Saturday, January 31, 2009

WAWANCARA HARI WP BERSAMA MENTERI WILAYAH DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE ; " KITA KENA SERIUS KALAU NAK JADIKAN KL BANDARAYA MAJU DI DUNIA " - ZULHASNAN

Kuala Lumpur 31 Jan 2009 -- " Visi menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang maju di dunia tidak dapat dicapai dengan sekadar mencantikkan Kuala Lumpur dan tanam pokok sahaja.Kita perlu belajar banyak aspek daripada bandaraya maju dunia.Kita perlu serius" ,kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dalam satu wawancara khas dengan Bernama bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke 35 yang akan disambut esok.
Sepertimana yang kita sedia maklum Zulhasnan Rafique merupakan wakil tunggal BN yang menang di KL pada PRU ke 12. Beliau dikelilingi oleh 10 pemimpin dari Pakatan Rakyat yang tersohor di negara termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim ( Bandar Tun Razak ), Dr. Tan Seng Giaw ( Kepong ), Teresa Kok ( Seputeh ), Tian Chua ( Batu ), Tan Kok Wai (Cheras ) dan ramai lagi. Namun beliau dilihat dapat menangani segala cabaran tersebut dengan berani dan tenang. Apakah komen beliau mengenai cabaran tersebut ? Apakah harapan dan visi beliau ? Sila klik - BERNAMA - Temuramah Khas Sempena Hari Wilayah Persekutuan, untuk membaca jawapanya serta isu - isu yang lain menarik di Wilayah Persekutuan.

Thursday, January 29, 2009

POLITIK BUBAR SAYAP VS KOMPROMI OH KOMPROMI.....PERSOALANYA SIAPA BERANI NAK BERKOMPROMI DULU ?

BERITA 1 -- Politik UMNO semakin menarik menjelang pemilihan parti. Selain isu lompat - melompat menghangatkan suasana di Perak, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Ahmad Rithaudeen mencadangan menghapuskan semua sayap UMNO termasuk pergerakan Puteri, Pemuda dan Wanita. Sila klik -mStar, untuk berita selanjutnya. Tapi hari ini , Datuk Seri Najib kata " NO WAY".
BERITA 2 -- Pemimpin - pemimpin UMNO yang bertanding jawatan tertinggi parti perlu berkompromi bagi bagi megelakkan perebutan kata UMNO Besut yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jusoh.
BERITA 3 --Saya tak akan tarik tarik diri kata. Kalau orang lain nak tarik diri " Alhamdulilah", kata Datuk Seri Ali Rustam
BERITA 4 --Saya harap UMNO dapat memilih jalan terbaik kerana apabila seseorang memberi pandangan, tidak bermakna ia mewakili majoriti kata Mat Taib
BERITA 5-- Terpulang kepada Majlis Tertinggi kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
BERITA 6 --Tidak mustahil tetapi perlu perbincangan mendalam kata Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Persoalanya, SIAPA NAK TAMPIL untuk berkompromi dulu ?

TINDAKAN ADUN LOMPAT KE PKR ; ADAKAH BN DAN UMNO SEMAKIN PARAH ? ADA NAK LOMPAT LAGI ?TAJOL ROSLI PULA LETAK JAWATAN !

KUALA LUMPUR 26 Jan 2009 -- Tindakan ADUN BOTA Nasaruddin Hashim mengambil langkah lompat ke parti PKR ,telah menyebabkan satu lagi spekulasi politik di negara ketika ini. Situasi politik negara telah berubah angin dari Kuala Terengganu kini sudah ke sampai ke negeri Perak pula. Ada laporan media yang menyebut, ada lagi yang akan lompat ke PKR ? sila klik -mStar, untuk laporan selanjutnya. Adakah BN dan UMNO semakin parah dengan tindakan ADUN BN tersebut ? Isu ini menjadi panas kerana ,ADUN tersebut mewakili BN , dari parti UMNO. Ini merupakan episod lompat parti yang pertama selepas PRU yang ke 12.
EPISOD TERKINI.......TAJOL LETAK JAWATAN.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Negeri Perak Datuk Seri Tajol Rosli letak jawatanya sebagai Pengerusi BN dan UMNO Perak ekoran tindakan Nasharuddin Hashim tersebut. Apa pula yang akan berlaku selepas ini? Datuk Seri Najib dikatakan akan memangku jawatan Pengerusi BN dan UMNO Perak. Namun siapa pengganti Tajol bakal diputuskan malam ini - di mesyuarat Majlis Tertinnggi UMNO !

Sunday, January 25, 2009

KEKEJAMAN POLITIK MIC DI BAWAH KEPIMPINAN SAMY VELLU !

KUALA LUMPUR 25 Jan 2009 --Kekejaman politik MIC dibawah pimpinan Datuk Seri S.Samy Vellu. Begitulah dapat disimpulkan dengan pemecatan Datuk M.Muthupalaniappan - bakal calon Presiden MIC yang dipecat dari MIC. Inilah senjata Samy Vellu. Sesiapa yang berani mencabar, berani bersuara akan terima padahnya. Alasan yang diberikan terhadap pemecatan Muthupalaniappan ialah , mengkritik kempimpinan parti. Tetapi beliau tidak diberikan peluang dan ruang yang secukupnya untuk menjelaskan pendirianya.
Sekali lagi Tan Sri Vadivelooo menjadi orang penting dalam kes pemecatan Muthu. Seluruh ahli MIC tahu mengenai peranan Vadivello di MIC.Kerjanya "tukang pecat".
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, semua parti komponen BN kena pukulan yang kuat pada PRU yang ke 12 tahun lepas.MIC hampir hilang tenggelam.Nasib baik di selamatkan dengan 3 kemenangan kerusi parlimen. Samy Vellu masih berdegil mahu menjadi Presiden MIC. Apa nak jadi dengan MIC ? Semua orang tahu , Samy Vellu merupakan salah satu punca kekalahan MIC pada PRU yanng ke 12. Sampai bila MIC nak berubah ? Parti - parti lain sudah berubah . MIC bila ? Pemimpin - pemimpin MIC seharusnya bangkit untuk menyelamatkan masa depan MIC daripada kekejaman Samy Vellu.
Malah dibandingkan dengan MIC , pemimpin UMNO lebih lantang bersuara secara terbuka terhadap kepimpinan Pak Lah sampai ada yang minta Pak Lah berhenti dan berundur selepas PRU yang ke 12 tahun lepas. Tetapi UMNO tidak mengamalkan politik pecat - memecat seperti MIC. Samy Vellu kena faham- suara akar umbi memang sudah menolak kepimpinanya. Sampai bila beliau nak bermain wayang di MIC ?

