Friday, January 23, 2009

TINDAKAN DRASTIK SPRM KEJUTKAN SERTA PANASKAN POLITIK UMNO ; NORZA TAMPIL BERI KENYATAAN !

KUALA LUMPUR 23 Jan 2009 -- Akhbar Utusan Malaysia hari ini dalam laporan muka depanya melaporkan berita bertajuk " Norza Tampil Beri Kenyataan".
Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak dua hari lepas politik negara , khususnya melibatkan UMNO semakin panas dan kali ini kepanasanya berbeza sedikit.Bukanya disebabkan dengan bahang pemilihan, tetapi tindakan berani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) dalam menangani kes siasatan politik wang.
Utusan melaporkan, Datuk Norza Zakaria yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes politik wang. Laporan tersebut juga menyebut, beliau telah di soal siasat selama kira - kira lapan jam.
Sementara itu, semalam sahaja tiga pemimpin UMNO telah didakwa berhubung kes politik wang.
Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, "mereka yang bersalah perlu dihukum", katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan terbaru SPRM itu.
Cakap - cakap politik kini semakin kencang menjurus kepada tindakan drastik SPRM. SPRM pula dilkatakan akan " go all out" untuk membenteras kes politik wang. Kita tunggu siapa lagi selepas ini ?

16 comments:

Anonymous said...

askum, hai ape kabar suma, harap2 suma sihat hendaknya.. kesian dt norza dah kantoi lak.. pemuda wp yg sokong tempo ari pergi la tengok2 & tanya2 kabar dt norza tu.. apepun dt norza belum jatuh hukum dimahkamah lagi samada bersalah atau tidak.. bila dt norza dlm kesusahan pemuda wp tinggalkan dia sorang2 & gitu la adat dunia semasa gelak beramai2 tapi semasa sedih nangis sorang2.. mana gi s/u & pemuda2 wp yg sokong sangat dt norza tempo ari.. pemuda wp dah jadi sokong bawa rebah ke? bila time collect brbaris ramai2, kini suma dah sepi & ghaib.. ini 1 tauladan & bukan teladan.. kawan tgh sakit atau kesusahan yg baiknya pergi2 la melawat.. saya harap dt norza bersabar menhadapi liku2 idup ini.. sekian wasalam

Anonymous said...

kalau nak sangat bukak pekung didada UMNO ni, melambak kat atas sana yang ada politik wang. Ini semua agenda jahat orang2 tertentu. Yang buat laporan ni, tak guna politik wang ke? Aku tanya engkau? Yang berpuluh ribu Calon2 Ketua Pemuda UMNO tabur tu, bukan politik wang? Aku nak tanya KJ, KT & MM... tak guna ke korang?

Anonymous said...

inilah wow factor dalam umno...orang wow dengan norza pun sebab duit dia...bukan kepimpinan...

harap semua kp bahagian hadir di mahkamah nanti....tanda sehati sejiwa merosakkan umno...

hidup umno! wow norza!

Anonymous said...

aku rasa sume pemimpin2 umno yang nak bertanding mt ni pun main duit percayalah takde sorang pun tak main duit termasuklah pemimpin2 tertinggi.....bro... tak pe tok banyak lagi yang akan kantoi selepas ni cuma aku harap perwakilan nanti yang akan "mampu mengubahnya"

Anonymous said...

aku rasa sume pemimpin2 umno yang nak bertanding mt ni pun main duit percayalah takde sorang pun tak main duit termasuklah pemimpin2 tertinggi.....bro... tak pe tok banyak lagi yang akan kantoi selepas ni cuma aku harap perwakilan nanti yang akan "mampu mengubahnya"

Anonymous said...

TAHNIAH! GOOD JOB SPRM. GO ALL OUT!
SEMUA ORANG TAU SIAPA MAIN RASUAH POLITIK WANG. TANGKAP MEREKA SEMUA TERMASUK AGEN2 NYA.

Anonymous said...

cayalah norza....meniagakan orang melayu. bagus...berkat la anak bini ko nanti norza....tahu la ditanya dalam alam barzakh nanti...

tapi kenapa RM500 jer...waktu dia datang jumpa orang di kedah, dpt rm1000...(sudah kurang ka?)

Anonymous said...

YANG BUAT NI KJ jugak...
Apa cita luu Bro......
Jangan Main Kotor,,

Anonymous said...

Kita bersihkan unsur2 rasuah dalam UMNO. Calon Stapler bila nak nak kena !!!!!!

Anonymous said...

nak tanya sikit, siapa tahu mana ketua pemuda aku (segambut) pergi waktu perasmian tabung palestin pemuda bahagian? dia takde la! kata penyokong kuat MM...ke sudah tukar kem..?

takpun...keletihan, kerana menemani boss kecik di pejabat bpr segambut...kp segambut kan balaci norza yg terkini...tukang angkat beg...tukang kilat kasut....tukang ambik baju...semua ler...

takpun...sbuk dengan agenda 'refleksologi'..

Mastor Yus said...

SPRM jangan double standard... ikian besar tidak seharusnya dikecualikan.. kalau nak tangkap tangkap semua kasi bersih satu kali...

Anonymous said...

aku rasa lak Pak Lah..Najib perlu memilih saja barisan ahli MT dan kepimpinan 3 sayap tak perlu menyerahkan kpd perwakilan G7 dan G2 utk memilih.....ini kerana calon yg nak bertanding akan rasa takut utk berjumpa dgn perwakilan kali ini disebabkan ada agenda2 jahat utk memsabotaj calon yg mereka tak suka...kepada perwakilan anda semua sedang diperhatikan gerak geri oleh SPRM...kalau boleh perhatikan sekali KHIR TOYO tu banyak jugak dia HULUR........dan Najib cakap kpd perwakilan yg terlibat akan hilang hak sebagai perwakilan pd bulan Mac nanti....dan hanya berapa orang sahaja yang akan hadir...kita bukak parti lain.......

Anonymous said...

rasa2nya mesti ada "cover-up" utk kroni2. siapa punya "kuan tow" (fist) lebih besar akan selamat. Kalau ada kabel besar akan selamat walau apa kesalahan atau bukti yang kita ada. Ini berlaku di peringkat Bahagian2. Perasaan tidak puas hati dan kebencian kita akan ditunjuk dalam pilihanraya umum. Nak sangat pegang jawatan tertinggi di UMNO ambil lah.

Anonymous said...

alahai SPRM, baru nak buat siasatan ke? Cubalah buka fail2 di Setiawangsa tu, melambak yang tabur duit. Dulu org takkan percaya puteri main duit, tapi adik aku sendiri pun dapat. Habis tu, aku rasa UMNO ni semua kena gantung lah. Potong jari lah kalau kata seorang pun kata tak main duit.

Anonymous said...

betulla Mr JWW Birch...jgnkan kat setiawangsa kat wangsa maju pun sama aduan dah di hantar ke SPRM tak ada apa pun tindakan...almaklumlah org najib la katakan selamatlah...org tu....apa kata SPRM siasat org2 kaya dlm UMNO ni dari mana dia org dapat duit sebegitu banyak....baru betul....

Anonymous said...

Tindakan drastik SPRM wajar dipuji kerana mereka menjalankan tugas tanpa mengira pangkat dan kedudukan orang yang disiasat. Ini adalah bukti ketelusan mereka. Inilah juga langkah kejayaan Pak Lah untuk membanteras politik wang... Saya yakin lepas ini ramai lagi yang akan disiasat...