Sunday, February 1, 2009

PINGAT HARI WP : AZIM DAPAT " DATUK SERI " ; RIDHUAN HAMID DAN SYED ALI DAPAT " DATUK" ; HAMIZAH PULA TERIMA "KMW" ! !

KUALA LUMPUR 2 Feb 2009 -- Bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang yang juga Bendahari UMNO WP Datuk Seri Abdul Azim Zabidi menerima gelaran " Datuk Seri " (SMW ) manakala Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Ketua UMNO Kepong Senator Datuk Ridhuan Hamid dan Ketua UMNO
Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Habshee menerima gelaran "Datuk" ( PMW). Beberapa penerima pingat yang lain termasuk Setiausaha UMNO Setiawangsa , Abdullah Mat ( JMW), Ketua Wanita UMNO Setiawangsa Hairunnisha Bivee ( JMW), Ketua Wanita Labuan, Aini Safar (KMW), Ketua Wanita Titiwangsa, Hafsah Abdul Rahman ( KMW ), Ketua Puteri UMNO Putrajaya Hamizah Zawawi ( KMW), Abdul Aziz Jasin , Pengerusi Tetap UMNO Bandar Tun Razak ( KMW ), Adnan Mudzi dari UMNO Lembah Pantai, Ketua Wanita Putrajaya Sadiah Bakar ( KMW ) dan ramai lagi. Turut menerima KMW ialah Lamat Basar dari UMNO Segambut dan Ghazali Samsuddin dari UMNO Wangsa Maju.
( gambar : Azim, Ridhuan, Syed Ali, Abdullah Mat dan Hamizah )

15 comments:

Anonymous said...

Tahnniah Kak Mizah. Memang cun

Anonymous said...

Harap Hamizah menang dalam exco PU3 nanti.

KHAIRUL said...

pembetulan...Adnan Mudzi sekarang hanya ketua cawangan sahaja.dia kalah bertanding timbalan ketua bahagian.Naib ketua bahagian Lembah Pantai sekarang ialah Sdr Azuz.

Anonymous said...

huh!! pingat for Miza? Dia mungkin dapat pingat dari WP, tapi seluruh puteri WP yang pegi ke KT tempohari tau perangai buruk dia. Huh! what a waste of pingat!!

Anonymous said...

Abdullah Mat tu patut dapat Dato Seri kerana peranan beliau dalam mencaturkan perjalanan songsang Bahagian Setiawangsa. Segala cawangan yang tidak mengikut telunjuk beliau abis kena cantas. Maka bertambah lah jumlah ahli UMNO yang benci kepada UMNO.Ini lah bibit yang menjadi penyokong setia UMNO yang telah berjuang dalam UMNO sebelum Abdullah Mat mengisi borang keahlian lagi menjadi keliru dan UMNO menjadi harubiru.

Anonymous said...

Pembetulan... Hjh. Hafsah Abdul Rahman adalah MANTAN Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa. Dan beliau sekarang adalah Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita Umno Bahagian Titiwangsa. Harap Maklum... Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa yang baru ialah Hjh. Khadijah Alang Ibrahim. Terima Kasih...

Anonymous said...

congrate semua yang dapat pingat.. sowi oleen lambat dapat info lah..

Anonymous said...

Syed Ali datanglah meeting perhubungan Wp sekali cukuplah dalam setahun...Tahniahlah dapat Datuk WP...dapat Gelaran Datuk mulut mau jaga...

Anonymous said...

Penganugerahan pingat yang di rekomen oleh pihak tertentu sudah pastinya ada agenda tersembunyi disebaliknya. Contohnya, para penerima pingat WP dari Labuan datangnya dari mereka yg menjadi tunjang keatas kemenangan pemimpin yang ditolak rakyat iaitu DS. Tapi apa boleh buat Mezza Notte, ini semua permainan didalam POLITIK. Maka bertambahlah jumlah ahli UMNO yang benci kepada UMNO. Tahniah DSZ!

Anonymous said...

Pingat ni banyak lagi yang berjasa tak dapat yang bukan dari kalangan orang politik. Buta lah research sumbangan yang sebenar-benarnya sumbangan kepada negara dan wilayah. Yang dah ada 2 , 3 datuk tu tak payahlah............

Anonymous said...

wakil labuan,buka minda,macam kampung sangat kau ni...Kepada kakitangan Perbadanan Labuan tahniah kerana di Anugerah Pingat juga kepada masyarakat Labuan dapat juga rasa dihargai kerana adanya Pingat Wilayah Persekutuan....

Anonymous said...

Zaman dulu orang yang dapat Gelaran Datuk atau sebarang Anugerah mereka yang dilihat Moral sangat tinggi...Tetapi terdapat Datuk-Datuk zaman ini Mulut Celupar..ini cukup mencemar intitusi Datuk...Carilah tokoh yg seperti Tan Sri Lee Lam Thye walaupun Cina dan Bukan Islam Hatinya bersih...orang Cinanya tidak dimaki bangsa lain disanjung kerja dan cakap seiring....Tahnaih Tan Sri Lee kerana Anugerah Pingat WP baru-baru ini....

Anonymous said...

Si Mizah dpt pingat atas dasar apa ek? apa sumbangan si mizah ini dgn wilayah.. tutp pasal di wilayahlah tpi di putrajaya itu sendiri.. apa sumbangan si mizah nie.. kalau setakat berjubah bertudung liput tpi hipokrit baik lupakan saja... kalaulah mizah nie tk suruh calon yg nk berlawan dgn dia as KETUA PU3 BHG tarik diri for sure dia tertonggeng punye.. harap2 Cik Mizah berubahlah.. N jgn perasan nk jadi Ketua PU3 Wilayah... SU PU3 Wilayah actully pun tk layak... Hampeh

Anonymous said...

Sy sokong dgn statement awk tu Anonymous. Kalau harapkan mizah tu berjubah tertutup litup dpt pingat, apa lah jasa yg dia buat utk WP or Putrajaya khusus nya??? Mmg dia suruh pesaing dia tarik diri dari bertanding KPB, itu semua rakan2 among KPB pun tahu. Sudah lah mizah, ukur baju dibadan sendiri lah, jgn engko ingat engko tu SU WP engko dah besar kepala. Sememang nya apa2 jawatan pun engko tidak layak sama sekali.
Hancus lebus

Anonymous said...

ko ghase bila dah dpt pingat ni dia juga akan jadi calon KPN ke? jangan terkezut ahhhh....