Friday, January 23, 2009

SENARIO PUTERI DI WP : PELUANG TERBUKA UNTUK SEMUA ; "BEST PUTERI WINS" kata Perwakilan !











KUALA LUMPUR 23 Jan 2009 -- Liku - liku perhitungan bagi merebut jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia semakin hari semakin menarik, rancak dan mencabar. Di Wilayah Persekutuan 8 calon menawarkan diri. 6 dari mereka adalah Ketua Puteri Bahagian manakala dua calon lagi pula adalah Ketua Puteri Cawangan.
Mengikut laporan yang diterima oleh Wilayahkini beberapa calon Puteri dari Wilayah Persekutuan dikatakan menerima sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan. Ketua Puteri Seputeh Azliza Ahmad, Ketua Puteri Putrajaya Norhamizah Zawawi serta Ketua Puteri Segambut Fiona dikatakan diantara calon yang mendapat sokongan yang baik dikalangan para perwakilan.
Sementara itu, Nashua dari Segambut dan juga Siti Fatimah dari Setiwangsa, dikatakan mula mendapat tempat di hati perwakilan walaupun tidak bergelar status " Ketua Puteri Bahagian" .Siti Fatimah dikatakan telah melancarkan kempen secara solo dan telah berkunjung ke beberapa buah negeri. Ketua Puteri Setiawangsa , Seri Wani pula dikatakan sedang merapatkan sokongan dikalangan para perwakilan dari masa ke semasa. Apa yang pasti, peluang memang nampak terbuka untuk semua calon dan perwakilan nampak gaya hanya akan pangkah calon yang berpontensi dan bukanya popular.Mereka tidak mahu pemimpin puteri dilabel macam kumpulan artis .
" Best puteri wins the race...dan kami tak mahu puteri dilabel sebagai macam golongan artis dan hanya suka cari glamour", kata beberapa perwakilan kepada Wilayahkini.

TINDAKAN DRASTIK SPRM KEJUTKAN SERTA PANASKAN POLITIK UMNO ; NORZA TAMPIL BERI KENYATAAN !

KUALA LUMPUR 23 Jan 2009 -- Akhbar Utusan Malaysia hari ini dalam laporan muka depanya melaporkan berita bertajuk " Norza Tampil Beri Kenyataan".
Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak dua hari lepas politik negara , khususnya melibatkan UMNO semakin panas dan kali ini kepanasanya berbeza sedikit.Bukanya disebabkan dengan bahang pemilihan, tetapi tindakan berani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) dalam menangani kes siasatan politik wang.
Utusan melaporkan, Datuk Norza Zakaria yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes politik wang. Laporan tersebut juga menyebut, beliau telah di soal siasat selama kira - kira lapan jam.
Sementara itu, semalam sahaja tiga pemimpin UMNO telah didakwa berhubung kes politik wang.
Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, "mereka yang bersalah perlu dihukum", katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan terbaru SPRM itu.
Cakap - cakap politik kini semakin kencang menjurus kepada tindakan drastik SPRM. SPRM pula dilkatakan akan " go all out" untuk membenteras kes politik wang. Kita tunggu siapa lagi selepas ini ?

Tuesday, January 20, 2009

SEMUA KATA UMNO PERLU BERUBAH ; MACAM MANA NAK BERUBAH ?

KUALA LUMPUR 21 Jan 2009 -- Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini , isu kekalahan BN di pilihanraya kecil Kuala Terengganu telah mengundang pelbagai reaksi dan juga macam - macam tanggapan serta andaian politik BN. Inilah mentaliti politik BN apabila kalah. Macam - macam cerita akan keluar. Isu yang terbaru yang dibangkitkan UMNO PERLU BERUBAH. MACAM MANA NAK BERUBAH ? Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini berpendapat , UMNO HILANG DAYA PENARIK dan perlu melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat. Beliau berkata UMNO kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu. Sila klik DISINI
Sementara itu, bakal Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib pula berkata, kekalahan BN di Kuala Terengganu tidak menjejaskan imejnya malah ianya merupakan tanggungjawab bersama. Sila klik disini - Najib says KT loss not a reflection on his leadership . Malah Najib juga berkata, imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpin yang kurang mesra rakyat merupakan antara punca kekalahan BN di Kuala Terengganu. Sila klik DISINI . Para pemerhati politik pula bertanya macam mana UMNO perlu berubah ? Apakah yang dimaksudkan dengan imej negatif UMNO ?
Seorang Penganalis Politik berkata kepada Wilayahkini, "Perwakilan UMNO kena buat kejutan politik dalam pemilihan parti kali ini. Mereka kena berani memilih calon yang tak ada rasuah, tak ada kontroversi, tak ada kes politik wang dan tidak kira siapa mereka walaupun calon tersebut kurang popular ataupun kurang dikenali. Yang penting calon tersebut perlulah bersih , rajin dan iklhas dengan perjuangan parti. Sekiranya ini terjadi, rakyat mungkin akan kembali ke pangkuan UMNO. Percayalah. Kita perlu buat satu tsunami politik UMNO kali ini", katanya.
Inilah dikatakan Perubahan Dalam UMNO, ujranya lagi.
Apa komen anda ?

