Sunday, January 18, 2009

BELUM SAMPAI SEHARI BN TERSUNGKUR DI KT ; POLITIK " SALAH SIAPA , TUDUH MENUDUH DI BN SUDAH SAMPAI KLIMAKS; SALAH SIAPA ? PAK LAH? NAJIB ? SIAPA ??

KUALA LUMPUR 18 Jan 2009 -- Selesai sudah episod pertama perjuangan pilihanraya kecil Kuala Terengganu di mana Pas menang dengan penuh bergaya manakala BN tersungkur sekali lagi selepas Permatang Pauh. Kini bermulah episod kedua politik negara iaitu , politik "Siapa Yang Patut Di Persalahkan ?" di kalangan parti - parti komponen BN khususnya UMNO. Ada pihak yang menyalahkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO kerana gagal memilih calon yang diterima oleh semua pihak, manakala ada pihak yang mula menuding jari terhadap " Perdana Menteri Malaysia In - Waiting , Datuk Seri Najib Tun Razak " , yang juga merupakan Pengarah BN pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Ada pihak pula yang menyalahkan, calon BN Wan Farid. Inilah asam garam politik BN selepas kekalahan demi kekalahan.
Sementara itu ( sila Klik )- Warisan politik Abdullah, beban buat Najib, kata Malaysian Insider.
Manakala Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang pula mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Mac ini kerana untuk meneruskan pembaharuan - pembaharuan dalam aspek - aspek lain selain kehakiman dan rasuah. Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi tersebut, katanya. Kenyataaan Hadi juga mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi politik dikalangan pemimpin politik khususnya dari UMNO. Apakah Hadi Awang serius dengan kenyataanya? Apa pula pendirian Anwar Ibrahim?
BN Tidak Boleh Lagi Berpeluk Tubuh, kata pemerhati politik. Sila klik DISINI
Sementara itu, Tun Dr.Mahathir Mohamad seperti biasa mengkritik Pak Lah ~ " buat undi tidak percaya terhadap Pak Lah". Sila klik DISINI.
Beginilah situasi politik negara selepas pilihanraya kecil KT. Ini baru hari pertama. Lepas ini mungkin ada banyak lagi episod - episod yang menarik.
Ada pihak pula mahu kepimpinan UMNO , mula serius dalam menangani isu politik wang, tidak kira kedudukan dan siapa orangnya kerana , ahli - ahli UMNO dikatakan sudah bosan dengan kenyataan demi kenyataan dari pemimpin tertinggi UMNO dalam isu politik wang. Politik negara, khususnya dalam UMNO semakin panas menjelang pemilihan parti bulan Mac nanti.

7 comments:

Anonymous said...

perlunya ada reformasi dalam setiap jiwa pemimpin BnUMNO bagi memikat hati rakyat utk terus relevan ... relevan ... relevan???

Terbukti sudah cara kempen BN ketinggalan zaman, lapuk, bohong dan xdterima rakyat...

apa yg ada sekarang ni... kubu kuat pun dah kena robek... sepanjang kempen berjalan ikut laporan media(elektronik n cetak) BN kompom menang P36...

ketinggalan zaman n lapuk bila setipa PRK misti ada replika cek jumlah berjuta2 oleh pemimpin2 besar pastu nafi dibuat untuk kempen...rakyat dah PANDAI!!!

kerajaan bantu semenjak dr dlm rahim ibu hingga ke liang lahad...pendapat sesedap mulut walhal sentimen sebenar rakyat melalui keperitan kehidupan kini...

yg hidup dgn bantuan tu kata mereka pemimpin BnUMNO...yg rata2 bila ada kuasa, beraja dimata bersultan dihati...lihatla bhg2 UMNO diWP kemelut perebutan kuasa yg terus berlaku...pemilihan dah abis...BN satu ja diWP... gaduh...GADUH sesama sendiri...

dalam semua media disajikan pembohongan buat tatapan rakyat jelata... rakyat diluar P36 dah meluat2 dengar berita yg sarat dgn muka org BN...

mereka semua beralih ke media alternatif... dengan keseimbangan maklumat ianya melahirkan kematangan pemikiran kepada mereka...momokan media arus perdana dah xlaku dihati mereka...

BnUMNO 'sore loser'... apa yg takut sgt nak tunggu pengumuman rasmi didwn... sorang pun xda... BnUMNO dah xgentelman... ni semua sikap angkuh dimata rakyat...

apapun yg berlaku sudah tersurat...
paling sedih tentu WFarid...

ibarat berdetum GURUH (kempen) dilangit air dlm tempayan dibuang aka elok2 senator n tmenteri duduk parlimen alih2 jd ketua bhg KT menung kat umah... lol...

menilai dgn hasil keputusan P36.. BnUMNO ditolak rakyat masa untuk muhasabah n berubah demi survival UMNO... UMNO perlu disucikan kembali oleh kita dr segala musibah kerenah kepimpinan...

berkerja demi diri n kroni wajib dhapuskan dr landskap UMNO... mata n hati rakyat bkn seperti 20 thn lalu... kepimpinan wajib punyai MORAL n JATI DIRI tulen.

