Jgn korg nk btikam lidah je..xde faedah pun..sesape menang nti dh rezeki dorg..kita patut menunjukkan sokongan yg padu dalam keadaan umno yg tgh goyah ni..bukan bertikam lidah je dan mengata itu ini ..tunjuk la semangat yang politik jujur pd generasi baru ni..jgn nk ikut sedap panas baran kita je..sabar tu separuh dr iman..sabar yer pu3 pu3 smua...

Cerutti1881...

Anonymous said...

hallo cik hypokrit!!!!!!

jaga mulut tu sikit k...!! cik azliza baik orangnya tau...
sejak seputeh ada pu3 sehingga sekarang cik azliza dapat mengekalakan jawatannya sebagai ketua pu3 bahagian... ada dalam bahagian yang tak suka dan suka padanya... hai ini dah sememangnya lumrah berpolitik.. suka tak suka she still menang dalam pemilijan bahagian.. hhmmm it shows sumthin rite that ahli ahlinya are all for her...

dari karektor dan rupa paras memang kelihatan cik azliza nie sombong.... tak masuk pot grouping yg tak membawa faedah nie .. yalah yg asyik bertenggek cakap sana sini hal tepi kain pu3 pu3...

dia seorang yang berpendidikan .. matlamat utama untuk membuat perubahan dan berkhidmat untuk generasi wanita muda masakini...

sekarang taraf kehidupan melayu kini harus dipertingkatkan ...
asyik tegur menegur sesama sendiri menegakkan apa yg tak relevan langsung ... no use la..

well watever it is she is cik azliza ... berkarisma tinggi dan tegas !!
hidup pu3 seputeh!!!