Sunday, January 18, 2009

HADI AWANG MAHU PAK LAH TERUS KEKAL SEBAGAI PM SELEPAS BULAN MAC !

KUALA LUMPUR 18 Jan 2009 -- Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas bulan Mac ini . Sila klik -mStar, untuk berita selanjutnya.

BELUM SAMPAI SEHARI BN TERSUNGKUR DI KT ; POLITIK " SALAH SIAPA , TUDUH MENUDUH DI BN SUDAH SAMPAI KLIMAKS; SALAH SIAPA ? PAK LAH? NAJIB ? SIAPA ??

KUALA LUMPUR 18 Jan 2009 -- Selesai sudah episod pertama perjuangan pilihanraya kecil Kuala Terengganu di mana Pas menang dengan penuh bergaya manakala BN tersungkur sekali lagi selepas Permatang Pauh. Kini bermulah episod kedua politik negara iaitu , politik "Siapa Yang Patut Di Persalahkan ?" di kalangan parti - parti komponen BN khususnya UMNO. Ada pihak yang menyalahkan Pak Lah sebagai Presiden UMNO kerana gagal memilih calon yang diterima oleh semua pihak, manakala ada pihak yang mula menuding jari terhadap " Perdana Menteri Malaysia In - Waiting , Datuk Seri Najib Tun Razak " , yang juga merupakan Pengarah BN pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Ada pihak pula yang menyalahkan, calon BN Wan Farid. Inilah asam garam politik BN selepas kekalahan demi kekalahan.
Sementara itu ( sila Klik )- Warisan politik Abdullah, beban buat Najib, kata Malaysian Insider.
Manakala Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang pula mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Mac ini kerana untuk meneruskan pembaharuan - pembaharuan dalam aspek - aspek lain selain kehakiman dan rasuah. Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi tersebut, katanya. Kenyataaan Hadi juga mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi politik dikalangan pemimpin politik khususnya dari UMNO. Apakah Hadi Awang serius dengan kenyataanya? Apa pula pendirian Anwar Ibrahim?
BN Tidak Boleh Lagi Berpeluk Tubuh, kata pemerhati politik. Sila klik DISINI
Sementara itu, Tun Dr.Mahathir Mohamad seperti biasa mengkritik Pak Lah ~ " buat undi tidak percaya terhadap Pak Lah". Sila klik DISINI.
Beginilah situasi politik negara selepas pilihanraya kecil KT. Ini baru hari pertama. Lepas ini mungkin ada banyak lagi episod - episod yang menarik.
Ada pihak pula mahu kepimpinan UMNO , mula serius dalam menangani isu politik wang, tidak kira kedudukan dan siapa orangnya kerana , ahli - ahli UMNO dikatakan sudah bosan dengan kenyataan demi kenyataan dari pemimpin tertinggi UMNO dalam isu politik wang. Politik negara, khususnya dalam UMNO semakin panas menjelang pemilihan parti bulan Mac nanti.

Thursday, January 15, 2009

KUALA TERENGGANU : 48 JAM SEBELUM HARI MENGUNDI.....SEMAKIN PANAS DAN TIDAK MENENTU ; BN HAMPIR PASTI MENANG ?

KUALA TERENGGANU 15 Jan 2009 -- Senario kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu semakin hari semakin panas. Keadaan menjadi lebih mendebarkan menjelang hari 48jam sebelum tempoh kempen tamat pada malam esok. Pelbagai ramalan dan spekulasi lontarkan oleh pelbagai pihak. Ada pula menyebut , pengundi cina bakal menentukan kemenangan calon BN di Kuala Terengganu. Ada pula yang menyebut, BN hampir pasti melakar kemenangan kali ini kerana Kuala Terengganu dikatakan kubu UMNO dan BN. Disebalik ramalan tersebut, apakah implikasi -Jika BN kalah… ? ( Kupasan dari Malaysian Insider ).
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, sokongan pengundi cina bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk BN semakin baik. Wilayahkini pula nampak, jentera BN dari Wilayah Persekutuan berkerja keras memastikan kemenangan calon BN.

Friday, January 9, 2009

UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN TURUN PADANG BANTU CALON BN DI KUALA TERENGGANU !

KUALA TERENGGANU 9 Jan 2009 -- UMNO Wilayah Persekutuan juga telah turun untuk membantu memastikan kemenangan calon BN di Kuala Terengganu. Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan telah melantik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Kamaruddin Ambok sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini.
UMNO Wilayah Persekutuan difahamkan ditugaskan untuk menjaga kawasan Pantai dan Kampong Kolam yang berada di kawasan DUN Bandar.
Sementara itu, wakil Wilayahkini juga nampak ramai wakil - wakil daripada Pergerakan Pemuda, Puteri dan juga turn padang sama - sama untuk membantu calon BN.
Disebalik perkembangan tersebut, kami juga ada dengar yang ramai pula nak gunakan kesempatan untuk berkempen bagi pemilihan UMNO.
Apapun disebalik, kepanasan politik di Kuala Terengganu, kita nampak ahli - ahli UMNO Wilayah Persekutuan nampak begitu bersemangat .

Tuesday, January 6, 2009

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU : CABARAN SEBENAR POLITIK NEGARA TAHUN 2009 SUDAH BERMULA ; CEMAS, GETIR DLL.......!