Ya ALLAH...
pelihara ugama,negara n bangsaku dr kerakusan serakah nafsu dibumi yg amat kaya n bertuah ini...

p/s tahniah DSRM ats kesudian menyampaikan hadiah AJL...yg penting hepi n enjoy...

Anonymous said...

salam,
kekakalahan BN memberi satu pengajaran kepada pemimpin teratas yang tidak mengindahkan suara rakyat tentang pemilihan wakil rakyat.. seperti yang kita maklum Datuk Wan Farid merupakan pemimpin yang dilihat terlalu cepat naik dan mmerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Pelbagai kata terhadap Datuk Wan Farid yang didengar dimana menjadi bualan orang dan tidak ramai yang menyukai Datuk Wan Farid.

Pihak BN juga seharusnya perlu menukar strategi dalam mengambil hati penduduk setempat. Sekiranya kita lihat di KT semasa kempen pilihanraya,kehadiran penyokong BN telah menjadikan Bandaraya KT seperti Bandaraya KL dengan kehadiran Kereta2 mewah yang membuatkan rakyat KT tidak berpuas hati dan merasakan pihak BN semuanya berlagak dan sombong.

Semasa kami membuat tinjauan terdapat markas2 yang kosong dari awal sehingga hari mengundi. yang mana perkara ini harus diambil berat dan pihak BN juga tidak ramai yang mengambil bahagian dalam memberi sokongan kepada calon.

Dari apa yang dapat di simpulkan kekalahan pihak BN adalah berpunca dari masalah dalaman yang dihadapi oleh pihak BN yang mana kita tahu BN mempunyai seorang Pemimpin yang lemah dan tidak mengambil peduli pendapat yang diberikan.

Diharap dengan pendedahan ini dpat membuka mata pihak BN untuk terus diterima rakyat.

Salam.

Anonymous said...

Betul Betul Betul BN UMNO perlu berubah.Berubah dari segi strategi dan paling penting Berubah dari segi SIKAP.Semua pemimpin UMNO disemua peringkat MESTI ubah SIKAP.Sukakan kerja untuk rakyat dan anak buah yg dipimpinnya

Anonymous said...

Salam...
Kalah dah tercatat dalam sejarah. Post-mortem Buat selalu tapi apa kesimpulan dan tindakan baik pulih orang UMNO. TIADAAAA..
Bukanlah nak memburukkan keadaan. mereka yang bergelar jentera pun rasanya tak tau apa-apa. Pantang ajak pergi P36 ala melancong pegi tapi apa fungsi dan tugas tak tau. Berhujah jauh sekali, meramaikan ahli buat ape?
Bahagian Penerangan UMNO bila lagi nak isi peluru kat kami generasi baru ni, ker nak kami jadi jentera PAS Ala baru. Tok Mat Taib sibuk kempen, penerangan pun ikut tidur gak. Menang Jawatan kalah sabung buat ape dapat tahi baru tau.
Tahun 98 lepas DSAI di pecat tokdet cepat isi peluru kat kami pemuda Baru, Apa isu boleh dijawab satu-persatu tak takut mati lawan satu sama seribu.
Tapi kini pemimpin baru kosong harap najib keluar cek tipu Besar-besar lani dah kalah baru tau. Hujah pembangkang perlu dijawab bukan dipinggirkan, hujah kami perlu bernas agar tidak dipatah-patahkan, baru boleh satu lawan satu. Orang ramai dah tak nengok TV1 or tv3 lagi dah pasang internet berita pasti. kalau asyik sembunyi cita buat ape nengok berita. Wartawan pun dah pecah kepala hantar cita panjang berjela tapi editor potong cita. Pembangkang jua yang dapat Undi majoriti.
Oklah Buat ingatan utk semua peminat saya lain kali smbung lagi

Anonymous said...

ya CCTV banyak isu yang belum selesai, dari pilihanraya 2008 hinggalah sekarang, tiada pengisian jiwa , tiada tunjuk ajar untuk menangkis tohmahan dan lain-lain.
blank, blurr, lost, ...............

Anonymous said...

Reformasi yang Pak Lah buat harus diteruskan tak kira sama ada UMNO menang atau kalah. UMNO harus sentiasa mengkaji kesilapan-kesilapan yang lepas untuk memperbaikinya dan bukannya tuduh-menuduh... Yang Mahathir pun satu hal, masih lagi nak menyibuk dalam urusan UMNO. Tak sedarkah beliau bahawa beliau takde apa-apa jawatan dalam UMNO untuk membolehkan beliau memandai-mandai salahkan Pak Lah kerana menyebabkan kekalahan BN di KT... Najib pun jangan senang hati dengan sokongan Mahathir...

Anonymous said...

" Not my money" I don't have money "
bahasa ape tu..kte orag Teganu puak nelayang dok pehea..yg kite pehea dok ade piteh..nok bagi anok bini..?? kepen kecek lagu tu kite...becehhh..