KUALA TERENGGANU 6 Jan 2009 -- Cabaran politik negara sudah pun bermula.Kini semua tumpuan negara tertumpu kearah pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang disifatkan sebagai satu episod yang tidak dapat diramalkan - siapa yang bakal meraih kejayaan.Yang pasti - ianya merupakan medan ujian getir dan penting kepada BN khususnya kepada Datuk Seri Najub Tun Razak yang mengepalai jentera BN.
Malah pemerhati politik juga meramalkan ianya perjuangan paling mencemaskan bagi Najib yang kini sedang menunggu giliran menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah pada bulan Mac nanti.Malah sehari sebelum penamaan calon banyak isu yang mula disebarkan dan diserang oleh Pakatan Rakyat , namun Najib yakin dan optimis BN akan menang. Sila klik DISINI
Sementara itu, apa pulak komen pemimpin - pemimpin utama UMNO mengenai peluang BN kali ini ? Sila klik DISINI
Pilihanraya Kuala Terengganu menyaksikan pertarungan tiga penjuru diantara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid, Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut dan seorang calon Bebas - Azharudin Mamat.
Disebalik kehangatan kempen tersebut, kesempatan pilihanraya kecil tersebut dikatakan telah digunakan oleh calon - calon UMNO yang bakal bertanding pada pemilihan parti pada bulan Mac nanti. Wilayahkini difahamkan , ramai calon dan penyokong sudah berkampung di Kuala Terengganu sejak seminggu lepas untuk menjayakan dua misi berkempen.
Wilayahkini juga nampak , ramai juga wakil - wakil daripada Wilayah Persekutuan berada di Kuala Terengganu bagi membantu calon BN kali ini.

Saturday, January 3, 2009

PEMUDA WILAYAH SOKONG NORZA TANDING MT KERANA KETOKOHAN DAN KOMITMENYA !

KUALA LUMPUR 3 Jan 2009 -- Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan baru - baru ini telah membuat kenyataan untuk mempertahankan Ketuanya Datuk Norza Zakaria untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti bulan Mac nanti.
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , Syed Mehdhar Syed Abdullah ( yang juga merupakan Ketua Pemuda Cheras ) berkata, sokongan itu dibuat berdasarkan kepada pengalaman, ketokohan dan komitmen Norza.
" Kata sepakat ini diputuskan menerusi mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda negeri yang diadakan 11 Disember lalu.
"Mesyuarat itu dihadiri oleh 12 orang Ketua Pemuda Bahagian termasuk 10 Ketua Pemuda Bahagian yang baru dilantik kecuali Bahagian Labuan", katanya
Syed Mehdhar berkata, pihaknya akan memastikan Mohamad Norza berjaya memenagi kerusi MT itu.
"Kita akan memberikan mandat sepenuhnya kepada calon yang dipilih secara majoriti untuk menerajui pergerakan ini dan sekali gus membawa suara pemuda ke peringkat tertinggi kepimpinan parti sejajar dengan perkembangan politik semasa", jelasnya.
NAK TAHU KEJAYAAN NORZA DI WP ? berita lanjut akan menyusul..........
Wilayahkini telah menerima banyak komen mengenai isu ini setelah berita ini dipaparkan. Untuk rekod, berita ini adalah dipetik dari kenyataan akhbar Penolong Setiausaha Pemuda WP -- yang juga telah diterbitkan di akhbar - akhbar tempatan baru - baru ini. Kami juga terpaksa memantau beberapa komen demi kebaikan kita bersama. KOMEN WILAYAHKINI mengenai isu ini akan menyusul ..........

Friday, January 2, 2009

PUTERI UMNO SETIAWANGSA LANCAR LAMAN BLOG SENDIRI...... !

SETIAWANGSA 2 Jan 2009 -- Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa yang diketuai Seri Wani Sabtu melancarkan laman blog rasmi pergerakan tersebut baru - baru ini bagi memperkasakan lagi sistem komunikasi dikalangan ahli - ahli puteri di Setiawangsa serta bahagianbahagian lain. www.puteri118.blogspot.com , untuk mengikuti perkembangan Puteri UMNO Setiwangsa. Untuk rekod, Seri Wani juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Wilayahkini, mengucapkan syabas kepada Pergerakan Puteri Setiawangsa yang telah mengambil inusiatif untuk memulakan laman blog sendiri. Kami juga mendapati banyak gambar - gambar yang dimuatkan di blog tersebut untuk tatapan kita bersama. Wilayahkini berkongsi bersama -- beberapa keping gambar yang diambil dari laman blog tersebut.

Thursday, January 1, 2009

PAK LAH PEMIMPIN 2008, PILIHAN WILAYAHKINI !

KUALA LUMPUR 1 Jan 2009 -- Wilayahkini memilih Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai " Pemimpin 2008, pilihan WILAYAHKINI"( Man Of The Year Wilayahkini ) kerana semangat juangnya yang kental untuk meneruskan visi dan misinya untuk mereformasikan negara termasuk dalam bidang kehakiman dan pencegahan rasuah. Walaupun tertekan selepas PRU 12 selepas bulan Mac , beliau dilihat begitu tabah dan berani menghadapi segala rintangan dan cabaran walaupun serangan tersebut datang dari kawan - kawanya sendiri di UMNO dan BN. Tapi, Pak Lah mara dengan penuh yakin dan tidak tamak kuasa sehingga mempercepatkan pelan peralihan kuasa pada Mac 2009 . Beliau dilihat lebih mengutamakan kepentingan negara, rakyat , agama dan parti,dan BN dalam segala keputusan yang dibuatnya selama ini. Di sebalik elemen tersebut, Pak Lah dikatakan masih bermasam muka dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ? Sila klik - Pak Lah remains bitter with Muhyiddin , untuk baca berita selanjutnya. Apa yang pasti, Pak Lah berjaya melakukan satu pembaharuan reformasi yang besar. Kami dapat merasakanya !

SALAM TAHUN BARU 2009 DARI WILAYAHKINI !

Pasukan kerja Wilayahkini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2009 kepada semua pembaca setia kami. Malah sejak Wilayahkini mula dilancarkan pada bulan Februari, 2008 sehingga hari ini , kami telah mencecah dan mendapat hampir 800, 000 hits sehingga hari ini dalam tempoh masa 10 bulan ini. Kami juga telah menyiarkan banyak isu - isu mengenai politik UMNO dan sebagainya. Wilayahkini juga sedang memperkemaskan blog ini - untuk diubah suai dalam bentuk yang lebih menarik dari segi kanduganya termasuk reka bentuk.Kami juga bercadang untuk menerapkan lebih banyak berita - berita lain seperti hiburan, rencana, berita Wilayah disamping berita - berita berunsurkan politik. Kami mahu menjadikan Wilayahkini sebagai sebuah portal rasmi Wilayah Persekutuan yang lebih dinamik dan relevan - bagaikan Online Media. Kerja - kerja sedang dijalankan. Kami akan teruskan mengekalkan konsep NEUTRAL dan tidak akan menyebelahi mana - mana pihak. Jadikanlah Wilayahkini sebagai suara anda , TETAPI kami sekali lagi merayu jangan jadikanya sebagai tempat untuk bertelagah, memfitnah orang lain dan sebagainya.Rapatkalah hubungan dan kuatkan silaturahim. Sepertimana yang kita sedia maklum, tahun 2008 menyaksikan banyak isu - isu yang panas selepas negara dilanda TSUNAMI PRU ke 12. Kita berharap tahun 2009 akan menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua. Kami sekali ingin mengucapkan terimakasih kepada anda semua. Terimakasih juga kepada pihak - pihak ( DUA ORANG , rakan) yang menjadi suntikan semangat kepada kami untuk menjayakan blog ini. ANDA MEMPUNYAI SEBARANG CADANGAN bagi Wilayahkini ?

Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430 !

Assalamulaikum wbth.
Kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati allah sekalian , Wilayahkini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, Insya Allah.
Wilayahkini juga telah bertekad untuk melakukan satu perubahan drastik sempena tahun baru ini. Nantikanya di Wilayahkini.
Sekali lagi SALAM MAAL HIJRAH 1430.
- daripada WILAYAHKINI -

ARAHAN PERSIDANGAN SEMULA UMNO BATU DI RAGUI ; AJK UMNO BATU BUAT LAPORAN POLIS !

(KES 2) KUALA LUMPUR 29 Dis 2008 -- Seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu membuat laporan polis berhubung pemilihan semula UMNO Batu.
Fairul Iskandar Faizil De Souza membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.
Beliau dipetik oleh Akhbar Sinar Harian hari ini berkata, pada 26 Disember lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan surat makluman bahawa mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu untuk pemilihan jawatan Ketua Bahagian akan diadakan pada 28hb Disember di PWTC.
" Bagaimanapun , kami hairan mengapa mesyuarat perlu diadakan semula sedangkan Setiausaha Agung UMNO atau wakilnya tidak datang ke bahagian dan memanggil kedua - dua belah pihak dan perwakilan bagi menyelesaikan isu ini", katanya kepada Sinar Harian siaran hari ini. ( Keratan akhbar disertakan )
Katanya, beliau berasakan bahawa persidangan semula itu tidak perlu diadakan semula kerana keputusan sudah dibuat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi sebelum ini.
Menurut beliau, notis mesyuarat itu juga didakwa dikeluarkan dalam masa singkat.
" Notis untuk bersidang semula itu juga hanya diperoleh oleh pihak tertentu sahaja.Dalam hal ini, saya berpendapat mungkin ada banyak perkara yang menjadi persoalan", katanya.
Fairul Iskandar berkata, beliau memohon Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MT UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razk supaya meneliti dan membuat penilaian sewajarnya berhubung perkara itu.
Menurut beliau , laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan rapi dan adil dijalankan agar pihak yang melemparkan dakwaan berhubung mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Batu sebelum ini atas kepentingan peribadi dikenakan tindakan sewajarnya.
" Rata - rata Ketua Cawangan UMNO Bahagian Batu tidak berpuas hati enggan menghadiri persidangan semula yang diadakan itu. Saya bersedia berhadapan sebarang tindakan berhubungn laporan polis yang dibuat ini", katanya.

DRAMA UMNO BATU ; MEMANG PELIK TAPI BENAR ; YUSUF HAMID TAK MUNCUL ; PEMILIHAN DITERUSKAN ; ABAS MENANG TANPA DICABAR ; APA DAH JADI ?

( KES 1 ) KUALA LUMPUR ,29 Dis 2008 -- Sepertimana berita sebelum ini ,apa yang berlaku di UMNO Batu memang PELIK TAPI BENAR. Akhirnya mesyuarat semula UMNO Batu yang bersidang semula semalam - HANYA untuk memilih KETUA BAHAGIAN menyaksikan satu lagi drama politik apabila penyandang Ketua Bahagian Batu Datuk Yusuff Hamid tidak hadir.Tetapi mesyuarat dan pemilihan diteruskan tanpa kehadiran Yusuff Hamid. Berikut adalah intipati drama tersebut :
1. Yahya Mat Ghani ( Abas ) - 136 undi ; Yusuff Hamid - 2 undi ; 1 undi rosak
2.Hanya 139 perwakilan yang hadir untuk mengundi daripada 245 perwakilan. Seramai 106 perwakilan tidak hadir.
3. Kenapa penyandang Ketua Bahagian Yusuff Hamid tidak hadir ?
4. Pemilihan semula dikendalikan oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat Jen ( B ) Datuk Khusainy.
5. Apakah Yusuff Hamid akan membuat sesuatu selepas ini ?
Untuk rekod, pada pemilihan UMNO Batu yang diadakan pada 2hb November lepas, Yusuff selaku Penyandang Ketua UMNO Batu berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagianya dengan kelebihan 5 undi sahaja - menewaskan Yahya Mat Ghani.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO sebelum ini telah membuat keputusan supaya UMNO Batu tidak perlu mengadakan mesyuarat semula , TETAPI dalam tempoh masa sebulan , timbul pula satu arahan baru iaitu - pemilihan semula perlu diadakan untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja. MEMANG PELIK TAPI BENAR.
Wilayahkini difahamkan , sebelum ini Majlis Tertinggi telah memberi kebenaran kepada semua Badan Perhubungan UMNO negeri masing - masing untuk menangani isu mengenai pemilihan bahagian TETAPI apabila terkeluarnya arahan daripada Setiausaha Agung UMNO - ramai yang keliru dan tidak puas hati. Majlis Tertinggi UMNO , mungkin boleh memperjelaskan isu seperti ini supaya ramai ahli - ahli UMNO tidak keliru , marah ataupun kecewa.Yang penting kita jangan menafikan hak demokrasi dalam UMNO. Tangan - tangan tersembunyi perlu dicantas segera kerana ianya boleh menjejaskan kekuatan UMNO.
Wilayahkini juga telah menerima beberapa emel mengenai pemilihan semalam. Mereka mempertikaikan kenapa mesyuarat perlu diteruskan walaupun tanpa kehadiran penyandang Ketua Bahagian? Kenapa tidak menangguhkanya sahaja ? Ramai perwakilan tak hadir - kita perlu dengar suara mereka. Kenapa mereka tidak hadir ? -- begitulah suara - suara yang berkemundang di pihak Yusuf Hamid.Malah mereka menyifatkanya satu tindakan aneh dan kelakar.
Manakala penyokong Abas pula mempertahankan pemilihan tersebut kerana telah mencukupi korum dan telah mula merayakan kemenangan Abas. Apakah kemenangan ini berbaloi ataupun tidak ? Namun, Abas dikatakan yakin untuk menang walaupun diadakan pemilihan semula selepas ini.
Apa selepas ini ?

Wednesday, December 24, 2008

POLITIK BATU KEMBALI PANAS ; PEMILIHAN SEMULA HANYA UNTUK JAWATAN KETUA BAHAGIAN ; PELUANG KEDUA BAGI ABAS ; YUSUF HAMID LEPAS KALI INI ?

KUALA LUMPUR -- " Pelik tapi benar dan apapun boleh berlaku dalam arena politik", begitulah dapat dirumuskan mengenai perkembangan di UMNO Batu apabila UMNO pusat mengarahkan diadakan pemilihan semula hanya untuk jawatan Ketua Bahagian Batu yang dimenangi oleh penyandang Datuk Yusuf Hamid dengan kelebihan 5 undi pada 2hb November yang lepas. Pemilihan semula bakal diadakan pada 28hb Disember ini.
Dengan keputusan yang penuh dramatik tersebut, Yusuff Hamid yang hanya dapat mempertahankan jawatanya untuk tempoh sebulan ini terpaksa mengharungi satu lagi rintangan politik yang penuh berliku dalam karier politiknya. Arahan dari UMNO pusat yang menetapkan pemilihan semula hanya untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja telah mengundang pelbagai reaksi dan cakap - cakap politik.
" Jarang berlaku dalam UMNO insiden seperti ini apabila hanya jawatan Ketua Bahagian sahaja yang diarahkan dibuat pemilihan semula . Ada sesuatu yang tak kena pada pemilihan yang lepas ? ", kata seorang pemimpin UMNO dari WP kepada Wilayahkini hari ini.
Untuk rekod , sebelum ini difahamkan mesyuarat pengurusan UMNO Malaysia telah membuat keputusan supaya UMNO Batu tidak perlu mesyuarat semula dan tidak perlu diadakan pemilihan semula walaupun ada beberapa bantahan dikemukakan . Kini segala - galanya telah terjawab. Memang pelik tapi benar.Tapi itulah realiti sebenar dalam arena politik.Apapun boleh terjadi.
PELUANG KEDUA BAGI ABAS ?
Dengan perkembangan tersebut, ramai pihak melihat ianya bakal memberikan satu harapan baru serta peluang kedua bagi Yahya Mat Ghani ( Abas Batu ) untuk melakukan sesuatu setelah hampir 90 % pasukanya menang untuk jawatan tertinggi UMNO Batu pada pemilihan 2 November yang lepas. Malah ramai penyokong Abas terkejut dengan keputusan tersebut.
Ramai bersuara supaya diadakan semula pemilihan semula.Tapi ketika itu nasib tidak menyebelahi penyokong Abas dan juga untuk Abas sendiri. Namun selepas hampir sebulan lebih, mereka mendapat semula suntikan politik untuk melakukan sesuatu. Apakah Abas akan berjaya menumpaskan Yusuf Hamid yang dikatakan - masih kuat dan yakin akan mempertahankan jawatanya walaupun diadakan pemilihan semula. Apakah Yusuf Hamid akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini ataupun sebaliknya ?
Kini bola dikaki Abas dan Yusuf Hamid. Namun disebalik keputusan tersebut, ada yang berkata banyak tangan - tangan tersembunyi akan mencaturkan pemilihan semula ini. Apa yang pasti -- UMNO Batu kembali bergegar dan panas !

TANGGUH DULU PEMILIHAN UMNO MAC DEPAN KALAU SEMUA ADUAN POLITIK WANG TAK DAPAT DISELESAIKAN !

KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mencadangkan supaya pemilihan UMNO yang bakal diadakan Mac tahun depan wajar ditangguhkan sekiranya aduan politik wang tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh. Sila baca -mStar , untuk berita selanjutnya.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, sekiaranya UMNO mahu terus bertahan dan kekal sebagai sebuah parti yang masih relevan dalam politik arus perdana , semua isu dan laporan mengenai politik wang perlu diselesaikan sebelum pemilihan parti diadakan Mac tahun depan.

Monday, December 22, 2008

PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAHAGIAN SETIAWANGSA : "KENA TUNGGU DULU SAMPAI TAHUN DEPAN" ; ABDULLAH MAT DILANTIK SEMULA !

SETIAWANGSA --" Kena tunggu dulu sampai tahun depan", begitulah reaksi yang diberikan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique mengenai perlantikan jawatan utama UMNO Bahagaian Setiawangsa bagi penggal 2008 - 2011 termasuk Ketua Penerangan , Bendahari dan 7 orang AJK Bahagian secara lantikan.
Namun, Zulhasnan Rafique yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengumumkan perlantikan semula Abdullah Mat atau lebih di kenali sebagai "Pak Lah" sebagai Setiausaha Bahagian.
Walaupun sebelum ini ada macam - macam spekulasi politik mengenai perlantikan jawatan - jawatan tersebut, tersmasuk setelah penyandang Bendahari Datuk Fauzi Zahari telah menang untuk jawatan Naib Ketua Bahagian. Beberapa nama yang dikaitkan bagi mengisi jawatan tersebut. Bagi jawatan Ketua Penerangan pula ada pihak yang meramalkan , penyandang Ahmad Hashim akan dikekalkan kerana beberapa sebab. Kita tunggu dulu.....!
Namun, kehangatan politik Setiawangsa dikatakan sudah sejuk kembali selepas pemilihan yang diadakan baru - baru ini.
Sementara itu, UMNO Bahagian Setiawangsa : Iltizam memperkasa pimpinan dan merakyatkan UMNO, sila KLIK disini .

PEMILIHAN WAN FARID : ADA MACAM - MACAM BUNYI ; TIDAK ADIL KATA SAYA TAK LAYAK, KATA WAN FARID ; POLITIK DALAMAN DAH BERMULA ?

KUALA LUMPUR ,22 Dis 2008 -- Akhirnya Barisan Nasional memilih Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi piliharanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Walaupun sebelum ini ada bermacam - macam desas desus mengenai pemilihan calon sehingga ada berkata nama Muhamad Zuber Embong ( Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Terengganu ) bakal diumumkan sebagai calon , namun penampilan nama Wan Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah mengundang pelbagai reaksi termasuk cakap - cakap politik. Ada pihak pula menyifatkan pemilihan Wan Farid sebagai - kuasa politik Pak Lah, Sila baca - Wan Farid: Terbukti Abdullah masih berpengaruh.
Ada pihak pula berpendapat , pemilihan Wan Farid bagi mengelakkan insiden Permatang Pauh berulang kembali di Kuala Terengganu. Ada pula yang berkata, UMNO mungkin mahu " menjaga hati " UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan macam - macam lagi.
Sementara itu, Wan Farid hari ini dengan lantang bersuara , " Tidak Adil Kata Saya Tak Layak ; Kenali Saya Dulu Sebelum Hukum Saya", katanya. Sila klik DISINI , untuk berita selanjutnya.
Pemerhati politik pula berkata, politik dalaman UMNO sudahpun bermula.Ini belum lagi kempen pilihanraya kecil.Pas juga belum lagi umumkan calon mereka. Sekali lagi kepanasan politik UMNO sudah mula bermula.

Wednesday, December 17, 2008

KEMPEN TIMBALAN PRESIDEN SEMAKIN HANGAT SAMPAI ISUNYA MASUK PARLIMEN !

KUALA LUMPUR -- Siapakah bakal pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Isu ini semakin panas walaupun banyak spekulasi dan ramalan dilontarkan setiap hari ini.
Peluang Calon Timbalan Presiden Sama Rata , sila klik DISINI . Sementara itu , semalam seorang Ahli Parlimen PKR dengan lantang bersuara di Parlimen kononya bahawa dia mempunyai bukti seorang calon Timbalan Presiden UMNO terlibat dalam rasuah politik wang. Sila klik DISINI , untuk berita selanjutnya. Berita tersebut telah mengamatkan suasana Dewan Rakyat petang semalam. Malah dakwaan tersebut telah mendapat liputan utama - muka depan akhbar Sinar Harian hari ini ( gambar ). Menjelang hujung bulan ini, ramai akan mengambil peluang untuk bercuti sempena akhir tahun.Bagaimana pula kempen jawatan Timbalan Presiden ? Akan ada cuti sementara untuk aktiviti berkempen ataupun perjuangan diteruskan ?

Monday, December 15, 2008

WAJAH - WAJAH CALON EXCO PEMUDA DARI WILAYAH PERSEKUTUAN ; HARAPAN & CABARAN ; DULU DAN KINI........!

KUALA LUMPUR , 15 Dis 2008 -- Seramai enam Ketua Pemuda dari Wilayah Persekutuan akan mencuba nasib masing - masing bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti bulan Mac tahun depan.
Mereka ialah :
Rizalman Dato Mokhtar Samad ( Ketua Pemuda Bandar Tun Razak ), Datuk Ahmad Zaki(Ketua Pemuda Putrajaya), Tengku Azman (Ketua Pemuda Bukit Bintang) ,Norizan (Ketua Pemuda Kepong) , Sazali Kamilan (Ketua Pemuda Lembah Pantai) dan Mohd Razlan (Ketua Pemuda Seputeh).
Manakala Haji Kamaruddin (Dino) , yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda Segambut akan bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia.
Dikalangan pemimpin Pemuda yang menawarkan diri bertanding Exco dari Wilayah kali ini.
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria pula akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO kali ini.
UPDATE TERKINI.......
Wilayahkini melihat dari sudut yang lebih positif dalam isu ini. Yang penting , kita mahu melihat " Kebangkitan Semula Pemuda UMNO di WP" kali ini, dan kita tidak mahu , Pemuda WP menjadi lesu dan hanya menjadi panas untuk " seketika " dan Syok Sendiri. Pemuda WP sepatutnya merasa bertuah kerana , Ketuanya Datuk Norza Zakaria bukan sahaja dipilih dan dilantik untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO mewakili kuota Pemuda UMNO Malaysia. Malah Norza juga menjadi Setiausaha Politik di satu Kementerian yang paling berpengaruh di Malaysia. Kita memiliki segala kekuatan, TETAPI akhirnya apa yang terjadi ? Pemuda WP dipinggirkan begitu sahaja. Ramai yang kecewa dan marah. Namun, kini selepas pemilihan Pemuda baru - baru ini, kita nampak ramai pemimpin Pemuda di Wilayah sudah mula menunjukkan kekuatan masing - masing di kesemua bahagian. Malah mereka sudah lantang bersuara dan bergerak. Kita berharap , WP akan mempunyai ramai wakil Exco diperingkat nasional nanti. Kita mahu mahu Pemuda Wilayah diperkasakan semula kerana suara Pemuda Wilayah sudah lama tidak kedengaran di peringkat nasional !
Pemimpin seperti , Zaki dan Rizalman cukup bepengalaman di pentas pemuda nasional. Kita perlu melahirkan lebih ramai pemuda pelapis di WP selepas ini !

DATUK BANDAR KL BARU MULA TUGAS HARI INI ; MEDIA TAK DIBENAR MASUK ; FUAD JUMPA MENTERI WP HARI INI !

KUALA LUMPUR, 15 Dis 2008 -- Sepertimana yang diketahui umum, Ahmad Fuad telah dinamakan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke 9. Hari ini Fuad telah memulakan tugasnya di DBKL. Wilayahkini difahamkan pihak wartawan dari awal pagi telah menunggu kehadiran Fuad tetapi tidak dibenarkan masuk. Difahamkan Fuad mengadakan perjumpaan dengan semua Pengarah Jabatan selama 15 minit sebelum mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dipejabat Menteri, Tingkat 6 Bangunan DBKL.
Wilayahkini dengar, Datuk Bandar baru tidak mahu berjumpa dengan media hari ini ? Banyak cerita yang kita dengar mengenai Ahmad Fuad. Hari pertama beliau masuk ke DBKL sudah menyaksikan pelbagai drama dan klimaks di DBKL.
Pihak media yang menjangka Ahmad Fuad sebagai seorang yang "mesra media" selama ini, dikatakan kecewa dengan insiden tersebut. Apakah Ahmad Fuad akan berjumpa dengan media ataupun melepaskan diri dari pihak media ? Apakah akan ada beberapa pengumuman penting dari Datuk Bandar baru selepas ini ? -- Wartawan Wilayahkini
BERITA SEBELUM INI.......

KUALA LUMPUR -- Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Datuk Ahmad Fuad Ismail akan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru menggantikan Datuk Abdul Hakim Borhan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dijangka mengumumkan perlantikan Fuad pada satu sidang media petang esok dipejabatnya. Wilayahkini difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Abdul Hakim dan mahukan Fuad dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru.
Namun disebalik perlantikan Datuk Bandar baru dalam tempoh masa 24 jam ini macam - macam cerita mula kedengaran. Ada pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan perlantikan Fuad dan Abdul Hakim pula dikatakan kecewa dengan perkembangan tersebut. Namun disebalik perlantikan baru ini, banyak perkara perlu dinilai dan dipantau. Ikutilah , komen khas Wilayahkini mengenai isu ini SECEPAT MUNGKIN......

Sunday, December 14, 2008

PEMILIHAN KETUA PEMUDA : PERWAKILAN WILAYAH SOKONG SIAPA ? ; MUKHRIZ JADI PILIHAN DI WP ? KJ BANGKIT SEMULA ? KHIR TOYO MACAM MANA ?

UPDATE TERKINI : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dikatakan telah menemui hampir semua perwakilan pemuda UMNO dari seluruh Malaysia dan dikatakan boleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sila klik DISINI
BERITA SEBELUM INI...........
KUALA LUMPUR -- Bahang pemilihan pucuk pimpinan tertinggi di UMNO khususnya di peringkat Pemuda UMNO Malaysia dikatakan sudah sampai ke tahap yang sungguh mencemaskan walaupun ada tiga bulan lagi untuk tempoh mengundi.
Sekiranya dulu nama Datuk Mukhriz Mahathir dijulang sebagai pilihani no 1 , tetapi kini cakap -cakap politik sudah mula dilihat memihak kepada Datuk Seri Khir Toyo manakala nasib Khairy Jamaluddin dikatakan masih samar - samar lagi. Namun dikatakan , Khairy akan bangkit semula dalam saat -saat terakhir sebelum pemilihan parti.
Yang paling menarik sekali ialah , siapakah yang menjadi pilihan perwakilan dari Wilayah Persekutuan kali ini ? KJ ? Mukhriz atapun Khir Toyo ?
Beberapa pemimpin Pemuda yang ditemui oleh Wilayahkini berpendapat " memang terlalu awal untuk diramalkan peluang ketiga - tiga mereka.Kerana ini baru masuk pusingan awal. Kita perlu tunggu sanpai beberapa pusingan lagi".
Ada pula yang berpendapat , aliran tunai semakin tinggi dan ianya bergantung kepada cara dan strategi yang digunakan.
" Jangan kira mengenai pencalonan.Sekiranya Pemuda Titiwangsa dan Pemuda Putrajaya mencalonkan Muhkhriz , tidak semestinya mereka akan mendapat undi. Sama juga bahagian - bahagian lain di Wilayah Persekutuan " , kata seorang bekas Ketua Pemuda Bahagian kepada Wilayahkini.
Namun, difahamkan diatas kertas menyaksikan peluang Mukhriz Mahathir dikatakan amat cerah mendominasi undi - undi dari perwakilan Wilayah Persekutuan . Kali ini Wilayah Persekutuan menyaksikan 10 bahagian telah menerima kepimpinan bari diperingkat Pemuda. Apakah pandangan dan citarasa mereka ?